Post Terkini

Wednesday, October 28, 2009

Sumpah bunian

Jrg sangat tgk cerita ni.. tp bila tgk cerita ni dr smlm rase emo plak..walhal br 2 hr je pun tgk direct..benci sgt dgn perangai si Azeera tu...agak2 ade ke pompuan cm dia tu kat dunia ni...minta2 dijauhkanla.. tergedik2 terlebih...menyampah aku...suka sgt watak Hawa, tp terlalu lembut hati la plak..Hmm kalolah ade isteri mcm tu zaman skrg InsyaAllah jaminan syurga la gamaknye.. Hmm aku ni...ntahla..masih berusaha menjadi isteri solehah.. oppss..melalut la plak...
*** berdebar menanti 6 nov ni..

SPM...

lg 21 hr nak SPM... dan aku telah mendapat surat bertajuk " PELANTIKAN PENGAWAS SPM (BERTULIS) 2009"...
arghhhhh...sungguh tension..br ingat dapat menjadi fulltime housewife cuti sekolah ni.. tp nampak gayanye belum lagi mempunyai peluang... SPM bermula 18 Nov '09-16 Dis '09.. So gud luck to all my students. Wish u success in this exam.

******out of topic*****

td ade jamuan dak2 PERMATA n aku dijemput sekali.. Nak dijadikan cerita after attend d party, kitorg diberitahu that one of our collegeous, kak Jaja telah pegi ke hospital.. more suprising, perut dia telah terkena kerusi bila dia cuba nak meleraikan pergaduhan antara beberapa budak India ngan seorang melayu.. So poor...kesian kak Jaja..x pasal2 dia jadi mangsa..Pelajar melayu tu pun berdarah kepala dibelasah budak2 India tu.. Si Azwan tupun sepengetahuan aku sepanjang mengajar dia bukanlah seorg yg suka mengacau.. Jadi diharap pembaca2 blog ni doakanlah mereka berdua yee...Utk budak India tu pulak aku harap biarlah dia dpt balasan yg setimpal yg boleh menginsafkan diri dia....

" Berharap sgt budak2 SAS ni menjadi pelajar yang lebih baik dr segi sahsiah dan akademik "

Thursday, October 22, 2009

Mulanye...

Mulanye..
Aku x berminat pun nak berblog2 ni... tp En Khairul meminta bantuan ku utk meng'sign up' kan blognyer... So aku ikut kan jer dan menulis post pertama sebelum di edit oleh en Khairul
Mulanye..
Setelah membuka akaun utk En Khairul, aku terpikir satu idea.. Oleh kerana kami berjauhan, adalah baiknye andai kami membuat blog ni hanya utk kami berdua saje dgn harapan xdpt di google oleh sesiapa.. Jadinye segala perasaan kami semasa tidak bersama blh diluahkan di sini agar sng utk kami tersenyum sendirian..
Mulanye..
Aku ingat aku mmg tiada akaun blogger..ttp rupa2 aku telah pun buka akaun ketika study..Cuma tidak pernah di update sedikit pun...

Makanye..
Aku memulakan langkah pertama dengan membuka akaun blogger.. Permulaan post tentang perasaanku terhadap En Khairul ketika berjauhan..
Makanye..
Perasaan ketika itu adalah sgt berbunga2 sbb dpt membaca dairi kami secara online..

Kesudahannya..
Blog ini tidak lg menjadi privasi kami krn telah berjaya dijumpa oleh kembarku..
Blog ini juga telah membuat ku menjadi pembaca setia kepada Pn Fashya, Pn Anne, dan Cik Ain
Blog ini menjadi bacaan umum utk sesiapa yg sudi..
En Khairul pula semakin malas utk meng'update' blog beliau...Tension sungguh i tauuu...

Sekian untuk entry kali ini..

Wednesday, October 21, 2009

Cont...makan2 dirumah kami

Seperti yang kujanjikan...di bwh ni aku post kan pic2 ketika makan2 dirumah sewa bujangku bersama kawan2... x byak gambar sbb dok melayan tetamu yg hadir

Antara menu utama kami...

SMKAS's student

Our neighboorhod

kengkawan DPLI

Mkn2

That's all..Thank you


Thursday, October 15, 2009

Langkawi....

Yahoooo...esok dah stat cuti...mlm ni daku akan bertolak ke Ipoh...Dr sana kami akan bergerak seawal pagi ke Langkawi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kpd makcik sedaraku( my mom's twin)..Seronoknye.. sambil menyelam minum air..hmm ttp ada satu je yg x seronok iaitu... ops xleh gtau..rahsia..hanya mereka yg sudah berkahwin saje boleh mengagaknye...tp xpe percutian ini bolehlah dianggap honeymoon kami walau bersama family...InsyaAllah akan ku post segala pic2 nanti di sana.. Langkawi...wait for us k...(apalak, Langkawi bukannye ade kaki pun nk lari dr kitorg)..Tata...


*
hr tu aku dh janji utk upload pic kami ketika mkn2 dirumah sewaku di banting..Hmm masih terasa malas untuk post somes of the pic..Be patient ok..kan ku upload juan nanti..

*
hmm bosan tul dh ujung tahun..xde kelas untuk diajar..xde kelas untuk dibebel..keje plak x banyak..80% duk goyang kaki.. AKIBATNYA---> laptop ku bawa untuk melayari internet

Impian

Impian


Setelah hampir 10 bulan berumahtangga puisi ini kudedikasikan khsusus untuk suami tersayang. Moga kebahagiaan kita sentiasa diredhai olehNya dan dikurnikan cahaya mata yang soleh dan solehah, InsyaAllah..Amin

Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki

Dalam keterharuan
Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
Baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga kesyurga

Ketahuilah suamiku
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang Satu

Suamiku
Hadiah mahal terbilang
Bahtera penyelamat yang utuh
Gelombang dan karang
Tak mampu meruntuh

Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia

Suamiku
Menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Dalam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah

Suamiku
Berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kuatkan aku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu

Dipetik dari buku ‘Pemilik Cintaku’ khusus untuk suamiku tersayang’

Wednesday, October 7, 2009

Makan2 dirumah kami

Kami??? sape kami tu? aku ngan husband or kawan2... Hmm mlm td buat mkn kecil2an kat umah sewa aku.. Oleh kerana skrg hr bekerja, so of course la kat umah sewa aku ngan kengkawan.. agak meriah jugak la mlm td.. even x ramai yg kami jemput tp penuh jugakla rumah sewa aku..blh jugak dikatakan reunion kecik utk aku n kak fatim(housemate aku) ngan kwn2 USM kitorg yg dpt posting kat area kuala langat ni.. wanna to see the pic?? coming soon.....
***heheh kalo aku rajin ler

emm suamiku ade gak request utk buat mkn2 for his fren tp aku xmaula..yela balik sana cuma sabtu ahad so better aku spend sabtu ahad tu hanya utk dia..tul tak?? nanti kalo dh duk sama akan dipertimbangkan dengan jayanye.. xpe kan bang??? hehe