Facebook Pages

Saturday, September 29, 2012

Jalan2 ke ipoh..

No comments:
Aktiviti perjalanan kami beberapa minggu yang lalu.. G berjalan rumah along.. pas ni ingat nak g pulau2 berdekatan la plak..
Tiba juga kami di lost world of tambun. pergi mandi hot spring malam2.. punyala penuh umat. tp belasah je ikut en suami yang teringin sangat..
bergambar ngan zahrah selepas mandi.. tudung abis basah kuyup sebab bawa sekali g mandi. tak bawa tudung spare
en suami ngan zahrah
siangnya g jalan2.. tanpa planning tersinggah plak kat air terjun. uishh kalaulah tau nak singgah sini bawa  baju spare..
mandikan bebudak ni pun tak per la..yang penting dapat masuk kat dalam air..

Nasi tomato

No comments:
Nasi tomato + ayam masak merah
my first trial.. tetiba ngidam nak makan nasi tomato.. plus tak pernah buat pun sebelum ni..so nak menguji air tangan sendiri sedap atau tak.. alhamdulillah, first try..pass. boleh la buat untuk kali kedua n seterusnya kalau rajin.. my nasi tak berapa nak berwarna merah sebab tomato puri non hado.. cuma guna tomato segar yang diblend..

so kat sini nak share ngan korang resepinya..

source : tryMASAK

Bahan-bahan:

Bahan A : 
2 cawan beras
1/2 cawan susu cair
1 keping dadu ayam- didadu
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 biji tomato - didadu
Tomato puri - (dalam resepi dia tak tulis, tp kat video dia ada tunjuk)
kismis (  takde stok juga)
daun pandan (tak letak)
daun pudina - diracik kasar ( tak letak)
1 sudu besar minyak sapi-(tukar ngan planta)
1 cawan air

Bahan B (rempah)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1/2 sudu kecil Serbuk jintan manis (yang serbuk tak de dalam stok,just guna yang asal je)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil jintan putih (tak letak sebab tak de stok kat umah)


##mana2 bahan yang takde, memang aku tak letak, tp belasah je..alhamdulillah jadi##

Cara :
1. Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih. (aku masukkan jintan manis sekali untuk di blend sebab malas nak blend banyak2 kali.. org pemalas punya style)
2. cairkan minya sapi. tumis bahan rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga empuk.
4. Masukkan air, susu cair, bahan kisar, daun pandan, daun pudina dan garam secukupnya. Kacau rata dan biarkan mereneh.
5.Masukkan kismis dan beras. Masak sehingga nasi empuk. Pastikan api tidak terlalu besar jika masak guna dapur gas ye..
6. Bila nasi dah empuk bolehla dihidang dan dimakan dengan ayam masak merah..

Selamat mencuba..

Friday, September 28, 2012

snow walk di ict

1 comment:
Snow walk.. Korang dah penah pergi lum?? Dekat mana? kat ICT Shah Alam..kalau malam rm35 per entry..  alhamdulillah, rezeki kitorg.. SIL hari tu berkampung kat umah sbb nak observe student dia.. kebetulan dia pun tak pernah g ICT, so macam biasa kami menjadi pemandu pelancong.. Pendek kata, kebetulan pula telah dibelanja oleh kak su untuk masuk ke sini.. Thanks kak su :) so layankan gambar2 kami kat sini ye..

bergambar di sebelah ukiran kete salji.tempat yang kitorg pijak tu ada macam karpet..kot2 la nak duduk kat atas tu kan..tapi  sanggup la plak..sebab sgt sejukkkkkkk...
ini budak sdg practice untuk bermain bola di Greenland..
cuba untuk menggolkan bola walaupun dihalangi acik krul kesayangan..
pic manja mereka berdua.. masa ni ada org arab ke apa duk la mengusha si zahrah..siap minta permission untuk ambil gambar lagi.. bangga kak su sebagai mak yang melahirkan..hehehe
me.. kat sebelah pokok2 yang diliputi salji tu tempat diorang main gelongsor..tp aku mmg tak main la..takut kot..walau jarak dia dekat tp nanti confirm rasa jauh sgt sbb penah naik masa kat genting dulu..huhu fobia kot..
zahrah  ngan aksi peace dia smpi tutup muka..
di depan pintu masuk igloo
aksi sweet kami..sweet ker??? hehe
zara gambar ngan ape tu???


Hmm tp bila kita dah beli tiket kite leh kuar masuk kat dalam ni..agak2 korang dah tak tahan sgt bolehla kuar kejap kat ruang legar untuk normalkan suhu badan.. oh ya, harga tiket sekali ngan jaket ye..tp kalau kasut kena bayar rm20.. rm 10 utk deposit, yang lagi 10 untuk sewa.. mahal gak la..kalau nak glove ke apa kna beli sendiri..tp stokin dia bg free bila kita sewa kasut diorg..

so far, berbaloi gak masuk sini,,sbb ajar geografi.. bila cerita kat diorg suhu kat greenland tu dapatla bayangkan kalau bawah takat beku tu smpai -22 celcius camna rasanya.. lagi2 la kalau org kurang lemak cam aku ni..

peringatan, kalau korg masuk sini kna hati2 ye..sbb agak licin..iyela ais kan.. kalau rasa dah tak tahan sejuk kat dalam tu, korg boleh masuk kt igloo.. kat dalam tu dia panas sket berbanding luar..aku pun tak paham kenapa..padahal sama2 ais..

so ada yg berminat nak cuba..yang penting jangan pikir ongkos..kalau pikir cam kitorg nila, org belanja baru dapat masul..hehe kedekut taik idung masin punya org.. k.. daaaa

Tuesday, September 25, 2012

Daging masak black pepper

1 comment:
Sebenarnya ini bukanlah menu kami baru2 ni..rasanya dah agak lama tak memasak daging.. tp baru check draft rupanya banyak yang tak di post kan.. so kat sini nak share resepi daging ni..


Daging masak black pepper

Bahan-bahan: 

 Daging (untuk 3-4 orang makan)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
3-4 sudu serbuk lada hitam kasar (terpulang pada korang..me suka rasa pedas blackpepper)
kicap manis
1 biji tomato
sos tiram (jika suka)
garam
minyak untuk menumis kunyit

Cara memasak :
1. Gaul daging dengan kunyit dan garam..

2. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan daging dan goreng sehingga masak..Jangan sampai garing atau terlalu kering..

3. Masukkan bawang putih dan bawang merah tadi ke dalam kuali.. Tumiskan bersama dengan daging yang sedang digoreng.Biarkan sehingga layu..kemudian masukkan lada hitam dan bawang besar.. kacau lagi.. Masukkan pula kicap. Tambahkan air sekiranya inginkan berkuah..Jangan lupa garam ye..

4. Biarkan seketika hingga kuah mendidih..Jika ingin pekat bolehla tambah sos tiram sekaligus sebagai penambah perasa..

5. Akhir sekali bolehla dihidang. ** Apa yang aku suka buat** Kalau nak masak daging selalunya aku akan rebus dulu supaya tiada keliatan waktu nak makan..dan satu lagi sebab konon2 nak bagi bau daging hilang..hehe..tp kalau daging fresh tak yah rebus..sebab daging dia mmg sgt2 lembut dan sedap.. sekian.

Monday, September 24, 2012

Ayam panggang rosemary

2 comments:
Alhamdulillah..akhirnyaaa... Dapat gak buat ayam panggang rosemary versi cik puan muzai.. setelah berbulan2 mengidam dari blogger kak ana.. Akhirnya tercapai gak.. Mmg masakan2 dia sgt2 menggugat keimanan selera perut ni ha.. tapi sebelum ni bertahan je sebab de oven atau microwave.. tapi memandangkan pemanggang ajaib telah berada digenggaman, so apalagi teruslah menggoogle resepi ni..

duk cari resepi kat kak ana, tp dia cuma bagi link resepi je..tp  kisahla sbb dia yg recommend kira mmg sedapla cuma resepi asal telah diolah sebaik mungkin. kredit pada pemberi resepi..cuma link dia lupa plak..

ok meh le kite share resepi ya..

ayam panggang rosemary
Resepi ayam panggang rosemary :

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 inci halia
1 sudu rosemary
1 sudu lada hitam
1 sudu jintan
6 biji bawang putih - dihiris
3 sudu olive oil (me pakai minyak masak je..)
Garam
2 sudu jus lemon
1/4 kiub pati ayam
3 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam.
2. Panaskan minyak/olive oil.. goreng bawang putih hingga layu..jangan sampai hangus ye..kemudian angkat dan biarkan seketika.
3. Sementara tu tumbuk rosemary hingga hancur. kemudian masukkan lada hitam, halia dan jintan manis.. tumbuk lagi.. bila dah agak2 halus akan sekata semua bahan korang masukkan plak bawang goreng tadi..Tumbuk lagi.
4. masukkan pula lebihan minyak menggoreng tadi ke dalam rempah yang telah ditumbuk.gaulkan hingga sebati.masukkan juga garam, perahan jus lemon, gula, dan kiub ayam.. gaul hingga semua bahan sekata.
5. Akhir sekali bolehla dilumurkan pada ayam.. Perap lebih kurang 3 jam dan kemudian bolehla dipanggang..

**apa yang korang perlu tahu**
1. resepi ni sebenarnya untuk satu ekor ayam tapi aku guna 1/2 ekor je..so kalau nak korang nak guna sekor ayam pakai resepi ni pun no hal..
2. resepi yang aku google sume nya suh tumbuk halia dulu dan lumurkan pada ayam.. tp aku tumbuk sekali halia ngan bahan rempah.. konsepnye sama gak kan..melumur..hhehe org malas punya keje...
3. aku memerap lebih dari satu hari..sebab aktiviti memasak terpaksa ditunda sebab my SIL request nak g makan tomyam kat luar.. so bahan perapan mmg meresap abis la kat ayam..

** hasilnya??? bukan nak tipu, tapi ayam rosemary ni mmg sedap.. patutla kebanyakan ayam post resepi ni kata menu kegemaran keluarga diorg.. so korang bolehla try..mmg sedap..tak tipu punya**

ppas seksyen 13

No comments:
entry yang dah berkurun dah ni... tapi tetap nak tulis gak..biasala kalau bahan banyak pun tp penyakit m menguasai mmg tak jadi kerja la kan.. alkisah, masa syawal hari tu teman en suami g ppas kat seksyen 13 nun..pada sesape yang tak tau ppas ni perpustakaan yang paling cantik dan paling best pernah aku jumpa.. kalau sesapa yg ada anak tu leh la bawa anak g sini..ada level tuk kanak2..dalam tu bebudak ni nak main boleh, baca buku boleh, tengok tv sambil golek2 pun boleh..

kalau bahagian dewasa of coz ler environment tuk study kat.. mmg confirm kalau masuk semangat study korang membuak2.. agak2 bosan leh la tgk 3d movie untuk 10 minit..

tp sorryla,  pic2 kt dalam library aku tak tepek pun..sebab tak amik pun gambar..  tp kalau korg google confirm jumpa pic2 ppas yang sgt best..owhh kalau agak2 nak bina badan atau senam pun kat sini ada gym tau..

tapi motif sebenar entry ni nak menunjuk pic 2 kami berlatar belakangkan tasik kat ppas tu...:)

bersama en khairul...secocok tak kami dengan baju kain pelekat..hehe semangat ni..almaklumlah pastu nak beropen house ke rumah member sekolah..

ngan along n aisy.. along nak ikut g open house..teringin nak makan nasi impit ngan kuah kacang katanya.aisy plak kami import dari sg buloh..
ok..sebelum bertolak ke open house..amik pic ngan aisy plak..


Saturday, September 8, 2012

Gangguan seks atau gila seks..

2 comments:
ada tak di kalangan blogger yang menghadapi kes macam ni?? Pening, pening..selalu kalau baca dalam paper pelajar yang kena gangguan seksual dari guru..tp kes me terbalik plak..cikgu yang kena gangguan seksual..tp indirect la..melalui penghantaran message berbaur seks terang-terangan.. Modus operandi : meminta no telefon guru2 dengan alasan ingin buat tuisyen..cikgu2 yang baik hati selalunya akan memberi no tel sebab berniat baik kan dan guru2 yang diminta ajar tuisyen akan cuba membantu sekiranya boleh.. Cuma masalahnya, pelajar tersebut rajin nak bersms sehingga konon2nya nak menceritakan masalah yang dihadapi.. Bila diberi peluang mulalah berdolak dalih konon2 si cikgu akan memarahi dan membencinya.. Dan akhirnya bila cikgu dah malas nak layan dan reply msg tesebut terus gunakan no lain dan menyamar menjadi seorang yang lain.meminta agar cikgu tersebut melakukan sesuatu yang diluar tanggungjawab seorang guru bagi memenuhi nafsu pelajar tersebut.. Gila tak gila, kalau setiap malam di undang dengan msg yang sama merayu2 untuk diperlakukan sebegitu.. Dan masalah besarnya ialah dia adalah oku dan mungkin ini adalah salah satu kategori mereka.. So apa penyelesaian?? **aduan telah pun dibuat**

Roti Jala

No comments:
Semalam puasa..kat sekolah ada buat makan2.. Terliur punya pasal hari ni bekfes sanggup la masak kari bagai nak makan ngan roti jala.. Mmg sah mengidam la ni sbb tak dapat makan semalam..alhamdulillah tertunai pun hajat di hati.. Owhh selamat bersekolah buat kengkawan.. For the first time, hari ni CRK sbb nak balik melaka berubat..thanks tuan haji sebab memahami

Monday, September 3, 2012

muaz izzul

No comments:
muaz pandang izzul..hati muaz kata nak kawan dengan izzul..tp si izzul buat tak tahu je..izzul plak nak main ngan muaz tp kepala masih ting tong..perut plak memulas mulas
So abang umar main peranan..tunjuk skill main lori guna kaki..ala ala skateboard konon-kononya
Tapi sayang  tak jalan juga idea abang umar nak menyatukan muaz dengan izzul.so izzul dengan bola nye, muaz dengan keretanya..abang umar??? nan hado..

raya keluarga samilan

1 comment:
Bergambar bersama cucu bongsu atuk samilan ngan uwan mahnun..Bila atuk ngan uwan nak tambah cucu lagi ni???
Perbincangan politik bersama en bilal ngan atuk mael...soooooo boreddddddd.. tp sib baik ada kuih raya sedap..melantak je la.. tp  boleh makan banyak takut buncit..hehehe..
Anak cucu Samilan..tapi sayang mak ngan abah dah balik umah uwan..
keluarga samilan dan ismail..
Bunga2 en samilan dan pn Mahnun..tiada dalam gambar--> my twin

Saturday, September 1, 2012

Selamat hari raya

1 comment:
Raya ke 13 baru dapat tunjuk gambar raya kami berdua..masih berdua ye..belum bertiga atau berempat lagi.. Baju raya kami adalah baju nikah 4 tahun lepas..raya ke 4 tanpa zuriat.. Dan ntah bila rezeki akan sampai sbb telah disahkanmengidap endometriosis untuk kali ketiga..dugaan Allah mungkin akan diberi hikmah yang terbaik.. Hmm doktor suruh operate sebelu proceed iui tp mungkin akan cuba alternatif dulu..cukupla sekali je operate.. Baby baby come to ummi please..miss u so much..