Facebook Pages

Monday, July 29, 2013

keropok lekor

1 comment:
Home made keropok lekor... Baru rebus.. Makan gitu pun boleh, goreng pun boleh.. Yg penting sedap... :-)

Tuesday, July 23, 2013

daging salai masak lemak cili api

3 comments:
Giliran aku masak.. Menu orang nogori... Daging salai masak lemak cili api.. Telah bertambah menjadi 4 orang untuk memasak menu berbuka.. So dalam 5 hari sehari je masak.. Sgt menjimatkan.. Berbaloi2

Thursday, July 18, 2013

nukilan dayana isteri pertama ashraf muslim

No comments:
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan


Aku tak pasti sama ada nukilan ini hasil tangisan hati dayana atau tidak.. tapi jika benar, dan jika benar zuriat dijadikan alasan berpoligami aku adalah orang yang bukan sekadar simpati, malahan turut empati. kerana aku juga belum dikurniakan zuriat setelah hampir 5 tahun usia perkahwinan.. 

benar dan sangat benar poligami dibolehkan dalam islam. tetapi melukakan hati isteri adakah dibolehkan. ntahla, tak mahu menyalahkan sang suami tp hati wanita cukup lembut. walau dikatakan berkongsi kasih dihadiahkan payung emas, rasanya aku lebih rela tidak memilikinya..  

opsss melalut la plak.. dah menangis-nangis dah ni.. malas dah nak luah perasaan..kang macam-macam plak aku tulis.... kepada dayana, InsyaAllah Allah tahu siapa yang mampu menerima ujian-Nya.. Walau saling x kenal, semoga Allah bukakan jalan yang terbaik buatmu..Amin

Asam pedas

No comments:
Asam pedas dalam bekas ni untuk kawan aku.. kitorang buat schedule masak berbuka bergilir2.. so takdela penat sgt setiap hari nak berbuka.. so hasil testimoni en suami dan kawan aku, maka nye bolehlah aku share ngan korang kan.. cara aku masak asam pedas ni simple je, ikut apa bahan yang ada.. tp aku akan bagi resepi yang aku rujuk dari guru online kak ana suzana.. iyelah, sebab nak bagi orang lain makan kan,kalau boleh biarlah perfect.. jom tgk resepi.. Aku bagi resepi asal, tp aku akan gtau bahan apa yang mmg aku x pernah guna atau selalu skip..

Sumber : Blogger Ana Suzana

Bahan-bahan kisar :

3-4 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
belacan

Bahan-bahan lain :

5-6 ekor ikan (terpulang nak berapa ekor dan jenis. )
kacang bendi
daun kesum
bunga kantan
** 1 sudu kecil jintan manis
** serbuk lada hitam
** sedikit halba
** 1 sudu besar serbuk kari
cili kisar (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya

yang bertanda ** aku x guna dalam masakan aku

Cara-cara :
  • Blender bahan-bahan kisar
  • Panaskan minyak untuk menumis.. Tumis bahan-bahan kisar. setelah naik bau masukkan pula cili kisar. Tumis sekali lagi sehinnga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya..Tambahkan pula air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  • Masukkan garam secukupnya, daun kesum, dan bunga kantan dan bendi. Masak sehingga hampir mendidih atau bendi kelihatan empuk.
  • kemudian masukkan ikan dan kecilkan api. Renehkan sehingga ikan masak dan matikan api
  • Siap untuk dihidang.



Wednesday, July 17, 2013

Mee Hailam

2 comments:
Menu berbuka ahad lepas..makan mee hailam je tp alhamdulillah kenyang.. tetiba tekak ni teringin nak makan, en suami pun ok je.. menu mee yang paling simple untuk dibuat.. campak2 je pun.. senang dan mudah.. dan yang paling penting lagi sedappppp dari kat kedai.. serius tak tipu.. jom kite tengok resepi.. kalau x nak tgk sudah..duk diam-diam g tgk tv..


Resepi mee hailam  (2-3 org) : 

Bahan-bahan :
250 g mee kuning (dicelur)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang merah (dicincang)
1 sudu besar cili kisar
2 ekor sotong (potong bulat)
dada ayam (potong dadu)
5 biji bebola ikan
1/2 ikat sawi
3 batang putik jagung
1 sudu cili sos
kicap kipas udang secukupnya
1 sudu tepung jagung (aku guna tepung biasa je, sbb tepung jagung takde)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  • Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing.
  • Masukkan ayam, sotong dan bebola. Tambahkan garam. Kacau sebentar
  • Masukkan pula putik jagung dan sawi, sos cili, kicap dan sedikit air untuk kuah.
  • Untuk memekatkan kuah tuangkan tepung jagung(dibancuh dengan air)  mengikut kepekatan kuah yang diingini dan kacau.
  • Apabila kuah sudah pekat bolehlah diangkat dan dituang ke atas mee


** Bahan-bahan sampingan terpulang pada korang nak letak apa.. Yang asasnya bawang,kicap, sos,garam dan tepung jagung.. Selamat mencuba resepi mudah tetapi hasilnye umphhh...

sistem barter bulan ramadhan

3 comments:
Bulan puasa ni me n my friend bertukar2 juadah.. Tapi cara kitorg lain sket.. Kami akan bergilir2 masak.. Hari ni aku masak, esok dia plak.. Selang seli la.. Kitorg start hari isnin hari tu.. So isnin aku buat asam pedas, selasa dia buat ikan bakar dan hari ni giliran aku plak.. Masak udang masak lemak cili api... Menu kitorg x bincang pun.. Apa yang aku masak, partner kena terima lq..macam tu jugak kalau giliran dia...


hasil masakan yang bakal dipos.. udang masak lemak, ikan kering bulu ayam dan sayur campur
 senang kan?? bolehlah rehat selang sehari.. Alhamdulillah

Monday, July 15, 2013

Resipi sup ayam

No comments:
sebelum kongsi resepi nak cite sket.. sup ayam buatan pn muzai ni sangat2 simple.. dulu2 zaman duk menyewa ngan kengkawan uitm sampai diorang pelik bila aku masak sup.. sebabnya tak letak sup bunjut ngan rempah sup.. abistu nak buat mcm mana kan.. inilah resepi hasil pemerhatian melihat my mom masak..  so sebab my mom masak sedap haruslah  ingat kat kepala.. Alhamdulillah, resepi mak turun ke anak mak dah.. menantu mak pun suka.. lagi2 kalau buat nasi ayam :) ok meh nak share resepi..


anggaran 2-3orang makan ye

Bahan-bahan :

3-4 ketul ayam
2-3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu lada putih
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
1 biji kentang  (dibelah 4)
daun sup
air secukupnya

Cara memasak :

1.  kisar / tumbuk bawang putih, bawang besar, halia, lada putih..Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar.Tumis sehingga kekuningan.Setelah itu,masukkan pula ayam dan kentangg..kacau sekejap..
2.  Masukkan garam dan air secukupnya. biarkan sehingga mendidih dan kentang menjadi empuk..
3. Setelah itu bolehlah diangkat dan ditaburkan daun sup untuk membangkitkan aroma..

Sangat mudah kan.. mmg tak pakai sup bunjut dan rempah sup.. rasa??? emmm kalau suami kata makan dengan nasi pun rasa nak tambah lagi..kalau hirup pun nak hirup lagi.. so saya dah tau la jawapan nye..

Sunday, July 14, 2013

Menu berbuka semalam

No comments:
Alhamdulillah.. sempat juga memasak juadah berbuka semalam.. memandangkan semalam adalah sekolah ganti dan diganti waktu petang pula, haruslah mencari menu berkhasiat tetapi cepat untuk disiapkan.. so pikir punya pikir akhirnya sup ayam menjadi menu utama.. lagipun barang basah sume dah abis.. tinggal ayam ngan dua ekor ikan je.. so inilah hasilnye..

Sup ayam.. 
Sayur campur 
Juadah keseluruhan..owhh desert mmg tak buat dan x beli.. sebabnya kami makan berdua je.. tahun ni nafsu makan mmg sgt2 kurang.. sekejap je dah kenyang...

untuk berbuka hari ni nak masak mee hailam je.. insyaAllah.. suami pun x kisah, isteri lagi suka.. mudah dan cepat.. kul 7 pun leh masak..heheh

Friday, July 12, 2013

Resepi Ayam Panggang Blackpepper

No comments:
menu kami semalam.. berbuka dengan western food home made... alhamdulillah kenyang sampai ke malam.. tak ada la nak makan semula atau mencari-cari lauk di dapur..

ayam panggang blackpepper bersama hotdog,scramble egg, coselaw,kentang bakar.. so yummyyy
dari sudut pandangan lain

delicous ... nyum nyum
menu diambil dari azie kitchen setelah perancangan untuk membuat ayam panggang rosemary terpaksa dibatalkan atas sebab ketidakcukupan bahan... so gigih menggoogle dan inilah hasilnye . so kat sini aku tepek kan resepi asal azie kitchen dan resepi versi aku .

Ayam panggang blackpeper
Resepi asal : Azie kitchen

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam -potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
coarse black pepper secukupnya
sedikit madu
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Cara-cara :
1. kisar halia dan bawang putih sehingga halus. lumur pada ayan. satukan sos tiram dan madu. lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam
2. masukkan ke dalam loyang.. renjiskan minyak zaitun dan bakar pada suhu 150 darjah celcius

Ayam panggang blackpper
Resepi  :  Muzai

Bahan-bahan :
3-4 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos blackpepper jenama life
1 sudu besar sos BBQ original jenama heinz
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukupnya
sedikit minyak

cara-cara :
1. Tumbuk bawang putih sehingga halus. campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada ayam.. sebatikan dan diperap 3-4 jam
2. bakar dengan pemanggang ajaib.
3. setelah siap bolehlah dihidang bersama bahan-bahan sampingan seperti coselaw dan sebagai nye.. dimakan bersama sos blackpepper, mayonis dan sos cili..

kami makan berdua je, so perlu lah mengolah sedikit kuantitinye.. dan ini adalah anggaran yang aku gunakan. so bolehlah mengikut kesesuaian yang diingini..  cubalah pasti tak menyesal.. buat untuk nasi ayam pun xde masalah..

selamat mencuba..

**hari ni akan berbuka dengan laksa johor, x buat pun.. beli ngan cikgu sekolah je :)**

Thursday, July 11, 2013

Tuesday, July 9, 2013

perginye mengadap Ilahi.. Jariah bt Ahmad

1 comment:
tanggal 1 julai 2013 bersamaan 22 syabaan 1434 perginya uwan kami menghadap Ilahi.. 1 julai birthday aisy dan 2 hari kemudian hari kelahiran ku.. setelah hampir 4 tahun terlantar sakit akhirnya Allah izinkan dan permudahkan uwan menghadapNya.. INNALILLAH.. Umur uwan aku x pasti, tp telah menjangkau 95 tahun.. Alhamdulillah Allah bagi uwan peluang yang agak lama untuk melihat perkembangan anak cucu.. Detik hati yang mengatakan waktu uwan semakin hampir bila mana mendapat panggilan dari abah.. Sehari sebelum uwan meninggal kami suami isteri ada melawat setelah mak menyatakan uwan semakin sukar bernafas. Mmg masa kami datang, uwan dah x banyak karenah dan hanya diam sahaja.. Tapi Alhamdulillah uwan pergi dengan sangat mudah, tanpa disedari oleh mak walau meninggalnya di sisi emak.. Emak cerita, uwan hanya terkutik sedikit di bahu kiri.. Dalam keadaan emak memeluk uwan untuk melihat baru kiri uwan jika digigit semut..rupa2nya itu petanda uwan pergi selama2nya.. Sangat mudah kan.. Hadiah dari Allah setelah terlantar sakit hampir 4 tahun.. Yaa uwan jatuh sakit tahun pertama kami suami isteri menyambut aidiladha bersama2.. Dan alhamdulillah berkat kursus jenazah yang dianjurkan rakan sekolah, dapatlah membantu menyiapkan kain kapan uwan walau tidak memandikan.. Dan saat uwan sedang dikapankan, terngiang ngiang di ingatan saat menyuapkan uwan makan, mengelap badan uwan, memicit kepala uwan.. Allahuakbar.. Tidak tergambar perasaan saat itu.. Pengalaman pertama mengurus jenazah.. Pengalaman kedua mengadap jenazah.. Semoga Allah permudahkan laluan di sana diperbesarkan kubur Arwah, diterangkan kubur Arwah.. Semoga syurga tempat mu uwanku Jariah bt Hawa.. Al fatihah

Friday, July 5, 2013

JDT si harimau selatan

1 comment:
Hahaha citer dah basi pun.. Tapi nak tepek gak.. Result? Sume dah tau kan the red warrior menjuarai dengan 1-0 kalahkan harimau selatan.. Aku? Sokong mana ek? Haruslah neutral saje.. Dah kata bukan peminat bola.. Lagipun lawan antara negeri kan, malaslah nak sokong mana2.. Lagi2 bila baca post kengkawan yang ada sampai mencaci menyumpah pihak lawan.. Lagi menyampah aku.. Lagi2 mostly kawan aku mmg org pantai timur ngan selatan.. Iyela sekolah kat johor, bila masuk u plak g pantai timur.. Tp bila tang bola sepak ni, mmg berhantu la.. Bola bergaduh2 plak.. Sukan lain elok plak aku tengok.. Ok berbalik kepada tajuk, kenapa jdt? Huhu kata tak minat,l tp duk menggatal beli tiket.. Alkisah dah kawen dengan orang Johor kan, mestilah beli tiket untuk orang Johor.. Kengkonon untuk en suami ngan anak buah.. Mula2 mmg en somi nak g sorg, tp last2 minit kata sorang 2 tiket je boleh beli.. Sebelum ni max 4 org.. Sebab org dah berhajat, haruslah menunaikan..
 
sebelum bertolak, kena bekfes dulu.. makan nasi ngan ayam masak lemak cili api.. sebab confirm org ramai, takut kebulur plak kan.. almaklumlah nak kena berdiri lama.. sila abaikan pemandangan indah di belakang ye
beribu umat yang datang.. masa datang ni, rasa cam x malu plak.. iyela yang datang sume  bermisai. tetiba terselit dahi licin.. sib baik nampak geng.. tengah jalan2 terdengar2 ada org panggil, sekali tengok member sekolah lama.. shazwan.. huhu ntah2 ramai lagi kot kengkawan sekolah kat sini.. itu yang JDT.. kalau TRW kengkawan diploma mungkin...
masa ni dah kecoh2 kat depan.. iyela kaunter tak buka2 lagi.. hari makin panas.. tunggu punya tunggu, terasa2 perut memulas, memberi signal perlu ke toilet.. tapi bersabar lagi sebab nak tunaikan hajat org.. bertahan la sampai kaunter bukak..punyala lama beratur tapi barisan x gerak2..  en somi ajak balik, tapi kata kat dia tunggu dulu.. masa tu nampak ada yang dah panjat bumbung.. mmg dalam hati kata buruk akhlak perangai diorg ni..

4 5 kali gak la en somi ajak balik, last2 tanya dia tak nyesal ke kalau x beli.. tp dia ckp tgk gaya mmg x dpat tiket so kami pun kuar .. elok je kuar dari barisan terus perut memulas2.. cepat2 suh dia start motor kuar cari petronas..

tp  pas solat jumaat en suami pergi balik stadium sbb ada kata tiket melambak.. tp nan hado.. kalau kitorg tunggu lama sket mesti dpt kan.. tp itulah, perancangan Allah lebih baik.. sebab hari sabtu kitorg balik serting menjengah uwan ..sebab mak kata uwan cam dah susah nak bernafas..  hari selasa abah call en somi  kata uwan dah xde.. terus malam tu gak kitorg balik.. cuma agak terkilan sebab x cium uwan masa balik haritu..selalu kalau cium mesti suh uwan doakan dapat cucu dari aku.. tp teringat2 uwan pegang tangan kuat cam x nak lepas, tp mak kata uwan mmg selalu camtu.. so x pikir apa2 cuma mmg terdetik  masa uwan dah tak panjang. tp alhamdulillah akhirnya uwan x perlu lagi menanggung sakit.. aishh dah lain plak citer nye.. cite ni next entry la ye..

so kepada fan jdt, satu yang paling bagus.. kerjasama dan paduan suara korang mmg sgt hebat.. tp utk aku yang  x pandai menilai bola ni, ada rasa ketidaksempurnaan dengan pasukan JDT.. diorg hebat tapi atas padang agak kucar kacir atau kelam kabut sket.. last2 minta pengakuan ikhlas en suami dia pun mengiyakan.. apapun, bersukan untuk negara.. jgn gaduh-gaduh