Facebook Pages

Monday, December 30, 2013

Keajaiban brush photoshop

No comments:
Baru membeli buku ADOBE PHOTOSHOP dan BERUS AJAIB. Sangat mudah bagi aku. Selalu bila mencari buku photoshop ni mesti untuk yang advance kalau version English. Kalau yang BM plak terlalu basic . Advance agak susah untuk aku paham. Yang basic pulak agak membosankan sebab banyak aku tau.

Oh oh oh... tapi aku ni bukanlah intermediate punya level ye. Masih lagi beginner. Baru je nak berjinak-jinak dengan photoshop.  Terjebak dengan dunia photoshop atas sebab kerjaya. Pertama, untuk menarik minat murid-murid aku datang kelas ICTL. Maklumlah  jadual di luar waktu pdp kan. dan tahun ni, ye tahun ni 2013 aku dilantak pula sebagai editor majalah. Alahai takdelah hebat sangat. Setakat crop muka cikgu-cikgi, muka bebudak tu jelah. Bab design bos besar settlekan, Orang seni memang hebat dengan idea yang mengancam. Orang sains macam aku pemikiran statik je. Ideaa???? Haram nak kreatif.

So buku keluaran PTS ni memang sangat membantu dalam menambah skill aku.


Gambar asal
epal, adobe photoshop
Setelah diedit
Amacam cun tak?? Penghasilan  gambar ni hanya menggunakan teknik brush sahaja. Tapi kena download la dulu brush design. Sebab yang sedia ada kat PSD tu basic je. Kena  banyak praktis lagi aku ni. Sebab nye idea nak menghasilkan sesuatu yang macam ni langsung xde. Kosong. 

Pada aku imaginasi adalah no 1 untuk hasilkan ouput yang cantik. Kalau hanya bersandarkan skill gambar mesti nampak kaku atau fake sangat. Betul tak?? So kalau sesape yang singgah sini dan ada tulis blog ke, wordpress ke tentang tips-tips Photoshop bolehlah hello-hello aku kat komen ye.  Tapi kalau xde pun, aku paham.. Blogger picisan macam aku memang sukar ditemui.. Hehe..

Saturday, December 28, 2013

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014

4 comments:
Salam


Tamat :24 Januari 2014

Selamat pengantin baru Aishah & Faris

No comments:
Tarikh   : 28 Disember 2013
Tempat : Dewan SMK Telok Datok
Acara     : Majlis persandingan Aishah & Faris
Masa      : 11 am-5 ptg

Janji dengan nida kul 12.30 di Dewan SMK Telok Datok. Tapi kami sampai awal sikit. Nida pula belum sampai lagi. Baru on the way katanya. Kebetulan berjumpa dengan Kak Nor kerani di SMK SAS dulu. Duduk semeja dengan dia sambil borak-borak. 

Sebelum tu, si Aishah ni dulu guru praktikal masa dekat SAS. Ingat lagi masa tengah-tengah praktikal mak dia sakit dan lepas tu meninggal. Dalam tempoh 3 bulan tu badan si Ecah ni susut mendadak.  Tersentuh denga ketabahan dia masa tu. Dalam berhempas pulas untuk lulus cemerlang dalam praktikal mampu untuk menjaga arwah yang terlantar. Alhamdulillah hari bahagia dia dah sampai.

SMK Telok Datuk ni pulak tempat dia menimba ilmu zaman sekolah dulu. Dan sekarang tempat dia mencurahkan ilmu pulak. Dan jadi istimewa apabila tempat ni juga menyaksikan hari bahagia dia. Alhamdulillah. Boleh cerita pada anak-anak nanti :)

Sahabat suka duka. Kami berborak sambil tunggu pengantin. Tapi tak sampai-sampai terpaksalah berangkat pulang. Kesian pulak kat tetamu lain tak de tempat duduk.

Masa nak balik, terserempak pulak dengan Amalina. Dia baru sampai masa ni.

Bergambar kenangan la kami. Sekarang SAS pun dah dalam kenangan. Satu-satunya sekolah yang dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional. Dan Nida sahaja yang masih kekal di situ

Masa nak sampai kereta ternampak plak pengantin baru nak berarak. Cepat-cepat suruh en suami ambil gambar. Aku tak bolehlah nak berlari dengan kasut tumit halus ni. Kang tak pasal-pasal tersadung. Tengok diorang dalam gambar pun dah puas hati.

Semoga berbahagia hingga ke syurga.Amin.
Doa ku, semoga kalian sentiasa dilimpahi rezeki dan kebahagian. Cepat-cepat menimang cahaya mata. Insya Allah. :)



Thursday, December 26, 2013

Serlahkan potensi mereka

No comments:
Petang tadi lepas meeting my student whatsApp aku. Dia tanya kalau-kalau tahun depan dia boleh letak jawatan sebagai pengawas. Aku sebagai seorang guru pengawas, haruslah mengelakkan daripada dia berbuat demikian. Walaupun pada dasarnya kami akan terima juga kalau surat perletakan jawatan diberi.

Student aku ni pulak Ketua Pelajar Muda sesi petang, bagus budaknya. Komitmen. Nampak kualiti sebagai seorang pemimpin. Cuma di akhir-akhir persekolahan seperti ada usaha untuk mengenakan dia. Tapi selaku cikgu, guru pengawas pulak tu aku tak bolehlah diamkan saja. Penyelesaian pun dah diambil. Tak perlulah diulaskan.

Tapi bila hari ni dia kata nak letak jawatan. Budak-budak tak suka kat dia.Ramai kata dia tak bagus. So terpaksalah merasionalkan dia. Kenapa pelajar tak suka, sebab dia ketua pengawas. Kenapa pelajar tak suka, sebab dia tegas. Itu je sebabnya. Samalah macam kitakan. Aku sendiri, pun tak suka diarahkan. Pun kengkadang ada tak berkenan dengan bos. Mustahil kita akan setuju 100% dengan bos kita. Cuma perbezaan dari segi respon. Kita orang dewasa bertindak secara matang. Budak-budak cari geng tulis kat twitter, facebook, whatsaap n etc. 

Cuma point aku dekat sini, budak-budak ni kita kena bantu mereka cari kekuatan diri mereka. Bila dia rasa give up kita kena bagi semangat. Dan kita mesti serlahkan potensi dia sejak kecil lagi. 5 cara serlahkan potensi anak-anak boleh bagi guideline kepada kita macam mana nak tambah keyakinan pada anak-anak.

Aku ni walaupun anak sendiri belum ada lagi, tapi anak didik ramai. Walaupun bukan semua yang nampak perubahan, tapi aku boleh berbangga juga apabila pelajar yang dicanang selalu tak buat kerja tapi bila waktu aku tak de pula masalah. Yang penting macam aku cakap tadilah, ibu bapa sendiri yang kena dulu serlahkan potensi anak-anak mereka. Cikgu-cikgu ni cuma menambah baik, atau mengasah mana yang tumpul.

Dan harapan aku, dapatlah aku didik anak-anak aku kenalpasti potensi dan bakat diorang nanti sebagaimana aku kenal pasti murid-murid aku. In Sya Allah. 
Tugas pengawas sekolah aku (gambar ambil dari warta 9)
Memaksimumkan potensi anak-anak


Ini antara tugas-tugas pengawas sekolah aku. Melaksanalan proses-proses pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 1. Kami guru-guru memantau dan membantu apa yang perlu sahaja. Dan aku percaya satu hari nanti mereka akan berbangga dengan apa yang pernah dilakukan.

Wednesday, December 25, 2013

Raikan cinta.

2 comments:
Hari ni 25 Disember. 5 tahun yang dulu waktu ini kami sedang sibuk-sibuk nak bersanding. Tapi hari ni kami tak lagi bersanding. Tapi kami raikan cinta dengan cara kami sendiri. Melayan  perut di secret recipi. Kenapa secret recipe?? sebab mereka ada rahsia dalam masakan. Kami pulak ada rahsia dalam mengekalkan perhubungan. Cewahhh.. Berpuitis plak aku.  Setahun sekali je pun makan kat sini. Kalau kek tu banyak kali la.Hehe..

Ice honey lemonade for her.
Hot Lemon Tea for him

Sambil tunggu menu seterusnya. Inilah gambar pertama kami untuk tahun ke lima perkahwinan. 
Spaghetti meatball and mushroom soup for him
Tom Yam noodle for her
Burpppp... Alhamdulillah abang sebab belanja.  Lepas makan terus ke Pajam. Rumah my twin. Bawa jugala secret recipe cake. Gila mahal sekarang. RM 82 dah. Dulu Rm60 lebih je kot. Sekarang paling murah itulah dia yang berharga 82. Less than that memang tak dapatlah.

Sampai-sampai sana tengok my brother in law tengah memasak. Menu pulak bukan calang-calang. Tak caya tengoklah gambar kat bawah.

Siakap stim, Siakap sweet sour, Tomyam putih ngan sayur campur
Hebat kan. Aku paling suka tomyam dia la. Sebabnya memang teringin nak buat tomyam macam tu. 5 bintang ikhlas aku bagi. Yang lain pun semua mengancam.. Hahaha memang senak perut sampai ke malam ni. Tak sempat rehat perut ni. Sweet sour ngan stim pun ada kitorang tapau bawa balik. Sebab malam ni diorang semua nak balik Kelantan. Memang takdelah sape yang nak perabih nanti. Bagusss.. sok tak yah masak..Hehe

Dah siap-siap kemas. Rehat-rehat kejap.  Keluarkanlah kek. Ohh rupanya si ise pun beli jugak kek.  2 biji makan 6 orang. Mantappp.. Yang paling excited haruslah si Izzul. Sampai comot momot dia makan. Lagilah part-part tulisan tu. Habis dia ambil pakai tangan.

Cheese Berries Cake
Tiramisu Cake


Kami. Abaikan aku yang dah rupa makcik-makcik tu. Asal boleh je sarung shawl.
Selamat ulang tahun kami yang ke 5.

24 Dis 2008 - 24 Dis 2013 --> Muzaiyanah & Mohamad Khairul
25 Dis 2008 - 25 Dis 2013 --> Yuzaine & Muhammad Khairul Hisam

Tengoklah tu. Nama suami pun nak dekat-dekat. Mujur tak kembar je. Hehe.. Kami nikad selang sehari. Tapi sanding hari yang sama. Doakan kebahagian kami ye :)

** update : en suami duk tegur suruh tukar dari for her kepada for me. Malas la hai nak tukar.. memang saje nak tulis camtu.. kan perfume ada yang macam tu kan

Crunchy Lemon Chicken

1 comment:
Dinner treat kami malam tadi sempena anniversary yang ke 5 tahun. Baru lima je, masih jauh perjalanan kan. Hehe.. Setelah pelbagai menu bermain di kepala, akhirnya inilah yang menjadi pilihan terakhir. Apa nak buat, bahan yang dicari tak ada. 

First time buat hasil carian google. Alhamdulillah sedap juga. Cuma aku letak lemon sikit sangat. Kalau banyak lagi sedap rasanya. Masam-masam gitu.

Crunchy lemon chicken, chicken
Crunchy lemon chicken

Resepi Crunchy Lemon Chicken

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam
1 biji bawang putih
6 keping biskut cream crackers
Parutan lemon 
Sedikit lada hitam
Garam secukupnya
2 sudu tepung gandum
1 biji telur

Cara memasak :

  • Kisar bawang putih, biskut, parutan lemon, lada hitam dan garam. Kisar sehingga menjadi seperti breadcrumb.
  • Dada ayam tadi dibersihkan. Ketuk sedikit  menggunakan lesung supaya tekstur di pecah sikit supaya memudahkan daging cepat masak. Tapi jangan pulak sampai hancur atau lunyai ye. Sedang-sedang cukuplah.
  • Salut dada ayam dengan breadcrumb tadi, kemudian salut pula dengan tepung, diikuti telur dan akhir sekali salut semula dengan breadcrumb.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak memenuhi separuh dari dada ayam. Goreng sehingga kekuningan. Ataupun 4 minit sebelah bahagian dan 4 minit lagi sebelah bahagian.
  • Bila dah masak bolehlah diangat dan dihidang dengan side dishes yang lain. Cam aku coselaw, kacang panggang dengan sayur campur je.  

Hidangan kami dengan green tea F&N. Haha malas tul nak buat air

Banana split sebagai penutup selera kami. Cepat tul ais krim cair. Mana tak nye bawah kipas kan. Selekah benar rupanya.

Tuesday, December 24, 2013

Jalan-jalan cari makan di Jeram, Kuala Selangor

5 comments:
Sabtu lepas, lepas tengok wayang 47 ronin aku, my hubby, along, abang bilal ngan wani bergerak lah ke Kuala Selangor. Cadangnye kami nak makan seafood kat AROMA IKAN BAKAR, JERAM. Teruja jugak nak datang sini. Sebab selalu dengar orang cakap je, rasa belum pernah kan. Tambahan pulak along nak belanja, pucuk dicita ulam mendatang la kan. FOC la katakan.

Sampai sana je rupanya ada dua kedai. Masuk ke kiri Aroma Ikan Bakar. Yang depan sikit dari dia tak pasti pulak nama kedai nye. Kawan aku, K.Su cakap kedai tu tak buka waktu siang. Kalau siang dia jual lauk je. Malam baru bukak.Iyela kot agaknya.

Mula-mula nak pergi kat Aroma Ikan Bakar tu sekali adik aku si Wani bagi tau, member dia kata Aroma dah tak berapa sedap so terus ajak along makan kat kedai sebelah tu. Dekorasi nye biasa-biasa je. Takdelah cantik macam kat Aroma tu. So kami pergi disini je. Lagipun tengok kat Aroma macam penuh je parking. Kitorang sampai dalam kul 6.30 ptg. Main terjah je pun.

Sampai-sampai terus pilih lauk. Kami ambil ketam, pepahat, ikan terubuk, kupang ngan udang sebagai menu utama. lepas tu nasi, air ngan kailan ikan masin.

Ikan terubuk ni goreng je. Masa dengar abang bilal kata nak ambil ikan ni rasa macammm ...errkkk banyak tulang tu.. Leceh nye la nak makan. Tapi rupa2nya tak leceh langsung. Bila makan ikan ni senang je tulang tu terpisah ngan isi dia. Yang ni memang sedapp.. Tak puas makan kot. Yang atas tu pepahat, masak pedas. Rasa dia biasa-biasa je. Rasanya kat Umbai Melaka lagi sedap kot.

Kupang berlada. Tapi sayang sambal nye tak betul-betul serap dalam isi kupang ni. Rasanye kupang ni direbus dulu kot baru digoreng. Sebabnye banyak isi kupang yang tak kena sambal. Huhu.
Kailan ikan masin dan udang sambal. Kalau udang ni aku masak lagi sedap kot. Hehe.. Tapi udang dia memang besar-besar kot. Gred A agaknye. Kitorang ambil 8ekor je kot. Tu pun cukupdah.
Yang tak de dalam gambar sup ketam. Sebab nye sampai lambat kan. So masing-masing dah start melantak, memang tak dan lah nak ambil gambar. Ambil ketam pun 4 ekor je. Ok lah kan. Nak ambil banyak-banyak takut tak habis pulak.

Kitorang makan dalam keadaan senyap sunyi. Haha tak taulah gelojoh ke apa. Tapi yang penting masa tu aku dah lapar. Mana taknye, bekfes roti canai je. Pastu lunch popcorn ngan hotdog. Mana la tak lapar kan.

Ok, lauk dah licin. Tinggal along ngan abang Bilal je tengah habiskan baki-baki terakhir dia.

Pinggan ku
Thanks along belanja kami
Aku ngan bakal pengantin, Wani
Eh eh mana suami ku??
Hehe ini la dia.  Gambar berdua wajib ye :)

Total kami makan nak tau berapa?? RM 130 sahaja.. Adalah sen sen dia along gtau tapi tak ingat. Murah tak?? Aku rasa murah la ni. Sebab banyak kan. Along pun lepas bayar muka dia cam blur blur je. Sebab murah sangat dia kata. Sebabnya masa dia makan berdua ngan abang Bilal kat Aroma kena dalam RM60. Tu pun ambil ketam ngan udang je pun. Plus nasi, sayur ngan air la kan.

Pendapat aku..
  • Rasa dia takdelah nak kata superb sangat. Tapi oklah. Bukanlah sedap sangat pun tp masih dalam kategori sedap. Kiranya kalau makan pun tak menyesal lah
  • Masa menunggu pun tak lama. Sedang elok je. Sampai-sampai pilih seafood. Pastu tunggu order untuk nasi n air.Berbual2 x sampai 10 minit.  Pastu azan sembahyang maghrib dulu. Siap sembahyang dalam 5 minit camtu makanan sampai. Just nice :)
  • Dari segi harga sangat2 lah berbaloi kalau nak dibandingkan makan kat S.Alam ni.
  • Lokasi pun dekat dari Shah Alam. Kalau nak pergi ke Bagan Lalang atau Umbai, Melaka tu memang tak taulah bila sampainye kan.
  • Satu je yang spoil sikit. Air yang dia buat x umphh.. Cair je. 
Kesimpulan aku..
  • Nak datang lagi.. Sebab memenuhi kriteria yang aku inginkan dari segi rasa, masa, lokasi dan RM. 




Alhamdulillah. Happy anniversary

3 comments:

5 tahun lepas, waktu ini, saat ini aku sedang bersiap-siap untuk diakad nikah. Alhamdulillah sudah pun melalui nya selama 5 tahun ini.

Happy anniversary abang.

Terima kasih kerana sudi menjadi peneman setia ayang.
Terima kasih kerana menjadi suami terbaik.
Terima kasih kerana sentiasa menegur segala kekhilafan ayang.
Terima kasih kerana sudi melayan 1001 perangai isterimu ini.
Terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka.
Terima kasih kerana memberikan bahu mu di saat isteri mu menangis.
Terima kasih, terima kasih terima kasih.

Terima kasih Allah kerana hadiahkan suami terbaik untukku. Dia tidaklah sempurna mana, dia tidaklah sebaik mana. Tapi cukuplah dia sebagai pelengkap sebahagian dari hidupku.  Alhamdulillah.

Travel : Percutian di Krabi (Part 4)

2 comments:

Fuhh malas tul nak update.. Tapi gigihkan jugak sebab sekolah dah nak start. So ada harapan la blog x berupdate kan. So nak tak nak gigihkan juga sambil tengok cite kartun SCOOBY DOO .. hehehe

Ok lets start..

Hari ni bangun pepagi kami nak pergi 4 Island. Hoyeahhhhhh..

En suami duk pakai sun screen before gerak. Yang bagus nye pakai kat muka, tangan dia x pakai.. Manala x gelap tangan tu. Kitorang pakai SPF 30 je.  

Sebelum bergerak kena isi details dulu. Nama, asal dan hotel mana. Memang prosedur dia macam ni. Tak kisahlah korang pergi mana2 tour pun. Sebagai insurans kan. Owhh rasanya lupa nak mention. Pakej tour di sertakan sekali dengan insurans ye :)

long tail boat
Ok, inilah group kami. Bersedia untuk bertolak.

En suami.  Best jugak naik long tail ni. Sepoi-sepoi bahasa gitu.  Posibility mata layu adalah sangat tinggi ye. Untuk yang mabuk laut tu apatah lagi. Minah thailand yang saing kitorang awal-awal dah sapu minyak angin. Nak ambil gambar lebih-lebih pun x boleh juga.. Sebab air laut memang akan terpercik kat muka korang dengan selambar. 
TUP ISLAND

Ok.. Dah sampai pun pulau pertama.. Tup island ni sangat mengujakan.Sebab nye korang dapat menyeberang 3 buah pulau yang berbeza dengan berjalan kaki je. Bila?? waktu air surut la kan.. Memang sangat-sangat terpesona. Cuma yang membezakan dengan pulau lain ialah pasir dia yang tak sehalus pantai-pantai sebelum ni. Dekat sini sakit kaki jugakla nak berjalan. Tapi seperti biasa air dia tetap jernih.




Pulau belakang tu tak bercantum ngan tup island ye

Bukti kami di sini

Ok, Korang boleh nampak kan long tail boat tu sepanjang-panjang nye.  Antara sepanjang-panjang boat tu kita boleh pergi ke pulau sana dengan berjalan kaki saje

Yang ini pulak untuk speed boat berlabuh. Em camne nak cakap ye.. Ok tempat yang paling dekat dalam gambar ni means imej yang paling besar ialah tup island. Kemudian korang nampak pokok2 hijau kat hujung tu. itu kita namakan pulau B dan di kiri pulau B tu boleh bersambung pula ke Pulau C.  Maknanya long tail boat diaorang parking antara Pulau B dan Pulau C. Speedboat pula antara Tup Island ngan pulau B. Nama-nama pulau B dan C aku tak tau pulak.

Haa.. Belakang kitorang tu pulau C ye.

On the way nak ke Pulau C. Jumpa geng Bikers Kental.  Minta tolong ambilkan gambar. tapi kami x sampai pun ke sana. Sebabnya air makin naik. Ombak pulak makin kuat. Silap haribulan boleh terus mandi je. Tambahan dengan batu-batu pasir yang agak menyakitkan. So kami patah balik. Lagipun masa yang diberi tak lama.

Keputusan yang tepat. Bila patah balik je, sampai-sampai boat diorang dah suruh naik boat. Di sebabkan kami antara orang yang terawal ada, minta tolong minah Thailand ambilkan gambar 

CHICKEN ISLAND
Chicken island. Dapat ambil dari jauh je disebabkan kedudukan kami jauh ke dalam boat. Diorang pun bukan berhentikan bot pun.. Jalan je sambil explain n terus ke port snorkeling.

Kat sini en suami ecxited snorkeling. Sebab dia tengok ramai geng kat sini. Bini pun excited tapi sebab takut pendam dalam hati je. Takpelah saya tukang snap pic dia :)

Sempat lagi tunjuk peace. Excited kemain lagi dia


Ambil gambar dari atas je. Letak la roti ke, jajan laju je ikan-ikan ni serbu. Tapi satu spesis je yang nampak. Ikan belang-belang. En hubby kata kat dasar banyakla.. 
Cukup masa kami pun berangkat ke destinasi  seterusnya..

PODA ISLAND

Tujuan utama dekat sini ialah untuk makan tengah hari je kot. Pada aku kat sini takdelah menarik sangat. Tapi mungkin jugak sebab matahari dah naik xde tempat nak berteduh. Pantai kat poda ni kecil je sebab dipisahkan dengan pantai yang berbeza. Aku pun kurang pasti, tapi menuruk pemandu pelancong sebelah pantai lagi tu private island. Sebab tu kot dipagar antara poda island ni ngan kat situ.


poda island
Yang ni cantik la
Makanan kami.. Taste?? Pada tekak aku sedaplah. Tak taulah sama ada dipengaruhi oleh rasa lapar atau tidak. Dekat sini dia takde proper restoran atau khemah macam dekat Phi Phi Island. Di sini, agen yang siap-siap bawa makanan dari Aonang. So pandai-pandailah kita cari port  nak makan. Makanan pun taklah semewah  dekat Phi Phi Island.

Kawan kami dari Malaysia. Asal teluk Intan. Friendly diorg ni :) Tu tengah nak beli ais krim la tu. Magnum pun 120THB kau... gilossss


PRANANG CAVE 

Lepas tu terus kami dibawa ke destinasi terakhir. Pranang Cave. Haa yang nilah gua yang sangat-sangat glamer tu. Kenapa ye ?? Nanti kita tengok ye..


En hubby berlatar belakangkan gua dan air yang hijau
Haa yang inilah sebab musabab keglameran gua ni. Nak ambil gambar dekat-dekat tapi en suami x bagi plak. Tengok gaya dia cam malu jerrr.. Hahha.. So kasi zoom sajelah. Suruh dia ambil lagi la dia tak mau. heheh
Kami
Saje ambil gambar mat salleh ni.. Cantik badan dia..Hehehe
Yang ni lagi dahsyat. Geng geng minah saleh ni sampai boleh minum-minum lagi kat sini..Suka la tu. Jangan mabuk sudah
Pulau ni pun private gak.. So kita hanya boleh berjalan di sekitar gua dan pantai je. Nak masuk ke dalam?? No no no.. Only for the guest .


Habis aktiviti di sini maka tamatlah program island tour untuk percutian 4 hari 3 malam. Sampai ao nang terus minta diorang hantar ke hotel terus.. Nak rehat-rehat.. Badan pun sakit-sakit kesan dari terlonjak-lonjak masa naik speed boat malam tadi. Misi kami malam ni. foot massage untuk suami, Thai massage untuk isteri.

Travel : Percutian di Krabi (Part 2)