Facebook Pages

Monday, March 31, 2014

Sekitar majlis Wani & Azwan

1 comment:
Entry kurang.. Layan gambar je..


my siblings.. ladies only :)
one more..yeahhh
my big big family.. mak abah pakcik makcik nenek atok sume ada.. tapi sayang sume dari selangor.. dari nogori takde pun.


my lovely SIL and my annoying brother.. Hahaha.. takdela, aku sayang abang aku ni.. The only one big brother.. Kuat nak menyakat adik2 dia... Bak kata Gary, stressssssss...
Besan baru abah.. Ngah bagi nasihat kat pengantin la tu..
Abah melayan tetamu.. Kopiah merah tu pak cik sedara aku.. Orang kuat kampung..


of coz gambar pengantin lama bersama pengantin baru harus ada.. 


My sis with bride n groom

Friday, March 28, 2014

Kambing bakar

1 comment:
Nyum nyum nyummmm..  Tergoda tak?? Tergoda tak?? Tak langsung??? Huhh lantak pi la.. yang penting bila aku tengok pic ni jer aku mmg kecur air liur terus..


kambing bakar, sedap 


Sebab pada aku dia sangat superbbb.. Kalau sesape yang tahu, aku memang x makan kambing..Sangat2 x suka, offer la banyak mana pun.. sedap mana pun bagi korang memang aku jarang nak sentuh.. Kalau sentuh gak, akan buwekkkk je la.. Tapi yang ni lain dari yang lain.. Mula2 tu jual mahal gak ngan laki aku, tp sebab macam menarik je tengok.. Try makan sikit.. Ambil part yang paling garing.. Eh eh sedap plak.. try ambil lagi.. ambil lagi ambil lagi.. Memang sedap.. Ceh kengkonon masa tu ingat dah mengidam la kot sebab tu suka kambing.. tapi nan hadoooo.. hahaha..

So lepas tu kalau g sana mesti aku suruh laki aku order... Sampaikan sblm nk serah kat hospital pun aku nak singgah makan kambing bakar dulu.. Setakat member2 n adik beradik yang aku bawa sini sume kata sedap.. Ada yang sanggup nak dtg dari jauh semata-mata  makan kambing ni je.. Cuma ada sorang kawan aku la kata x suka sebab garing.. Huhu.. yang ini aku kena gtau gak.. kang kalau korang datang x ikut selera kata aku tipu kau pulak..

Pada aku, aku suka yang macam ni.. Apa diorang kata well done eh?? Ntah aku pun x tau.. tapi ada gak yang juicy je aku makan.. maybe tengok part mana yang dia potong kot.. Kalau kat luar mmg garing la kan.. Tapi seriously yang ni memang terbaik.. Bagi aku la.. Sebab aku boleh makan berkali2.. Harga pun not bad.. Maybe rm12-rm18 kot... not so sure.. sebab selalu laki aku je yang order.. aku tukang makan je.. Hehe.. So kalau korang teringin ke bolehlah jengah RESTORAN NORHAIDAH sebelah SALAM seksyen 19, Shah Alam .. kalau yang dah biasa  seksyen 19 ni tapi x tau kat mana, asal nama restoran dulu namanya restoran maisha.. Yang ni aku confirm semua tahu kan.. Ok daaa

Thursday, March 27, 2014

Pengeluaran kwsp untuk kakitangan awam berpencen

2 comments:
Alhamdulillah Isnin lepas dah pun submit borang pengeluaran kwsp. Walaupun aku dah pernah post tentang cara-cara pengeluaran kwsp dulu dekat sini tahun 2012 dulu tapi tetap jugak ada problem.. Mungkin salah aku gak tapi check betul2. Mujurlah aku bawa segala dokumen-dokumen sekali. Kalau tak haru nak patah balik ambil apa yang patut.

kwsp, senarai semak, skim pencen
Ok ini adalah senarai semak yang diperlukan supaya takde apa yang tertinggal. Borang korang boleh je download dari laman web KWSP sendiri. Takde masalah lagi memudahkan kerja korang adalah. Tak payah nak beratur semata-mata nak dapatkan borang sahaja.
Masalah aku ialah di sini. Aku pun tak pasti, sama ada aku yang salah atau aku yang kurang paham.  Di BAHAGIAN AHLI no iv tarikh dilantik ke jawatan tetap dan berpencen. Punya aku confident isi ikut surat yang aku dapat. Alih-alih dia kata tarikh sah lantikan pertama.. Memang confuse gila.. Ke sekali lagi, aku yang salah paham sebenarnya.. Tapi mujurla, mujurlah aku bawa sekali  semua dokumen aku. So tak perlulah aku berpatah balik. Plus along aku pun yang tolong hantar. Aku ni x berapa berani sangat nak drive sengsorang. So kalau nak buat correction salinan asal perlu ada.  So pergilah aku fotostat n beratur sekali lagi. Bila semua dah lepas barulah dapat nombor . Then submit. Alhamdulillah settle semua. InsyaAllah proses makan masa 2 minggu. Dia akan hantar by sms atau surat bila duit dah dibayar.

As conclusion, korang sediakan dokumun siap2, fotostat siap2 mana yang dirasakan perlu, so bila sampai x perlu la buang masa nk patah balik rumah in case kalau terjadi situasi macam aku ni.  Yang penting, servis dia memang tip top.. clean n clear.. Hehehe..


Wednesday, March 26, 2014

Majlis sambut menantu

No comments:


Hari last sekolah 21 Mac terus aku berdesup gerak ke Ipoh.. hahaha xde la berdesup pun.. Settle kan kerja rumah mana yang patut dulu. Basuh kain contohnye.. Iyela, Selangor sekarang krisis air. Kang kalau x basuh baju, nanti laki aku g kerja nak pakai apa.. Lainlah kalau dia pakai setakat baju kat rumah xde uniform keje memang senang hati la aku cuci tangan.. Tunggu balik S.Alam baru basuh.. Hehe . tp impian tinggal impian la.. sebabnya air ada nanti hari Isnin.

Dah settle semua, dalam kul 11 pm baru kuar rumah.. Tapi singgah makan dulu kat restoran Norhaidah.. Hahaha lapar kot.. Harap aku masak , lama sangat dah dapur tak berasap.. Mood kemalasan makin menebal.. Ntah bila nak muncul balik. .Full stop.

Perjalanan ke ipoh sangat lama.. Mana tak nye berpusu2 orang nak balik utara. Sampai sana dah kul 3 lebih.. Lepak2 jap, tdo pukul berapa aku x tau.. Bila bangun, rehat2 gerak ke homestay tempat mak abah menginap.. Owhh aku duk rumah along aku malam tu.. Kepala pun ting tong x cukup tido.

Sampai2 sana, rehat kejap tunggu wakil pengantin panggil untuk berarak. 


Hahaha apsal belah perempuan plak yang bawa bunga manggar.. Aku ngan my sis plak tu.. Aku pun confuse. Wakil pengantin datang suruh pegang bunga manggar.. Halal je la.. Janji majlis berjalan lancar. Yang pengapit perempuan tu Sajida sepupu aku, Kebetulan baju dia sama tema ngan belah lelaki, so kitorang suruh dia jadi pengapit. Kesian tengok pengapit asal, kecik je nak jadi pengapit. Adik aku si wani siap sound mana kompangnye.. "Ehh hello majlis ko haritu pun sunyi sepi je.. Banyak bunyi plak. At least dia ada gak muzik kompang."
Sangat sesuai.. Wan n Wani.. muka pun iras2..
Pengantin bersama mak n my SIL..  Aku pasan muka adik aku ni dah berisi.. Senang hati la tu :)
Eh eh apsal aku xde. Apsala laki n adik aku plak interframe kali ni.. tak aciiii.. nak juga... Hmm memang hari tu aku x gila gambar pun.. Sebab kepenatan dan kemengantukan melanda diri.
Makanan memang superb.. Terbaikkk.. tapi sayang kalau aku penat makannye sikit je dah kenyang.. Nasib baik esoknye diorg tapaukan rendang tok.. Yang aku pasti kejiranan kat sini sangat bagus.. Setiap rumah ada tugas masing2.. Satu rumah PA system, satu rumah makan2 sampingan cam laksa, jeli kelapa, rojak etc.. satu rumah lagi sediakan teh tarik.. Ada lagi rumah rasanya, tapi tak perasan. yang teh tarik tu aku pasan masa nak balik je.. tak sempat la minum..

Balik homestay rehat2, lepas tu jenjalan g Jusco.. dapat la pau baucer fidah RM250 tu.. dan secara x langsung dapat gak kad popular.Yesss.. Thanks fida..

Thanks juga pada family cik Limah, cik Sidah n Cik Mat yang sudi menemani kami. :)
# Aku masih mengharapkan keajaiban Allah.. Selagi belum ditemui aku masih mengharapkan mangsa2 MH370 ditemui walaupun sekadar 1%. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. KuasaNya melebihi segala-gala yang ada di dunia ini.

Sunday, March 9, 2014

MH370 pray for them

No comments:
sejujurnya, aku tak tau apa perasaan aku sekarang.. aku bukan sape2.. cuma rakyat Malaysia yg mendengar kehilangan pesawat MAS secara tiba2.. tanpa pesanan tanpa isyarat..  mereka bukanlah orang yang aku kenal, bukan juga sahabat handai, saudara mara apatah lagi.. tapi jauh disudut hati, aku tak keruan.. memikirkan keadaan mereka di sana, mcm mana mereka hadapi saat2 mencemaskan sekiranya berlaku..

Memikirkan ketakutan mereka, memikirkan situasi mereka aku sangat2 empati.. Apatah lagi sanak saudara mereka sendiri.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..aku yang bukan sape2 ni tertanya2 apatah lagi keluarga mangsa..

kepada kapten zahari, saya tahu kapten telah lakukan yang terbaik.. saya tahu kapten  amat menitikkan soal keselamatan.. saya selaku salah seorang rakyat Malaysia meyakini kebolehan kapten.. apa yang jadi adalah asbab.. bila mana Allah telah berkata " kun fa ya kun" maka siapalah kita untuk menghalang..

kepada kapten, co-pilot, crew n semua penumpang.. seluruh dunia mendoakan kalian.. walau di mana kalian berada kami doakan yang terbaik untuk kalian..

" ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, tiada apa-apapun yang boleh menandingi kuasa-Mu. Ya Allah, sehingga kini kami tidak mendapat sebarang berita, Engkau berilah petunjuk kepada kami ya Allah.
Sekiranya sukar bagi kami, Engkau permudahkanlah
Sekiranya jauh dari pandangan kami, Engkau dekatkanlah
Ya Allah, jika Engkau panjangkan nyawa mereka, bantulah kami hubungi mereka
jika telah Engkau tetapkan ajal mereka, tunjukkanlah  jasad mereka
Ya Allah Engkau sejahterakanlah mereka walau dimana mereka berada..
Ya Allah perkenankanlah doa kami.. Perkenankanlah doa ibu bapa kami, perkenankanlah doa saudara mara kami. perkenankanlah doa sahabat sahabat kami. amin ya rabbal alamin...."

yakinlah kita pada kekuatan doa, yakinlah kita pada kekuasaan Allah.. selagi mana mh370 tidak dijumpai, kita masih ada harapan walaupun hanya 1%.. yakinlah sahabat, yakinlah umat manusia.. tetapi jika sudah tertulis telah sampai waktunya , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Tiada satu apapun dapat menghalang Dia..


Wednesday, March 5, 2014

Selamat menjalani kehidupan suami isteri

No comments:

Selamat pengantin baru buat adikku Haswani Samilan n pasangan Mohd Azwan.. Tanggal 15 Februari 2014 selamatlah mereka menjadi pasangan suami isteri. Semoga bahagia hingga ke syurga. Dimurahkan rezeki harta dan zuriat..

Cerita lanjut menyusul kemudian, kalau rajin nak mengupdate. Sama macam majlis aku, majlis ini pun sunyi sepi juga tanpa alunan muzik dan kompang. Yang penting ijab dan kabul berjalan lancar dan sempurna. :)

Next event, di Shah Alam la kita.. waiting list.. Maluh, Isyad, Fidah n Adik.. Tapi bunyi2 macam Isyad jalan dulu. Kalau Fidah tu propa je lebih.. Owhh lupa plak, ni jela balance adik2 aku yang belum kahwin..