Facebook Pages

Friday, July 18, 2014

MH17 semoga bahagia disana

No comments:
Allahu Akbar.. ujian bertimpa2 untuk Malaysia. sebelum ni MH370, sekarang MH17.. petunjuk apakah ini.. Ya Allah kau kuatkanlah hati keluarga mangsa2 tragedi ini Ya Allah.. dikala  Ramadan berbaki malam2 lailatul qadar kau menjemput hamba2 Mu ini.  

Kau tempatkan mereka di sisiMu yang tertinggi.. Ya Allah jika ini adalah kifarah dari kelalaian , kedustaan, kealpaan kami rakyat  Malaysia, ampunilah kami Ya Allah. Dan matikanlah kami dalam keadaan yang lumrahnya manusia kembali kepadaMu.. Ya Allah kau lindungilah negaraku jika ini adalah perbuatan khianat Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..

Al Fatihah untuk mangsa2 MH17.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Tenanglah wahai saudara saudariku di sana.. Alfatihah juga buat mangsa MH370.. walau dimana anda berada doa kami sentiasa mengiringi.. Amin..

** ajal tidak mengenal usia.. Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan bersedia Ya Allah.. penuhkanlah diri ku dengan iman, hiaskan diriku dengan iman..persiapkan lah aku untuk menerima ajalku.. Amin.**

Wednesday, July 9, 2014

pulut x jadi

1 comment:
alkisah, aku memang tak pernah tanak or kukus pulut.. pernahlah sekali.. itupun secara tak sengaja masa darjah 3 ke 4.. masa tu nk masak nasi ,sekali tgk bila dah masak rupa2nya aku tanak pulut..hehe..
so cite hari ni, kawan sekolah bagi lempuk durian.. puasa2 kan teringin macam2.. so keteringinan aku ialah nk makan lempuk ngan pulut.. kebetulan yang sama, kawan aku ina pun teringin bende yg sama.. so dia suruh aku masak n nanti dia amik kat rumah..

so tanya dia camne nak masak.. kengkonon aku nak tanak je.. sebab pengukus sume dalam kotak malas nak selongkar..hahaha dia kata mcm masak nasi.. aku pun on je.. sebab tgk mak masak pun cam gitu.. 

tapi tapi tapiiii... apsal pulut aku jadi lembik ekk..confuse sudah.. memang fail la.. ke teknik aku salah..hehe.. mmg x boleh pakai la bini krul ni.. last2 wassup ina ckp pulut x jadi..huhu..

aduiii.. kesimpulannya aku kena berguru la cara nak menanak pulut..belajar ngan mak ler..hehe mau kna gelak ni nampak gayanye ngan my sibings.. hehe.. fullstop

#Ramadan 7 : Nasi ayam dan popia goreng

1 comment:
nasi ayam, popia goreng


Menu ramadan ke 7 hari tu. Alhamdulillah home made nasi ayam ngan popia goreng. Sedap sehingga menjilat jari. Pada aku nasi ayam di kunci dia sup je.. Lepas tu boleh diapply kepada ayam, sos tomato ngan nasi.. Sebabnya dari sup juga lah aku buat nasi ayam ngan sos tomato. Walau dah pernah share, tetap juga nak share lagi sekali sebabnya bahan-bahan aku x berapa konsisten tapi insyaAllah menjadi. Kalau yang aku xpuas hati xdelah aku nak share kat sini. Kang kena sumpah plak ngan korang..Hehe..

NASI AYAM

Bahan-bahan sup : 
1 inci halia -didadu
2 ulas bawang putih -didadu
1/2 ekor ayam
Garam secukpnya
2 biji kentang (optional)
Kiub ayam (optional)
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan nasi :
Beras
Sup ayam
Garam

Bahan-bahan sos tomato :
Sesenduk sup
1 biji tomato
2 batang lada merah
Sos cili
Gula

Bahan-bahan sos kicap :
Sos tiram
Madu
Kicap
Sos cili

Cara-cara memasak :

  • Untuk sup, mula-mula tumis bawang putih dan halia. Bila dah naik bau, masukkan setengah ekor ayam yang dipotong dua. Kacau-kacau sekejap, selepas itu masukkan air bersama kentang, kiub ayam dan garam secukupnya. Didihkan sehingga ayam empuk/masak.
  • Sementara itu basuh beras. Kemudian masukkan sup ayam yang dimasak tadi ke dalam beras ikut sukatan yang selalu digunakan untuk memasak nasi. Means sup ni menggantikan air biasa yang selalu kita gunakan. Letak garam sedikit. Dan bolehlah tunggu sehingga nasi betul2 masak.
  • Untuk sos tomato, blend tomato, lada merah, sos cili  ngan gula. Kemudian dimasak diatas kuali sehingga sos agak2 pekat sedikit. Gula dan sos cili mengikut kesukaan korang. Dah siap boleh diangkat.
  • Untuk sos kicap, campurkan saja semua bahan-bahan yang dinyatakan dan kacau. Siap.
  • Yang paling penting, ayam.. Angkat ayam yang telah direbus. Gaulkan dengan sos kicap tadi dan bolehlah digoreng. Bila dah garing boleh lah diangkat dan dipotong2 kecil.
  • Dah siap semuanya bolehlah dihidangkan. Daun sup dan bawang goreng bolehla ditabur ke dalam sup untuk memberi aroma yang harum.

POPIA GORENG

Bahan-bahan inti :
Lobak
Sengkuang
Tauge
Sedikit tepung (untuk gamkan kulit popia)

Bahan-bahan sambal : 
2 sudu besar Cili kisar
Segengam kacang tanah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan
sedikti air Asam jawa
Sos cili
Gula
Garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat :

Kite bermula dengan buat sambal ye..
  • Goreng kacang tanah dan kemudian di kisar. Kemudia kisar pula cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan belacan. Kemudian masukkan pula air, kacang tanah, air asam jawa, garam, gula dan cili. Kacau sehingga kuah menjadi pekat atau telah terbit minyak. (Proses ni lama sket untuk dapat tekstur kuah yang halus n pekat). Agak-agak kalau air dah kering boleh tambah air.
  • Sementara itu, celurkan bahan sengkuang, lobak dan tauge ke dalam air panas. Selepas itu gaulkan sengkuang dan lobak dengan sedikit kunyit dan garam.
Ok kenapa kena buat sambal dulu.. Meh baca lagi..

Ok untuk buat popia.. Sediakan kulit popia. Sapukan sedikit sambal di atas kulit popia yang akan diletakkan inti. Kemudia letakkan inti dan gulung. Selepas itu bolehlah digoreng dengan minyak panas.
Akhir sekali bolehlah dihidang dan lebihan sambal tadi sebagai sos popia. Macam yang kite beli dekat SS Ali tu.

Tips : Untuk dapatkan popia yang rangup dan tahan lama, jgn letak terlalu banyak inti sebab apabila digoreng dia akan serap minyak yang sangat banyak. Letak je setakat sedang elok tapi jangan sedikit sangat. 

Hehe macam mana aku boleh tau?? Sebabnye aku suka inti banyak, bila makan tu rasa penuh je mulut, cuma problem bila dah sejuk dia jadi lembik. Laki aku plak , dia suka popia yang rangup. So haritu dia yang menggulung, so dia letak 'just nice' je.. mula2 bising gak tp sebab dah buat kan.. So memang popia jadi rangup je.. Sampai ke sahur pun sedap lagi makan..Hehehe kami perut dua je, tu yang samapi ke sahur. Tapi Alhamdulillah kawan suami pun ada datang, dapatlah jamu popia goreng. Rezeki diorg kan. :)
















Tuesday, July 8, 2014

Resepi Sayur Park Choy Sos Tiram

2 comments:
saayur park choy

Curi masa jap mengupdate.. Jap g nak pergi sekolah. Bulan puasa ni bolehla memeriahkan blog ngan resepi2 mudah..Hehehe..

Bahan-bahan : 

Sayur Park Choy

2 ulas bawang putih
Sos Tiram
Sedikit tepung jagung
Minyak untuk menumis
Bawang goreng
Garam

Cara-cara : 

1. Basuh sayur. Kopek sayur biar terlerai satu-satu.. Celur dengan air panas dan sedikit garam.
2.Tumis bawang putih. Kemudian masukkan garam,sos tiram dan bancuhan tepung jagung. Bila kuah danh menggelegak dan sediikit pekat bolehlah diangkat.
3.Curahkan kuah ke atas sayur dan taburkan bawang goreng di atasnye. Siappppp..

** resepi ni aku x guna minyak bijan sebab nan hado..

Monday, July 7, 2014

Daging Pekasam

No comments:
daging pekasam, pekasam
Daging pekasam
Korang pernah dengar tak daging pekasam??? ke first time dengar.. Ini antara juadah berbuka aku semalam.. First time rasa. Taste?? Emm tak tau nak describe.. So so la pada aku. Tapi jap tadi baru google daging pekasam cam mengiurkan je cara diorg masak.. Haha daging aku nampak cam rentung kan. Sebenarnye bukan daging yang rentung. Tapi bawang ngan cili api yang rentung. Masak kat periuk ajaib tak tengok sudahnya itu la hasilnye. Daging masak elok je. Lenkali goreng daging lama sikit dulu baru masuk bahan tumis.. Hehe..

Cara masak sama je cam ikan pekasam. Goreng daging, masukkan bawang putih, bawang merah ngan cili. Lepas tu angkat. Tapi daging kenala lama sket kan.  Itu je.. Selamat berpuasa.. Bulan puasa ni aku gigihkan share resepi je la ye..:)

* nak cari cara masak daging pekasam yang pelbagai.. 

Sunday, July 6, 2014

Resepi puteri mandi

2 comments:
Rabu lepas teringat2 puteri mandi air tangan mak.. Gigih mencari resepi tapi sayang bahan2 cam tepung pulut, santan, gula melaka sume xde.. Tapi agaknye, dah nama nye rezeki ada plak cikgu sekolah yg menjual..Opps salah.. dia amik order je.. yang jual maknye.. Tapi yang tu versi salut ngan kelapa parut.. Alhamdulillah merasa gak.. So balik sekolah tu, tepon encik somi suh beli bahan2..

Esoknye baru leh buat..  So hari ni baru sempat nak share resepi.

Bahan-bahan :
Tepung pulut
Air
pewarna

Bahan-bahan kuah :
Santan (aku guna santan kotak 200ml)
Gula
Gula melaka/gula merah
Daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara: 

  1. Bahagikan siap-siap kepada 3 bahagian. Titiskan setiap bekas dengan pewarna yang dikehendaki. (depend pada korang nak buat bape kaler. cam aku 3 warna).
  2. Gaulkan tepung dengan air. Gaul sampai tepung tak melekat dengan bekas n tangan. Kalau melekat2 tu maknanya terlebih air n kena tambah tepung lagila..cara buat puteri mandi
  3. Lepastu bolehla dibulatkan dan ditekan ditengah2 seperti gambar di bawah. (Aku tabur tepung kat pinggan tu supaya tak melekat puteri aku kat pinggan)puteri mandi sebelum masak
  4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan puteri2 untuk dimandikan. Nak tau dah masak ke belum senang je.. Mula2 dia akan jatuh terus ke bawah.. Bila dah masak puteri2 ni timbul. So masa tu bolehla angkat n masukkan dalam air sejuk untuk elakkan dia melekat antara satu sama lain.
puteri mandi

Cara buat kuah: 
  1. Didihkan air. Masukkan gula,gula melaka dan daun pandan. Bila gula dah cair masukkan santan dan garam. 
  2. Lepas tu bolehla dimasukkan puteri mandi ke dalam santan macam gambar kat bawah ni.
  3. Apalagi boleh ngap la.. tapi kena tunggu sejuk dulu la kang melecur plak lidah makan panas-panas.
puteri mandi
Puteri mandi
Hmmm masa buat tu, kalau tengok kat pinggan hijau tu cam banyak je nak makan 2 orang.. Tapi Alhamdulillah rezeki family aku kot diorg datang berbuka kat rumah lepas tgk anak buah warded, dapatla merasa.. Untuk first timer cam aku yang baru berjinak-jinak nak buat puteri mandi ni haruslah risau kan.. tapi Alhamdulillah.. Licin kot.. Sedap katanya.. Aku pun cam kempunan sebab masa nak makan tengok dah habis..Tapi dapatla makan dua mangkuk cuma rasa nak lagi , nak lagi..Hehe.. Tapi x kisahlah. Yang penting apa yang kita masak orang suka. Itu yang lebih menggembirakan. :)

Owhh ye.. resepi aku ni xde sukatan.. Main agak2 je. Kalau korang rasa puteri mandi yang korang buat tu sikit leh la tambah adunan nye. 

Tuesday, July 1, 2014

Salam ramadan

2 comments:
huhhhh.. legaa.. baru settle membayar bil segala bagai.. dari empat angka dalam akaun dah jadi dua angka.. Mujur ada bank bergerak en suami. Alhamdulillah.. Dialah yang tolong topupkan duit belanja bini.. Bini dia perabih duit untuk bayar bil.. 

Alhamdulillah dah masuk 3 ramadhan setakat jam 11.40 pm ni. Sempat la bersahur 2 hari ni rumah mak n berbuka sehari ngan  mak abah. Rezeki sambut ramadan di kampung tahun ni. Dah dua hari gak berbuka dekat Shah Alam ni.. Menu kami orang bujang simple je. Takde la pelbagai jenis lauk pauk. Almaklumlah, tuan badannye dua2 kecik, kang kalau ikut nafsu membazir plak nanti.

Ramadan ke dua menu mee bandung ngan cek mek molek, hari ni plak mee hailam ngan cucur udang. Settle tuk dua hari. Sekarang tengah memikir nak masak menu apa esok. Nak masak mihun goreng ke makaroni goreng..Hmmm... untuk kudap2an pun x tau nak buat apa.. Minggu ni ingat berbuka puasa nak menu ringan je.. Haha menu ringan pun perut senak sampai ke malam.. 

Oklah selamat menyambut ramadan sahabat.. Moga ramadan tahun ni amal kita semakin bertambah. Entry2 tertangguh kalau rajin saya update ye.Nite.. Jangan lupa bangun sahur esok :)