Facebook Pages

Tuesday, May 26, 2015

Tetamu pertama

1 comment:
Sabtu hari tu, lepas dah susun-susun barang kat rumah baru.dukla membongkang kat dalam bilik tidur.. Tetiba dengar orang bagi salam..Tak tau pun sapa, ingat jiran2 kat kawasan ni.. sekali yang tak disangka, anak buah datang menjengah.. Kebetulan diorang masuk taman kitorang, ada plak savvy en suami .. Alhamdulillah..sampai juga korang ye..mujur ada savvy busu..

Aween, along n baby amirul
Alkisah kitorang kan tak pindah lagi sini..memang takde apalah yang nak dijamu.. Mujur tetiba en suami teringat epal yang dia beli ngan air botol tu... Mula2 pening gak nak hidang pakai apa.. mujur gak la teringat dah bawa pinggan mangkuk sket2.. so adalah rezeki untuk diorang ni..

Pastu diorang pun beransur.. dah siap lambai2 encik somi kata si yuzai n ise plak nak datang..sekali toleh kiri dah nampak dah kete diorang.. huhu macam dirancang plak nengoknya.. kitorang pun duk gelak bila posisi tempat duduk diorang anak beranak 2 family ni sama plak..

Anak papa
Budak ni memang.. Tak sudah ngan hand phone,, tengah kusyuk tengok kartun rusia la tu.. sampai tdo pun ngigau cakap rusia..
Alkisah, diorang nipun ingatkan dah xde apa nak dihidang.. sekali teringat plak ada bawa 3 in 1 cappuccino..so masak air panas n hidangkan untuk diorang.. Padahal mula-mula malas nak basuh cawan-cawan teko tu sume hadiah kawen baru nak pakai.. Tapi bila macam ni memang kena basuhla kan.. Tu yang en suami aku cakap, " itulah tadi xnak basuh sangat, last-last kena basuh juga "..hehe sambil gelak.. Apapun, alhamdulillah tetamu tu kan rezeki.. Kira house warming kecil-kecilan la ni.. haha. Pastu siap kemas2 terus gerak balik 19..

# izzul naik kitorang balik 19.. tau apa dia cakap?? ni haa ayat dia " ummi, rumah ummi yang buruk tu, yang ada tangga tu, basikal dalam pagar tu kat mana??" ko rasa apa?? haha aku bantai gelak je dalam kete.. dah memang betul la dia kata kan.. kalau takde cleaner bersepah2 sampah iklan, kalau hujan plak abis bertakung air.. budak2 kan.. sememangnya dia jujur.. 

Monday, May 25, 2015

Pindah barang

1 comment:
Pindah barang okey.. belum pindah rumah lagi.. mana yang boleh angkut sikit2, aku angkut.. kalau yang berat2 je suruh lori bawa nanti..

bukan barang2 dalam tu je yang dipindahkan..dengan savvy tu sekali kami pindahkan..

baru sikit..

kat dapur pun ada lagi
huh.. penat weh.. penat... aku rasa lepas raya pun tak siap kemas lagi ni...mungkin sebab faktor umur kot.. haha tengok barang2 pun rasa pening.. Kabinet tu aku beli 2nd hand je.. murah2 je.. cadangnya nak pakai sekejap je. sebab pasni cadang nak buat KC.. Alang2 buat KC nak kena gak extend dapur ni.. so kalau buat skrg memang tak la kot.. Tapi nak buat pun kena tunggu ongkos nye cukup.. Kalau tak, duk diam2 la kabinet ni kat rumah nanti..
Ok tata..

Sunday, May 24, 2015

DONE!!!

No comments:
Hari tu dah tunjuk kan feature wall kitorang yang berbalam-balam tu.. Kalau tak ingat ni aku tepek kat bawah ni sekali lagi.
.
.
.
v
v
v


so next week nya beli laa lagi seliter cat yang sama.. cuma kali ni cam cat minyak plak.. Tapi aku tak mengecat.. serah 100% pada tok laki..

Kat bahagian bawah dah cantik dah kan... nampak dah beza dia.. tul tak??

settle kan bahagian bawah, kita kasi 2nd layer plak kat bahagian atas..


Dan hasilnya... tadaaaa... cantik dah.. Alhamdulillah...

twin aku sebok tanya apsal aku cat dinding sebelah tu warna pink... hahaha aku pun x pasan warna pink.. tp combination dia aku suka..oklah kann..

lepas ni operasi mengangkut barang plak..

Alhamdulillah..

1 comment:
Aku pernah terbaca... selalu apabila kita dapat sesuatu yang kita inginkan kita akan kata.. Alhamdulillah.. rezeki.. Sebagai contoh bila kita dapat pindah tempat kerja, kita akan ucap 'Alhamdulillah'.. tapi kita x sedar, sebenarnya andai kata kita x dapat pindah rezeki kita adalah di situ..
Dan cerita dari pakcik ni sangat-sangat  bagus.. Agar kita sedar, semuanya yang kita dapat adalah rezeki, semua yang kita dapat juga adalah ujian untuk kita.. 

cerita asal aku tak tahu dari mana... tapi aku copy dari blog aans1.blogspot.com

'ALHAMDULILLAH, TAK ADA ANAK'



Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.

Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.

Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.

Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.

“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.

“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”

“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.

“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.

“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”

Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”

“Sudah pakcik.”

“Anak berapa?”

“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.

“Berapa tahun dah kahwin?”

“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”

“Pakcik bersyukur?”

“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.

“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.

“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”

“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.

“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.

“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.

Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.

Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.

Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.

Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.

Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.

Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin.

# baru perasan sumber adalah dari sini 

Wednesday, May 20, 2015

dahulu kala

2 comments:
sedang kemas2.. terjumpa ini..haha kad dariku untukmu.. darimu untuk ku ada kat kotak lain..nanti i cari k..

satu mamat poyo, satu lagi insan teristimewa.. haha..

haha..see.. mostly kad dariku untuk mu semuanya gambar kartun.. Haha.. sebab personaliti dia  ku bagi kad mcm ni..tp meaning dia mendalam hokey..

Apa yang aku tulis??? Biarlah rahsia.. Macam bo*** je bila baca balik..gelak2 kitorang..

ok itu je nak gtau..hahaha..

Tuesday, May 19, 2015

Pertandingan bola jaring sempena hari guru

1 comment:

 Tarikh : 16 Mei 2016
Acara : Pertandingan bola jaring sempena hari guru
Peringkat :  PPD Petaling Perdana

Ok inilah cara kami meraikan hari kami.. first time ni.. Selalu lawan ngan budak2 je.. Ni lawan ngan cikgu cikgi.. Alkisah, cari ahli hari selasa.. Berlatih hari jumaat... Abis je program menjahit kat sini kul 2.30 terus zass ke court netball plak.. esoknya. sabtu lawan..


Sebelum lawan kasi semangat sket.. Go go niners!!!
\
Sebelum main gambar dulu..
Niners lawan mana ek ni..
Yeayyy.. itu dia sharp shooter kami..
Energy dah tinggal 50 %
lawan lagi
Lagi sekali..

bersantai
tetap bergambar walaupun penat
Dah abis lawan barulah selera nak makan nasi lemak..hehe..  burn kalori add kalori

Hasilnye.. huhu xde gambar gigit pingat.. daku dah pulang..sob sob..
Alhamdulillah.. Erkkk.. sijil daerah, pingat selangor.. so macam mana??

Monday, May 18, 2015

Beg tangan terbesar

1 comment:
Jumaat lepas.. 15 Mei 2015 sehari sebelum Hari Guru aku dan kawan-kawan menyertai program bersama Pusat Latihan Kraftangan Epal (Epal) menjahit beg tangan terbesar untuk cipta Malaysia Book of Record & Guinness World Record. Ohh bukanlah kami saja yang buat beg ni, cuma sebahagian yang terlibat. Banyak lagi institusi dan syarikat persendirian yang terlibat.. Tak caya korang boleh terjah facebook diorang di epal store . Aku ni pun pada asalnye tak terlibat pun.. Iyelah sebb mesin jahit pun aku sentuh masa umur 15 tahun dulu.. Lama sangat dah.. Tapi bila dia kata tak pandai menjahit pun takpe, so oklah.. Terus bagi nama untuk join.

Dengan kerjasama PJSK, KDSM dan Epal
Program start 9.30 pagi.. So datang makan2 dulu, then pihak epal beri penerangan kemudian ada plak contest pilih lagu terbaik.. So kami dipecah2kan kepada kumpulan2 yang mengukur, menggunting dan menjahit.. Of coz la aku tak ambil menjahir kan.. Aku ambil part mengukur.. Ukur pakai pola dia siap2.. Sebelum tu.. pakai kain apa ek kitorang jahit ni?? Kitorang sumbangkan 2 helai kemeja cotton. Aku sah2 tok laki xde kemeja, so minta kawan bawakan.. Hehe.. Itu sahaja.. Yang lain2 mcm mesin jahit, gunting, iron, kapur lukis semuanya diorang yang sediakan.. Bagus kan...

Lama kau nak tunggu.. Dari kul 9.30pg smpi 2.30 ptg.. tapi start mengukur, potong, jahit tu dalam kul 10.30-11.00 pagi la.. Sebab sebelum tu kitorang dengar penerangan n tonton video diorang..

beg tangan terbesar anjuran epal
Bergambar kenangan tanda kepuasan..
 Actually diorang nak satu keping betulke penggunaan helai tu ?? je macam kat atas ni..  tapi kitorang dapat siapkan dua.. Bukti seperti gambar di bawah ye..

Yang free hair tu lah wakil dari epal..

So sementara nak menunggu jahitan yang lagi satu siap aku pun test lah mesin jahit diorang.. Debar kauuuu... almaklumlah dah lama x sentuh mesin jahit.. Ada lagi ke skill.. Hehe.. sekali bila dah pegang mesin syok nye lahai.. memula tu ada la senget2 sikit, last2 dia dah cantik sket.. Baru sket eh, belum cantik sangatt.. Haha tp memang best la.. Aku memang aim nak menjahit.. At least pandai jahit baju sendiri pun jadilah. So nanti pas pindah rumah baru, leh la start menabung.. Nak beli mesin jahit Janome.. Pihak epal ni pengedar tunggal mesin jahit janome. Dia kata dalam banyak2 mesin jahit yang diorang guna, janome yang terbaik. Brand dari jepun. Diorang ada mesin jahit yang biasa sampailah yang 30 ke 40k.. Hahaha sila kagum ok.. Aku pun terkejut ada mesin jahit harga puluhan ribu.hehehe..

Haishhh tak sabar plak nak tunggu beg tangan terbesar ni siap.. sebab nak tunggu invitation masuk kat dalam tu..  Beg ni akan sebesar 2 1/2 buah Myvi tau.. memang besar.. Dan yang penting nak dapat sijil tu.. Almaklumlah sekarang semua nak sijil..Ingatkan bila dah keje ni x payah sijil dah..rupanya kena juga..Nasib la labu..hehe..

Akhir sekali sesapa nak join kelas kat epal leh la jengok2 kat web diorang http://epal.com.my/ atau tengok fb epal store . Dan ada kelas jahitan seawal umur 7 tahun.. memang best.. Aku pun nak join kelas gak, tapi kena tunggu setel semua benda la especially nak pindah ni..duit keluar  mcm air.. fuhhhh...

Thursday, May 14, 2015

dah mula

2 comments:

baru bermula

proses pembungkusan sedang bermula... aduiii x tau mana yang nak dikemas.. fening fening kepala feninggg... insyaAllah ujung bulan ni  duduk istana yang baru.. so terpaksa start mengemas sikit2.. sebabnya barang2 nampak mcm tak banyak.. tp bila nk kemas tak tau mana dulu yang nak start... huhu.. rumah pun xdela nak renovate bagai.. sedar diri sedar poket sendiri..hehe.. biarlah berdikit2 asalkan tidak berhutang.. almaklumlah dunia sekarang kejam.. ok... bye

Thursday, May 7, 2015

Alhamdulillah.. duit dapat balik

7 comments:
Nak habaq ni.. Alhamdulillah dah dapat balik cukai terlebih bayar.. Hahaha.. xdelah banyak mana pun.. Setakat rm19.65 sahajooo.. Tapi I is kedekut.. Kalau 19.65 didarab10k pembayar cukai yang tak menuntut, berapa banyak gomen dapat kan.. Hehehe so haruslah berkira kan walaupun nilai dia seciput jee... Statement bkn anti gomen tapi mempertahankan hak.. kihkihkih.. Thanks kepada LHDN kerana memulangkan hak ku ini.. Sayang korang ketat-ketat.. 

bayaran terlebih bayar LHDN
Bayaran balik cukai

Wednesday, May 6, 2015

Fettucini Carbonara

1 comment:
Hello hello hello..... lama sudah tak bersiaran.. iklan Nuffnang pun tak menari rancak kat akaun..  Malam ni sebenarnya nak bagitau, i masak Fettucini Carbonara... Sedappp kauuu.... angkat bakul naik sendiri.. Hahaha sebenarnya tak pernah pun masak carbonara ni.. sebab terpikir dah dalam kepala mesti muak.. makan sikit bolehlah.. yang balance??? Sapa lagi nanti nak perabih... 

Tapi carbonara ni aku ingkar resepi.. Xde letak susu segar bagai. Ikut dan aku je..

Fettucini carbonara versiku..
Meh sini nak risik-risik resepi stail aku..

Bahan-bahan (3-4 orang makan) :-
  • 1 tin kecil carbonara
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang besar
  • Ayam cincang
  • 3 ekor udang besar - dicincang/potong kecil2
  • Hotdog
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Daun Oregano kering
  • Chili flakes (optional)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Sedikit parmesan/mozarella cheese
  • Air rebusan udang
Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak.. Masukkan ayam dan hotdog.. Kacau sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bawang dan udang. Kacau sehingga masak.
  2. Masukkan sos carbonara, air rebusan udang,sedikit garam dan cheese. Kacauu sekejap.. Kemudian taburkan serbuk lada hitam dan oregano. Kacau hingga mendidih.
  3. Akhir sekali bolehlah masukkan fettucini dan kacau.. Sedia untuk dimakan..
carbonara
Nak kasi pedas?? Tambah je chili flakes
Ok sekian  untuk hari ini.. Doakan aku rajin mengupdate ye... so malaaassssssssssssss  sekarang.. Nak g keje pun x semangat..