Facebook Pages

Monday, June 29, 2015

Throwback menu berbuka Ramadhan lepas

2 comments:
Ramadhan 7

Nasi Ayam
Nasi ayam

Ayam panggang
Nasi ayam ni semua aku sediakan kecuali ayam panggang..Hehe ambil jalan mudah je.. Order ngan kawan aku.. Sebabnya aku fikir kalau goreng pagi2 dah x sedap sebab x panas.. Kalau nak goreng balik sekolah takut tak sempat plak..Iyelah kalau aku terperangkap ngan jem mau kul 6.45ptg baru sampai.. Mana nak dan.. So beli siap lagi mudah..

RAMADHAN 8

Ikan singgang
Tom Yam Ketam

Kerabu mangga
Kerabu mangga
Menu berbuka kami
Asalnya hari ni nak masak kubis masak lemak.. Tapi memandangkan member aku open order nak buat kerabu mangga, so kita switch kan menu Ramadhan 8 ngan Ramadhan 9.. Iyelah, lama sangat dah x makan kerabu mangga. Rasa terliur la plak.. Dan rezeki kami juga, jiran bagi tomyam ketam. Besar plak tu.. Ulam tu nampak kosong je kan.. Hehe makan dengan sambal belacan. Tp aku x buat.. Beli yang segera juga.. Tapi sedap.. rasa cam sambal belacan betul. 

RAMADHAN 9

Sambal ikan goreng
Kubis masak lemak
Yang ni aku rasa menu paling syurgaaaa sekali.. Walaupun paling simple, tp yang ni la paling best.. 

Ramadhan 10 ngan Ramadhan 11 xde gambar la plak.. biasalah cuti2... badan ada sikit lemau... Ok bye...

Dah Ramadhan ke 12

No comments:
Alhamdulillah.. dah Ramadhan ke 12.. ada lebih kurang 16/17 hari lagi nak kena tempuh.. Setakat ni puasa penuh lagi.. Minggu ni??? Hehe x pasti.. Biasalah orang perempuan kan..  Macam biasalah.. bulan puasa ni menu kena rancang siap2.. senang nak beli barang basah.. takdelah membazir je kalau main beli je kan..So Ramadhan ke 10 hari tu berbuka dengan family abang ipar dari melaka. Diorang datang nak menghantar barang-barang Akmal. Akmal anak sulung diorang. Dapat kerja kat Klang, so sementara nak stabil duduk dengan kami dulu.. So apa yang kami berbuka ramadhan lepas??

Ramadhan 10 : Rendang Ayam (air tangan biras aku) , Gulai Ayam (order dari K.Asmah), ikan pari bakar (Param), buah tembikai (param), lengkong (param), sayur kobis (ni je yang aku masak)
Ramadhan 11 : Mee Bandung

So untuk perancangan minggu ni pulak

Ramadhan 12 : Sup cendawan dan ikan cencaru bakar
Ramadhan 13 : Tomyam seafood + telur dadar + kailan ikan masin
Ramadhan 14 : Asam pedas ikan merah
Ramadhan 15 : Sardin masak lemak cili padi
Ramadhan 16 : Mee Hailam

Setakat ni jelah perancangan aku.. yang lain-lain kena fikirkan dulu.. Selamat berpuasa semua..


Friday, June 26, 2015

Travel : Trip ke Sabah (Final)

1 comment:
** pesanan penaja :  Entry banyak gambar.. sila jgn muntah

Kami sampai ke KK lebih kurang pukul 8.30 mlm.. Check in hotel then rehat2 kejap lepas tu terus kuar jalan2.. Destinasi pertama?? Haruslah ke Pasar Malam Kampung Air.. Berdasarkan pemerhatian aku, ramai yang kata kat sini lebih murah dari Pasar Filipina.  Pasar Kampung Air ni barangan dia 90% semua berasaskan manik dan mutiara. Aku pun masa tu dah rambang mata tp fokus tu penting. Kalau tak memang kering la poket dok memborong segala macam manik.. En Suami pun duk kata ambil jelah..Huhu mujur aku kuat iman.. Takpelah hujung tahun ni ada lagi.. Haa masa tu baru boleh berjoli sakan.

Sabah
Rambang mata weh... Pilih je mana nak..

Pasar kg Air, sabah
Jam mutiara.. Berkenan sungguh la yang ni.. Cantik tapi mujur teringat dah ada jam

Pelbagai bentuk Kerongsang.. Apa yang aku pasti, kerongsang manik design ni memang eksklusif.. Cantik-cantik semuanya.. Tapi kalau yang pearl tu so-so je.. Aku tak berapa berkenan .. Tapi dua-dua tak beli pun..
 Dah puas ronda-ronda kat pasar Kg Air , jomlah kita ke Pasar Filipina.. Haa yang ni lagi glamer.. Kami ke sana naik kereta sebab adik aku sewa.. Tapi esok kalau nk g lagi, jalan kaki je la.. Ala x jauh pun janganlah risau.. Bawa kete lagi jauh sebab nak kena pusing-pusing.

Target nak book hotel ni.. Berdepan je dengan pasar filipine
 Yeayyy.. Dah sampai.. Tujuan utama melantak dulu.. Kami terus ke bahagian ikan bakar. Walaupun ada suggestion supaya tak makan kat sini, tapi aku ok je...Hehe kami semua ok je makan kat sini cuma aku ikut jugaklah nasihat blogger supaya tak order air kat diorang. Hehe tapi aku ubah sikit cara, order air panas.

Pilih-pilih..

Beratur kedai-kedai yang menjual seafood bakar

Lobster RM 70 sekor

Ikan ayam n ikan siakap

Umai... Thumbs up... Datang sini kena cari yang ini tau

Dan juga ini.. letup2 dalam mulut.. Marbelesssss
pasar filipina
Haa inilah bekas nye.. Satu set RM10.. campur semua.. umai +rumpai +mangga
Haa inilah tourist guide kami.. Adik ipar aku, azwan.. sebelah tu yang pakai kemeja adik dia, study unimas.. Dia ni pun asal keturunan sabah gak.. Orang Papar. Tapi mak dia dah menetap kat Perak. Cuma makcik-makcik nyelah masih di Papar 

kerabu rumpai dan umai
Haa ..yang inilah aku cakap tadi.. Sedap sangat-sangat.. Terliur-liur aku  teringat skrg ni..

ikan kerapu
Ikan kerapu bakar

sotong bakar
sotong bakar
udang bakar
udang bakar
So order kami masa tu kalau x silap aku ialah ikan kerapu, sotong, udang, kerabu campur ngan nasi putih 5 pinggan dan air.. Semua sekali RM 104 kalau x silap.. Murah tak?? Pada aku berbaloi la..Lebih kurang Rm20 je sorang makan..

Owhh lupa plak selain daripada kerabu dia, air asam dia pun main peranan penting tau.. Sangat sedap.. Makan plak dengan ikan kerapu panas2.. Terangkat beb...Aku memang banyak melantak ikan kerapu ngan kerabu je..Ikan tu cicah air asam makan plak dengan nasi panas-panas...Perghhhhh rasa nak bertambah nasi je.. Ada plak kerabu yang masam-masam meletup-letup dalam mulut...Haishhhh leleh air liur weiii...

Kalau udang ngan sotong aku ratah je lepas nasi dah abis.. Sedap juga... Alhamdulillah rezeki untuk hari ni.. Nak share bayar tp Azwan nak belanja plak.. Moga murah rezeki korang ye. Lepas ni kalau pergi berdua memang taklah nak makan banyak mcm gini kan.. Tp kalau nak makan juga, aku rasa ambil ikan ngan kerabu pun dah cukup.. Sedap jugak..

Ok lepas makan, kami pun pusing-pusing sekitar KK.. Hantar adik Azwan balik hostel sekali. 
Kengkonon nak pergi pasar basah dia kul 4 pagi, tapi x jadi pun,, Haha aku rasa tidur tu lebih penting kot..

Esoknya, jalan-jalan lagi sekitar KK. Kali ni jalan kaki saja sbb Wani n Azwan balik Papar. .  Pastu dalam pukul 5.00 gerak terus ke aiport KK.. Sebelum tu singgah dekat Tanjung Rhu makan kopok lekor ngan mangga muda kat sana.. Tanjung Rhu pantai dia x berapa cantik tapi angin dia memang buat korang nak lepak lama kat sana. Tapi aku x bolehla.... Pastu terus g airport dan tamatlah perjalanan kami ke Sabah..  

Thursday, June 25, 2015

Asam pedas sedap

2 comments:
Berkisar daripada entry aku di sini so terhasillah asam pedas sedap menepati piawaian aku dan paling penting en suami.. Bertambah nasi kami.. Alhamdulillah

asam pedas sedap
Asam pedas ikan pari

So bila dah ada pes segalanya sangat mudah..
Cara-caranya pun sangat simple.. Meh aku kasi share resepi dengan pes asam pedas..

Resepi asam pedas (2-3 orang makan)

Bahan-bahan : 

  • 4-5 sudu besar pes asam pedas
  • 4-5 potong ikan pari
  • daun kesum
  • air asam jawa ( aku letak asam keping ngan perahan jus limau nipis je sbb xde stok asam jawa)
  • tomato
  • garam secukupnya
  • air (agak2 la kuah cukup utk 2-3 org)


Cara-cara : 
Campur semua bahan kecuali ikan dan tomato .Didihkan. Kemudian masukkan ikan dan tomato. Dah masak bolehlah tunggu waktu berbuka untuk dihidang.

asam pedas
Kasi zoom sket
Maka siaplah asam pedas aku..Sangat mudah dan menjimatkan masa dan tak perlu nak beli yang segera.

Wednesday, June 24, 2015

Pes asam pedas

No comments:
asam pedas sedap
Pes asam pedas
Nampak tak gambar kat atas tu....huhu kalau x nampak silalah buat rawatan mata ye.. Yeehuuuuu daku berjaya buat pes asam pedas ...Sedap plak tu..chewahhhh puji diri sendiri plak..Haha x kira, nak naik bakul angkat sendiri juga..

Pes ni adalah hasil perkongsian dengan Kak Mimie.. kawan group endosisters aku..Alhamdulillah ramai kawan, banyak pengetahuan..bukan setakat bab2 sakit kitorang ni je tau..  Yang penting, penat kau menumis.mengisar  sekali je.. lepas tu memudahkan kerja kau untuk beberapa kali masak.. sap sap soi siap..

Alhamdulillah, k.mimie pun bagi gak share resepi ni.. Bak kata dia sharing is caring.. So meh sini nak share kat korang2 semua pembaca sekalian..

Resepi asal : Kak mimi endosister
Bahan-bahan :

  • 4-5 senduk cili kering blender
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji (bukan ulas) bawang putih
  • 5 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 ulas kunyit hidup/3 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 biji buah keras
  • Belacan (optional)


Cara-cara:

  • Blender semuanya, kemudian tumis dan masak dengan api sederhana perlahan sampai cili garing. Bila dah siap sejukkan dan simpan dalam freezer..  
  • Kalau nak buat untuk 2-3 orang makan, bolehlah ambil 4-5 sudu besar dari pes tersebut..


Cubalah jangan x cuba.. Korang x kan menyesal punyalah,, Yang penting pes asam pedas ni memang terbaik.. Tak perlu beli2 dah.. Buat sendiri je supaya jadi asam pedas yang sedap dan menyelerakan.

Travel : Trip ke Sabah - Majlis sambut menantu Fidah & Azmil

1 comment:
Hari ni berlangsungnya majlis adik aku ni Kg Bingkor Lama., So lepas zohor kami menunggu sepupu Azmil datang jemput..So biarlah gambar berbicara..

Bergambar bersama adik & sepupu

dua orang yang kat tengah tu sedara si Azmil.. tengah berbual apa aku pun x taula..

Tambahan ahli, along, k,su and zahrah
Yeayyy dah sampai.. Aku teruja, mereka teruja, kami teruja..Sebab apa???
Kedatagan kami di sambut denga pakaian dusun kadazan... Excited weh.. cam unik je

Yang ni comel sungguh..Lupa sudah nama dia..rasa mau culik bawa Semenanjung je

My sis and her husband.. Huhu pucat adik ku.. Tak ber make up langsung.. Almaklumlah berbadan dua..pening la tu gamaknye
Khusyuk2 bergambar ngan geng2 berpakaian dusun, baru terperasan diorang berdua ni duk memerhati je.. Alahaim, baru sedar pengantin kali ni bukanlah menjadi tumpuan utama.. Hahaha apa nak buat..  Ada yang lebih menarik perhatian.. Patutnya diorg ni pun kena pakaian gak baju budaya orang sana.. Baru best kan..
Cousin dedua ni..dua-dua pun comel

Bersama mak & abang pengantin lelaki

Menjamu selera

Orang kuat pada hari kejadian.. Satu sabah satu semenanjung.. Persamaan?? Dua-dua suka nak berkaraoke

Bergambar bersama ahli keluarga lelaki

Yang duduk tu abang si azmil..yang tengah adik bongsu, yang pandang tempat lain tu cousin dia mungkin

Abah dan mak bersama mempelai

Sedara mara sebelah Azmil

Acara memotong kek... Kek dia sedappp
Kasi zoom lagi
Lepas acara potong kek, kami berempat mohon undur diri, aku, en somi, azwan n wani.. Minta tolong abang Azmil hantar ke stesen Keningau.. Dari sana terus gerak ke KK semula.. Bye bye Keningau.. Tak puas dekat sana tp apa nak buat esok nye dah kena balik.. Tak nak kalut, lebih baik balik awal..

Owhh ye majlis diorang lebih kurang macam kita je.. Tp orang kita buat macam grand.. Yang simple pun kalau banding ngan orang sana nampak grand.. Tapi kat sini simple tapi meriah..Memang best.. Makanan hidang pun lebih kurang kat sini juga..Oklah not bad.. boleh diterima tekak..Taklah macam yang kedai2 biasa.. Hehe maybe mak Azmil pernah duk Semenanjung..so dia taula citarasa kami macam mana..tul tak??

Daaa.....

Tuesday, June 23, 2015

APC : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

5 comments:
Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan barangkali.. Rezeki pindah rumah pun ye jugak.. Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan akhirnya aku dianugerahkan APC iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
apc

Satu anugerah yang tak pernah aku impikan... tapi berangan ye..hehe.. Iyalah, aku ni bukan jenis yang ke depan, bawa student pergi luar pun tak pernah.. Tugas aku banyak belakang tabir je.. Tapi Alhamdulillah setakat ni memang aku laksanakan dengan baik.. walaupun stress..hehe.. 

Apapun syukur.. khidmat bakti aku dihargai juga.. Cuma bila dah dapat penghargaan macam ni prestasi kenalah kekalkan.. Huhu baru ingat nak slow sikit tahun ni.. Apapun terima kasih kawan-kawan yang membantu, yang sentiasa menyokong.. Di saat aku stress, kalianlah yang banyak menghibur.. Alhamdulillah, janji Allah itu pasti. Rezeki Allah itu luas dan pelbagai. Inilah salah satu rezeki yang ku terima. Redha dan bersyukur.. Dah dah..melalut plak aku ni.

So majlis penyerahan sijil akan berlangsung lepas raya di SUK.. Lega rasanya..Kalau bulan puasa ni memang aku tak larat rasanya..huhu

Dah ramadhan ke 6..

3 comments:
Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk ramadhan ke 6 kan.. Alhamdulillah.. Selalu awal2 puasa rajin gak aku share resepi tapi tahun ni nampak gayanya belum ada kerajinan lagi..Huhu..
Cuba nak flashback apa menu berbeku kami laki bini..
Ramadhan 1 : Ikan siakap kukus
Ramdhan  2  : Sambal udang, ikan siakap goreng, sayur sawi
Ramadhan 3 : Nasi goreng aneka lauk
Ramadhan 4 : Kari ayam + sawi
Ramadhan 5 : Mee Bandung 

untuk menu minggu ni pulak aku cadang...

Ramadhan 6 : Asam pedas ikan pari + ulam + belacan
Ramadhan 7 : Nasi Ayam
Ramadhan 8 : Ikan goreng/ikan bakar + kubis masak lemak
Ramadhan 9 : Ikan Singgang + sayur apa ek?? ulam je kot

Yang lebih2 belum ada idea lagi... xdan nak share resepi sebabnya balik sekolah sampai lambat... mujur dah masak awal2 before gerak ke sekolah..Balik rumah rehat kejap, masak sayur n buat air.. Tapi selalu buat air serah pada en suami.. Kengkadang kalau dia balik awal dia tolong masakkan nasi. Mekasih abang..

Monday, June 22, 2015

Travel: Trip ke Sabah - Keningau (Part 1)

No comments:
Assalamualaikum... Bersiaran kita lagi.. Alhamdulillah cuti yang lepas kami selamat sampai ke Sabah. Bukan atas sebab percutian, tetapi menghadiri majlis perkahwinan Fidah n Azmil di Keningau.. Kami bertolak keluar pukul 6.50 pagi hari Jumaat 12 Jun dan berjanji untuk berjumpa dekat tol Saujan Putra. Dari sana terus bergerak ke Putrajaya Sentral untuk ke ERL.  Yang pergi kali ni trip kedua. Trip pertama berlepas hari Khamis. Senang cerita trip kedua ni yang tak berapa confirm nak pergi. Aku ngan somi pun berkira-kira nak pergi jugak. Sebab sibuk dengan urusan pindah rumah kan.. Duit pun mengalir cam air.Lagipun kitorang bulan 12 ni nak ke sana lagi. Tu yang nak tak nak je perginya.. Tapi bila fikir2 nak meraikan ahli keluarga, berlepas juga la ke sana.

Bergerak ke KLIA2 naik ERL


Tunggu Angah dan Azwan check in luggage
Tunggu untuk departure.. Angah tak sudah2  orang call..Last-last dia off handphone.
Alhamdulillah, perjalanan selama dua jam setengah berjalan lancar..Cuak gak nak g Sabah lepas gempa bumi tapi semuanya tenang kat sana bila kitorang sampai.

Naik van ke Keningau.. Kitorang sewa van terus ke sana. RM180 satu van. Lebih kurang RM15 seorang.
Perjalanan ke Keningau ambil masa lebih kurang 3 jam. Perghhh sakit punggung den. Melalui Banjaran Crocker yang tinggi memang mengujakan. Cuak pun ada gak..Tinggi sangat weh.. Gambar sepanjang perjalanan pun kitorang tak ambil.. Sebab tak sabar nak sampai.. Rasa macam alahaiiiii.. x sampai2 lagi ker...Jauhnyaaaa la hai.. Tapi akhirnyaa.....


Yeayyyyy dah sampai..
Keningau sebuah daerah yang maju jugak.. Pekan dia semua ada.. Pendek kata, korang InsyaAllah x kan bosan pun.

pasar keningau
Pasar Keningau
Yang ni pasar Keningau. Setiap hari ada pasar ni. Sementara tunggu family Azmil datang ambil, diorang jalan2 kat pasar ni. Laki aku sempat belikan tembakau untuk kengkawan kilang dia. Mujur untuk kawan, kalau untuk dia aku buangkan aje..Hahaha

Inilah homestay kami di Keningau. Homestay di Kg.Bayangan. Nak dijadikan cerita, inilah satu-satunya kampung yang penduduknya seratus peratus Muslim. Agak2 nak makan pun senang. Kedai makan kat depan tu je. Pemiliknya owner homestay ni jugak. Kiranya kat tepi jalan kedai owner, pastu rumah owner dan belakang sekali homestay owner, kami yang duduk..Hehehe.. 

Cuma nak bagitau, anak tekak aku tak boleh masuk dengan masakan orang sini. Masakan diorang jenis healthy. Patut diorang cantik2 agaknya.. Takde masin, xde pedas, xde manis.. Aduiii... pastu style masak pun lain.. Patut aku tengok menu cam pelik.. Sebab aku nk order mee goreng basah tapi dalam menu ada mee goreng basah ayam ngan mee goreng basah daging.. So orderla ayam, sekali bila sampai macam mee ladna plak nengoknye.. Mee tu dia goreng pastu berkuah cam kuah ladna.. Confius aku..Hahaha tapi xpe, tu semua pengalaman. Yang penting chicken wings dia memang sedap..Cicah dengan kicap cair.. Memang tebaik..Sampai muak kau.. Iyelah duk mentekedarah je kerjanya..

Esoknya lepas Zohor, terus bersiap-siap ke Majlis Perkahwinan adik aku.. Kita kasi teaser dulu ye.. Entry nanti ada entry khas ye 

Dalam pukul 3, aku, en somi, wani n azwan mohon beransur sebab nak kejar bas ke Kota Kinabalu. Kitorang semalam je kat Keningau. Sebab aku pun hari Ahad dah nak kena balik Shah Alam. So malas nak tergopoh gapah gerak dari Keningau hari Ahad. Dan sekali lagi melalui banjaran Crocker. Kali ni rasa sekejap plak. Mana tak nye, masing-masing membuta..Sedar-sedar dah lepas Banjaran Crocker. Almaklumlah sini subuh awal, so terpaksalah bangun awal.. ngantuksssssssss..

To Be Continue................