Post Terkini

Monday, May 17, 2021

Jalan-jalan KL sebelum Ramadhan

Cerita lama dah ni.. Jalan-jalan KL sebab tak boleh merentas negeri. Planning dengan adik bongsu.. Dia yang settlekan bab booking.. Kakak dia tak free nak survey2 ni.. Hehe..

Aku tak ingat plak nama tempat ni, tapi yang penting sangat cosy, sejuk & nampak KL Tower.. Haha kalau angin tiup tu terasa la juga gegarnya.. Aidan pun excited jumpa Rayyan. Rayyan apatah lagi, budak tu memang suka berkawan..

Seronok tengok pemandangan KL

Suka gambar ni.. Pandai lagi den amik gambar.. Macam rumah sendiri plak..Ahaks

Amik gambar dengan kaka sat.. Adik tak nak bergambar tapi saje nak kacau daun

So lepas lepak2, makan2 sat  & rehatkan badan malam tu kitorang pergi ke Kampung Baru. Nak makan western dekat kedai Kapal.. Rindu wehhh..

Ramai orang, lama juga beratur.. Follow SOP

Sementara tunggu order, kita selfie dulu

Dah sampai pun menu.. Tapi lambat sgt, Kambing dia pun x mcm grill, tp goreng.. Kecewa.. Tapi orang2 yang datang kemudian, laju je order dia smpai..Huhu.. Rasa pun kali ni, x mampu nak bagi above 3 Star..

Selesai makan, kita ambil gambar dekat sini.. 4-5 tahun lepas, takde lagi bendalah ni.

Bergambar sekejap berlatar belakangkan Menara Berkembar. Nice kan view dia. Cantik sangat.
Habis bergambar, moh la kita pulang ke sarang.. 


Sesungguhnya Kota Metropolitan ini sangat cantik di waktu malam

Dah jom tdo.. Esok nak checkout. Nak pergi KL Bird Park.

Gambar berdua dekat2 macam ni, terasa miangnya.. Haha

Belanja sikit gambar adik bongsu kita bushuk masham ni..

Family potrait lagi.. Kakak dah excited tu nak jenjalan.. Tapi dia x nak balik.. Best katanya duduk sini. Haha

Tq Adik. Pandai cari tempat.

Itik ..

Mira bersama peacock.. Dah balik baru pasan, x amik pun gambar anak2.. Amik gambar burung je..Haha..aduila maknye pun. Tak boleh lama2 sangat sebab Aidan dah mengamuk.. Dia nak tdo tu, so kena ngempeng dulu.

Akhirnya, dapat gak bergambar kat sini.. Tengok budak kecik tu melalak.. Tengah syok ngempeng ummi suruh lepas, mau x ngamuk..

Last..Mira ni ambillah gambar macam mana pun, gaya dia tetap cantik.. Fotogenik ko nak..


Ok selesai update..Post kedua untuk tahun 2021.. Haha nanti kan post2 lain ye kalau ada..

 

Salam AidilFitri Cov-Eid 2021

Salam 5 Syawal.. Alhamdulillah, syukur kita dapat meraikan kemenangan setelah berpuasa di bulan Ramahan.. Tetapi kemenangan yang dirai ini disaat saudara-saudara Islam kita diserang dengan kejam oleh laknatuAllah Zionis Yahudi. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah turunkan bala tentera membantu saudara-saudari di Palestin mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa.. Allahu, sesungguhnya mereka adalah insan terpilih, mengalir dalam darah semangat pahlawan Islam.. Betapa jauhnya beza dengan diri yang senipis kulit bawang ini. 

#SavePalestin #palestinUnderAttack

****************************************************************************

Entry pertama di tahun 2021. Jom nak kongsikan moment2 yang dicipta pada 1 Syawal..3 session ambil tau.. 
First session gambar dengan Mira je..Si Aidan tdo. Then Mira g lari rumah kawan gambar berdua plak.. Lepastu Aidan bangun barulah lengkap family kecil kami. 
Jom layann..

Aksi gedik en suami

Gambar dengan Aidan. Baru bangun dia ni. Pancing dengan hp kat depan. Nampaklah mcm pandang kamera kan.

Budak manja mengendeng je kerjanya

Comel anak dara aku ni.. Tapi kalau buat perangai, mmg kena hempuk la jawabnya

Kesayangan umi & abi

Gambar dengan kakak.. Adik tengah tdo masa ni

Lengkap family potrait

Minta maaf.. Lepas tu buat lagi.. Haha

Dengan adik.. Kakak masa ni menghilang..

Sweet tak?? Nak pegang perut suami  xde perut.. Pegang kepala sampin la..Haha

***********************************************************************************

Jom tengok suasana kat kampung.. Bila kerajaan umum PKP 3.0 dan tak boleh ziarah rasa loser sangat weh.. Dah la puasa x dapat balik. Raya pun x dapat 😢😢😢. Mujur ada adik-beradik yang kat negeri Sembilan. Dapatlah teman mak abah. Diorg pun dah ada kat kampung sebelum kebenaran rentas daerah ditarik balik. Macam tak logik plak kalau nak patah balik kan sbb mmg dah ada kat kampung.

Rezeki along berhenti keje balik kampung.. Kalau tak, sama juga terperangkap kat sini. Huhu

Kebetulan telefon, abah nak baca doa...dapatlah kami adik beradik di Selangor join sekali.

Jambangan bunga untuk mak. Ada juga untuk abah sekali dengan duit raya.

Tepek gambar adik bongsu kat bangi sat..
 
Pengalaman syawal kali ni??? Memang raya sendiri2 je.. Takde jumpa & jemput sapa2..Sedih ooo.. Hari raya sembahyang  raya, takbir, makan, bergambar,video call, makan, tdo, makan... Tu jelah.. Hasilnya hilang 2 kg dalam sebulan, naik 2 kg dalam 5 hari 😂😂😂😂

Tuesday, December 1, 2020

PDPC Online

Berbaki 3 minggu lagi untuk sesi pengajaran online.. Walaupun dah tak lama, tapi semangat tu ada..hehehe hari ni dapat hadiah dari en suami.. Dia belikan ring light dengan green screen untuk video pdpc ku.. Hahaha bagus betul la.. Minta emas x dpt, tapi yang ini dia yang offer diri.. Setakat PKPB ni merasalah laptop diservis, web cam baru, speaker baru, skrg ring light dengan green screen plak.. Drawing tablet bakal menyusul.. Alhamdulillah. 

Tapi dengan pesanan dari en suami, buat video jangan sekerat2... Aduduiii... InsyaAllah..bergantung kepada kerjasama dari anak-anak...Hihihi..

InsyaAllah kalau ada kesempatan , nanti aku share ye gajet2 dan apps yang ada.. Dah jom tdo, good night..

Nahh share sikit video google meet ngan student bagi tadi.. Haha.. nak jugaaaaa interprem..


Suka betul ajar programming ni.. Baru rasa berbaloi belajar Sains Komputer.. Hihi..