Post Terkini

Showing posts with label percutian budget. Show all posts
Showing posts with label percutian budget. Show all posts

Monday, May 17, 2021

Jalan-jalan KL sebelum Ramadhan

Cerita lama dah ni.. Jalan-jalan KL sebab tak boleh merentas negeri. Planning dengan adik bongsu.. Dia yang settlekan bab booking.. Kakak dia tak free nak survey2 ni.. Hehe..

Aku tak ingat plak nama tempat ni, tapi yang penting sangat cosy, sejuk & nampak KL Tower.. Haha kalau angin tiup tu terasa la juga gegarnya.. Aidan pun excited jumpa Rayyan. Rayyan apatah lagi, budak tu memang suka berkawan..

Seronok tengok pemandangan KL

Suka gambar ni.. Pandai lagi den amik gambar.. Macam rumah sendiri plak..Ahaks

Amik gambar dengan kaka sat.. Adik tak nak bergambar tapi saje nak kacau daun

So lepas lepak2, makan2 sat  & rehatkan badan malam tu kitorang pergi ke Kampung Baru. Nak makan western dekat kedai Kapal.. Rindu wehhh..

Ramai orang, lama juga beratur.. Follow SOP

Sementara tunggu order, kita selfie dulu

Dah sampai pun menu.. Tapi lambat sgt, Kambing dia pun x mcm grill, tp goreng.. Kecewa.. Tapi orang2 yang datang kemudian, laju je order dia smpai..Huhu.. Rasa pun kali ni, x mampu nak bagi above 3 Star..

Selesai makan, kita ambil gambar dekat sini.. 4-5 tahun lepas, takde lagi bendalah ni.

Bergambar sekejap berlatar belakangkan Menara Berkembar. Nice kan view dia. Cantik sangat.
Habis bergambar, moh la kita pulang ke sarang.. 


Sesungguhnya Kota Metropolitan ini sangat cantik di waktu malam

Dah jom tdo.. Esok nak checkout. Nak pergi KL Bird Park.

Gambar berdua dekat2 macam ni, terasa miangnya.. Haha

Belanja sikit gambar adik bongsu kita bushuk masham ni..

Family potrait lagi.. Kakak dah excited tu nak jenjalan.. Tapi dia x nak balik.. Best katanya duduk sini. Haha

Tq Adik. Pandai cari tempat.

Itik ..

Mira bersama peacock.. Dah balik baru pasan, x amik pun gambar anak2.. Amik gambar burung je..Haha..aduila maknye pun. Tak boleh lama2 sangat sebab Aidan dah mengamuk.. Dia nak tdo tu, so kena ngempeng dulu.

Akhirnya, dapat gak bergambar kat sini.. Tengok budak kecik tu melalak.. Tengah syok ngempeng ummi suruh lepas, mau x ngamuk..

Last..Mira ni ambillah gambar macam mana pun, gaya dia tetap cantik.. Fotogenik ko nak..


Ok selesai update..Post kedua untuk tahun 2021.. Haha nanti kan post2 lain ye kalau ada..

 

Thursday, May 28, 2020

Kuala Terengganu 2018

Kenapa 2018??? Dah 2020 baru nak update post??? Gila batak.... Habis nak buat macam mana.. Sepatutnya next week kitorang trip ke Kuala Terengganu menghantar pengantin. Asbab covid perancangan terpaksa ditangguhkan.. Dah booking hotel, dah set nak pergi mana semua.. Tapi nampak gayanya Allah sebaik-baik perancang.

So dengan ini, saja lah nak throwback gambar2 lama nak menunjukkan kita dah jejak kaki ke terengganu setelah menghabiskan zaman diploma kat Dungun dulu. Almost 15 tahun la tak jejak kaki ke bumi Terengganu.. Bila dapat jejak tu, Allah feel dia tu tuhan saja yang tau.. Kemain excited..

Elok habis pantang, terus ngajak tok laki jenjalan Terengganu. Aidan masa ni baru sebulan lebih kot.. Tanya abah nak ikut tak, rupa2nya abah pun nak ikut.. Kemain excited bapakku.. Hihihi..

So percutian kali ni x bole ikut schedule, kena santai2 je.. Sebab dah ada anak kan.. Dulu-dulu berdua, bolehlah check in campak beg, terus tuju tempat yang diingini.. Dah berbaby ni.. no no noooo.. Kena bagi anak-anak cukup rehat dulu.. Kang ngaruk plak..

So hari pertama tak kemana.. Malam tu kitorang singgah makan seafood.. Sedap dan yang paling penting murah.. Tak ingat la menu apa,tp yg pasti kalau dekat Shah Alam ni mau kena 150-200 hinggit.. Terkejut gila masa tu sebab murah yak amat... Tak sampai seratus rasanya... Alhamdulillah rezeki..




Masa kitorang sampai orang tak ramai lagi.. So servis pun laju la.. Makan-makan pastu terus check out..
Balik hotel kroh kroh kroh...

Esoknya follow arahan my abah.. Pergi rumah besan dia, ayah mertua Fidah .. Selesai kat situ, kita pusing pula ke rumah sahabat lama abah, sekali kerja FELDA dulu.. Layankan ajelah, dah bawa mak abah kan, kena la penuhi mood dia.. 


Cantik rumah besan eh

Main ngan si kecik jap

Nak pergi pasar payang, pusing2 dua kali x boleh nak masuk.. Last-last singgah makan kat sini.. Rasa-rasa macam mahal sebab siap ber aircond bagai.. Tapi tetaplah murahhhh... Pun x sampai ratus2.. Rezeki-rezeki..

Selesai makan, cuba nasib g Pasar Payang dan dapat.... Yesss.. Happy mak membeli

Selesai kat pasan payang,  singgah makan colek kat tepi pantai.. Best giler angin, senang je layang-layang terbang.. Kemain excited mira sampai x nak balik. Jenuh memujuk..




Sebelum balik. singgah kat Masjid Terapung.. Ambil gambar je pun sebagai bukti dah jejak Terengganu.. Haha.. Hotel kat sebelah je pun.. Bolehlah singgah..




Bila lagilah nak sampai agaknya ke sini.. Huhu.. Kitorang kat sini 4 hari 3 malam.. Tapi tak ingat dah aktivti nya apa.. Banyaknye memenuhi keinginan my abah je..  Moga-moga tahun depan bertemu lagi kita ye..

Tuesday, January 6, 2015

Percutian singkat ke Perak

Awal bulan 12 haritu, aku n somi, mak abah ngan family angah g jalan2 ke Perak. Ada apa kat Perak?? Saje jalan2 g rumah along aku.. Aku pun plan last minit..Asalnye x nak pergi, tapi disebabkan mood yang weng weng, aku ajak somi aku join diorg.. Dia apa lagi, ikutkan saje bini dia yang berduka lara ni. Tapi aku tau, hati dia lagi pecah bak kata terhempas ke batu.. So pas somi balik keje, Jumaat malam tu terus gerak ke Ipoh. Sampai sana dalam kul 1 pagi kot..Diorg pun sume dah tdo.. So sampai2 terus membuta..ZZZZzzzzz..

Esoknya, bangun awal2 pagi terus bersiap2 nak g bekfes.. Kat mana nak bekfes?? Haha aku pun x tau nama tempat tu. Tapi kat sini memang favourite along n abang ipar aku.. Katanya nak bg test try roti goyang.. Bergoyangkah roti tu?? Jomm kita tengok..

Nak g kedai, kena naik tangga ni.. Macam ada construction kan.. X silap aku bangunan tu mahkamah..Diorang tengah renovate.. Gerai tu kat bahagian yang ada pokok tu je 
Antara bangunan2 dan mercu tanda yang akan korang nampak bila berada di sini. Aku suka kat sini sebab bangunan dia semuanya klasik. Cantik kott
roti goyang, mee kicap
Ok, ini bekfes aku.. mee kicap ngan roti goyang.. Nyum nyum..

Dah siap sarap n borak-borak, kitorang gerak pula ke kuala sepetang. Apa ada kat sana aku pun x tau sebenarnya. Aku ikut je jejak along n abang Bilal. Tapi dengarnya angah aku nak cari seafood. Dia tu memang, pergi mana2 pun itulah yang di carinya.. Beli banyak2 pastu masak n makan ramai2.. Tapi aku suka je, haha mahal kot seafood.. Tapi dengan angah aku, pejam mata je dia membeli. Murah rezeki ko ngah.. Alhamdulillah.. Tapi masa kitorang cari tu. ikan2 sume belum naik lagi pun..So cancel plan


Helang, jeti
Di Kuala Sepetang. Ada helang tersangkut..
Rupa2nya kat sini boleh naik bot keliling kuala tu.. Haha aku dah excited nak naik ni. Biasalah aku kan suka benda2 yang dekat ngan alam ni..
Tengah tunggu bot sampai
Tengok tu..ceria je aku kan..
Jeti
Bangunan berhadapan jeti..


Yeayyy dah sampaii..
Tapi malangnye, ada accident berlaku.. Budak yang bawa bot terlanggar bot kat sebelah dia.. Tapi masa tu penumpang sume dah naik ke jeti dah.. Abah aku apa lagi, la, dia yang memang dari awal tak nak naik terus cucuk jarum la. Tak selamat la, budak yang bawak la.. Stress oo mak.. Last last x naik pun.. Haha kecewa aku laki bini.. Sebab kitorg suka aktiviti mcm ni, baru namanye bercuti. Xdela g bercuti makan, makan dan makan je.. Huhu.. Cakap ngan laki aku, sini tempat wajib singgah kalau kitorg datang sini lagi.. Hehe.. tapi kena tanpa abah la kan.. Kalau tak, memang x dapatlah..

Perut pun still kenyang lagi, tapi memandangkan kat sinilah yang glamour dengan mee udang mak jah  tu so haruslah terjah kan. Kitorang sampai dalam kul 12. Memang takde orang masa tu. Clean n clear dari pelanggan. 
Papan tanda.. Dah kelabu asap dah
Sementara tunggu order.. Inilah yang dinamakan anti sosial.. Hahaha sambil bercakap mata ke handset.. 
Mee udang mak jah
2 menu yang kami order.. Mee udang dan mee ketam
Pendapat aku??  Aku tak taula apa special nye mee udang ni seperti yang diwar-warkan. Rasa dia cam tawar je.. Haha mujur aku x order mee udang.  Laki aku agak kecewa la.. Dia kata sebab special dish kat sini,  patutnya rasa dia sepadanla dengan kedudukannya.  Aku plak order mee ketam. Takdelah sedap sangat. Tapi cukup rasalah bagi aku. Manis ketam tu terasa ngan kuah-kuah dia. Memang licinlah aku duk menghirup kuah. Mee nye pun abis. Ketam apatah lagi kan.  Then bila aku tengok laki aku x  abis makan, aku pun kengkonon nak tolong la perabih.. Sekali, memang x sama weh rasa kuah mee udang tu.. Manis udang tu tak serap langsung kat dalam kuah. Ingat tekak aku je, suruh mak try, mak pun mengiyakan. Suruh kak su try tekak dia pun sama je..  So kalau nak makan mee udang kat sini aku mmg x suggest la. Tapi kalau mee ketam takde hal.. Haha abah aku lagila, dok la membebel2 sampi dalam kete..Hehe abah tang makan memang cerewet yang amat. Kalau tak kena ngan tekak dia, memang kena tahan telinga la..


Dah abis makan mee udang, kami makan cucur udang.. Yang ini memang terbaik..sedapp kau.. Tapi sebab perut dah penuh ngan kuah mee ketam, x larat aku perabih.. Mujur beli sepinggan je. Sorang sikit makan.
Perut pun dah kenyang, so ke mana pulak kita?? Cadangan on the spot.. Jom Penang... Terus dipersetujui oleh Kak su dan jommm gerak.. Request nak lalu Jambatan ke dua diterima abang Bilal.. So moh la kite..

Next entry..








Friday, October 3, 2014

Back to nature : Taman Botani Negara Shah Alam

Alhamdulillah..akhirnye... ye akhirnye.. dapat aku jejakkan kaki ke Taman Botani Negara Shah Alam. Taman botani atau dikenali juga dengan taman pertanian Bukit Cerakah memang tak asing lagi dalam kalangan warga Shah Alam. Yang membezakan ialah jarang kita nak survey tempat-tempat menarik di kawasan kita menetap. Selalunya suka untuk explore tempat orang je. Betul tak?? Alahh tak payah nak tipu la. Yang penting berbaloi ke taman botani ni..

Cam ne aku boleh sampai sini?? Dari zaman belajar uni sampai lah dah keje memang aku teringin sangat nak datang sini.. Lagi2 dengan rumah empat musim yang selalu orang kata best tu.. Selalu ajak en suami tapi dia kata xde apa pun kat sana.. Tapi aku nak juga pergi.. So selepas adegan merajuk2, jeling menjeling hentak2 kaki.. hahaha over kauuu akhirnye hajat terlaksana.. So bergerak la kami pepagi tu dengan semangat berkobar-kobar.. Yeahhhhh..

Datang sini parking kete RM 3 sahaja.. murah kan.. Lepas tu pergi kaunter plak untuk bayaran masuk ke taman RM3.. n rumah 4 musim RM5 kalau x silap.. tapi yang penting, harganye memang berbaloi2.. janganlah korang risau... So jom kita layan entry bergambar

Masa ni ngah nervous nak naik basikal.. Dalam hati rasa nak cancel je sbb tetiba takut.. Last naik basikal sek rendah kot..huhu tapi sebab kita yang beriya cakap ngan bos besar nak naik basikal kenala tunjuk ego ka.. Lagipun naik bas cam boring je.. Hahaha.. Kami sewa basikal RM 10 sejam,, tambahan sejam RM2 ke RM 1 lupa lak.. tapi mujurrrrrr sangat ambil yg ni.. Kalau ambil tambahan sejam RM10 memang masak la...
Pit stop yang pertama... Hahhaha gilerrrr penat.. Rasa nak menyerah kalah je.. Pulak tu tengok kat tgn orang lain sume ada map..Kitorg je x ambil map.. Tp masa ni relax lagi.. Bergambar dengan hidung kembang kuncup..
Sampai terteleng2 kepala nak makan rumput yang diberi..
Bergambar ngan rumah kecik.. Terbayang plak cerita ALICE IN WONDERLAND masa ni. Rasa macam nak masuk rumah tu tengok apa ada.. Hahaha..
TBNSA. Taman Botani Negara Shah Alam.. Tul tak??
En suami plak.. Sesapa yang nak g rumah empat musim mmg kna lalu sini.. So bolehla menyinggah2 ambil gambar ye.

Yeayyy dah sampai rumah empat musim...

Sesapa nak g ke tempat yang tertera di atas, dah disediakan jaraknya.. Bolehla kalau korang nak rancang perjalanan ye.. Jalan kaki, naik beskal terpulang la.. Hehe..
Dalam rumah empat musim.. Masa kitorang pergi ni musim bunga.  Dalam rumah ni ada dua bahagian.. So nak masuk ke dalam pun x boleh ramai-ramai.. Ada limit  dalam 10-15 orang sekali masuk.

Wowww.. ada kolam.. tapi spoil betulla.. Anak tikus mati lemas dalam kolam.. Korang nampak tak ada unsur atau objek dalam kolam tu.. Itula anak tikus nye.. Aku macamm... emmm hilang selera plak nak bergambar..

So pendapat aku, kalau korang tak pergi rumah empat musim ni pun xpe kot.. Dalam dia pun kecik je.. Pada aku biasa2 je la rumah empat musim.. Tapi tu pendapat aku je tau.Terpulang la pada korang nak masuk.. Lagipun tiket masuk pun murah je so berbaloi la kalau masuk kan. Cuma kalau datang sini lagi rumah 4 musim ni tak masuk pun takpe kot..


So lepas g umah empat musim tu, jalan-jalan tempat lain plak..

Kat sini banyak model2 rumah kampung dibina,, Dalam gambar nampak cantik tapi kalau real, nampak kusam.. Pihak taman rasanya patut cat atau sapu syelek betul ke aku eje syelek?? bantai la labu.. kot bagi kilat.. Gigih laki aku duk touch up rumah dia.. Hahaha nampak real kan.. Post kat facebook siap ada yang nak belajar menukang lagi ngan en hubby
Lanskap.. Suka je tengok lanskap kayu yang dicat ni.. Colouful..
Hahaha.. Masa sekali imbas nampak ni.. terkejut gila ko... Nampak cam orang je..tp badan takde.. Seram pun ada gak..Hehehe..rasa cam tengok zombie je.. Hantu berjalan tanpa badan.. Serammm
Kami ke sini pula
Kehebatan encik suami mengeluarkan air dari kepala..

Berlatar belakang menara dan air pancut...

Ok dah abis jalan2 kat rumah empat musim ngan taman pokok hiasan kite bergambar plak.. suka gambar ni.. nampak klasik.. rasanya kalau pakai kain batik baju kurung kedah ngan encik suami baju melayu mesti meletoppp gambar ni...ahaksss


Kecik2 dulu selalu sedut madu bunga ni.. Manis..Lama dah x jumpa pokok ni.. Kat sini baru jumpa..
Empangan air kuning.. Aduii azab betull.. Ingatkan dah nak sampai penghujung..rupanya empangan ni jalan mati... Memang kembang kuncup la hidung kitorg..Terpaksalah patah balik cari jalan pulang.. Huhu itulah padahnye tak ambil peta..
Muka nampak cool je kan.. Tapi sebenarnya dah semput tahap gaban.. Nafas pun dah guna mulut.. Penat wooo naik bukit..
Aduiii kitorg patah balik tak guna jalan sama tau.. Akula punya pasal.. Kengkonon nak rasa jalan berbeza.. Lagi satu aku tengok jalan yang dekat ngan tempat sewa basikal tu cam menurun bukit je tu yg semangat nak lalu jalan lain..

Sekali ambil kauuu.. Rasanya lagi banyak  naik bukit dari turun bukit kot.. Pastu punyalah jauh x sampai-sampai.. Rantai basikal laki aku plak tercabut.. Aduiiii  dah la penat, air botol tertinggal kat tempat air pancut tadi.. Dehidrasi sungguhla.. pastu tolong plak nak betulkan rantai.. Harapan aku moga2 2 kilo lemak aku menyusut la..hehe..

Gambar kat atas tu, gambar terakhir kitorg.. Mmg tak berdaya dah.. Gigih kan juga la bawa basikal..Asal naik bukit je kitorg tolak basikal.. Energy dah level 0 dah.. Bila dah sampai garisan penamat.. yahoooo leganya rasa.. Bayangkan kul 930 masuk, dalam kul 1230 lebih2 baru kitorang kuar.. Mujurla... sangat mujurr ambil basikal yang tambahan setakat rm2.. Kalau tambahan RM10 sejam menangis ooo...

So conclusion aku?? Serik ker?? Haha tak langsung.. Even penat tapi rasa best giler kot datang sini.. Rasa dekat ngan alam.. Nyaman je rasa.. Mana nak dapat duk tengah hiruk pikuk bandar tapi dapat ketenangan alam.. Pada aku, sinila tempatnye.. memang tenang jiwa datang sini..

Aku bagi 4.5/5.0 bintang untuk aktiviti kat sini walaupun aku cuma naik basikal.. Ohh ye selain berbasikal macam2 aktiviti yang korang boleh buat kat sini.. Nak tau lebih lanjut boleh refer web TBNSA ye.. 

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Aku dah bagi link kat atas tu.. Kalau berminat bolehla try ye..