Post Terkini

Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

Philea resort & spa Melaka

Yeaahaaaa... cerita dah basi.. lama sgt dah basinye.. mau 3 bulan aku peram.. Alkisah anniversary yang ke 7 tahun lepas g bercuti ke Philea Resort & Spa.. Tak lama.. 2 hari 1 malam je.. Sebabnya bertembung dengan majlis tunang dan annual dinner encik hubby..

Tapi tu semua tak penting.. yang penting kualiti.. Betul tak?? Macam biasa, dah namapun anni nye dekat2, so bercuti kali ni ngan my twin.. Berbaloi2.. 


Yeayyy.. kali ni kami cuti ngan mira.. Percutian pertama untuk sikecil

philea resort & spa
Lobby
Dari lobby ke bilik agak jauh.. parking pun jauh gak la.. tp jangan risau..perkhidmatan buggy disediakan. tak perlu bersusah payah nak menapak.. Keterujaan nak masuk tengok bilik memuncak.. Almaklumlah bukan senang dpt dtg tempat yang cenggini kan.. 

Sooo.. jom kita terjahh..


philea resort & spa
Ni dia... beverages yang disediakan.. sejuk2 boleh buat air panas..
philea resort & spa
Bilik air super selesa.. besar.. ni sebahagian je.. ada tempat shower bertentangan bath tub.. peralatan toiletries semuanya serba cukup.. sampikan shaver pun disediakan.. mmg superb la..
philea resort & spa
interior dalam.. katil berpisah ye.. apadehal.. yg penting selesa.. nk rapatkan berat terlajak.. so mlm berpisah kejap ngan hubby..ngeeee
philea resort & spa
laluan nak ke bathroom
philea resort & spa
dari pandangan luar.. 
 Hijau sungguh kat sini.. aku suka betul tempat2 yang cam gini.. Nyaman je rasa.. Almaklum cikgu geo.. secara tak langsung jatuh cinta pada alam.. Kat luar bilik lepak2 kat balkoni memang best..

kita bekfes dulu
 Hari kedua sebelum mandi kitorang bekfes dulu..menu tak payah cakapla.. banyak sangat..sedapp.. tp aku tak ingat la apa menunya.. almaklum cerita dah 3 bulan..

ni dia.. best woo.. x sabar nak mandi.. yg tengah tu utk org dewasa..ko kena pakai baju mandi ye kalau nk mandi kat tengah
Kat sini pakai baju basahan takpe..x kan kena halau..tempat bebudak kan
Yeayyy.. first time mira mandi kolam... 
Habis mandi.. masuk bilik..lepak2 jap pastu kemas barang.. mau check out.. pergi zoo negara... hahaha dah lama x jejak kaki kat zoo..

Conclusion aku.. tempat ni memang best.. rasa dah tambah je semalam.. suasana nyaman.. dok dalam bilik lagilah syok... so sapa nak pergi mmg sgt2 aku syorkan.. berbaloi2 dengan harga yang dibayar.. Nak terjah?? korang boleh pergi ke https://www.phileahotel.com.my/ Aku pun target nak pergi lagi.. Sebabbbb manyak syokkk ooo...Hehehe.. Daaaa....

Tuesday, December 15, 2015

Celyn Resort Kinabalu

Alhamdulillah sampai sudah ke tempat bermalam kami di Kundasang. Celyn Resort Kinabalu. .. Berbaloi ke tidak?? Pada aku sangatttttt berbaloi.. Kalau dapat bersantai2 lepak 2-3 hari memang best.. Untuk sesapa yang cintakan ketenangan ni tempat terbaik.. Jauh dari bandar, scenary lembah dan gunung kinabalu.. Hijau seluas pandangan...apa lagi mau.. Kalau aku n en somi mmg suka sgt tempat mcm ni..

Bilik pun luas, ada ruang solat ( ni paling penting), bonus ada balkoni utk melepak2 kat luar.. cuma ada sikit taik cicak la kat luar tu.. Kekurangan dia.. tv ada tp siaran nan hado..x dpt aku tgk cerakarama.. bonusnya plak dapat la bermadu kasih ngan en somi.. langsung x bosan weh.. haha mana taknya.. sini kan gelapnya cepat.. Kul 9 dah rasa cam kul 11.. Last2 kul 10 kitorang mengalah.. Ngantuk weh... penat berjalan.. padahal smpi-smpi petang tadi masing-masing dah membuta..


Celyn resort Kinabalu
Syok nye lah kalau rumah sendiri dekat lembah
Celyn resort Kinabalu
Pemandangan lembah dari bilik
Celyn resort Kinabalu
kul 5.30 petang..Gunung Kinabalu dah tonjolkan diri.. Subhanallah.. Memang cantik
Dinner kami
Makan malam kami.. Walau dah baca dari blogger lain makanan kat sini bapak mahall... dah siap beli maggi cup sebab takut kebuluq.. tapi last2 pejam mata order je.. Harga makanan mau 3 kali ganda dari biasa,,. Nak turun ke bawah beli makan mmg xlah.. Padahal petang tadi dah tapau chicken wings 1/2 dozen tp cuti kali ni perut kami kena diisi selalu la plak.. Total semua2 kat atas tu RM40++.. Nasi goreng kampung dia sedap.. x macam kat semenanjung tp pada aku sedap.. laki aku dok perabih mushroom soup. Dia suka .. katanya sedap.. tapi tekak aku xleh masuk la plak.. Rasa cm mushroom soup kat ikea tu tp yang ni keras sikit rasa dia.. X leh blah..


Tu nampak yang tengah duduk tu?? Akula tu.. 
Malam2 memang sunyi... Bising pun sebab ada yg dok karaoke.. Tp aku rasa cm happening plak.. Haha diorg ni pepagi kul 7 pun dah start karok..


Gunung kinabalu di waktu pagi
View yang macam ni buatkan percutian kat sini berbaloi2.. Dapat tengok  gunung kinabalu depan mata.. Rasa mcm boleh je smpi ke sana.. Kalau waktu malam plak penuh dengan cahaya2 lampu pendaki2 yang buat khemah dekat gunung tu sebelum diorg smpi ke puncak..


ini pemandangan lembah dari bilik kami.


Yeayyy...belakng tu je puncak kinabalu.. Baru kul 7 lebih tapi matahri dah menyinar terang..
Untuk info jalan nak ke Celyn Resort ni memang azab.. Jalan batu kelikir selama lebih kurang 30-45 minit.. Jauh jugakk.. Tapi berbaloi dengan apa yang kita dapat.. sebab tu lepas naik tu kitorg x turun2 n sebab tu agaknya makanan kat sini gila mahal..Haha tp beli gak  ..

Malam kat sini memang sejuk.. Aircond kat sini xde..Ada kipas je..itupun aku x pasang gak.. Tengah2 malam terjaga rasa kepala berpusing-pusing.. Nak muntah pun ada.. Agak dah.. Aku kalau makan lambat, tdo sejuk2.. nilah habuan dia.. Angin wehhh..badan masuk angin..Gambar2 kat atas tu cover cun je ..padahal... dok erk erk erk....berdenyut2 kepala...

Lepas jln2 sekitar resort, mandi2 pastu g bekfes.. Kitorang ambil pakej sekali ngan bekfes.. Hmm bekfes dia ala ala je.. Makan bihun..tp kosong je.. mujur sedap.. Pastu ada la lagi menu yang lain2 .. Tp pepagi aku memang makan sikit je.. bihun pun dah cukup.. Pas makan masuk bilik kemas2 pastu check out..  Nak gerak ke destinasi seterusnya..

** kat sini boleh plak jumpa student aku..Alahai.. baru ke tau si adib n afiq tu adik beradik.. 

Monday, December 14, 2015

Jom holiday : Kota Kinabalu - Kundasang (Day 2- Part 2)

Yeszaaaa.. Akhirnya menjejakkan kaki di Taman Kinabalu.  Tapi sayang seribu kali sayang tak nampak pulak puncak gunungnya.. Memang 100% telah dilitupi awan.. Iyelah sampai pun dah kul 10 lebih kan.. Tapi xpe.. Next destination Kinabalu Pine Resort.. Resort yang banyak star jugak kalau aku tengok kat agoda tu..


Kinabalu Pine Resort
Menung en suami memikir orang jauh,,
Actually kitorang sebenarnya dah terlajak ke Kinabalu Pine Resort. Cadangan asal nak ke Dairy Farm dan Memorial War Park.. Tapi terlajak plak sebab ingat kan baru lalu roundabout pertama.. So bila nampak Kinabalu Pine Resort ni ajaklah en somi masuk dalam.. Tengok2 suasana kat dalam..


Kinabalu Pine Resort
Pemandangan lembah dan penempatan penduduk sahaja
Lepak-lepak kejap lepas tu patah balik menghala ke Dairy Farm.. Sebelum tu , sebab perut dah lapar aku ajak en suami makan kat pekan kundasang.. Pekan Kundasang ni pun ada pasar gak.. Tapi lebih kepada menjual bunga-bungaan dan sayur mayur je.. Kalau kat Cameron memang confirm aku beli tp kalau kat sini memang tak la..So xdela g jenjalan pasar dia.. Kat Pekan Kundasang en somi ajak makan KFC tapi tekak aku nak nasi.. Hmm tapi nak makan nasi takut plak tak kena dengan selera.. Last-last aku terjumpa kedai Nasi Ayam Antarabangsa. Kat kedai dia ada jual chicken wings.. Terus duduk dan makan. Kedai dia pun ada jual soto gak tau.. Alhamdulillah nasi ayam dia memang sedap.. Sup dia pun sedap.. Licin makan.. Ditambah plak dengan lapar..  Nak tau kedai makan dia senang je.. Belakang kedai ni betul2 mengadap war memorial park.. Boleh je kalau korang nak park kete kat memorial tu then jalan kaki g kedai ni.. Dekat gak ngan gelanggang futsal ke apa tah.. Kat belakang kedai ni lah tempat dia bakar chicken wing.. Kat sini makan nasi ayam n tapau chicken wing..

Kenyang perut senang hati.. So barulah gerak ke Dairy Farm.. Rupa-rupanya kalau dari KK smpai roundabout kedua terus ambil pukul 9.. Memang kat roundabout tu ada signboard ke Dairy Farm tapi kitorang tak pasan. Jalan nak masuk.. mak oii azab sungguh.. tp result yg menanti memang 5 star.. Tiket nak masuk RM 5 ye kat sini. Mehh layan gambar kami yang feeling romatik kat sini.. Jangan muntah hijau okeyy

desa dairy farm

desa dairy farm


desa dairy farm


desa dairy farm


desa dairy farm


desa dairy farm





desa dairy farm




Settle bersantai-santai dekat sini kami gerak plak ke War Memorial Park.. Ingat kan ada kubur ke apa..rupanya cam taman bunga je..Cantikk.. Tak caya?? Mehh nak tunjukk..


Alamak.. paip getah tu mencacatkan pemandangan le plak


kundasang


war memorial pak


war memorial pak


war memorial pak


war memorial pak

Cantik kan?? So dah abis kat sini moh la kita cari hotel plak ye.. Next entry..

Sunday, December 13, 2015

Jom holiday : Kota Kinabalu - Kundasang (Day 2- Part 1)

Yeayyyy... hari ni nak pergi Kundasang.. Bangun awal pepagi solat subuh.. Pastu tak tido2.. Nak tunggu kul 7 kemain lama.. Dah siap2 kitorang terus check out. Lepas tu singgah kedai mamak kat Kampung Air.. Kedai mamak ni kitorang tau masa first visit ke KK last June.. Nak g mamak kat sini senang je.. Korang cari la Taxi stand Kampung Air.. Mamak ni betul2 berhadapan dengan Taxi Stand..InsyaAllah makan sini kena dengan tekak korang.. Kihkihkih.. Mamak je pun Tapi- tapi berhadapan ngan mamak ni ada Malay Cuisine tau.. Restoran DS.. Saja ku tak bagi nama penuh.. Untuk orang2 local aku rasa xde masalah.. tapi untuk kita2 ni yg suka makanan cukup rasa tak digalakkan. Boleh makan tapi lambat nak hadam.. Tp kalau korang biasa makan healthy food aku rasa xde masalah kot..

Ok dah siap2 bekfes terus gerak keluar ke Kundasang.. Destinasi pertama sebelum Kundasang haruslah RUMAH TERBALIK di Tuaran. Walaupun kat Semenanjung ni dah ada kat Port Dickson dan Melaka tapi aku rasa tak salah untuk tgk sendiri Rumah Terbalik yang memegang Malaysia Book of Records ni. Dibina sendiri oleh rakyat tempatan dan binaan rumah diadaptasi dari binaan rumah Kaum Bajau. Kalau telinga aku x salah dengar la explanation dari staff dia. Rumah ni pun lebih kurang 3-4 tahun je dibina. Dibina dalam tahun 2011. Ramai komplen kenapa tak boleh ambil gambar kat dalam.. Alasan dia sebab rumah ni milik persendirian. So maybe nak jaga kualiti.. alangkan tak bagi ambil gambar kat dalam pun dah ada klon kat semenanjung apatah lagi kalau boleh ambil gambar kat dalam kan.. Pendapat aku la.. Owhh tiket masuk RM10.60 included GST ye.. Harap maklum.. Dan lagi satu kat sini pun dah ada muzium 3D. Tiket masuk RM 20 excluded GST.. Tp aku tak beli pun yang tu. 



Tuaran
Tetiba plak ada kelawar ni..
Kat rumah terbalik ni takde apapun yang nak diceritakan. So bila dah kuar singgah tgk2 souvenier shop diorg n sambar la satu FM sbg bukti dah datang rumah ni.. Iyela kalau FM kat luar tu semuanya FM yang biasa2 je.. FM tunjuk rumah terbalik xde plak aku jumpa.. 

Tengok jam dah pukul 9 tp matahari punyalah terik. Tak mau lama2 kitorg terus gerak ke Tamparuli. Nak naik jambatan Tamparuli katanya,,


Jambatan
Jambatan Tamparuli
 Alhamdulillah jumpa gak Jambatan Tamparuli, Tak kan nak tgk kan??Haruslah cuba nak naik.. So kami parking kat pasar.. Pastu jalan la naik ke atas..  Motor tak dibenarkan naik atas ye.. Aduhhh.. Seram gila naik atas ni.. Bergoyang2 jambatan nye.. Tangan aku duk la memegang tepi tu.. Gayat wehh... Gila tak gayat tinggi tau tak.. Aku jalan separuh je.. Asal dapat bergambar sudah..Hehehe..


Jambatan
Tiang tu dah cat kuning.. Hmm camne la diorg mengecat dengan jambatan yg goyang2 ni.. Musykil aku..
Lepastu perjalanan ke kundasang diteruskan.. Tak sabar nak kejar gunung kinabalu sebelum awan tutup.. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tu dapat lihat puncak gunung Kinabalu dengan jelas.. Cuma bila sampai Kinabalu park tu memang tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu.. Wakaka.. Mcm g hutan biasa plak nye.hehehe..

Nak masuk Kinabalu Park cuma rm 3.00 je fee dia.. Okla kan.. Kitorg terus pergi ke Timpohon Gate.. Sepanjang ke Timpohon ni ada gak la Chalet2 kot2 ada yg nak bermalam kat sini..



Timpohon gate
Timpohon gate
Selamat mendaki.. Laki aku nak mendaki??? Memang takla.. Aku??? Lagilah tak.. Peha dah membesar weii.. Tp niat kat hati nak mendaki gak.. Tapiii... bukit broga pun x pernah naik ada hati nak tawan puncak gunung kinabalu... Hahahaharapan muzai oiiii...
Langsung kena tutup dengan awan.. Tak nampak apa pun..

Fuhhhh... Penat mengarang... Sambung part 2 laa....

Wednesday, December 9, 2015

Jom holiday : Kota Kinabalu Lokan Bakar (Day 1)

Alhamdulilah sampai juga aku n en somi ke bumi sabah buat kali ke dua tahun ni.. Tapi kali ni utk luaskan pemandangan.. Bersantai-santai.. berlibur-libur.. Sampai airport terus call Ashraf adik pada adik ipar aku.. Kebetulan dia duduk UMS mintalah dia tolong carikan kete sewa. Kitorg ambil Viva je..Berdua je pun kan..

So keta dah dapat terus hantar Ashraf pergi fakulti.. Ada kelas katanya kul 3.00 petang.. Then pastu terus cari hotel kitorang.. Tang Dynasty Park Hotel. Check in baring2 kejap...solat jamak.. Bilik Alhamdulillah sangat selesa..Harga semalam RM99.00.. percutian kali ni aku tak fikir sangat pasal hotel murah ke apa..sebab persepsi berubah bila mana hotel yang lepas xde langsung tempat solat.. Yang ada pun betul2 ruang kat depan pintu toilet. So kali ni takpelah.. Tapi harga untuk tang dynasty ni pada aku still murah gak la sebab below hundred kan.


standard king
pic from tang dynasty park


Lepas solat bergolek-golek.. aku PAKSA laki aku kuar..haha sebab nak cari lokan bakar.. lagipun dah nak kul 5 kan.. Sabah kan gelap cepat.. So dengan bantuan u mobile menggunakan navigation terus cari lokasi ke Jalan Sulaman tp aku point kan terus ke Politeknik KK..Sedar2 bila tiba situ signal lost.. Aduiii masalah betul.. Dah la kebetulan nya org balik keje.. Dari masa yang dianggarkan 20-30 minit kitorg jadi berpuluh minit nak smpi..dengan signal lost lagi.. Perut yang kebuluq ... Dugaan-dugaan.. Mujur la aku ada bawa print out panduan2 dari blogger yang pernah makan lokan bakar.. So dari Poli tu kitorang straight smpi roundabout then terus ambil first exit.. Eh eh dekat rupanya area lokan bakar dengan first exit.. So misi berjaya!! Yeahaaa...


Lokan
Lokan sedia untuk dibakar
 Lokan dalam gambar tu size yang besar2.. Kitorang ambil size kecil.. RM 7 selonggok.. Sekali masa menunggu lokan siap dibakar ada org tempatan datang nak beli.. RM 5 je dia jual kau... Cehhh.. Tapi aku rasa itu perkara biasa kan?? Betul tak??  Hmm x dan nak ambil gambar yang lain2 sebab memang dah sangat2 lapar plus stress... Haha cuti2 pun stress kan..Mau tak nya cuti2 pun kena redah jammed apa cer???


Jeli kelapa
Jeli kelapa
Haa tang jeli kepala ni memang terbaikkk... Jeli dia tak sama tau macam kat Semenanjung ni.. Aku rasa dia letak santan.. Mula2 makan cam ehh kenapa rasa dia cam ni.. Rasa macam oklah 2 bintang aku bagi.. Sekali bila makan dengan isi kelapa... perghhhhh syeikhh naik kepala wehh  Sedap tak beragak,.. Dari 2 star aku up 5 star full punya... Memang superb.. Lagi2 hati tengah panas sebab ambik masa almost 1 hour nak smpi sini.. Tapi hasilnya?? Berbaloi-baloi.. Harga tak silap RM 4 /5.. tak ingat plak aku.. Lagipun laki aku yang bayarr.. Huahuahua...

Hmm lama juga ye nak bakar lokan tu.. Habis gak la jeli kelapa yang banyak tu sementara nak tunggu lokan bakar dihidang. Sambil-sambil tunggu lokan kitorang order chicken wings.. Sabah kan memang terkenal ngan chicken wings..Seketul RM1.50.. So kami ambil 4 ketul.. Sedappp.. laki aku suka perapan dia ngan sos.. Pedass kau... Aku pun suka gak.. Tapi aku lagi suka yg kt keningau tu makan ngan kicap cair.. tp laki aku plak kata yg kat keningau biasa2 je.. Haha.. biasala tu lain tekak lain rasa.. Persamaan nya cuma satu.. Boleh gak licin mentekedarah plus rasa cam nak tambah lagi.. mujur en suami kata sabarrrr.. Habiskan satu2 dulu...weehuuu...

Dah abis chicken wings tunggu kejap baru lah lokan bakar sampai..Yeayyy.. boleh rasa.. Hmm pada aku rahsia dia perapan dia la..tu yang buat sedapp tu.. En suami pun rasa sedap.. Pada aku ibarat kau makan kerang bakar jugakla.. Tp yang ni ada perapan dia dan juicy sket.. Memang sedap.. Pedas pun ye gakk.. kenalah dengan tekak semenanjung kan.. Makan sepinggan rasa cam nak order lagi sepinggan. Tp memikirkan nak tunggu service kemain lama lagi so takpelah..Cukuplah setakat itu. Alhamdulillah..   So sebelum balik order jugak jeli kelapa dalam gelas.. Tp rasa dia tak sampai ke syurga cam dalam kelapa tu sendiri..So kalau korang nak try silalah order jeli dalam biji kelapa tu ye,, Makan dengan isi2 dia memang wallahhh...umppphhhh..



Dah abis makan.. gerak pulang ke KK.. Nak cari kedai makan plak.. Nak makan nasi..Cuma natijahnya makan lokan ni ialah kami tak dapat pergi Tanjung Aru tengok sunset.. xpelah sikit punya hal.. Kat Semenanjung pun leh tgk sunset kan.. Hehehe..

So bergerak balik nak makan kat area Dataran Todak..tapi x jumpa2 todak nya.. Last2 makan kat Anjung Senja berhadapan dengan Hotel Promonade.. Anjung Senja ni macam food court juga.. Macam2 seafood boleh pilih.. Aku sebenarnya nak cari kerabu rumpai je macam yang aku penah makan kat Pasar filipina dulu.. Tapi takde plak.. Last2 makan biasa2 je.. Order tomyam, kerapu sweet sour,kailan ikan masin ngan telur dadar saje.. Yang lain idokla order.. Memula kengkonon nak order udang, sekali minimum kena order 500 gm.. Gilaaa banyak ko nak kena perabih.. Kitorang laki bini kalau makan udang 3-4 ketul pun cukup dah size yg sama ngan adakat diorg tu..

Habis melantak, terus gerak balik hotel.. Lepak2 hotel.. Takdepun jalan kat pasar filipina ke kg Air ke.. Sebab dah penah pegi kan.. Macam xde point pun nak beli apa.. sebab tujuan kat sini pun bkn nak shopping plus malam terakhir mmg cadangnya akan dtg lagi.. So balik hotel tido awal lagi best..Hehe..

Tamat untuk hari pertama di sini...

Wednesday, December 2, 2015

holiday mood activated

air asia tambang murah
Sabah mu tunggu aku datang

Alhamdulillah.. Sehari lagi..  Pre anniversary katanya... Hahaha bolehla.. asal bulan 12 je bila-bila boleh sambut anniversary.. Sebab selalunya kalau 24 Dis selalunya sedang bermeeting di sekolah. Memang x dan nak enjoy dgn en suami...Cuma tahun ni Alhamdulillah 24 Dis tu xde meeting.. haa yang tu baru betul2 honeymoon.. Kihkihkih..

Malu nak cakap.. tapi nak cakap gak.. tiket ni aku booking setahun gak la..bantai kena gelak dengan si wani adik aku masa dia tau aku booking awal...  Mana taknye cuti-cuti sekolah memang keje aku bersiar-siar dekat www.airasia.com.. duk manjang tgk harga tiket 700++ (couple)masa tu sekali satu hari tu dapat RM400 return dua orang mau aku tak menggagau terus beli.. Oklah kan..aku kalau check ticket mmg terus tengok total 2 org..

So itenary pun dah siapkan.. nanti aku snap apa yg aku buat.. berdasarkan pengalaman blogger gak..hehe.. So next entry la ye.. saje nak banyakkan entry.. haha..

Wednesday, January 8, 2014

Travel : Percutian di Krabi (Part 5)

Haishhh... gigih aku nak mengupdate cuti-cuti kat Krabi ni. Kengkonon nak mengikut jejak travelog blogger lain tapi nampaknye lepas ni xlah. Setakat satu dua entry je.. Ni ha amik kau.. sampai part 5 pun tak habis-habis lagi.. Tapi kalau rasa-rasa nak tambahkan entry jadi banyak terpaksa la aku gigihkan diri juga mengupdate blog. Huhu. 

Oklah entry ni mungkin lebih fokus kepada Thai Massage. Aku kata mungkin je ye. Manalah tau masa tengah menulis teringat cerita-cerita lain ke kan. So cerita bermula selepas berehat-rehat di dalam bilik. Target utama cari makan dulu. Iyelah kang jadi macam malam haritu, xmakan sebab kedai dah tutup.. Nangissss...


Kami makan di gerai tepi jalan macam ni. Satu lauk/masakan 50THB. Standard kat Malaysia la. Aku ambil nasi goreng ketam, laki aku nasi goreng nenas, tempura udang, air plak kami ambil sprite ngan jus tembikai. 20THB setiap satu. Alhamdulillah.kenyang sampai x cukup perut. Niat dihati nak makan tomyam ngan seafood tapi ketakutan kebarangkalian pembaziran berlaku yang menebal bat kami menuju kesini. Syukur Allah lorongkan ke kedai yang betul. :)
Udang kesukaan my laki. Sambil tunggu nasi kami hadap ini dulu. Gambar nasi tak sempat ambil sebab terlupa. Tengah-tengah makan baru teringat. So memang tak lah nak snap bagai.


Lepas tu jalan-jalan lagi. Tujuan utama nak cari kayu macam kat atas ni. Kayu urut. Dah pun selamat digunakan ke atas kaki aku. En suami memang terbaik bab-bab urut ni. Sangat best kayu ni. Lepas tu jalan-jalan dapat sambar sehelai lagi baju "I love Krabi" untuk my twin. Sian plak kat dia kalau xde. Dia dah request kan kat wassup.
Penat-penat jalan kami terjumpa kedai ni.Kedai bersenang-senang. Tak silap dengan ngan masjid n Mc D. Dekat juga denga Ao Nang  Smile hotel. Tapi kami tak makan pun. Perut kenyang kan. So minta kerang rebus. Cuma sayangnye kerang dia ada yang busuk. Iyelah mana nak tau kan. Aku pun kadang-kadang masak pun gitu jugak. Ada yang busuk. Tapi sos dia sedap la. macam kita makan kat malaysia tu. So aku tak bolehlah nak review lebih-lebih kan. Tapi setakat yang aku jumpa ramai yang kata kat sini sedap. Harga serius tak ingat. Tak take note pun. Huhu macam manalah nak jadi penulis blog travel.. huhu.. 
Yang menariknye, kitorang jumpa orang kampung. hehe bukanlah orang kampung.. Dia asal pattani. Tapi lama duk Malaysia. Yang kat Malaysia tu dekat simpang pertang je pun. Kampung aku tu.. Berbual-bual lah kitorang. Lama juga dia duk simpang dekat 14 tahun. Kat Krabi ni baru 3 bulan je pun. Ehh patutnya gambar hubby tu haruslah gambar akak tu kan.. Motippp?? Saje nak tunjuk kopi panas kat dalam cawan kertas 
Walking street. Tempah minah-minah celup dekat sini la. Sekilas ikan dilaut sudah ku tahu jantan betina. Hahaha iyela, kalau perempuan tulen takde nyelah nak bermekup tebal berbulu ayam bagai. Betul tak.. Tapi serius diorang ni cantik. Siap aset diorang tu nampak cam tulen gitu. Apa orang kata 36-24-36.. Hahah tapi janganlah dibandingkan ngan aku. Memang sah-sah kalah. Yang menangnya, saya wanita tulen. Hehe.
 I WAS THERE @ WALKING STREET AONANG
Haa part yang ni paling best. Punyalah nak cerita pasal massage kan. Last-last entry hujung juga. Aku awal-awal lagi memang dah set dalam kepala nak buat Thai Massage kt Andaman. Sebabnye murah kot 250THB. Sama harga dengan foot massage. So bila urut badan ni, aku ingat macam kat Malaysia la kan. Kalau urut dengan makcik-makcik.. Haruslah tanggal baju salin kain batik kan. Nak-nak tengok dia dah sedia tuala bagai. Lagi-lagi bila dia bagi seluar besar. So aku pun buka la tudung. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga kena bukak baju ke.

Dan mujurlah bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Agaknye kalau aku, malu bertanya, malu semalu-malunya.. Huhu so bila dah tanya tu rupanya tak perlu pun bukak baju. Aku pun pelik gak sebab kalau tak buka baju macam mana nak sapu minyak kan. So biarkan je lah.

Dan rupa-rupanya diorang tak pakai minyak pun. Memang hanya bersandarkan kepada tangan dan kaki. Tapi kesan dia terbaik beb. Korang bayangkanlah kalau laki aku pun cakap tukang urut aku tu besar. So tengok jelah gambar tu. Tu baru sikit tau. Ada yang lutut dia atas badan kita lagi.  Tapi kesan dia memang terbaik. Kalau tengok caranya macam ganas je, tapi aku suka. Sebab effect dia datang serta merta. Bayangkanlah bawah tulang belikat yang sakit sebab terhentak bot, terus hilang sakitnye lepas urut. Dengan ditegakkan kaki aku 90 darjah. Satu perkara yang aku tak boleh buat langsung. Dengan dia , senang je kot dia buat. Sampai mengerang-ngerang gak le. Tapi memang awesome.

Ibu jari kanan aku yang dah lama sakit ni pun terus elok. Dia pun perasan masa dia sentuh antara jari kanan dan jari telunjuk aku ni aku menjerit. Lepas tu apa ntah yang dipicit-picit di tekan-tekan kat situ sampai x lama lepas tu aku rasa ok. Kiranye hebatla dia cari point saraf dalam badan kite ni. Dan oleh sebab kehebatan diorang ni, teringin juga nak tanya mana diorang belajar. Iyelah kalau kat Malaysia ni kebanyakannya turun menurun.  Tp kalau kat sana diorang rupanya ada kelas. Belajar dalam tempoh setahun atau dua tahun. Macam ambil diploma gitu. Patutlah melambak-lambak kedai massage sebab diorang memang sediakan kepakaran tu.

Sambil-sambil dia urut tu, aku dukla tengok jam. Dalam hati kata, janganlah masa cepat sangat.. Tapi masa memang sentiasa berjalan kan. So bila dah siap tu..alahaiiiii rasa nak lagi je. Mat Saleh kat sebelah tu duk la cakap very good very good.. tu jelah yang dia duk ulang-ulang. Kitorang pun sebelum balik tu usha-usha gak la massage oil n cream yang diorang jual. Tapi sayang sume saiz besar. Kalau tak boleh bawak balik Malaysia.   Mujur jumpa gak kat Malaysia ni.. tp dari Indon le. Bau sama, kesan sama kira okla kan. 
Keluar dr Andaman terus ke gerai siang tadi.  Kedai pun hampir nak tutup. Nampak lagi orang jual Pancake. Tapi sayang seribu kali sayang tetap tak menepati cita rasa macam dekat night market. Lepas tu nampak plak gerai sebelah. Jual pancake juga. Tengok nama kedai Yaminlaa kalau tak silap. Terus teringat ramai blogger sugget kat sini. Pergi situ sekali dia kata dah tutup. Sedihhh :(.  Xde rezeki kami  nak rasa. Esok dah nak balik. Lepas tu jalan-jalan sekejap kat kedai-kedai berdekatan sebelum balik hotel. En suami beli satu baju. Dapat 150THB. Aku mana boleh macam tu, dia beli senyap-senyap je. Kalau bab baju ni haruslah beli sepasang.  So pergi tengok kedai lain dapatla 100THB sehelai. Lagi murah, Cuma yang membezakan dia xde cop kat belakang. Aku apa de hal. Yang penting sedondon gitu.

So total untuk hari ni .

Makan-makan : 330 THB (anggaran sebab ada yang aku lupa)
Massage : 500THB
Baju : 380THB
Kayu urut : 100THB         

Jumlah besar : 1310THB     







Travel : Harga tiket ke krabi..