Post Terkini

Showing posts with label syurgaku. Show all posts
Showing posts with label syurgaku. Show all posts

Monday, May 17, 2021

Salam AidilFitri Cov-Eid 2021

Salam 5 Syawal.. Alhamdulillah, syukur kita dapat meraikan kemenangan setelah berpuasa di bulan Ramahan.. Tetapi kemenangan yang dirai ini disaat saudara-saudara Islam kita diserang dengan kejam oleh laknatuAllah Zionis Yahudi. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah turunkan bala tentera membantu saudara-saudari di Palestin mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa.. Allahu, sesungguhnya mereka adalah insan terpilih, mengalir dalam darah semangat pahlawan Islam.. Betapa jauhnya beza dengan diri yang senipis kulit bawang ini. 

#SavePalestin #palestinUnderAttack

****************************************************************************

Entry pertama di tahun 2021. Jom nak kongsikan moment2 yang dicipta pada 1 Syawal..3 session ambil tau.. 
First session gambar dengan Mira je..Si Aidan tdo. Then Mira g lari rumah kawan gambar berdua plak.. Lepastu Aidan bangun barulah lengkap family kecil kami. 
Jom layann..

Aksi gedik en suami

Gambar dengan Aidan. Baru bangun dia ni. Pancing dengan hp kat depan. Nampaklah mcm pandang kamera kan.

Budak manja mengendeng je kerjanya

Comel anak dara aku ni.. Tapi kalau buat perangai, mmg kena hempuk la jawabnya

Kesayangan umi & abi

Gambar dengan kakak.. Adik tengah tdo masa ni

Lengkap family potrait

Minta maaf.. Lepas tu buat lagi.. Haha

Dengan adik.. Kakak masa ni menghilang..

Sweet tak?? Nak pegang perut suami  xde perut.. Pegang kepala sampin la..Haha

***********************************************************************************

Jom tengok suasana kat kampung.. Bila kerajaan umum PKP 3.0 dan tak boleh ziarah rasa loser sangat weh.. Dah la puasa x dapat balik. Raya pun x dapat 😢😢😢. Mujur ada adik-beradik yang kat negeri Sembilan. Dapatlah teman mak abah. Diorg pun dah ada kat kampung sebelum kebenaran rentas daerah ditarik balik. Macam tak logik plak kalau nak patah balik kan sbb mmg dah ada kat kampung.

Rezeki along berhenti keje balik kampung.. Kalau tak, sama juga terperangkap kat sini. Huhu

Kebetulan telefon, abah nak baca doa...dapatlah kami adik beradik di Selangor join sekali.

Jambangan bunga untuk mak. Ada juga untuk abah sekali dengan duit raya.

Tepek gambar adik bongsu kat bangi sat..
 
Pengalaman syawal kali ni??? Memang raya sendiri2 je.. Takde jumpa & jemput sapa2..Sedih ooo.. Hari raya sembahyang  raya, takbir, makan, bergambar,video call, makan, tdo, makan... Tu jelah.. Hasilnya hilang 2 kg dalam sebulan, naik 2 kg dalam 5 hari 😂😂😂😂

Wednesday, May 27, 2020

Salam Aidilfitri 2020

Assalamualaikum  buat semua... Alhamdulillah berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ni. Syukur walaupun dalam keadaan serba sederhana tanpa mak abah, adik beradik di sisi tapi masih lagi bernafas di dunia..

Meh nak share gambar raya, tapi lokasi nye di rumah je la.. Pencahayaan pun x cantik guna camera apa tah ni.. Kalau camera hp cun sikit.. Malas nak edit, layan je la ya.. 











Moga-moga Aidilfitri 2021 kembali seperti sedia kala.. Aminn

Sunday, February 17, 2019

Upgrade toilet

Kita nak upgrade toilet kat dapur..  Sebab dah rimas dgn air bertakung kat toilet tu..  Kalau tak di sapu maka akan keluarlah makhluk2 halus bewarna merah..  
Ada cerita dgn mak nk upgrade.. Mak pun laju2 menyokong..  Mak kata bukan untuk tetamu je nk selesa tuan rumah pun kena selesa juga.. Hahaha nampak sgt mak tak selesa dgn keadaan toilet.. Ok paham so hari ni baru mula..  
So skrg ni misi mengorek segala sumber yang ada..  Mcm biasa lepas tu start balik dari zero.. 😅
Alang2 kita tukar juga toilet bowl ,sink,  n shower..  Buat piping utk mesin basuh .  
Bajet below 5K..  Ukur baju di badan sendiri.. X mampu lagi nk buat cam hotel..  Hahaha.. 

Mehh kita up sikit gambar selepas pemecahan tiles 😊



Heheh dah nampak  tak idea yg kita nak buat? ? Ok lah nanti sambung balik progress.. Nak cari brg2 yg belum ada..  😊😊

Friday, April 28, 2017

Misi berjaya

Alhamdulillah akhirnya dapur impian tercapai juga. Hmm sebenarnya bukanlah impian sangat pun, sebab impian tu ongkosnya tinggi. Yang ini berpadanan dengan fulus yang ada.. Alhamdulillah pemilihan dari segi material pun atas khidmat nasihat ngan suggestion Jasper dari Intech Kithen. 

Yang penting diorang memang ikut schedule.. Tapi kitorang yang melengahkan sbb x mau kacau hari cuti.. Kesian kengkawan nanti take over cuti.. Cewahhh...

Oklah jom tinjau2 dapur kecik kami.

Intech Kitchen


Intech Kitchen



Cadangan asal nak buat L shape.. Tapi memikirkan xde space nak letak pinggan mangkuk terpaksa la buat U Shape.. Oklah puas hati.. Kitorang ambil material melamine dan konkrit .. Yang penting hasil kerja memang tip top.. 

Cuma ialah rumah tak berapa nak besar kan.. Dapur pun cinonet... So terimalah seadanya... Warna cerah tu kitorang pilih untuk bagi effet dapur luas n cerah.. Alhadulillah.. So lepas ni harapnya mood memasak sentiasa on la... Thanks Intech KItchen sbb meralisasikan impian kami...

Wednesday, April 26, 2017

Saturday, March 18, 2017

My KC : project bermula

Alhamdulillah...  cuti sekolah bermula.. Cikgu-cikgu boleh rest sebentar.. Rehat dari mengajar la.. Tapi tugasan lain tetap berjalan.. 

Alhamdulillah hari pertama cuti.. Baru selesai pemutihan tingkatan 1 di VLE.. Almaklumlah sekolah aku  reshuffle bebudak form 1 sampai 3 kali tahun ni.. Ramai sangat keluar sekolah ke MRSM , SBP dll.. Reshuffle tetap perlu dibuat sebab nanti kelas x  balance bebudaknya.. Kali ke 3 ni baru cikgu2 boleh bernafas sebab bilangan murid dalam kelas dah kurang banyak.. Legaa..

So hari pertama cuti, projek Kitchen Kabinet aku pun bermula.. Alhamdulillah rezeki terpijak bulan 1 hari tu dapat duit markup beli rumah hari tu. So apa tunggu lagi pucuk dicita ulam mendatang.. Teruskan rancangan nak buat KC.. Kalau ikut target nak  buat ujung tahun ni sebab nak kena kumpul duit.. La ni dah ada rezeki proceed je la.. Bukan apa , takut kalau tangguh2 nanti duit entah kemana KC pun tak nampak bayang..

Buat dengan sape?? Aku buat dengan Intech Kitchen.  Secara jujurnya aku takde survey pun.. Sebab aku bukanlah pakar dalam bab2 macam ni.. Survey jugaklah tapi kat Fb je.. Pastu area berdekatan rumah, tak gigih nak g jejauh.. So kebetulan blogwalking ramai suggest Intech Kitchen, so akupun memulakan langkah..  So hantar message kt FB tapi dia lambat plak reply, almaklumlah raya cina.. Cuba nasib ngan company lain.. Satu company cuma buat KC je table top x buat, Satu company  all in semua , so deal ngan dia n kengkonon nak datang.. Punyalah menunggu tapi x dtg seperti dijanjikan..so cancel 

so lepastu barulah Intech Kitchen reply emel siap ngan design ngan quatation.. Memang terbaik..  Bila dah confirm terus dtg umah ukur.. Cepat proses nya.. Patutnya projek ni start 2 minggu lebih awal tapi aku postpone tunggu cuti sekolah.. Alhamdulillah diorang ok.. Makanya harini lah bermula..


Siap dah asas table top ku..  Target lagi 2 hari..

Bakal dapurku... Kita tengok hasilnya ye... 
#moodxsabar
#impianterlaksana
#IntechKitchen

Wednesday, November 2, 2016

Terapi Mata

Alhamdulillah..berkesempatan juga akhirnya nak update blog.. Kali ni nak cite pasal terapi mata.. Yeayyy walaupun rumah ni tanahnya sekangkang kera dapat gak la aku berbudi pada tanah.. Dari kecik sampai ke besar tak penah nak bercucuk tanam.. Umur 31 tahun baru la nak berjinak2 main tanah..  Mehh nak riak sikit  kebun mini belakang rumah..Bangga wehh hasil tangan sendiri menjadi..Hehehe. 


Serai
Serai ni la yang pertama sekali aku tanam..Opss bukan aku tapi en somi..Dah tanam tu tunggu seminggu tak tunas2..Dua minggu, sebulan masih tak tunas2.. Last2 aku fed up aku cabut serai tu biar je atas tanah.. Alih2 tak lama lepas tu tengok dia bertunas.. So hati berbunga2, tanam balik semula....Sekarang..inilah hasilnya..dah pun memberi khidmat bakti kepada tuannya..
daun pudina
Antara herba terawal yang aku tanam.. Ambil lebihan beli kat econsave.. Mudah tumbuh tapi memula macam hidup segan mati tak mau.. Halus je daunnya..Tapi sekarang daun dia lagi gemuk dari kedai.. Senang agak2 nak minum teh pudina, amik je kat sini.. Buat ulam pun sedapp..Berangin ke bila kau makan nasi..Tp itulah, skrg ni belakang kecik suka nau makan daun pudina ni.Stress makk..
Lemon balm
Yang ni aku beli pokoknya masa jalan2 kat IDCC.. Memula merimbun je daun.. Pastu letak kat depan ruah habis melecur daun2 nya. So skrg letak kat belakang plak...Lemon balm ni pun sedap gak kalau letak kat air teh..
Daun parsley.. Sesaje je beli sekali ngan lemon balm..Kengkonon rajin nak berwestern. Tp kengkadang aku buat ulam gak..
daun kesum
Daun yang paling susah nak tanam..Haha pada aku la. Banyak kali tanam atas tanah.. Bertunas kejap pastu mati terus.. Sekali jumpa tips kat tenet suh tanam dalam bekas bertakung.. So sebagai percubaan aku tanam kat bekas minyak.. Memula naik cantik tapi lama2 daun nye kuning2 pastu halus je .Masukkan dalam asam pedas pun tak berasa Aku geram..tawakal pindahkan dalam pasu kat atas tu.Sekarang. Alhamdulilah gemuk2 dah.. Gambar tak amik  sbb tak tersangka boleh update bloh hari ni..hehe..
daun selom
Daun selom ni asalnya tanam atas tanag.. Tapinya kuning je daun nya sentiasa.. Last2 terjumpa post daun selom ni nak kan air bertakung.. So percubaan aku tanam kat bekas minyak..Dan hasilnya....Segar bugar wehh..Daunnya pun hijau.. Syok wehh makan buat ulam.. Senang keje x yah masak sayur.. Petik2  pastu cakap..Abg kita makan ulam je ye malam ni..Hehehe.. Masak lauk je sudah..
pegaga
masa adik aku si wani pantang berulamkan daun pegaga ni..Aku amik la dalam 2-3 helai daun n rendam kat bekas.. Balik Shah Alam dah berakar pun.. So tanam la kat tanah.. 

Pokok cili.. Asalnya aku beli pokok cili..Tapi entah apa penyakit ,hidup x lama pun..Buah dia kemain banyak lagi..last2 aku buang pokoknya. buah2 yang masak tu aku biar je atas tanah. Alih2 kemain banyak anak pokok cili tumbuh.. Yang ni pun aku pindahkan ke bahagian yg luas sikit.. Tapi banyak lagi anak pokok cili keliling pokok kunyit aku.. Alhadulillah pagitadi nampak 3 biji cili sedang menunjukkan muka..Happy giler kau.tak sabar nak tunggu hasil..


Daun bawang.x yah citerla..Senang sangat nak tanam.hehe..
Depan umah aku ada tanam daun pandan ,pokok cili ngan daun kari. Tapi itulah pokok cili kat belakang dah naik tinggi dah..Tapi kat depan tu size nya sama je  berubah2 besarnya. Pokok kari pun bkn main susah nak bertunas.. Daun pandan apatah lagi.. Tak sabar nak tunggu daunnya naik panjang.. Senang kalau tetiba nak buat pengat ke, bubur ke..huhu.



Ada juga sayur cam salad lettuce aku tanam.. Tapi kemain halus daunnya.. Nak makan sendiri memang tak cukupla..so aku letak dalam bubur mira masa dia xde gigi lagi.. Benihnya ada lagi tapi nak tanam balik tu malas lah plak..Tanah pun dah x cukup..Hihi.. Daun sup pun penah beli..Tapi last2 mati2.. So skrg ni ada2 tanaman baru.. daun cekur amik dari kampung..dan pokok limau kasturi beli kat kampung.. Harap2 nya dapatlah hidup subur dan memberi manfaat pada aku anak beranak...

Thursday, September 8, 2016

Mini Office

Yeayyy.. Akhirnya kau... dapatlah menambah aksesori kat rumah. dah bermeja dah makmal kat rumah tu... Mehh nak tunjuk sikit...

Ikea
Fasa 1
Ikea
Fasa 2
Yeayy.. siap dah
Beli dari Ikea.. Tapi I is malas nak ke Ikea.. Mujur ada kawan amik service beli brg Ikea.. Tambah duit service ngan delivery je la.. Oklah kan daripada aku nak menghadap jem tanpa roti ke sana.. First time beli perabot Ikea ni aku memang puas hati la.. Kemas gila kayu dia.. Memang x sama la ngan kabinet tv aku hari tu.. So bertukang dari jam 12.00 pm sampi la 1 lebih.. Lega dah siap..

So lepas ni nak beli rak buku plak.. Nak letak buku aku yang melambak tu.. Semuanya masih dlm kotak lagi.. Nak buang sayang.. Nak bagi orang pun sayang juga..heheh.. Membeli rak ni pun kemain lama nak nunggu ongkos nye.. Pas ni nak plan cuti2 Malaysia plak..duit juga tu..heheh...

Oklah itu je ceritanya.. nak tunjuk pic penuh nanti x cantik plak ghupenya sbb dah macam stor.. Ok stop sini..ada masa , ada rajin aku up story lagi..

**lama dah x menulis..tunggang langgang ayat aku..

Saturday, August 27, 2016

Mini library untuk si kecil

Abi... abi buat apa tu??? Abi nak buat tangga ker??
Xdelah.. abi buat library untuk Mira.. Moga-moga diterangkan hati mira untuk terima pelajaran ye..



Taraaa... Mini library untuk mira dah siap.. 
Pelaburan untuk sikecil.. Almaklumlah setakat ni dia sorang je permata hati pengarang jantung.. Nak beradik cam jauh untuk dicapai kecuali bila Yang Maha Esa tetapkan Kun Fa Ya Kun.. Harapan ummi ngan abi moga Mira boleh terima pelajaran dengan mudah ye.. Aaminn

Thursday, August 13, 2015

DIY : wall tv cabinet

Alhamdulillah.. phase by phase... So kena tunggu gaji bulan depan plak untuk next step.. Bulan ni kami melabur pada sofa ngan tv cabinet.. Hahaha nikmat rasanya dapat duk atas sofa..heheh..

Blog ni pun dah lama x menjengah.. entry ni pun sebab en suami duk bising suh update.. siap send lagi pic pic ni ke wassup aku.. See.. gigih tak gigih nak suh bini malas dia ni update blog.. Hahaha tapi i likeee sebab laki makcik peminat setia blog ni rupanya..kihkihkih..  blog picisan je kot..

So berapa bajet??? murah murah saje... RM399 je okey... beli kat mana?? Kabinet TV Megatech.. kalau nak tengok fb dia boleh terjah kat sini.. Kabinet TV Megatech. Campur ngan tv bracket RM 80.. so total RM480.. Sebab kami DIY sajooo so jimatlah RM200 untuk kos penghantaran n pemasangan.

Ok untuk korang yang cerewet n high expectation aku memang x suggest la untuk ke sini.. Kang banyak plak complain korang.. Pada aku kualiti dia berbaloi la dengan harga dia.. cuma itulah, dari segi finishing kureng sikit la. x berapa nak kemas.. so macam hari tu gigih kitorang cari betul2 each partition diorg.. cari yang cantik n kemas sikit especially yg kat ujung2 tu.. Untung ada tok laki yang prihatin.. X kira mahal ke murah selalu dia akan pilih yang terbaik.. hehe cam kabinet ni  setiap inci penjuru dia cek .. x mau ada yang sopak2.. thanks Hubby.. I is serahkan semua pada dia..

Ok jom kita tengok progress..

Sebelum pemasangan..
wall tv cabinet
Mujur anak buah ada.. Leh tolong en suami dan yang paling penting save energy aku..hehe thanks along
megatech tv cabinet
Part paling last.. pasang shelves
Yeayyyy..dah siap
Akhirnya... cuma srg ngah pikir cam ne aku nak sorokkan wayar astro n extension tu.. any idea???
Dalam lebih kurang 3am baru siap semua termasuk sesi kemas mengemas.. AM ok bukan PM.. kenapa?? sebab sebelum tu uteh n family sampai.. diorang singgah sini dari perak sebelum balik segamat.. So dalam kul 9 lebih diorang dah balik baru lah projek DIY kami bermula.. Mujur alaong anak uteh ada.. Hehe apalagi en suami minta tolong la.. Thanks sangat2 along.. Thanks gak aween n mirul sebab sudi pinjamkan suami n ayah kalian..Hehe

Oh yee proses tebuk menebuk kali ni kurang habuk tau.. nanti aku share camne nak kurangkan habuk..hehe kitorang siap pasang kipas lagi masa proses drilling.. 

So sesapa yang nak terjah area shah alam ni leh cari boleh terjah alamat ni..

Megatech Kabinet
1, Jalan Kemuning Prima C33/C
Kemuning Utama 40400
Shah Alam..

Nak senang korang kena jumpa Giant dulu.. kalau nak tau megatech ada kata lokasi diorang di depan Giant.. tapi bukan depan berhadapan ye.. Kalau cari berhadapan memang tak jumpa la.. Lokasi dia dekat baris kedua kalau dari Giant tu.. n dia punya kedai kat tingkat satu..sila perhati betul2 tau sebab kurang nampak coz signboard dia yang warna putih hijau tu cam dah pudar.. Lagi satu kalau nak cash n carry kena bayar cash.. So sediakan duit secukupnya.. tapi kalau xde pun bolehje keluarkan duit kat dalam atm dalam giant tu..

Akhir kata, cewah cam bagi ucapan plak selamat membeli dan memilih wall tv cabinet korang