Post Terkini

Tuesday, November 28, 2017

Aku yang dulu...

Tetiba rasa nak sharing plak... Tadi post kat FB pasal Mira sejak pakai EO pastu terjebak plak dengan aku sejak guna EO...

Hmmm aku operation endo kali ke dua tahun 2014... Sebelum tu tahun 2010.. Tapi aku ada senggugut sejak pertama kali period datang..

Makin teruk sejak degree....Lagi teruk masa ambil DPLI. Dan seterusnya bila dah kawen..
Bila ingat2 balik, dalam sebulan aku cuma sihat sepenuhnya seminggu je.. Yg lain boleh lah dipanggil period pain pra menstrual, menstrual & post menstrual.. Memang azab. Lagi-lagi bila ko dah masuk dunia kerjaya.. Kau nak MC terbayangkan anak2 murid ko..

Huhu tapi itulah, aku berterima kasih sgt pada anak2 murid aku yang memahami..

Hmm macam mana aku sebelum kenal Essential Oil???

Aku dah lalui macam2 fasa sepanjang bergelar endofighter...

Dulu2 seawal 5 tahun berkahwin, itu ialah fasa desperate nak anak. Cari suppliment untuk dapat anak.. Sihat tu tak pernah dipikirkan.. Hampir semua produk aku try.. Kalau kata utk endo pun, asbab nye pun nak dapat anak cepat.. Jadi aku kurang mengkaji.. Yang aku kaji petua2 untuk dapatkan zuriat je.. Tips2 untuk sihat memang tak ada...

Sampailah aku operate kali ke 2.. Kali ni laparascopy ke.. Tapi kesan pada badan aku jadi teruk sangat.. Badan aku banyak angin.. Kau salah makan sikit memang mendapatla.. Lagi2 bila kau salah makan bila dah nak dekat2 period..

So kesannya, bila period datang.. Hari pertama kedua ok.. Lepastu menghadap la kau...Seminggu, dua minggu.. Masa ni, kalau sakit aku datang masa kat sekolah,, Allah hanya Dia saje yang tahu.. Ingat senangker nak berlakon sihat padahal kau tengah menahan azab.. Seksa wehh.. Berpeluh2 lah aku menahan.

Dan pernah lah juga beberapa kali aku terbabas.. Minta ihsan kawan2, bagi kerja kat pelajar dan cepat2 lari ke surau.. Berguling-guling, menangis menahan sakit.. Malu???? Sungguh aku malu, takut2 diorang kata aku menagih simpati..
Dan beberapa kali juga cakap ngan en suami nak buang rahim... Sebab apa?? Sebab setiap kali period perut aku ni rasa dipulas2, disiat2, dihiris2 dengan jarum. Puas berguling, menonggeng segala bentuk position untuk kurangkan sakit.. Sampai aku fobia nak period

So ada cikgu sekolah bawa aku g akupuntur.. Alhamdulillah dah nampak perubahan dia..Angin kurang, period pain masih ada tapi dalam kawalan.. Hmm dah setahun dah tempoh..Sambil2 tu aku try EO Lemon.. Itupun minum bila nak period je.. Sekali sekala terlepas mendapat la senggugut  tu..

Ntah macam mana tetiba rasa nak jadi ahli.. Beli set BPSK..Selalu diffuse lavender n lemon... Dan lama2 baru aku perasaan, period pain aku semakin kurang.. Maybe sebab aku selalu diffuse EO.. Lavender pun kan salah satunya untuk calming.. Lepastu aku try beli Geranium Aku try pakai Alhamdulillah period pain sangat banyak improve..
Syukur yang Allah.. Apa yang aku faham & rasai sejak pakai Essential Oil ni ialah nikmat sihat.. Allahuakbar.. Aku yang dulu selalu nervous & fobia bila period nak datang sekarang sampai terkira2 bila nak period.. Orang yang x dapat ujian macam aku, mungkin tak berapa kisah... Tapi bagi aku.... Ya Allah betapa nikmatnya merasai period yang lancar.. Dan aku percaya bila pakai Essential Oil ni , kadar stress aku pun kurang.. Serius, kalau kau stress dan ko tengah period selalu period pain ko akan bertambah sakit.. Sebaliknya kalau ko dapat kawal stress..

Oklah... stop sini eh.. Cerita macam tergantung plak.. Tapi aku rasa lebih happy skrg dan yang penting lebih sihat dengan Essential Oil.. Thanks Zarith sebab tunjuk jalan..


Wednesday, November 22, 2017

Mengenali Essential Oil

Assalamualaikum...

Young Living 

Hari ni kita nak cerita tentang Essential Oil (EO)
Apa sebenarnya essential oil ni?? EO ni untuk apa sebenarnya??

Pernah terfikir soalan ni???

So hari ni saya nak memahamkan pada semua apa itu EO atau essential oil..

APA ITU ESSENTIAL OIL???

Essential oil merupakan minyak aromatik semulajadi yang datangnya hanya dari sumber tumbuhan-tumbuhan seperti bunga, biji benih, daun,batang dan resin tumbuhan.  Kemudiannya ianya akan melalui  proses penyulingan wap, penyulingan hidro dan pengekstrakan sejuk (cold-pressed).

Kalau dilihat daripada gambar di bawah, pada akhir gambar pertama, yang bewarna kuning itulah essential oil. Proses penyulingan ini menyebabkan kita mendapat pati minyak dari ekstrak tumbuhan itu sendiri.



KOMPONEN ESSENTIAL OIL

  • Terletak pada komponen dan interaksi antara setiap komponennya.
  • Setiap EO terdiri daripada 200 -500 komponen yang berbeza.
  • Ini menyebabkan setiap satu jenis EO itu mampu memberikan kesan berbeza pada pengguna atau tubuh manusia secara fizikal atau emosi.
  • Setiap EO tidak sama antara satu sama lain
  • Contohnya LAVENDER mempunyai lebih kurang 200 komponen seperti linalyl, acetate, linalool, cis-beta-ocamene  menyebabkan ia digunakan untuk pelbagai masalah seperti melecur, gigitan serangga, sakit kepala, PMS, insomnia, stress, hair growth dan luka kecil.

KELEBIHAN ESSENTIAL OIL
  • Mempunyai keupayaan untuk menembusi sel-sel membran dan bergerak ke seluruh salur darah dan tisu
  • Struktur unik lipis-soluble  dan molekul EO yang kecil  meningkatkan keupayaan EO ini untuk menembusi sel-sel di dalam badan manusia.
  • Apabila disapu secara topikal pada tapak kaki atau soft tissue, EO ini akan bergerak ke dala seluruh badan dalam masa beberapa minit sahaja.


Antara kegunaan EO dalam PREMIUM STARTER KIT (PSK) untuk sistem badan manusia



Antara cadangan EO 


Cadangan EO pada titik-titik di tapak kaki.


Ok dah faham??

Jadi sekiranya nak mencuba sesuatu Essential Oil,, anda kena ubah soalan.
Sebagai contoh, soalan yang biasa di tanya EO Lemon ni untuk apa ye??
Tukarkan lah kepada soalan seperti

Boleh cadangkan EO yang sesuai untuk masalah batuk?? atau
Ada tak EO yang boleh bantu menaikkan nafsu?? atau
EO apa yang sesuai untuk fokus belajar / kerja?? atau
Boleh bantu EO untuk masalah kurang tumpuan?? atau
Saya ada masalah rambut gugur, nak pakai EO apa ye???

Barulah saya boleh guide dan suggest Essential Oil yang bersesuai. If tanya soalan umum , saya nak menjawab pun tak reti... Heheh..

www.wasap.my/60192846907
www.wasap.my/60192846907
www.wasap.my/60192846907


atau daftar sini 

Thursday, November 9, 2017

Stress stress go away

Update laju-laju...
Sekarang ni musim gawat..
Cikgu-cikgu tengah pulun kerja..
Saat-saat ni kerjasama sangat perlu.
Kena tolong-menolong, jangan pentingkan diri je..

Masa ni juga pengorbanan wang dan tenaga sangat perlu..
Kena print report yang melambak2.
Nak cepat printla kat rumah..
Abaikan tentang RM. 
Yang penting kerja siap.


So cikgu cikgu tak mau stress stress.
Relax-relax sudah..
Alhamdulillah ..
Marking paper settle..
Key in SAPS settle..
Print PBS F1 settle..

PAJSK on the way
PBS F2 belum berjaya menembusi komputer nan sebuah
Grafik editing bakal menyusul
Filing HEM bakal menyusul
Pelan strategik bakal menyusul
Apa lagi ye???

Cuti sekolah??? Yeayyyyy. Hip hip hooray...

Owhh lupa nak promote.. StressAway.. Sesuai sangat untuk yang selalu stress baru nak belajar mencintai Essential Oil..

Retail price : RM186
Special price??  Please contact me 0192846907

Alhamdulillah ... me is happy2 je.. Sebab dah selalu sangat bau-bau EO yang best ni.. Cuma yang tak best bila ada sikap yang pentingkan diri sendiri.

Nahh lagu untuk para cikgu semua.


Stress stress go away
come again another
Teachers want to work
stress stress go away

Thursday, November 2, 2017

Premium Starter Kit Young Living

Premium Starter Kit
Assalamualaikum semua.. Aku tengah menahan ngantuk ni.Hehe tapi kena melunaskan juga niat dihati.. Hehehe saje je nak promote dengan korang pasal PREMIUM STARTER KIT by YOUNG LIVING ni.. RM 756 .. Hmm mahal kan??? Rasa macam krik krik je nak beli.. Hehehe takpe paham..
Aku dulu pun krik-krik juga..

Dan aku faham juga, kita perlu ada faktor pendorong untuk terbuka hati membazirkan duit  untuk benda-benda mahal ni. 

Oklah ini adalah Premium Starter Kit. Korang tau tak apa untungnya kalau beli Premium Starter Kit ni??? Aku dah buat kira-kira dah.. Tapi cuma pada 11 oils sahaja.. Jumlah oils dalam ni yang ada ialah 13 tau..

Meh sini nak cita, bila beli Premium Starter Kit ni kita akan dapat 10 essential oils macam yang melekat dalam kotak kat picture tu.. Ada panaway, copaiba, RC, Digize, Purification, Peppermint, Thieves, Frankinsence, Lavender dan Lemon. Dan bila beli PSK ni dia akan beri juga Stressaway essential oil.. Semuanya dalam kuantiti 5ml sahaja..

Kalau korang tak nak beli set PSK ni xdehal.. Tp nak beli satu-satu azablah sikit sebab mostly jual pada kuantiti 15 ml. Panaway contohnya, 15 ml dah RM492 kalau non member. Mampu tak?? Haha aku pun tercungap kalau nak beli.

So saja aku buat kira-kira untuk 11 eo kat atas tu. Total semua ialah RM753. Then aku tambahkan plak harga diffuser. Kalau beli diffuser automatik kita akan dapat Lemon ngan Lavender. Harga sebenar RM396. Dah berapa?? Lebih kurang RM1100 kan. Tu belum kalau aku kira dengan NingXia Red n lain2 tu... Mau lagi mahal tu...

Lagi best bila korang beli PSK korang akan dapat

  • Keahlian percuma
  • Beli dengan harga ahli. Boleh jimat sampai 24%
  • Dapat join group support telegram
  • Kalau ada yang nak beli ngan korang bolehlah kalau nak jual harga non-member
  • Attend kelas-kelas percuma Young Living
  • Macam-macam lagi yang tak terjangkau dek akal
Apa best dengan set PSK???
  • Set Essential Oil yang paling basic perlu ada dirumah..
  • Percaya tidak untuk rawatan batuk/selsema atau demam korang boleh guna hampir semua EO kat atas tu.
  • Kalau ada anak kecik lagi best kalau korang nak buat eksperimen tau. Bila tengok hasilnya mesti korang ckp. wowww... cepatnya, bestnya. Hahaha itu akulahh..
  • InsyaAllah dapat jimat duit pergi klinik kalau demam.. Sekali datang pun dah 40-70 bilnya..
Aku ni pun dah lama tak pergi klinik kalau setakat Mira demam selsema ke apa... Sebab bila pakai EO ni sekurang-kurangnya cepatlah dia elok.. Kalau pergi pun mmg bukan sebab tu la... Tapi bukan aku kata x amik ubat doktor eh... No no no... Cuma nak bagitau bila bagi mira EO ni immune dia kuat.. Aku pun try remedi ni juga.. Alhamdulillah ..

Kenapa diffuser mahal???

Haaa... ni best nak cite... Rumah aku ada air purifier.... Kalau nak lebih sejuk letak air.. Dah kering baru tambah air. Sekali tu ada la dalam seminggu tak on kan  cooler. Sekali mak kau... Busuk gila bau nya.. Berkali basuh pun x hilang..

Yang kedua, aku perasan diffuser yang ada kat kebanyakan rumah konsepnya air kering baru tambah then ada yang kita set bape jam nak guna..

TAPI...

Dew drop diffuser ni berbeza.. Dia guna kaedah pendidihan. Diffuser ni akan beroperasi selama 4 jam atau sehingga air habis. So nak tak nak memang akan tambah la bila nak diffuse kan.

Nahh.. untuk ningXia Red plak meh tonton video kat link ni https://www.youtube.com/watch?v=xxSWyTJwzRA
Dan korang akan tahu jawapan kenapalah produk Young Living ni mahal bebenar.. Belum lagi kalau tengok video penghasilan EO Young Living.. Bertambahlah wowwwww factor korang.. heheh...

So ada yang nak mencuba?? Jangan risau akan ku ajarin habis-habisan.. Kalau aku tak dapat jawab kan ku tanya sifu-sifu yang dah bertahun amalkan EO ni.

Owhh tapiiiii..... Kalau tujuan ko semata-mata nak aromaterapi je, aku tak galakkan beli ni. Rugi ooo..

Oklah meh la wasup aku.. 


atau kalau nak terus jadi ahi boleh register