Post Terkini

Showing posts with label infertility. Show all posts
Showing posts with label infertility. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Berpantang

Sekarang sedang beristirehat di rumah.. Dr Adilah bagi mc sebulan.. Gila lama.. Harapan aku biarlah 2 minggu sahaja. Aku kan gila kerja. Tapi atas keadaan aku ni dr suh MC sebulan.. Suka haruslah suka.. Lama tu.. Tapi bila memikir PBS budak-budak alahai rasa ruginya aku bercuti.Kesian anak-anak murid aku. Tapi nak buat cemana kan. Cuti sekolah tu aku jaga SPM. Pastu nak set appoinment untuk laps doc cuti pulak. Hasilnye  waktu sekolah lah.. Kalau nak tunggu cuti sekolah bulan 12 tahun ni lama sangat plak.. Dengan prosedur IVF lagi kalau mampu.. Kalau Iui 2 x aku gagal la.

Buat masa sekarang aku pantang sendiri je. Hari tu nak balik kampung doc tak bagi. Dan sebenarnya doctor suruh stay lagi untuk semalam sebab dr kata aku masih lemah. Tapi aku rasa aku kuat. Nak balik juga. Dengan syarat aku tak ke luar kawasan.. means balik kampung la..

Tak pernah ada pengalaman bersalin, tapi ada pengalaman berpantang.. Hehehe.. tapi kali ni pantang aku lain macam sikit. Tak ambil ikan haruan, tak ambil gamat. Sebab apa? Golongan cam aku ni disarankan untuk mengelakkan kedua2nya. Takut pertumbuhan sel2 endo menjadi semakin aktif.

So berpantang aku ialah buah betik, pisang, oat, lemon suam.. Suppliment aku vita e, vita c, carotomax n zink. Banyak lagi makanan anti-oksidan/kanser aku ngah survey ni.. Nasi sekali sehari. Tapi ni laki aku dah keje. tak nak makan nasi la. Sebab nak disipilin makan nasi siang je. So malam-malam makan sup je..Mihun sup ke.. Kesimpulannya aku xdela rasa berpantang sangat kot. Biasa2 je.. Nak ajak mak datang sini, mak pun sibuk adik aku nak kawin this month..

Owhh hari tu tipu2 ngan mak kengkonon dah ambil anak angkat. Siap tunjuk gambar lagi. Padahal cucu aku, anak K.Zal.. Lepas tu telefon mak.. Tau tak apa mak cakap?? Anak yatim ker?? Aku?? errkkk... rasanya kalau nak ambil anak angkat kena anak yatim ngan orang susah la kan..  Aku laki bini tak kisah, tapi bila melibatkan family kena fikir-fikir jugak la ye.. Bukan nak memilih tapi bukan semua orang paham. Contoh parents akula.. Dulu pernah nak terambil, tapi last2 senyap cam tu jela..Huhu.. Aku ni pulak memang jenis lurus bendul.. Kang tak pasal2 kesian kat anak aku tu kalau rahsia terbongkar. Sebagai contoh la kan..

Ehh melalut plak pasal anak angkat apehal.. Yang penting Khamis ni cucuk Lucrin.. Pastu sabtu yeayyyy balik kampung.. 

Wednesday, January 29, 2014

update dari pantai

hari ke 3 di hospital.. macam mana best ke tak ye? sangat tak best ok.. menu makan boleh order.. adam malay food, chinese western.. menu nye pun best2.. tp rasanye alahaiiii... tawar hebeh.. menu org diet kan.. terus rasa cm org sakit..

hmm berkaitan operation nak dgr citer ker? aku bgatu setakat yg dr cakaplah ye.. good news nye both my tube are clear.. x tersumbat pun.. tp keadaan rahim cm frozen.. istilah dr la.. esok nk kena tanya betul2 sebab aku pun x paham.. then my endo.. antara stage 1-4.. aku diatas stage 4.. means teruklah kan..lepastu dr kata dia x buat pun complete surgery sbbnya baru sentuh sket pun dah berdarah.. so dr takut  kalau dia proceed lagi terpaksa pakai laser which is doc nak elakkan..sbb keadaan ovari yang tak berapa bagus..

so dr akan akan bg lucrin for 3 months..n lepastu bolehlah proceed iui..insyaALLAH.. esok nak tanya detail ngan dr lagi berkenaan yg dr kata frozen tu.. sebab aku pun x berapa nak paham..

haishhh x sabar nk kuar hospital... k bye

Tuesday, January 28, 2014

warded

Ok.. bersiaran dr pantai hospital.. 2nd day di hospital.. ptg ni kul 4 akan buat laparoscopy.. kul 8pg kna start puasa.. aduilaaaa tp nape nurse x hantar air panas lagi.. nak alas perut camne.. nak minum milo kot.. dah le malas td puas aku membuang..
Fleet phospho-soda
Inila rupa ubatnye.. lagi dahsyat kot dr ubat peluru.. Fuhh baru sebut.. sampi pun airnyr.. sempat la bersahur gajah.. hehe.. makan mini bun 2 ketul ngan air milo je..Alhamdulillah..

Tgk orang sebelah dah operate rasa excited plak.. sakit ke tak ye.. hmm takut?? InsyaAllah tidak..  dah smpi stage ni rasanye xde apa nk ditakutkan. Yang penting minta pada Allah agar dipermudahkan dan janganlah disukarkan..

Owhh hospital pantai kan mahal kan..cmne aku leh masuk sini.. Alhamdulillah dapat masuk dengan insurans prubsn takaful.. kalau bayar sendiri jujur cakap mmg x mampu..duit yang ada simpanan tuk ivf je.. lain2 kos x tertanggung rasanye.. so upgrade untuk bilik je la.. insurans aku entitled utk 4 bedded je.. so upgrade pada single room. Malangnye bilik penuh..so utk sementara duduk dlm 2bedded je.. so nanti bayar difference je la..

Aishhh panjang plak aku melalut. Doakan aku ye.. mudah2an lepas operation bolehlah aku conceive naturally.. tapi kalau kata takdir aku bukan sedemikan, aku redha je. Mungkin rezeki aku utk mendapatkannya dengan cara lain.

Owhh buat kawan2 senasib, tips aku untuk positif ialah hebahkan pada org sekeliling anda yg terdekat. Maksud aku kalau kite bekerja bgtau bos kite, cerita dengan kawan2.. walau ada yang x ambil port tp kita pasti dapar tgk kawan2 yang mendoakan. Alhamdulillah.. ok stop sini.
Bye bye

Saturday, January 11, 2014

Infertility Treatment : 1st Appoinment

1st visit dengan Dr Adilah.. Setelah mencari-cari doktor terbaik dan hasil perbincangan kami suami isteri akhirnya kami ke sini. Rasa nervous nak bertemu dengan Dr blogger.. Ya Allah.. cantik amat Dr ni. Tinggi lampai. Lembut je orangnya. Muka pun iras-iras Dr Halina wife Dr Sheikh Muzaffar.. memang cantik.. 

Kali ni kami sepakat, duit belakang kira.. Mendapatkan zuriat keturunan yang paling penting. Buat penyumbang doa di alam barzakh. 

So tahun lepas 22.10.2013 menjadi titik sejarah kami ke sini.

Hasilnye...

gigih aku melukis tuk gambaran korang.. Aku lukis mengikut apa yang dr lakarkan pada aku.
Keadaan tiub fallopio kanan aku.Tiub aku dah ke atas sedikit 
Tiub yang nomal sebatutnya berkeadaan sebegini.

Sebelah kiti, ovari yang beralih. Masa scan dr tak nampak pun keadaan ovari kiri
Hasil scan, dr rumuskan ada perlekatan antara rahim kanan dengan tiub fallopio aku. Manakala ovari kiri berada di atas sedikit dari tiub fallopio. Dan dr cadangkan supaya tiub fallopio kanan aku diikat untuk mengelakkan tumpahan darah kotor ke dalam rahim. Part ni aku tak ingat sbb apa. Mungkin sebab tisu fimbria dah rosak..atau sebab tiub kanan aku dijangkiti kuman.. Huhu sorry tak ingat dah..


Gambaran lebih jelas keadaan dalam rahim kalau nak paham. Aku kurang sket bakat melukis ni

Ko bayangkanla masa dr bagitau tiub fallopio kena ikat, hati ni menahan-nahan dari menangis. Nak tunjuk kuat pada Dr tak mau nangis.Malu kan nangis depan orang. Tapi masa tu hati aku rapuh gila.. Soalan kenapa kenapa berlegar-legar dalam kepala. Kenapa aku yang kena uji..kenapa bukan orang lain. Kenapa kenapa kenapa.. Memang orang kata kecewa tu 100% dalam diri aku. Apa yang nampak diluar sangat2 la fake.


Iyelah ko bayangkan dr kata untuk kes aku ni, dr assume peluang aku hanya dengan IVF je.. mau tak meroyan ko. Walaupun masa jumpa dr kengkonon dah sedia kalau kena IVF tapi sebenarnya aku mengharapkan sesuatu keajaiban. Tapi nampaknye aku masih terpilih untuk ujian ini. Jadi  dr kata untuk kepastian kena buat ujian HSG. So untuk kali ketiga aku set appoinment HSG. 

Lepas tu ambil antibiotik siap2. Kna makan sebelum dan selepas HSG. Lepas tu balik..
Tapi dalam kete aku x nangis lagi. Sebab nak kena pergi sekolah kan. Jiwa kena kental. Biar orang nampak kite senyum walau hakikatnya berbeza..

Total cost untuk 1st visit :

Admin fee : rm 4.00
Blood test : rm604.00
Ubat-ubatan : rm11.40
Consultation: rm270.00
Procedur TVS : rm90.00

Jumlah besar : Rm979.40
perghhhh masa nak bayar tu..fuhhhhh gigil tangan ni.. mahal kot.. tapi bagi kami pelaburan yang berbaloi.. Sebab..

1) Kami dapat maklumat yang dr lain tak pernah tahu
2) Dr nampak imej scan yang dr lain tak pernah pun nampak. If ada, kami tak diberitahu pun
3) Sama untuk semua dr, beliau sangat-sangat positif dan lembut.
4) Dr adalah wanita.

dan no 1 dan 2 itu adalah bonus dengan dr Adilah...

So lepas ni aku akan cite tentang HSG n 2nd visit ngan dr plak. 3rd visit baru nak jumpa next week..

***mood : excited nak dapat kembar 4 macam student kat sekolah aku ni.. ini motivasi terbesar aku :)***