Yeayyyy... hari ni nak pergi Kundasang.. Bangun awal pepagi solat subuh.. Pastu tak tido2.. Nak tunggu kul 7 kemain lama.. Dah siap2 kitorang terus check out. Lepas tu singgah kedai mamak kat Kampung Air.. Kedai mamak ni kitorang tau masa first visit ke KK last June.. Nak g mamak kat sini senang je.. Korang cari la Taxi stand Kampung Air.. Mamak ni betul2 berhadapan dengan Taxi Stand..InsyaAllah makan sini kena dengan tekak korang.. Kihkihkih.. Mamak je pun Tapi- tapi berhadapan ngan mamak ni ada Malay Cuisine tau.. Restoran DS.. Saja ku tak bagi nama penuh.. Untuk orang2 local aku rasa xde masalah.. tapi untuk kita2 ni yg suka makanan cukup rasa tak digalakkan. Boleh makan tapi lambat nak hadam.. Tp kalau korang biasa makan healthy food aku rasa xde masalah kot..
Ok dah siap2 bekfes terus gerak keluar ke Kundasang.. Destinasi pertama sebelum Kundasang haruslah RUMAH TERBALIK di Tuaran. Walaupun kat Semenanjung ni dah ada kat Port Dickson dan Melaka tapi aku rasa tak salah untuk tgk sendiri Rumah Terbalik yang memegang Malaysia Book of Records ni. Dibina sendiri oleh rakyat tempatan dan binaan rumah diadaptasi dari binaan rumah Kaum Bajau. Kalau telinga aku x salah dengar la explanation dari staff dia. Rumah ni pun lebih kurang 3-4 tahun je dibina. Dibina dalam tahun 2011. Ramai komplen kenapa tak boleh ambil gambar kat dalam.. Alasan dia sebab rumah ni milik persendirian. So maybe nak jaga kualiti.. alangkan tak bagi ambil gambar kat dalam pun dah ada klon kat semenanjung apatah lagi kalau boleh ambil gambar kat dalam kan.. Pendapat aku la.. Owhh tiket masuk RM10.60 included GST ye.. Harap maklum.. Dan lagi satu kat sini pun dah ada muzium 3D. Tiket masuk RM 20 excluded GST.. Tp aku tak beli pun yang tu.
|
Tetiba plak ada kelawar ni.. |
Kat rumah terbalik ni takde apapun yang nak diceritakan. So bila dah kuar singgah tgk2 souvenier shop diorg n sambar la satu FM sbg bukti dah datang rumah ni.. Iyela kalau FM kat luar tu semuanya FM yang biasa2 je.. FM tunjuk rumah terbalik xde plak aku jumpa..
Tengok jam dah pukul 9 tp matahari punyalah terik. Tak mau lama2 kitorg terus gerak ke Tamparuli. Nak naik jambatan Tamparuli katanya,,
|
Jambatan Tamparuli |
Alhamdulillah jumpa gak Jambatan Tamparuli, Tak kan nak tgk kan??Haruslah cuba nak naik.. So kami parking kat pasar.. Pastu jalan la naik ke atas.. Motor tak dibenarkan naik atas ye.. Aduhhh.. Seram gila naik atas ni.. Bergoyang2 jambatan nye.. Tangan aku duk la memegang tepi tu.. Gayat wehh... Gila tak gayat tinggi tau tak.. Aku jalan separuh je.. Asal dapat bergambar sudah..Hehehe..
Tiang tu dah cat kuning.. Hmm camne la diorg mengecat dengan jambatan yg goyang2 ni.. Musykil aku..
Lepastu perjalanan ke kundasang diteruskan.. Tak sabar nak kejar gunung kinabalu sebelum awan tutup.. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tu dapat lihat puncak gunung Kinabalu dengan jelas.. Cuma bila sampai Kinabalu park tu memang tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu.. Wakaka.. Mcm g hutan biasa plak nye.hehehe..
Nak masuk Kinabalu Park cuma rm 3.00 je fee dia.. Okla kan.. Kitorg terus pergi ke Timpohon Gate.. Sepanjang ke Timpohon ni ada gak la Chalet2 kot2 ada yg nak bermalam kat sini..
|
Timpohon gate |
Selamat mendaki.. Laki aku nak mendaki??? Memang takla.. Aku??? Lagilah tak.. Peha dah membesar weii.. Tp niat kat hati nak mendaki gak.. Tapiii... bukit broga pun x pernah naik ada hati nak tawan puncak gunung kinabalu... Hahahaharapan muzai oiiii...
Langsung kena tutup dengan awan.. Tak nampak apa pun..
Fuhhhh... Penat mengarang... Sambung part 2 laa....
No comments:
Post a Comment