Post Terkini

Friday, December 20, 2013

Travel : Percutian di Krabi (Part 3)


Pulang dari island tour kitorang cadang nak terus balik. Penat kan naik bot keliling pulau. Tapak kaki pun dah sakit nak melangkah. Cadangannya naik je van yang menjemput pagi tadi. Alang-alang dah disediakan perkhidmatan pergi balik, baik gunakan sebaiknye. Tapi last minit, keputusan bertukar. Kitorang nak jalan-jalan dulu pastu balik bilik rehat dan membuta. Malam kang baru kuar balik.

Sebab dah penat kan, masing-masing  tak larat nak keluar kamera. Jalan-jalan terus nampak ada orang jual pancake. 40THB satu keping.. tppp... x sedapp langsung, mahal plak tu.. coklat dia pahit.. Yang kat pasar malam tu lagi sedap kot.. So sekeping jelah belinya.

Kitorang just window shopping je.. Tak ada apa pun nak beli.. Penat jangan cakaplah. Tapi dalam pada tu terbeli jugak beg sandang tepi.. 350THB.. boleh isi ole-ole memandangkan kami bawak beg sekolah je datang sini. Plus tergoda ngan corak lajur dia tu yang colourful..

Perjalanan balik hotel

Balik-balik hotel ni la santapan kami. Singgah beli kat gerai tepi jalan. 50THB setiap satu. Total 150THB. Pulut mangga tu beli kat night market semalam. Simpan dalam peti ais.. Sedap gila.. Mangga dia bagi sebiji belah dua, pulut 3 warna, santan pastu cam ada kacang2 yang crispy.. tak tau apa dia.. tapi memang sedap sungguh la. menyesal beli satu. yang goreng tu plak udang goreng ngan ayam goreng.. berbaloi la harga dia 50THB. Besar pun besar. Udang besar 4 ekor ngan ayam 2 keping. Makan udang tu 2 ekor pun kenyang kot.. Untuk kami berdua yang perut kecik la kan. Alhamdulillah.

Lepas makan mandi solat bagai....zzzzzzzzzzzzzzzzzz.... sedar2 dah nak kul 8.. Golek golek golek kul 8 lebih baru gerak.. Misi utama kami malam ni mencari souvenier untuk adik-beradik kami.

Sambil jalan-jalan tu banyak juga kedai-kedai jahit. jual blazer bagai. Aku pun kurang pasti kenapa kawasan pantai macam ni ada perkhidmatan gini. Hmm tak pernah tempah kan, so tak tau la harganye mahal ke tidak. Macam kedai kat bawah ni offer 3500THB untuk satu set. Murah tak agak2 ???

Kesenian mereka. Cantik-cantik lukisan tapi aku bukanlah penggemar nya


Gambar ini menunjukkan kami telah siap shopping untuk mereka mereka yang berkenaan.


Berehat sebentar melepaskan lelah
Sambil jalan-jalan pekan Aonang, ramai juga tukang urut yang promote spa masing-masing. Last-last kitorang terberhenti kat Andaman Massage. Foot massage 250THB satu jam. Kira murah la kan. Kat tempat kita pun x dapat harga macam ni.  Tapi tempat lain banyak juga 200THB satu jam. Tapi semuanya jauh dari tempat kitorang stay. So kat sinilah yang terbaik. Pas urut leh terus balik.

Sambil2 massage semapt g ber fb.. Wifi Free kan


Ni tukang urutnye.. Yang tua bagi kat laki i.. Muda untuk isteri..heheh


Kami
Ulasan, memang terbaik.. Masa mula-mula urut tu, rasa macam "erkkk macam ni je dia urut tak berasa pun..baik urut kat Malaysia lagi best" tapi tapi tapi.. lepas pas tu memang best la.. agaknye masa mula-mula baru  nak panas enjin kot.. 
tapi memang terbaik la.. sebab nya diorang ni pandai cari point-point penting dalam urat saraf kite tu. rasa macam arghhhh best nye bestnye.. nak lagi nak lagi..  dan dan dannnn diorg bukan macam kat malaysia tau.. kalau urut kaki urut kaki je..  kat sini lepas dah urut kaki, diorg akan urut juga belakang badan kita esp kat bahu.. memang rasa lega sangat2la lepas tu. kaki pun rasa ringan je.. laki aku pun sampai terpengaruh beli kayu yang diorang guna masa massage kaki aku.. sambil-sambil urut sambil-sambil dia belajar teknik nye.. bagus-bagus.. boleh selalu urut wife kesayangan dia ni..hehehe..

Lepas urut, konon-konon nak singgah  makan kat gerai petang tadi. Rupa2 nya diorang dah siap2 kemas2.. iyelah dah pukul berapa kan.  so balik hotel je la.. Sambung makan balance petang tadi.. See jimat kan kitorang.. Pelik juga kat sini. Rasa lapar tu kurang. Tengok makanan pun rasa macam biasa je. Tapi Alhamdulillah sihat walafiat balik Malaysia. :) so balik hotel terus lah..


Inilah souvenier yang kami beli. Semuanya untuk family member. Family besar kan, so besarlah belanja tuk semua. Itupun belah suami bagi pada adik beradik dia je. Kalau nak bagi semua parah la.. Ngan bilangan anak buah 26 orang plus cucu 5 org.. family aku takpe kecik je..hehe itupun yang lum kawin n anak buah  je aku bagi tshirt. yang lain tu wakil satu keluarga



Ohh untuk tshirt adik beradik x beli kat pasar malam pun. Beli kat sini. Standard price 150THB. Tapi dapat kurang pun 130THB je.  Tapi aku suggest better beli kat sini. Sebab kat pasar malam walaupun 100THB tapi kualiti kain dia pun berbeza. Kat Aonang lagi good quality.Yang menjual di Aonang bagitahu dan dah terbukti juga sebab baju kitorang berdua beli kat night market.

Dah susun2 barang yang dibeli, bersiap sedia untuk beradu plak. Esok dah nak ke 4 island plak.

Total tuk hari ni :
Beg sandang= 350 THB
Pocket Souvenier ->7x100=700THB
Tshirt -> 7x130=910THB
kemeja abah =250THB
beg mak=150 THB
Foot Massage ->250x2 =500THB
Makan2=200 THB

Jumlah besar = 3060THB  ( RM313.65)

Travel : Percutian di Krabi (Part 2)



Post a Comment