Post Terkini

Saturday, November 28, 2020

Pengenalan kepada kod HTML

 Alhamdulillah.. Settle satu lagi task.. Kisahnya, kelas Google Meet kita dah record. Tapi tak sedar bila recording stop.. Sudahnya, cikgu syok mengajar dengan budak-budak tapi cikgu tak record untuk budak-budak yang tak hadir kelas..

So, demi kecintaan terhadap anak murid cinta sangat hehe, maka wujudlah video pdpc berdurasi 30 minit untuk ditonton oleh anak murid tercinta.. Sila LIKE, SHARE n SUBCRIBE.. Haha blog sendiri bolehlah promote sebab tak de orang baca.. Wakaka.. Dah lama tak menulis kan.. 

Alhamdulillah moga-moga video pengenalan kepada kod HTML ni dapatlah membantu kefahaman anak-anak murid.. Cikgu tak pandai, tapi cikgu cuba... InsyaAllah kalau diberi kerajinan sediakan siap2 video pengajaran untuk sesi 2021. In case, cikgu x datang bolehlag bagi murid link untuk video pdpc. Betul tak???

Meh layan video baru kita. Asas Sains Komputer Tingkatan 1 : Kod arahan HTML . 



Thursday, November 26, 2020

PDPC Alaf Baru

 Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran.. Lama juga tak menulis.. Alhamdulillah masih lagi bernafas di dunia yang penuh pancaroba ni.. Chewahhh.. 

So tajuk pun PDPC Alaf Baru.. Alhamdulillah masih meneruskan tugas hakiki sebagai penjawat awam. Sebagai cikgu tepatnya.. Ramai juga yang pandang sebelah mata tentang teknik pengajaran cikgu-cikgu, tapi ramai juga yang tetap positif meraikan usaha cikgu-cikgu.. Takpe, aku pun tak terkesan.. Kita meraikan pendapat masing-masing kan.. 

Dalam cabaran covid-19 semuanya terkesan. Ada yang berkemampuan, ada juga yang terpaksa struggle .. Pastinya apa jua cara yang digunakan oleh guru-guru mempunyai penerimaan yang berbeza. Yang penting sebagai guru, kita cuba usahakan sebaik yang mungkin. Di pihak anak murid, moga-moga kesedaran dan tanggungjawab itu kekal dalam diri masing-masing.

Bercerita pasal PDPC online ni, Alhamdulillah banyak juga apps yang terbelajar tanpa sedar.. Haha ingat budak je ke bosan, cikgu pun boleh bosan tau.. Kaedah aku, ada yang lembaran kerja dalam buku, ada yang aktiviti online, google meet,voice message etc.. Secara tak sengaja, belajar jugalah pelbagai jenis apps.. Quizizz, Kahoot, Wordwall, Liveworksheet, EclipseCrossword, OnlineWordMatch.. Software pembelajaran untuk budak-budak yang takde laptop, Qpyhton 3L dan Scratch MRT.. Screen Recorder, BandiCam..

Ada juga apps atau tools yang dah install tapi uninstall semula sebab rasa macam x berapa nak pandai..Haha. Tapi semua tu xde juga kepuasan, sebab tak nampak budak depan mata..

Owhh baru-baru ni ada offer untuk jadi cikgu tuisyen secara online untuk subjek ASK, tapi tu lah aku takut feel tak sampai.. Nak mengajar ni bonding kena ada.. X mau semborono je mengajar. Kalau ikutkan ,bayaran boleh tahan...Tapi berdasarkan pengalaman lalu, aku lebih suka jadi cikgu sekolah je.. Cikgu tuisyen not my jiwa..😁 

Owh berbalik kepada PDPC online, secara tetiba berjaya plak aku hasilkan video pembelajaran.. Hehe macam tak sangka plak.. Esok nak kelas, malam ni baru buat video.. Dengan takde peralatan nya... Tapi bila ada respon student yang berterima kasih atas video yang dibuat rasa bersemangat plak nak buat video yang lain.. Selama ni bila dia hantar hasil kerja , kuingatkan buat dalam laptop.. Rupanya dia xde laptop.. Huhu terharu plak rasa.. 



Meh nak share sikit video ni.. Sebab nak angkat bakul naik sendiri.. Tak sangka mampu buat video untuk anak murid.. Perasaan masa buat video ni, rasa macam mengajar dalam kelas sendiri. Rasa macam budak2 ni sedang tengok kita..Rasa macam nak buat lagi video habiskan silibus.. Next year before kelas boleh suruh budak study dulu kat youtube sebelum kita start mengajar.. Haha angan2 je... Tapi akan diusahakan.. InsyaAllah.. Oklah banyak nak borak... Tapi nak tdo.. esok ada kelas..