Post Terkini

Thursday, March 24, 2011

Lagi2 induksi.. alhamdulillah dah selesai

Alhamdulillah.. berjaya juga mengharungi exam induksi ni.. berjaya jugak mengharungi 3 hari kat port dickson.. Alhamdulillah soalan spot keluar.. so InsyaAllah keyakinan utk lulus ada.. tp kalo lulus cemerlang mungkin tidaklah.. so sesapa yang akan pergi selepasa ini kudoakan semoga berjaya.. owh, soalan kali ni berkaitan apa eh?? jap2 nak refresh balik, sbb soalan x blh nak bawa keluar..

ok, utk bahagian 1 soalan nye

1) Sebagai penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memantau penghantaran dan penerimaan dokumen terperingkat, nyatakan dengan jelas Peraturan Penerimaan Dokumen Rasmi Terperingkat Sulit/ Terhad. (15 markah)

2) Encik Hasril telah hadir ke temuduga Pegawai Tadbir. Dia berminat untuk menyertai perkhidmatan awam.
a) Huraikan tangga gaji permulaan bagi pegawai yang mula berkhidmat ? (10 m)
b) Jelaskan elaun yang akan diterima untuk kerja lebih masa (lebih kurang cm ni la soalan dia..x ingatla) (5 markah)

3)Encik Hafiz bertanggungjawab untuk mencatat minit pada setiap Mesyuarat Pengurusan Bulanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kerja Raya. Baru-baru ini, mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7 Julai 2009. Sila bincangkan apakah tindakan selepas mesyuarat yang perlu diambil oleh En Hafiz sebelum mesyuarat pengurusan bulanan seterusnya diadakan. (15 markah)

4)En Hamid Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 4 tahun dan mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini. Bolehkah Encik hamid memohon cuti haji pada tahun ini? Sila nyatakan syarat2 permohonan cuti haji kepada beliau. (15 markah)

so, utk bahagian ini aku jawab soalan 3 & 4.. (soalan tidak mengikut urutan nombor yang sebenar).. soalan no 2 tu macam soalan baru diwujudkan je sebab x penah pun jumpa soalan lebih kurang camtu kat internet.. so korg boleh la study bab ni eh) yang lain2 tu ada dalam senarai list esei..kat tenet pun ada..

BAHAGIAN II

1. a) Jelaskan mengapa Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja boleh dijadikan satu alat pengurusan penting di sesebuah jabatan. (2 markah).
b) Apakah perbezaan antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (8 markah)
c) Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi melalui penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja di sesebuah jabatan. (5 markah)

2. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.
a) Nyatakan Apakah yang dimaksudkan 'Rekod Kerajaan'. (5 markah)
b) Selain mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara, nyatakan 5 usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka. (10 markah)

3.)Jelaskan 5 cabaran dalam menghadapi wawasan 2020. (15 markah)

4)En Hafiz bertugas di ibu pejabat di Putrajaya telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Jb. Dia ingin menggunakan kenderaan sendiri tetapi tidak dibenarkan kerana kenderaan telah disediakan.
a) Nyatakan sebab2 en hafiz tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.
b) sekiranya encik hafiz dibenarkan membawa kenderaan sendiri, nyatakan elaun yang boleh dituntut.

so lebih kurang macam nilah soalan nye utk exam induksi ambilan 4 2011 ni.. soalan2 mengikut apa yang aku ingat.. soalan penuh dan susunan no soalan tak ingat.. so sapa2 yang akan pergi induksi dalam masa terdekat ni bolehla buat rujukan ye.. selamat berjaya utk kami ambilan 4 :)

Wednesday, March 23, 2011

stage 3

apa yang stage 3 tu?? rasanya member2 tau kan my twin tengah preggy.. tp skrg uri dia dah kat bawah.. skrg kandungannya dia adalah dlm 34 minggu.. hmm saya kan x penah preggy, so x taula betapa bahayanye uri kat bawah.. setakat pengetahuan asas tu adalah.. apa yang saya tau, kalo uri kat bawah tu, my twin x dapatla deliver normal..so kna operate sebab uri halang baby dari keluar normal.. my twin plak kalo blh nk normal..
dipendekkan cite, skrg dia dah admit kat hospital batu pahat. doktor nak pantau keadaan dia.. kalo uri naik alhamdulillah.. kalo tak, kna operate kot... saya pun tak tau.. xtau la dia kna bersalin awal atau tdk..apapun doakan la dia ngan baby selamat eh..x sabar nak dapat anak buah baru..huhu

Study study.. curi masa kejap

skrg berasa di PD.. pagi2 buta ni dok mengulangkaji pelajaran.. perut plak x berapa best.. sebabnye asyik melantak je tanpa sempat di proses.. biasala kalo kursus.. sket2 makan.. 6 kali gak la makan.. smpi sebu perut ni...

ok rabu ni ni nak exam.. td penceramah bagi hint nak hafal cabaran wawasan 2020.. biasala ada keyword dia.. Alhamdulillah, senang gak nak ingat sebab dah tau kata kunci.. Nak tau kata kunci dia??? Pakai Baju Dalam Merah Lebih Seksi Pada Awal Malam.. hehehe.. bisalah penceramah lelaki.. lebih kreatif.. so
P-progresif
B-bebas
D-demokratik
M-moral
L-liberal
S-saintifik
P-penyayang
A-adil
M-makmur..

opps lupa nak bgtahu, tajuk asgmnent kumpulan adalah sama dengan tajuk individu saya.. so senangla keje sket.. x payah susah susah memerah keringat membina ayat.. kebetulan ada 2 org yang buat tajuk individu yang sama dengan tajuk kumpulan kami.. so sgt2 bertuah kan.. k, daa.. smbg study semula..

Sunday, March 20, 2011

1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"

ok, saya nak join GA ni.. sesapa yang singgah blog ni blh la usha pemilik GA di sini ye.. so korang akan dapat info yang lebih lengkap..


kalau korang klik gambar kat atas pun korang boleh terus direct ke link empunya GA.. so saya nak ucap t.kasih pada cempaka kuning sebab sudi tag saya as referral..

info ringkas mengenai GA
  • GA ni akan berlansung dr hr ni 19 Mac - 19 April (ngam2 1 Bulan)
  • 3 pemenang bertuah (cabutan bertuah secara manual)
  • Refferal terbanyak
so saya nak tag
Azue
Anne
Fashya

sape2 nak join pun boleh.. jgn lupa saya sebagai referral korang ye , id: aizyan... bukan muzai tau

induksi lagi

dah pukul 12.30 am..kurang 48 jam lagi untuk berkursus.. preparation?? im not ready yet.. banyak lagi arahan2 yang belum dibaca.. tp kepala lum serabut lagi.. huhu biasala dah betul2 last minit barula nak cuak.. hmm senang tak ye nak lepas induksi ni.. takut gak la kalo x lepas.. nk kna ambil exam lg.. tp x blh nak tumpukan sepenuh perhatian la plak.. sebab mostly benda yang kna baca melibatkan undang2, peraturan, dasar2, perintah n pekeliling.. mau x pening nak mebaca.. so far saya sedang menyiapkan esei 81 soalan.. manalah tau kot2 ada tersangkut soalan2 ni dlm exam nanti.. atleast pengetahuan tu dah ada.. lagipun ada google cr soalan2 induksi.. sebahagian dr soalan esei ni ada keluar.. doakan saya ye kwn2.. ada sape2 x yang dh penah pergi induksi..sila berikan tips ye.. k, tata..nak smbg study balik

Saturday, March 19, 2011

bila sink tersumbat.. apa option korang???

Bila sink umah korang tersumbat, apa korang buat?? guna pelocok?? letak garam , then jirus ngan air panas?? atau guna cecair2 yang ada jual kat pasaraya??atau jalan akhir, panggil plumber??
arghhh sume cara aku dah guna..tp apsal x jalan2 jugak.. sink still tersumbat.. mula2 dulu pnah gak la call tuan rumah.. katanye nanti dia dtg tengok.. last2 bila inform semula, dia kata itu tanggungjawab penyewa.. mau sakit hati tak macam tu.. last2 bila dh kronik sgt terus call plumber.. bayangkanla balik berkursus dapur dah banjir.. dengan bau busuknye.. en. suami plak xde masa tu... g klass.. so tunggu jela plumber dtg.. rm80 gak la melayang..
dan sekarang selepas 2 minggu dia jadi balik.. tp kali ni xde signal pun.. air terus keluar dari bawah paip tu.. tensen tul la.. pas masak2, nak mencuci pinggan dia buat hal plak.. encik suami tolong gak la guna pelocok..tp mcm tu gak.. last2 moody ngan en suami.. hentak2 kaki, tendang2 pintu... hahaha... xdela macam tu.. tp still moody la.. tp skrg dah ok.. sebab dah mengomel puas2 ngan encik suami..
hmm bila dah mcm ni, lega plak rasanya dapat rumah lain.. x sabar nak keluar.. sib baik la ada perjanjian..so bersabar jela dalam 2 bulan lg.. tp utk tuan rumah.. memang x berkat la duit yang kitorang bagi.. duit nak, tp servis mcm hampeh.. haritu suis utama ada 2 yang rosak.. boleh dia bagi extension satu plug je.. memang hampeh.. bila nak dekat2 akhir bulan, barula terhegeh2 nak betulkan.. itupun sebab kitorg ugut xnak bayar sewa.. dah la sombong gile.. menyampah aku..
minta2 lepas ni xdela yang nak menyewa kat sini.. owner x friendly, sewa mahal (sebab guna agen ), xde gril depan rumah ( dh suh buat mcm2 alasan dia bg ), yang penting takut korang terkena macam kitorg ni.. haru nanti... banyakla duit kena keluar sendiri..

so hari ni akan melayang lagi RM80.. total up -RM160..

Friday, March 18, 2011

khusus utk en suami

En suami buat apa tu?? owhh tengah mengetip ketam..hehe masa ni BBQ kat umah uwan.. lama dah dulu.. saje la tu nk posing.. hmmm rasa2nya x penah pun post entry khusus utk en suami.. kalo ada pun maybe sekali dua.. saje je xnk mengglamerkan diri dia..

anyway, inilah en.suami saya.. tiada sebarang bentuk perubahan pun selepas kawin.. ramai member2 seangkatan dia yang kitorang jumpa dah membesar.. tp en suami maintain slim je..hehe..tp bak kata en suami, biar kurus asal sihat..

hmm tp sesuaila kan laki bini badan kecik.. ada untungnya gak tau.. penah beli baju kitorg dapat offer harga student.. memang syok la.. tp encik suami selalu kata, abg memang student pun.. huhu iyela tu, dia kan smbg degree part time..

tahun depan en hubby abis study.. hopefully pastu dapatla selalu balik kg.. hmm nak balik sendiri sorg2 memang tidakla.. sebab utama, x berani nak drive sorang2..yang kedua, kalo en suami xde, rasa mcm x lengkap je hidup.. asyik je terpikir.. lg2 kalo nak tido malam.. hahaha..gataii disitu..

kla, kepada en suami tersayang.. sayang sama kamu.. minta maafla tahun ni banyak mengabaikan kamu.. byk sgt tugasan yg datang..lepas satu, satu.. x terkejar dibuatnya..sayang kamu lebih2.. hauummmmm...

Ini cikgu jiwa muda

Tengokla cikgu sekarang.. bukan main lagi.. mengalahkan model... huhuhu.. apa nak buat..jiwa kami masih muda.. sesuai la dengan peringkat umur.. tadi tengok2 pic dalam netbook ni jumpa gambar lama2.. x lama mana pun.. tahun 2009 jugakla.. perjumpaan masa ni kat bukit tinggi.. sempena nak meraikan birthday, perpindahan, n penamatan zaman dara.. huhu pergi waktu malam.. tp xpe, en suami izinkan saya.. iyela, dah namanye duk membujang kan masa tu.. apapun, ini adalah satu memori indah bersama kengkawan smk sas.. sayang korang lebih.. sekarang kna berbakti pada smk s9 plak... lepas ni kemana plak destinasi ye..hmm xtau lg.. buat masa ni masih di sini lg.. :) masa ni sume lum ada baby g.. selepas 2 tahun

k.jaja : sudah ada khalisyah
yoo : ada ali wajdi , n coming soon lg sorang
k.ila : ada yafiq
k. piah : dah keje kat USIM.. masih single..maybe..
nieda : dah jadi tunang org
me : masih begini lagi.. hmmm.. bestla ada baby..

anyway, tetap happy utk korng sume..

WinTer VacAti0n giVeaWay

sempena percutian tuan empunya blog, dapatla saya menjoinkan diri dalam GA.. untung nasib, menang hadiah.. dari over d sea tu...hehe..so pada sesapa yang nak join, selamat mencuba ye.. doakan la kite sama2 ada luck ye..

Syarat-syarat penyertaan:

1. menjadi f0ll0wer kepade belog - Done
2.letakkan banner di sidebar belog dan entry - Done
3. tulis satu entry mengenai giveaway ni -
saya pilih

bAck t0 naTurE in IreLand

kenapa saya pilih tajuk ni?? ntahla.. maybe sebab word 'nature' tu telah mengikat hati utk memilih entry ni.. yeaa saya memang suka nature.. sebelum baca entry dah terpikat, apatah lagi bila dah baca.. dengan gambar2 yang mengujakan.. wowww.. its amazing kan.. bila la dapat menjejak kaki ke sana..sob sob sob.. alahai, kat malaysia pun x abis jalan dah kecoh nak g jauh2.. hehehe
ok, berbalik kepada topik.. saya suka keindahan alam.. bila tengok laut, hati ni jadi tenang je..saya boleh mengelamun x hirau yang lain.. lagi2 kalo dapat tgk sunset.. subhanallah.. tuhan saje yang tau.. dengan bunyi ombak lagi..memang best la..
lagi satu, suasana ni boleh timbulkan suasana romantik tau..kalo datang dengan pasangan memang bestla.. tgk warna birunya laut, damainye alam, sometimes dapat tgk nelayan balik dari tangkap ikan..oppss..kat sana ada ker??saya x taula..

DONE

4. pilih satu gambar yang paling korang nampak menarik pemandangan nyer dalam entry ditulis

tpkan walau saya bercerita tentang laut, saya nak pilih pic ini sebagai pilihan hati

sebab : suasana nye ceria.. dan saya suka gambar happening kawan2.. memang cantik..
DONE
5. tag giveaway kepade 5 rakan blogger -DONE

saya tagged - wanie, anne, fahsya, azue n azyan... semua saya dah inform dalam Fb..biar cepat diorang tau..hehhe

so utk maklumat lanjut, korang leh klik pic banner kat entry ni or sidebar. atau nak senag klik sini

tarikh tutup : 15th APRIL 2011

MY 1ST GIVEAWAY (ZUE)

Gile contest la plak malam ni.. huhu..xpe2, kot2 la tersangkut salah satu...ok, proceed.
ok, saya nak tag

my student --azyan izzati
azue
fashya
wani
fieda
yuzai
dan semua follower saya.. x ramai pun..so jom la geng

sebelum terlupa, tarikh tutup pada 1 Mei 2011, 11.59 p.m

asLeenda 1st GiveAway

ok, mau join satu lagi contest.. diilhamkan oleh pemilik asleenda.blogspot.com.

syarat2 penyertaan :

1) mesti ada blog - Done

2) WAJIB
- follow blog INI dan masukkan dalam bloglist korang - Done

3) TAK WAJIB
- follow blog INI dan masukkan dalam bloglist korang - Not Done ( mana blh x follow.. nanti x tau sape menang..huhu)

4) buat entry bertajuk 'asleenda 1st Give Away' - Done

5) tampal banner tak seberapa tu dekat entry dan di sidebar..
pastikan link terus ke entry GA ni.. - Done

6) tag 2 kawan, pastikan mereka tau tentang GA ni. - In progress

7) dah siap, tinggalkan link di entry ni yer.. - In progress

Pemenang : cabutan akan dibuat secara manual oleh hubby empunya giveaway

Tarikh tutup : 8 April 2011


Dengan rasminya saya tag
1) fashya
2) anne
untuk menyertai GA ini

** update syarat 6 & 7 - DONE

GIVEAWAY NisaChoc & ZulFoto

Berjalan2 di blog mama kembar 3 dan telah terjumpa giveaway yang menarik.. lagi satu sebab hari ni rajin untuk mengcopy segala banner url blog.. so saya membuat keputusan untuk meng'join'kan diri dalam giveaway ini.. sekian :)
Syarat Penyertaan :
1) Warganegara Malaysia dan mesti mempunyai blog

2) Follow dan MESTI Link blog NisaChoc dan www.zulfoto.com dalam blog list anda!
3) Buat entry yang bertajuk GIVEAWAY NisaChoc & ZulFoto.

4) Copy & paste banner di atas dalam entry dan side bar blog anda

5) Jangan lupa tag entry anda kepada 4 orang blogger dan inform yang mereka di tag!

Tarikh tutup : 29 April 2011
Pemenang dipilih melalui random.org

Nak tau hadiah??? jeng jeng jeng
HADIAH UTAMA:
(bernilai RM 60- coklat +pos)
35 cavities coklat
design, colour, wording boleh request!
*seorang pemenang sahaja

SAGUHATI :
Baucer NisaChoc (bernilai RM 10)
*untuk 3 orang pemenang

so macam mana??? berminat tak?? jom reramai rebut hadiah menarik ni...
so saya nak tag
anne
azue
wanie
fahsya

dan pada yang singgah blog ni, meh la kita join yee

Thursday, March 17, 2011

Kursus Induksi

entry kilat ...Next week akan berkursus.. kursus wajib utk semua kakitangan awam.. Kursus Induksi.. xde kursus ni memang x akan sah la jawatan sampai bila-bila.. dengar before ni induksi sampai 2 minggu, pastu turun ke seminggu n smpi ke kitorg cuma 3 hari je.. Alhamdulillah 3 hari je.. x payah lama2 duk tinggalkan rumah n hubby.. tp 3 hari ada gak kurangnya.. yang penting x dapat nak pay attention utk study.. tuntutan tugas lain banyak betulll.hmm banyak betul nk kna study.. perintah am, pekeliling, arahan perbendaharaan, arahan perkhidmatan ..banyak lagila.. mau muntah nak baca.. smpi ke saat nipun x study2 lg.. just buat latihan asignment sebanyak 82 soalan tu.. sume sekali esei.. memang muntah la nk menjawab.. nak senang just tulis je point2 penting utk setiap soalan.. atleast ada preparation nak jawab exam.. chaiyo' chaiyo' utk pn Muzaiyanah DG41..cepat confirm cepatla sampai target...aminn

Wednesday, March 16, 2011

Fish n Chips

Ni entry dah lama.. cerita 2 minggu lepas.. dah snap gambar tapi bermasalah untuk post plak.. hmm tekak ni semenjak dua menjak memang selera omputih.. pagi burger malam makan yang ini la.. fish n chips versi ku..

Bahan-bahan :
3 keping fillet ikan
Biskut tawar (yang segi empat tu)
Sos Lea & Perrins ( kalo xde pun xpe )
Sos tiram
Telur
Garam secukupnya

Cara-cara :

1. Mula2 korang bersihkan ikan dulu.. Lumurkan dengan liman kasturi/lemon/limau nipis untuk kurangkan bau hanyir dia.. hmm tapi masa tu kat rumah xde sebarang stok limau pun.. tp alhamdulillah menjadi gak..
2. Pastu lumurkan dengan sos tiram n garam.. Letakkan juga sedikit sos Lea & Perrins. Perapkan sekejap.
3. Sementara tu silalah hancurkan biskut tawar tadi ye.. Nak senang blender je terus.. xde masalah.. Tapi kalo nak kasar2 kna buat secara manual la.. korang hancurkan sendiri..
4. Dah siap , korang boleh pecahkan telur dan pukul telur tersebut..
5. Panaskan minyak.. Celupkan fillet ngan telur. Kemudian disalutkan dengan serbuk biskut.. akhir sekali korang bolehla masukkan ke dalam kuali.. Sila pastikan api dalam keadaan sederhana supaya fillet korang masak dengan sempurna..

Bahan2 seperti coleslaw n fried fries tengok gambar pu korang boleh tau kan camne nak buat..
k..selamat mencuba

Pasta Bolognese

Selalu orang buat guna spaghetti.. Tp aku yang ni guna ni.. apa ek nama dia.. Fusilisi.. Saje je guna yang ini. nak abiskan stok.. Selalu kalo beli mesti beli Spaghetti ngan Fusilisi ni. kadang2 beli gak yang bentuk cam siput tu.. makaroni pun ada gak.. Pasta ni aku buat Isnin malam haritu.. Lepas k.lang n family balik terasa lapar la plak.. malas nak masak nasi so buat yang ini je.. So caranya mudah je..tapi korang x kan rasa macam yang selalu korang makan kat kedai2 western tu..kat piza ke..memang lain la.. sebab tekak aku tekak orang melayu.. orang nogori plak tu.. so haruslah ada ciri2 kepedasan. Ada member aku dulu dia siap letak sardin lagi.. tp memang sedap la..cuma ciri2 originality tu dah xdela.. So kepada yang nak mencuba boleh la try :

Bahan:

Spaghetti
2 senduk cili kisar
1 tin pes tomato**
1 mangkuk lobak dipotong dadu
Daging kisar (beli siap atau blender sendiri)
2 sudu lada hitam
Bawang besar dipotong dadu
Bahan2 tambah (sayur campur, bebola daging,etc ikut cita rasa korang )

Cara-cara :
Panaskan minya dalam kuali.. Masukkan daging kisar. Kacau supaya x melekat antara satu sama lain.. Goreng jangan sampai garing.. Kemudian masukkan cili kisar.. Kacau sekejap2.. Agak2 dah pecah minyak korang letakla bawang ngan lobak.. masukkan lada hitam.masukkan juga bahan2 tambah korang. kemudian masukkan pes tomato. . Kecilkan api.. agak2 lobak pun dah lembut n kuah dah masak bolehla dihidangkan dengan spaghetti atau apa2 jenis pasta yang bersesuaian..

*** Kalou korang x nak guna pes tomato dalam tin pun xpe.. beli je tomato n buat sendiri.. tp akan cair sedikit.. so nak adjust korang bolehla letak sos tomato.. so kuah akan jadi pekat..Lobak n bawang plak tujuan dia sebenarnya untuk memaniskan sos spaghetti korang.

Tuesday, March 15, 2011

Berbudi pada tanah.

Orang selalu kata,berbudi pada tanah ni bagus.. banyak faedah nye.. yee.. saya sgt percaya itu.. cuma adalah menjadi kemalasan utk itu.. selalu je alasan x tahu nak bercucuk tanam padahal saya x pernah pun mencuba..seingat saya kali pertama dan terakhir semasa darjah 6. menanam pokok sawi menggunakan kaedah hidroponik.. berkat tunjuk ajar cikgu khalid guru KH kami.. hmm tapi tanam pun melalui biji benih je bukan akar..pokok sawi kami paling subur masa tu.. gemuk2 je..sebab nye paling dekat ngan matahari..
berbalik kepada hal berbudi tadi memang untung bila kite dapat hasilnye.. tp kali ni saya x berbudi pun.. cuma mengambil hasilnye saje.. eh eh bukan mencuri tapi hasil tanaman mak.. saya ambil la sket.. mak ngan abah memang rajin bercucuk tanam.. sejak saya kecil lg.. dulu2 selalu tolong mak kutip cili padi jual dekat pakcik jual ikan.. memang seronokla.. iyela, cili api berpokok2.. memang best la.. kalo xde lauk pun kitorg x heran.. sebab sayur2 banyak dekat belakang rumah.. memang kagum la ngan mak.. apa je dia tanam mesti menjadi kecuali la kalo dimakan binatang2..
Ulam raja..

Terung pipit.. mak memang suka tanam terung

Cili padi.. Gemuk2 kan cili dia.. Penambah selera makanan orang nogori ni.. xde cili masakan x ummphh..

Kebun mini mak ngan abah.. ada pucuk ubi, pokok rozel, ngan apatah lagi..

daun kari pun ada

daun kesum melambak2 dah mak tanam.. sebelum ni amik kat luar.. dekat ngan kubur.. tp skrg mak dah tanam senang la sket

daun selom.. punyala x tau.. hari ni barula tau nama dia daun selom..sedap buat ulam.. selama ni main makan je..huhu

pokok rozel.. mak stat tanam pokok ni stat duduk kelantan dulu.. buat air, jem..sume la.. kalo mak tak tanam sampai skrg saya tak tau apa tu air rozel

limau kasturi.. yang ni mak tak tanam..memang dah ada sejak kitorg berhingus lagi.. tp hasilnye, sampai sekarang ada..

pucuk ubi..

pendek kata, ibarat mak cakap.. "sayur2 mak x beli pun.. mak amik je kat sini.. kalo tomato,lobak tu mak belila".. see sgt jimat kan duduk kampung ni.. tuu belum kira kolam kecik abah kat belakang tu.. dengar kata abah nak bela ikan, tp x tanya la plak.. tp yang penting bahan2 asas kalo setakat nak tambah rasa masakan mmg ada.. daun serai, pandan xpayah cakapla.. silap haribulan nanti mak tanam lengkuas ngan kunyit cm masa kat kelantan dulu.. owhh ini baru sayur mayur je.. belum lagi pokok2 buahan.. tp yg ni mmg dah sedia ada dah kat keliling.. huhu..

Monday, March 14, 2011

Masa depan kami

Di sebuah hulu kampung terdapatlah sepasang adik beradik bersama sepupu mereka sedang mengenang untung nasib di kampung halaman sendiri. Apakah akan terjadi kepada mereka 20 tahun dari sekarang.. Ultraman kah?? Ben10 kah? Barbie kah?? atau doktor? grafik designer? lecturer? dan sebagainye...sambil2 merenung nasib diri...

Umar: Hmmm bila la aku nak besar ni.. boleh beli kereta besar macam papa.. jadi budak kecik asyik2 jadi ultraman je.. x mencabar langsung..
Zahrah: Kalo dapat patahkan palang ni best gak.. dapatla terjun kat bawah ni.. best best...

Umar : alamak, atap bocorla plak.. nak kena repair ni..
Zahrah : Nanti dah besar nak jadi lecturer la macam mama..boleh ajar abang umar cara2 nak baiki atap...alamak..best nye tengok orang gi jeram.. boleh mandi2.. kak aisy, jom gi jeram..
Aisy : mana2..jom2 kite ajak atok..

Aisy: Zahrah, tunggu dulu.. akak nak interprem ni.. acik tangkap gambar la.. manala tau dapat masuk blog acik..leh glamor jap..
Umar: Ngengada la akak aku ni.. asal nampak je camera mula la melentok...malas nak layan..

Lakonan : Umar, Zahrah, Aisy
Lokasi : Kg tercinta
Masa : Hujan renyai2


Saturday, March 5, 2011

Glory Beach Resort

See.... cantikkan kan view dia.. tp ni bukan tmpt penginapan kitorang.. ni view dr apartment kami kat Glory Beach Resort, Port Dickson..Owhh skrg sy berada kat PD.. ada kursus kepimpinan pengawas,, So selaku guru pengawas haruslah menjaga anak2 di sini.. Saya pergi bersendirian je.. En suami x ikut pun.. huhu..biarlah dia jadi bujang sekejap ye..hehehe..

So lepas ni akan update segala aktiviti di sini.. Skrg nipun tgh ada aktiviti kt hall.. Si motivater ngah bercerita.. Bosan kott.. tu yang dok update blog.. Malas nak dgr citer kna berfikir2 dan berimagine segala bagai.. Biarla budak2 yang refresh mind diorg.. Cikgu cikgi duk jaga budak jela ye.. Kla,stop dulu.. Pasni update lg ye..Tata titi titu.. jumpa lagi next entry...

*** aim nak duk kat chalet atas air tu..nantila cdg kat en suami..tp kna saving dulu***

Thursday, March 3, 2011

Mee Kungfu

Selasa mlm rabu lepas try masak mee kungfu.. pertama kali mencuba alhamdulillah menjadi.. senang je rupanya masak mee ni.. ingatkan susah sgt.. sumber nye adalah dari majalah mingguan wanita dan juga my friend..hanieda.. so saya kongsi resepinye.. sgt2la mudah

Bahan2:
3 ulas bawang putih dicincang
3 ekor sotong.. dipotong2
9 ekor udang
kiub ayam
Lobak merah dihiris2
cendawan
2 biji lada merah
sawi
2 biji telur
4 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
garam
mee kuning

Cara-cara memasak:
1. panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang putih yang telah dicincang.. masukkan lobak dan cendawan.. biarkan seketika..kemudian masukkan pula kiub ayam, sotong dan juga udang.. kacau hingga separa masak.. seterusnya masukkan air secukupnya dan kacau hingga mendidih.. masukan pula sayur sawi.. air bancuhan tepung jagung dimasukkan.. untuk memekatkan kuah bolehla ditambahka dengan bancuhan tepung jagung mengikut kesukaan kepekatan kuah..

2. utk menyediakan mee..salutkan mee kuning dengan 2 biji telur ayam telah dipecahkan. kemudian bolehla digoreng di dalam minyak yang panas.. Setelah itu bolehla diangkat dan dihidangkan dengan kuahnya..

3. taraaa.... dah siap.. memang shedappp

Wednesday, March 2, 2011

Pelupa

Bak kata Nazmi dlm Raja Lawak "Aku lupa aku lupa, lupa, lupa lupaaaaaaaaaaaaaa.... " Fitrah manusia mmg seorang yang pelupa.. tp rupa2nya sgt2la perit bila berurusan dengan orang yang asyik lupa je...

mungkin korang rasa bende ni normal je.. kalo lupa, minta maaf pastu settle kan bende yang korang lupa tu atau pun semudah yang dilakukan oleh Nazmi Raja Lawak utk dijadikan bahan gurauan.
Benci tau hari tu.. bengang tahap gaban gak la... bagi arahan masa hari isnin tp bila hari selasa dah lupa.. bila jadi cm tu nampak sgt la cam aku plak yang x jalankan tugas.. perasaan masa tu mmg x boleh nak digambarkan la..

macam kat gambar ni la... tp sib baik la hati ni kata..xpe2 dia ketua..aku hanya yg menurut perintah.. so blah dr situ..pastu tenangkan hati smbil keluarkan air mata..hehe bukan sedih tp sbb kemarahan yang amat.. sebab tu aku x suka nk marah2 student.. takut terkeluar plak air mata ni ha... so apa motif citer ni?? korang paham sendirila.. malas nk tulis panjang2