Post Terkini

Sunday, May 14, 2017

Kursus kepimpinan pengawas di Glory Beach Resort

31 March yang lepas.. Perghh cerita dua bulan lepas baru nak up..Hehehe.. Alhamdulillah selesai sudah kursus kepimpinan pengawas 2017 selama 3 hari 2 malam di Glory Beach Resort.. Konsep kali ni berbeza sedikit.. Kursus lebih kepada kepimpinan profesionalisme. Nak latih budak supaya lebih confident dan berani dalam komunikasi dan manage sesebuah organisasi..

So tempatnya pun haruslah santai-santai kan.. takdelah dalam hutan bagai.. Tahun ni pun cikgu cikgi disiplin dilibatkan sama.. So haruslah meriah.. Sebab sebelum ni kami-kami guru pengawas je yang g jaga bebudak.. Hahaha amik kesempatan beb.. Bila aku tgk slot bersama bebudak waktu senam pagi je, so apa lagi terus decide nak bawa si comel kesayangan.  So sambil menyelam minum air.. Puas la Mira mandi pantai n kolam... Masuk bas masa nak balik terus lena tak sedar apa..Hahaha...
Sebelum bergerak, kena pastikan dulu semua pengawas dah sampai.. Kang kalau ada yang tinggal sia-sia je.. Dah la bayar mahal..

Bacaan doa sebelum berangkat
Glory Beach Resort
Aktiviti senaman pagi.. Sepatutnya slot aku masa ni. Tapi salah masa daaa.. Diorang start kul 7, aku beriya ingat kul 8.. So memang aku  x jaga langsung la hari tu.. Semata bercuti..Huhu tapi ada la juga menjengah masa slot orang lain.
Antara barisan guru yang hadir 
Serius cakap, kitorang jumpa masa makan je.. Heheheh..

Malam terakhir, bebudak buat event untuk cikgu2.. Hebat diorang dalam masa x sampai 5 jam semua dah tersedia.. Dari pengacara majlis, persembahan, ucapan sampailah hidang-menghidang.. Niners memang terbaik.. Aku plak, mujurla tukar tshirt ke blouse. itupun pakai jeans.. Kalau tak malu je. Yang lain semua pakai baju yang sepatutnya ke majlis formal.. Haha muzaiyanah mmg blur plus vengong sikit..


Akhirnya bergambar kenangan di pantai PD.. Sian diorg, nak balik baru dapat jejak pasir.. Kikiki... Cikgu gelak jahat.. Wakaka..

Okey itu sahaja ceritanya.. Nak cerita panjang2, x banyak gambar.. Gambar Mira kat PD pun ntah mana letak..Hihi.. OK bye..


Friday, April 28, 2017

Misi berjaya

Alhamdulillah akhirnya dapur impian tercapai juga. Hmm sebenarnya bukanlah impian sangat pun, sebab impian tu ongkosnya tinggi. Yang ini berpadanan dengan fulus yang ada.. Alhamdulillah pemilihan dari segi material pun atas khidmat nasihat ngan suggestion Jasper dari Intech Kithen. 

Yang penting diorang memang ikut schedule.. Tapi kitorang yang melengahkan sbb x mau kacau hari cuti.. Kesian kengkawan nanti take over cuti.. Cewahhh...

Oklah jom tinjau2 dapur kecik kami.

Intech Kitchen


Intech Kitchen



Cadangan asal nak buat L shape.. Tapi memikirkan xde space nak letak pinggan mangkuk terpaksa la buat U Shape.. Oklah puas hati.. Kitorang ambil material melamine dan konkrit .. Yang penting hasil kerja memang tip top.. 

Cuma ialah rumah tak berapa nak besar kan.. Dapur pun cinonet... So terimalah seadanya... Warna cerah tu kitorang pilih untuk bagi effet dapur luas n cerah.. Alhadulillah.. So lepas ni harapnya mood memasak sentiasa on la... Thanks Intech KItchen sbb meralisasikan impian kami...

Wednesday, April 26, 2017

Alhamdulillah..rezeki

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Sampai juga saatnya.. Kenaikan pangkat dari DG 41 ke DG 44. Bermakna perjalanan kerjaya aku dah mencapai 1/3 perkhidmatan.. Menandakan pertambahan usia juga tu.. AllahuAkbar.. Sikitnya amalan.. Suam-suam kuku je.. Dan pada tahap ni tugasan pun makin bertambah.. Semoga aku lebih bersemangat untuk membina kerjaya dengan lebih cemerlang. InsyaAllah.. Doakan ye kengkawan. 

Oh ye untuk kawan-kawan yang nak semak urusan kenaikan pangkat boleh klik pada link  https://naikpangkat.moe.gov.my/ . Semoga berjaya..