Post Terkini

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Friday, June 3, 2016

Congrats Tiana & Husband

Tarikh : 15.04.2016
Hari : Jumaat
Tempat : Kg Serting Ulu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Akhirnya sepupu seusia aku menamatkan zaman bujang dia.. Happy for her..Buat Jumaat malam kau..  Bukan hari cuti plak tu.. Gigih aku n en suami menghadirkan diri.. Iyelah habis keje pun kul 6.40 pm.. Smpi umah dlm 7.20 gitu.. Meroyan aku suruh tok laki bawa kete lelaju.. takut2 tak sempat tgk cousin aku ni nikah.. Hahaha tapi aku pun lupa dapat tgk ke tak sebabnya bukti kejadian xde.. Memori aku ni pun makin lama makin longgar.. So jom aku kita tengok gambar2 sepupu aku yang cantik ni  Serius aku teruja.. Cantik gilerrr beb.. Pada aku la.. Jelesss wehhh..


Sesi bergambar.. Sweet gitu.. 
Senyum malu2 sang lelaki
Bergambar bersama keluarga besar pengantin lelaki
dengan perempuan belah lelaki plak
Ngan aku n my sis.. Muka pucat x bermekap.. Baju pun dari sekolah.. Bandingkan plak ngan cousin aku.. Muka segar je kau.. Tambah plak dengan mekap cantik... Haishhh ni yg x gemar bergambar dgn yg cantik2 ni..hehe..
Menarik nye majlis sepupu aku ni.. cuma majlis nikah n makan2 je.. takde majlis resepsi apa semua.. Habis nikah tetamu makan pastu balik.. Nahhh.. memang simple kan.. Tapi aku suka konsep ni.. Buat malam so tetamu akan datang awal, lepas makan terus balik.. Hehehe xdelah melepak lama2 mcm kalau buat siang kan.. Kalau ada pun cuma sedara mara n kenalan rapat je..

Lagi satu tunaikan yang wajib, kurangkan pembaziran.. Iyelah kalau bersanding bagai nak  rak kena sewa pelamin lagi.. Catering plak smpi dua kali.. Memang aku salute abis kat sepupu aku ni.. Tak ramai yg nak buat wedding simple mcm ni.. Tp sangat bermakna pada aku..Cousin aku of coz la kan.. Yang penting telah halal.. hehehe..

Ohh ye.. tirai belakang tu diorg diy je tau.. jimat pun jimat.. yang penting cantik..
Habis citer.. So aku ucapkan selamat pengantin sebulan lebih pada korang..hehe.. Semoga hubungan sentiasa dilimpahi rahmat  dari Allah dan dikayakan dengan rezeki zuriat.. Aamiinn..

** berharap adik bongsu aku pun konsep nye seperti ini.. senang kakak kau dik.. x penat..hehehe
** entry kebanyakan adalah backdated sebab aku memang x sempat nk jenguk blog n menulis entry..

Monday, February 1, 2016

Wedding Fatin & Suami

Throwback cerita 2015..  Disember tahun lepas.. lepas balik dari KK kami berjalan plak ke Ipoh.. Menghadiri majlis perkahwinan adik ipar my sis..  En suami kebetulan cuti 3 hari so xde masalah pada dia untuk drive jauh2.. Kalau cuti dua hari meman kami berpikir-pikir nak g ke tak..hehe penat kan..  Tahniah pada Fatin & Suami.. Semoga rumahtangga korang bahagia ke akhirnya dan dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang.. Aaminn..



Datang-datang terus makan.. Tak ingat menu apa..tapi sedapppp...
Bersama mak buyung.. Dah selamat melahirkan dah new year hari tu
Gambar selfie laki bini harus ada
Ngan mak abah plak..
Bersama sicantik molek..Fatin.. Okk aku nampak gemukss dalam ni.. Salahkan kamera ye..haha
Husband and wifey.. 
Habis majlis terus balik s.alam semula..Plan asal nak berjalan-jalan sekitar ipoh cancel sebab badan dah berlengas.. Mau balik rumah n mandi..

Huhu..itu je entry  lama yang dah terperap...
Daaa

Wednesday, June 24, 2015

Travel : Trip ke Sabah - Majlis sambut menantu Fidah & Azmil

Hari ni berlangsungnya majlis adik aku ni Kg Bingkor Lama., So lepas zohor kami menunggu sepupu Azmil datang jemput..So biarlah gambar berbicara..

Bergambar bersama adik & sepupu

dua orang yang kat tengah tu sedara si Azmil.. tengah berbual apa aku pun x taula..

Tambahan ahli, along, k,su and zahrah
Yeayyy dah sampai.. Aku teruja, mereka teruja, kami teruja..Sebab apa???
Kedatagan kami di sambut denga pakaian dusun kadazan... Excited weh.. cam unik je

Yang ni comel sungguh..Lupa sudah nama dia..rasa mau culik bawa Semenanjung je

My sis and her husband.. Huhu pucat adik ku.. Tak ber make up langsung.. Almaklumlah berbadan dua..pening la tu gamaknye
Khusyuk2 bergambar ngan geng2 berpakaian dusun, baru terperasan diorang berdua ni duk memerhati je.. Alahaim, baru sedar pengantin kali ni bukanlah menjadi tumpuan utama.. Hahaha apa nak buat..  Ada yang lebih menarik perhatian.. Patutnya diorg ni pun kena pakaian gak baju budaya orang sana.. Baru best kan..
Cousin dedua ni..dua-dua pun comel

Bersama mak & abang pengantin lelaki

Menjamu selera

Orang kuat pada hari kejadian.. Satu sabah satu semenanjung.. Persamaan?? Dua-dua suka nak berkaraoke

Bergambar bersama ahli keluarga lelaki

Yang duduk tu abang si azmil..yang tengah adik bongsu, yang pandang tempat lain tu cousin dia mungkin

Abah dan mak bersama mempelai

Sedara mara sebelah Azmil

Acara memotong kek... Kek dia sedappp
Kasi zoom lagi
Lepas acara potong kek, kami berempat mohon undur diri, aku, en somi, azwan n wani.. Minta tolong abang Azmil hantar ke stesen Keningau.. Dari sana terus gerak ke KK semula.. Bye bye Keningau.. Tak puas dekat sana tp apa nak buat esok nye dah kena balik.. Tak nak kalut, lebih baik balik awal..

Owhh ye majlis diorang lebih kurang macam kita je.. Tp orang kita buat macam grand.. Yang simple pun kalau banding ngan orang sana nampak grand.. Tapi kat sini simple tapi meriah..Memang best.. Makanan hidang pun lebih kurang kat sini juga..Oklah not bad.. boleh diterima tekak..Taklah macam yang kedai2 biasa.. Hehe maybe mak Azmil pernah duk Semenanjung..so dia taula citarasa kami macam mana..tul tak??

Daaa.....

Monday, September 29, 2014

Congrats yana n syakir :)

Event : Solemnization DayVenue : Seksyen24Date : 06 September 2014

Bertempat di rumah pengantin perempuan, Alhamdulillah sepupuku telah pun selamat dinikahkan oleh ayahandanya Cik Muhiddin dengan jejaka pujaan hatinya, Syakir sebanyak 2 kali lafaz. Alhamdulillah juga, majlis berjalan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran keluarga terdekat. 

Jom kita saksikan suasana di majlis mereka..

Sementara menunggu tok imam sampai..
hantaran
Antara hantaran kedua belah pihak
akad nikah
Tok imam buat apa tu??
My cousin.. Susah nye nak tengok dia senyum hari ni.. Muka dia sangat nervous.. Memang x dapat diselindung langsung..
Tok imam ngah bagi ceramah
Si ayu yang cantik 
mas kahwin
mas kahwin
acara akad sedang dilaksanakan
gambar family
sesi bergambar dengan pengantin..

Event : Wedding Reception Venue : Seksyen24Date : 07 September 2014

Hari langsungnya terlupa pulak nak bawak camera.. Jadi memang tak banyak aksi2 yang dirakamkan.. inipun ambil dari handphone suami..

Pengantin bersama keluarga
Ucapan untuk merpati dua sejoli
Pakcik bongsu saya :)
Tapi sayang gambar kami xde..hua hua hua..... terlupa nak snapp..sadiss.. padahal itu adalah aktiviti wajib..huhu..  dan yang penting hari ni pengantin pempuan dah tak nervous.. sangat cantik okk.....biasalah cucu-cucu wak sinah memang cantik-cantik semuanya..Ahaks..


p/s : ini adalah entry auto-post.. Semua entry aku selepas  cuti sekolah baru-baru ni adalah auto post.. Ingat aku dan nak menaip bila dah bukak sekolah?? Memang tak la kann..

Monday, March 31, 2014

Sekitar majlis Wani & Azwan

Entry kurang.. Layan gambar je..


my siblings.. ladies only :)
one more..yeahhh
my big big family.. mak abah pakcik makcik nenek atok sume ada.. tapi sayang sume dari selangor.. dari nogori takde pun.


my lovely SIL and my annoying brother.. Hahaha.. takdela, aku sayang abang aku ni.. The only one big brother.. Kuat nak menyakat adik2 dia... Bak kata Gary, stressssssss...
Besan baru abah.. Ngah bagi nasihat kat pengantin la tu..
Abah melayan tetamu.. Kopiah merah tu pak cik sedara aku.. Orang kuat kampung..


of coz gambar pengantin lama bersama pengantin baru harus ada.. 


My sis with bride n groom

Friday, May 10, 2013

selamat pengantin baru simaa dan aizuddin

sabtu lepas sehari sebelum pru13 majlis kawen adik ipar kak lang.. mujurlah tak jauh di seksyen 18 je.. dapatlah menghadirkan diri memandangkan hari ahad baru akan bertolak ke kampung di bukit changgang untuk menunaikan tanggungjawab.. yezzaaaa saya pergi mengundi..  tetamu mmg sgt2 ramai sebab kenduri ni untuk kedua2 bela pihak lelaki perempuan.. sebabnya family lelaki ada di sarawak tetapi memandangkan sedara mara pihak lelaki ramai di semenanjung so dilangsungkan sekali la.. selamat pengantin baru buat simaa dan pasangan.. semoga dilimpahkan kebahagiaan dan kasih sayang.. moga mendapat zuriat yang comel2 soleh dan solehah.. amin :)


ini  kami adik beradik.. kak lang, along  dan aku..

Sunday, March 17, 2013

selamat pengantin baru "che shikin & muhammad"

tahniah kepada my bestie, dan penghuni bersama masa menuntut kat uitm dulu.. alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan pilihan hatinya..minggu lepas 9 mac 2013 menyaksikan hari bersejarah che shikin dengan pilihan hati di cystal crown klang.. berjanji dengan member lama, norina yang dah hampir 13 tahun tak berjumpa.. sedang elok azan zohor kami sampai.. pengantin sgt gorgeous dengan persalinan beliau.. bergemerlapan batu2 di baju beliau disinari cahaya biru di pentas pelamin
dapat bergambar pun ngan pengantin..

sesi memotong kek
seriously, sang puteri sangat-sangat cantik.. sesuai dengan ketampanan putera hati.. tahniah che shikin.. sgt gembira melihat keceriaan anda.. semoga bahagia sentiasa dan dikurniakan cahaya mata secomel kamu berdua :)