Post Terkini

Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Friday, December 16, 2016

TTC : Akupuntur

Assalamualaikum.. Lama rasanya aku tak cerita pasal TTC kan.. Iyelah lepas kejadian menyakitkan hati 2 tahun lepas terus rasanya perasaan untuk TTC mati.. Pada aku kalau ada rezeki adalah.. Kalau xde jom jalan-jalan.. Perasaan aku masa tu memang kosong bila bab anak.. Orang cadang itu, cadang ini aku OK kan aje.. Malas nak amik port.

Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan  syurga kami Nurul Amirah disaat aku dah tak pikir tentang anak dan tak mengharap langsung.. Barang-barang baby pun semua aku dah sedekahkan pada kengkawan ngan adik beradik.. Even en somi suruh simpan pun aku x mau.. Tetap aku bagi kecuali satu iaitu stroller.. Haha itupun sebab diorg tak nak amik, besau katanya x muat kete.. Hehehe.. Sedang elok habis semua Alhamdulillah Allah berikan syurga kepada kami.. Betullah seperti yang dijanji..Hanya Allah tau bila kita bersedia dan dia jugala tau bila masa yang terbaik untuk kita..

Berkaitan TTC lepas dapat Mira harusla dah tak terpikir untuk TTC kembali.. Ialah sibuk sangat dengan si comel.. Cuma berkaitan dengan penyakit aku,, masalah angin dalam badan makin kroni.. Kalau dulu setiap kali period senggugut yang aku kena boleh tahan lagi.. Tapi sekarang aku panggil senggugut angin.. Kalau lambat atau salah makan, nak nak time period memang mendapat la.. Rasa macam ada angin sangkut kat ari-ari.. Azab dia nauzubillah.. Memang menangis..Time mengajar pun aku tak boleh bangun..Sampai menangis depan budak2..

Sampailah ada ustazah kat sekolah cadangkan aku buat akupuntur dengan biras dia.. Alhamdulillah memang nampak perubahan yang memberangsangkan.. Dia kata aku sakit tu bukan sebab apa.. Tapi disebabkan oksigen tak sampai ke otak.. Iyelah akukan ada endometriosis.. Adhesion pun banyak..So saluran darah tu jadi sempit.. So dengan akupuntur dia tolong buka balik saraf2 supaya oksigen dapat gerak dengan lancar..

Alhamdulillah.. So sekarang ni nak kena scan berapa besar cysts yang bermaharajalela dalam perut ni.. Kalau tau bape cm senanglah dia nak buat rawatan yang macam mana..Aku plak bila sebut nak scan tu macam fobia plak..tak mau terima kenyataan kalau besar.. Apapun lepas check baru boleh jumpa k.zi.. K.zi akan ubatkan dulu sakit aku barulah proceed dia proceed untuk rawatan fertility plak.. InsyaAllah kalau ada rezeki aku ngan somi adalah, tapi andai kata rezeki kami dengan Mira sorang pun aku redha.. Alhamdulillah :)

Sunday, May 24, 2015

Alhamdulillah..

Aku pernah terbaca... selalu apabila kita dapat sesuatu yang kita inginkan kita akan kata.. Alhamdulillah.. rezeki.. Sebagai contoh bila kita dapat pindah tempat kerja, kita akan ucap 'Alhamdulillah'.. tapi kita x sedar, sebenarnya andai kata kita x dapat pindah rezeki kita adalah di situ..
Dan cerita dari pakcik ni sangat-sangat  bagus.. Agar kita sedar, semuanya yang kita dapat adalah rezeki, semua yang kita dapat juga adalah ujian untuk kita.. 

cerita asal aku tak tahu dari mana... tapi aku copy dari blog aans1.blogspot.com

'ALHAMDULILLAH, TAK ADA ANAK'



Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.

Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.

Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.

Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.

“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.

“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”

“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.

“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.

“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”

Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”

“Sudah pakcik.”

“Anak berapa?”

“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.

“Berapa tahun dah kahwin?”

“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”

“Pakcik bersyukur?”

“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.

“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.

“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”

“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.

“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.

“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.

Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.

Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.

Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.

Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.

Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.

Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin.

# baru perasan sumber adalah dari sini 

Friday, January 23, 2015

Berurut

Hari tu g berurut kat Sg. Buloh.. Aku memang suka ngan mak cik ni.. Sebab dia urut best..Terasa urutan dia.. Berurut bukan sebab apa pun.. Sebab hari tu badan sakit2.. Asal nak malam je dia tangkap kat pinggang sampai ke tulang belikat.. Sakit oo.. aku suspek angin, tapi selalu aku akan rasa sakit dada n sebu.. Tapi bila bersoal siasat dengan en suami dia gelakkan aku.. Dia cakap itulah angin.. Dia memang selalu kena macam tu dan sakit..Hehehe..

Bercerita pasal cik Inah.. Alhamdulillah sampai jugak kami kat rumah dia..walaupun sesat barat.. First time urut kat umah dia, selalu dia datang rumah kaklang. Alhamdulillah sedap dia urut.. Ingat lagi first time dia urut, memang sakit gila badan aku..Dia kata urat semua keras.. Bengkak2.. Tapi pas beberapa kali urut, makin lama makin ok... Selain sebab angin, kak mimi dari geng endosisters yang nasihat suruh urut.. Dia kata rahim aku ada sikit senget..Takut lama-lama nanti sakit badan, sakit tumit semua.. So itupun penyebab aku g berurut..

Berurut ngan cik inah ni best..Dia urut satu badan..RM50.. lebih kurang sejam ke sejam setengah.. Bergantung pada keadaan..  Dulu cik inah ada urut aku, dia kata InsyaAllah masa aku akan sampai tapi tak tau bila, tapi itu jelah ayat dia pun.. kali ni dia cakap lagi.. akan ada ni, cuma tak tau bila..umur 40 ke tak tau..aduii aku bila dengar umur 40 tu rasa mau nangis tau.. Tapi sinar kegembiraan tu tetap ada..harapan pada aku walaupun semuanya ketentuan Ilahi.. Mula-mula dia cakap dapat satu je, pastu dia kata maybe dua.. Cuma yang kedua tu kecik lagi..Dan maybe juga sepasang..Hehe... Petua orang tua kan.. Aku tanya gak dia macam mana dia ta.. Pastu dia tekan2, dia kata haa ni kan ada biji..kalau panjang lelaki, bulat perempuan..Pastu dia kata ada kat belah kanan.. Kiri kosong je.. hmm bila fikir-fikir selalu kalau cek memang belah kanan yang suburnya.. Belah kiri cam x membesar dengan jayanya.. Maybe la kot..

Cuma cik inah cakap, kalau ada rezeki aku kena jaga betul2.. Tak boleh buat keje berat-berat.. Sebab usus dah melekat ngan tiub.. Bahaya..Takut jatuh plak nanti.. Kak lang aku plak dia kata ada kuota 2 lagi.. hehe.. dia sendiri ada 7.. tapi sampai 4 dia dah x mau.. Haha.. lawak cik inah ni..

Pada aku, Alhamdulillah ada sedikit pengharapan.. Cuba kalau dia kata, xde..mau meroyan 7hari 7malam.. Walaupun semuanya ketentuan Allah, kita berusaha kan. InsyaAllah kalau Allah dah kata kun fa ya kun, maka satu kebahagian buat aku n en suami...

** lepas ni nak ajak en suami berurut gak.. anak cik inah pun pandai ngurut.. sian dia bini dia x pandai nak  ngurutkan**

Thursday, January 22, 2015

Pemakanan sunnah

Alhamdulillah, hampir sebulan aku start berjinak-jinak dengan pemakanan sunnah. Rasa macammmm...wahhh bahagianya diri.. badan pun rasa ringan.. Selain pemakanan sunnah, InsyaAllah kita dapat pahala sebab mengikut sunnah nabi.. Betul tak?? Dengan syarat niat ikut sunnah nabi la kan..

makanan sunnah
Antara yang aku makan.. Habbatussauda, pati delima, cuka epal, olive oil dan qaseh gold.
Meh sini nak review produk.. opsss aku tidak dibayar ye..

Olive oil - Sebelum ni aku makan kapsul olive oil.. Tapi cam biasalah sebiji sekali. Haritu order kat kawan nak yang kapsup tetiba dia bawah yang botol.. Aku masa tu?? aduiii nak kena minum minyak?? Haishhh rasa kembang tekak.. Boleh ke nak telan.. Tapi sebab dia dah belikan, ambil je la.. Permulaan?? Aku ambil satu sudu teh before breakfast ngan tdo.. First time telan, masuk tekak... perasaan aku?? Eh oklah, takde pun rasa mulut ni penuh minyak ke apa... So sekarang aku dah up satu sudu besar pagi n malam. Tengah hari kengkadang aku telan gak.. Perubahan?? Aku notice perut aku dah kurang buncit.. Aku suspek olive oil la asbab nye..sebab?? Aku baca olive oil ni penyerap kolestrol yang baik..Oh ye, kalau nak makan ambil yang Extra virgin olive oil tau..Yang ni paling banyak khasiat dia..

Habbatussauda -  Penyembuh segala penyakit melainkan mati.. Bukan aku yang cakap ye.. Tetapi dah ditulis dalam riwayat  Bukhari..

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radiyallahu anha. Beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda  " Sesungguhnya al-Habatussauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali al-Saam." Aku bertanya, " Apakah al-Saam itu?" Baginda menjawab." Al-Saam itu ialah maut".

Berbekalkan hadis inilah aku mula makan habatussauda. Memula dulu, ambil yang cecair, masukkan dalam air suam, dalam masakan tapi rasa dia tak boleh blah... So lama la gak aku stop.. So bermula tahun lepas aku start makan semula, tapi ambil yang kapsul n yang biji tu.. sedap plak rasanya.. Nak2 kalau sendawa.. Haha rasa dia kuat, bestt..

Pati Delima Gulsan  -  Yang ni semua orang tahu kot.. Aku ambil sebab antioksidan dia yang tinggi.. Bagus.. Dulu rajin gak makan satu sudu sehari tapi sekarang culas sket. Pas ni kena start balik..Heheh..

Qaseh Gold - Haa yang ini memang terbaik..Sebab dia merangkumi semua jenis makanan sunnah. Mula-mula dulu pernah gak ada orang offer makan ni, tapi aku tak berani nak ambil. Takut ada campuran yang golongan aku ni tak boleh ambil.. Tapi dok lama-lama makin aku risik-risik, wahhh bagus gak qaseh gold ni.. Ada madu, kurma, buah tin, buah zaitun, habbatussauda, delima, za'faran, air zam-zam etc which is ada yang susah sangat aku nak makan dan tak berapa gemar.  So aku try beli satu n makan.. hasilnya?? walawehhhh sedapp sungguh la hai.. rasa cam nak makan banyak2 je.. tapi nak beli bukan murah kan..hehe plus ada cara pemakanan dia.. So far aku ambil 3 sudu pagi n 3 sudu malam.. Kesan dia?? Ada kesan dia.. tapi aku tak berani nak cakap sebab baru lagi cuba.. Cuma setakat ni yang betul -betul aku perasan kalau bangun tidur pepagi tu rasa segar je badan.. Takdelah rasa malam macam sebelum sebelum ni.. Yang lain-lain, nanti aku share sikit-sikit ye..

Cuka epal - Yang ni tak sure pemakanan sunnah atau tak.. tapi doktor hamid yang suggest.. Patut aku ambil yang ada ibu dia, tapi masa beli tu tak tau nak ambil yang mana, so belila jenama Heinz ni.. Tunggu yang ni habis barulah beli cuka yang sepatutnya nanti.. Ambil sesudu ngan air suam sekelas.. Masam-masam gitu rasa dia.. 

Lemon suam - Yang ni dari doktor hamid.. Aku potong 2-3 hiris lemon dan campur ngan air suam.. selalu aku selang seli.. kalau pagi minum lemon suam, malam cuka epal pula.. macam tulah sebaliknya.. Tapi kengkadang kalau malas nak hiris lemon tibai je acv tu..

Apa lagi ek aku amal?? Setakat ni tu je kot..

Ohh ye, dan lagi satu ada satu produk lain yang aku dah pakai.. Say no more to SAFI cream.. Hehe sekarang aku pakai lotion olive oil.. Pakai kat muka sebelum tdo.. Ngan laki aku sekali pun aku pakaikan.. Suka sebab lotion ni wangi n tak berminyak.. Ko pakai sebelum tdo, bangun tdo tu elok je muka tak berminyak pun.. Sekarang pergi sekolah pun aku tepek losyen ni, pastu sapu ngan compact powder.. Bestt oo.. rasa pipi ni selembut kulit bayi..Hehe chewahhh.. Tapi serius tak tipu... Memang terbaik..hehe..
olive oil
Ni ha lotion nye.. Warna dia cam olive tu jugakla.. cuma wangi sikit je..
Sekarang aku memang concentrate ngan pemakanan sunnah.. Takdelah berpantang sangat pun.. Cuma kalau rasa badan banyak sanggat masukkan asid, lebihkan sikit makanan sunnah ni.. Sebab mostly diorg ni bersifat alkali. So dapat balance kan environment dalam badan aku ni plus makanan sunnah ni pun kita tahu pembekal tenaga yang baik dan terkumpul penuh khasiat di dalamnye,,

Friday, October 31, 2014

Endometriosis

endometriosis
sumber : google

aja aja fighting endosisters..
we are chosen
keep positive always :)

Thursday, October 16, 2014

Berkongsi rasa

Berkisar kepada coretan rakan blogger nuyui di sini, dan sini.. Allahuakbar, kadang-kadang Allah tunjukkan jalan bukan di depan kita.. tapi melalui kisah2 orang lain kan..

sumber : google

Sebelum ni, pernah terbaca di dalam group fb, pasangan suami isteri.. lambat dikurniakan cahaya mata, akhirnya Allah makbulkan doa mereka.. si Isteri mengandung.. tapi sayang Allah ambil pula nyawa suaminya.. dan dikala si isteri menunggu hari bersalin seorang diri, rupa2nya anak yang dikandung telah meninggal dunia..

Seorang sahabat Fb, tak sampai setahun usia perkahwinan.. ketika dalam pantang di kampung, rupa2nya Allah telah mengambil nyawa suaminya di rumah mereka. Mujur ada adik yang tinggal bersama.. Rupa2nya Allah hadiahkan cahaya mata pengganti suaminya

Dan kini, baru sehari dua usia perkahwinan, roh suami telah ditarik.. Kebahagiaan bersama suami yang sementara..

Allahuakbar.. Nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan.. Aku masih punya tulang belakang yang sentiasa menyokong ku, sentiasa memberi bahu ketika ku perlukan, sentiasa menenangkan ketika hati runsing.. Alhamdulillah..Allah masih sayang..

sumber : google
Dan untuk mereka, ye mereka sangat kuat.. Gambaran yang dilihat dari pandangan luar.. Tetapi hati mereka sangat rapuh.. Itu aku tau. Sebab aku pun mengalaminya, walau situasi sangat berbeza.. Tetapi pergolakan dalam hati akan sama.. kenapa dan mengapa?? walau kita tahu jawapannya, hati sedikit sebanyak tetap bertanya..bukan kata mempertikaikan kuasa Allah tetapi itu lumrah manusia,, 

Dan aku, selalu mengambil iktibar kisah-kisah seperti ini untuk terus jadi kuat.. kerana aku masih punya bahu untuk berpaut, masih punya dada untuk meluah rasa.. dan ujian aku tidak sehebat mereka yang terpilih..

sumber : google
Sebab aku tahu, Allah tahu aku mampu hadapinya.. Semoga aku terus redha dalam setiap ujian yang bakal aku hadapi.

p/s: aduiii nangis2 aku tulis ni.. sebab aku tau sangat susah untuk menjadi 'kuat'..

Tuesday, February 4, 2014

Berpantang

Sekarang sedang beristirehat di rumah.. Dr Adilah bagi mc sebulan.. Gila lama.. Harapan aku biarlah 2 minggu sahaja. Aku kan gila kerja. Tapi atas keadaan aku ni dr suh MC sebulan.. Suka haruslah suka.. Lama tu.. Tapi bila memikir PBS budak-budak alahai rasa ruginya aku bercuti.Kesian anak-anak murid aku. Tapi nak buat cemana kan. Cuti sekolah tu aku jaga SPM. Pastu nak set appoinment untuk laps doc cuti pulak. Hasilnye  waktu sekolah lah.. Kalau nak tunggu cuti sekolah bulan 12 tahun ni lama sangat plak.. Dengan prosedur IVF lagi kalau mampu.. Kalau Iui 2 x aku gagal la.

Buat masa sekarang aku pantang sendiri je. Hari tu nak balik kampung doc tak bagi. Dan sebenarnya doctor suruh stay lagi untuk semalam sebab dr kata aku masih lemah. Tapi aku rasa aku kuat. Nak balik juga. Dengan syarat aku tak ke luar kawasan.. means balik kampung la..

Tak pernah ada pengalaman bersalin, tapi ada pengalaman berpantang.. Hehehe.. tapi kali ni pantang aku lain macam sikit. Tak ambil ikan haruan, tak ambil gamat. Sebab apa? Golongan cam aku ni disarankan untuk mengelakkan kedua2nya. Takut pertumbuhan sel2 endo menjadi semakin aktif.

So berpantang aku ialah buah betik, pisang, oat, lemon suam.. Suppliment aku vita e, vita c, carotomax n zink. Banyak lagi makanan anti-oksidan/kanser aku ngah survey ni.. Nasi sekali sehari. Tapi ni laki aku dah keje. tak nak makan nasi la. Sebab nak disipilin makan nasi siang je. So malam-malam makan sup je..Mihun sup ke.. Kesimpulannya aku xdela rasa berpantang sangat kot. Biasa2 je.. Nak ajak mak datang sini, mak pun sibuk adik aku nak kawin this month..

Owhh hari tu tipu2 ngan mak kengkonon dah ambil anak angkat. Siap tunjuk gambar lagi. Padahal cucu aku, anak K.Zal.. Lepas tu telefon mak.. Tau tak apa mak cakap?? Anak yatim ker?? Aku?? errkkk... rasanya kalau nak ambil anak angkat kena anak yatim ngan orang susah la kan..  Aku laki bini tak kisah, tapi bila melibatkan family kena fikir-fikir jugak la ye.. Bukan nak memilih tapi bukan semua orang paham. Contoh parents akula.. Dulu pernah nak terambil, tapi last2 senyap cam tu jela..Huhu.. Aku ni pulak memang jenis lurus bendul.. Kang tak pasal2 kesian kat anak aku tu kalau rahsia terbongkar. Sebagai contoh la kan..

Ehh melalut plak pasal anak angkat apehal.. Yang penting Khamis ni cucuk Lucrin.. Pastu sabtu yeayyyy balik kampung.. 

Thursday, January 30, 2014

the result

waaaa... sedih giler.. ingatkan hari ni dah boleh discharge..tp rupa2nya x boleh lagi.. dr kta condition aku agak teruk.. rahim dah frozen.. rahim dah melekat antara satu sama lain.. perlekatan yang sgt kuat.. cuma baiknye tiub dua2 tak blok.. nk sedih ke, nk nangis ke aku pun x tau.. berserah je la.. kuasa Allah lagi kuat kan.
so petang ni dr nak tengok condition aku lagi.. kalau ok bolehlah kot kalau nak balik..kalau tak  bermalam di sini lagila.. sadisss.. padahal dh siap camtik2 dah nak balik.. tp dengan syarat aku x kemana2.. means x balik n9 la..
haishh stok baju sume dh abis ni.. camno la hai..

hikmah di sebalik kejadian

post smlm aku ada gtau tentang injection lucrin yang dr bagi kan.. itu maknanye aku x akan didatangani period untuk jangka masa lebih kurang 5 bulan.. kesannya?? kite ambil dr sudut positif ye.. oleh kerana lucrin nanti, maknanya aku akan berehat dari aktiviti ttc.. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan hambanya.. InsyaAllah kalau xde aral melintang dapatlah mengerjakan umrah dengan both of my parents.

see cantik kan perancangan Allah.. InsyaAllah kalau kite fikir positif hasilnye positif..  keinginan memiliki zuriat tetap kuat.. tp kita x tau kan perancangan yang Maha Merancang.. sebab Dia adalah sebaik-baik perancang.. sebelum ni risau jugak, kot2 buat iui dan disahkan positive mcm mana nak ke sana kan.. Tp Allah maha mengetahui.. Dia tahu apa yg terbaik untuk aku dan suami.

InsyaAllah akhirannya pasti memuaskan.. Doakan yang baik2 untuk aku ye.. peace :)

Wednesday, January 29, 2014

update dari pantai

hari ke 3 di hospital.. macam mana best ke tak ye? sangat tak best ok.. menu makan boleh order.. adam malay food, chinese western.. menu nye pun best2.. tp rasanye alahaiiii... tawar hebeh.. menu org diet kan.. terus rasa cm org sakit..

hmm berkaitan operation nak dgr citer ker? aku bgatu setakat yg dr cakaplah ye.. good news nye both my tube are clear.. x tersumbat pun.. tp keadaan rahim cm frozen.. istilah dr la.. esok nk kena tanya betul2 sebab aku pun x paham.. then my endo.. antara stage 1-4.. aku diatas stage 4.. means teruklah kan..lepastu dr kata dia x buat pun complete surgery sbbnya baru sentuh sket pun dah berdarah.. so dr takut  kalau dia proceed lagi terpaksa pakai laser which is doc nak elakkan..sbb keadaan ovari yang tak berapa bagus..

so dr akan akan bg lucrin for 3 months..n lepastu bolehlah proceed iui..insyaALLAH.. esok nak tanya detail ngan dr lagi berkenaan yg dr kata frozen tu.. sebab aku pun x berapa nak paham..

haishhh x sabar nk kuar hospital... k bye

Tuesday, January 28, 2014

warded

Ok.. bersiaran dr pantai hospital.. 2nd day di hospital.. ptg ni kul 4 akan buat laparoscopy.. kul 8pg kna start puasa.. aduilaaaa tp nape nurse x hantar air panas lagi.. nak alas perut camne.. nak minum milo kot.. dah le malas td puas aku membuang..
Fleet phospho-soda
Inila rupa ubatnye.. lagi dahsyat kot dr ubat peluru.. Fuhh baru sebut.. sampi pun airnyr.. sempat la bersahur gajah.. hehe.. makan mini bun 2 ketul ngan air milo je..Alhamdulillah..

Tgk orang sebelah dah operate rasa excited plak.. sakit ke tak ye.. hmm takut?? InsyaAllah tidak..  dah smpi stage ni rasanye xde apa nk ditakutkan. Yang penting minta pada Allah agar dipermudahkan dan janganlah disukarkan..

Owhh hospital pantai kan mahal kan..cmne aku leh masuk sini.. Alhamdulillah dapat masuk dengan insurans prubsn takaful.. kalau bayar sendiri jujur cakap mmg x mampu..duit yang ada simpanan tuk ivf je.. lain2 kos x tertanggung rasanye.. so upgrade untuk bilik je la.. insurans aku entitled utk 4 bedded je.. so upgrade pada single room. Malangnye bilik penuh..so utk sementara duduk dlm 2bedded je.. so nanti bayar difference je la..

Aishhh panjang plak aku melalut. Doakan aku ye.. mudah2an lepas operation bolehlah aku conceive naturally.. tapi kalau kata takdir aku bukan sedemikan, aku redha je. Mungkin rezeki aku utk mendapatkannya dengan cara lain.

Owhh buat kawan2 senasib, tips aku untuk positif ialah hebahkan pada org sekeliling anda yg terdekat. Maksud aku kalau kite bekerja bgtau bos kite, cerita dengan kawan2.. walau ada yang x ambil port tp kita pasti dapar tgk kawan2 yang mendoakan. Alhamdulillah.. ok stop sini.
Bye bye

Saturday, January 11, 2014

Infertility Treatment : 1st Appoinment

1st visit dengan Dr Adilah.. Setelah mencari-cari doktor terbaik dan hasil perbincangan kami suami isteri akhirnya kami ke sini. Rasa nervous nak bertemu dengan Dr blogger.. Ya Allah.. cantik amat Dr ni. Tinggi lampai. Lembut je orangnya. Muka pun iras-iras Dr Halina wife Dr Sheikh Muzaffar.. memang cantik.. 

Kali ni kami sepakat, duit belakang kira.. Mendapatkan zuriat keturunan yang paling penting. Buat penyumbang doa di alam barzakh. 

So tahun lepas 22.10.2013 menjadi titik sejarah kami ke sini.

Hasilnye...

gigih aku melukis tuk gambaran korang.. Aku lukis mengikut apa yang dr lakarkan pada aku.
Keadaan tiub fallopio kanan aku.Tiub aku dah ke atas sedikit 
Tiub yang nomal sebatutnya berkeadaan sebegini.

Sebelah kiti, ovari yang beralih. Masa scan dr tak nampak pun keadaan ovari kiri
Hasil scan, dr rumuskan ada perlekatan antara rahim kanan dengan tiub fallopio aku. Manakala ovari kiri berada di atas sedikit dari tiub fallopio. Dan dr cadangkan supaya tiub fallopio kanan aku diikat untuk mengelakkan tumpahan darah kotor ke dalam rahim. Part ni aku tak ingat sbb apa. Mungkin sebab tisu fimbria dah rosak..atau sebab tiub kanan aku dijangkiti kuman.. Huhu sorry tak ingat dah..


Gambaran lebih jelas keadaan dalam rahim kalau nak paham. Aku kurang sket bakat melukis ni

Ko bayangkanla masa dr bagitau tiub fallopio kena ikat, hati ni menahan-nahan dari menangis. Nak tunjuk kuat pada Dr tak mau nangis.Malu kan nangis depan orang. Tapi masa tu hati aku rapuh gila.. Soalan kenapa kenapa berlegar-legar dalam kepala. Kenapa aku yang kena uji..kenapa bukan orang lain. Kenapa kenapa kenapa.. Memang orang kata kecewa tu 100% dalam diri aku. Apa yang nampak diluar sangat2 la fake.


Iyelah ko bayangkan dr kata untuk kes aku ni, dr assume peluang aku hanya dengan IVF je.. mau tak meroyan ko. Walaupun masa jumpa dr kengkonon dah sedia kalau kena IVF tapi sebenarnya aku mengharapkan sesuatu keajaiban. Tapi nampaknye aku masih terpilih untuk ujian ini. Jadi  dr kata untuk kepastian kena buat ujian HSG. So untuk kali ketiga aku set appoinment HSG. 

Lepas tu ambil antibiotik siap2. Kna makan sebelum dan selepas HSG. Lepas tu balik..
Tapi dalam kete aku x nangis lagi. Sebab nak kena pergi sekolah kan. Jiwa kena kental. Biar orang nampak kite senyum walau hakikatnya berbeza..

Total cost untuk 1st visit :

Admin fee : rm 4.00
Blood test : rm604.00
Ubat-ubatan : rm11.40
Consultation: rm270.00
Procedur TVS : rm90.00

Jumlah besar : Rm979.40
perghhhh masa nak bayar tu..fuhhhhh gigil tangan ni.. mahal kot.. tapi bagi kami pelaburan yang berbaloi.. Sebab..

1) Kami dapat maklumat yang dr lain tak pernah tahu
2) Dr nampak imej scan yang dr lain tak pernah pun nampak. If ada, kami tak diberitahu pun
3) Sama untuk semua dr, beliau sangat-sangat positif dan lembut.
4) Dr adalah wanita.

dan no 1 dan 2 itu adalah bonus dengan dr Adilah...

So lepas ni aku akan cite tentang HSG n 2nd visit ngan dr plak. 3rd visit baru nak jumpa next week..

***mood : excited nak dapat kembar 4 macam student kat sekolah aku ni.. ini motivasi terbesar aku :)***

Tuesday, January 7, 2014

Menanti zuriat.

Sebenarnya dah lama aku berpikir-pikir, sama ada nak berkongsi atau tidak cabaran aku untuk dapatkan permata hati. Tapi selalunya hati ni menafikan untuk berkongsi. Malu mungkin. Rasa rendah diri pun ye juga.Takut dengan diri sendiri?? Hmm itu aku tak pasti. 

Tapi untuk hari ni, aku rasa aku yakin untuk berkongsi rasa. Yupp walaupun aku tau ramai kalangan kawan-kawan blogger (yang baca blog aku ni) yang terdiri dari kawan-kawan yang dah pun punyai anak tapi manalah tahu setiap kali diorang ni baca, termasuklah yg sedang membaca ni terdetik hati untuk mendoakan aku. Owhh bukan bukan.. aku tak minta simpati sesiapa pun sebab kehidupan aku gembira setakat ni. Cumanya menagih doa dari seorang teman untuk mendoakan aku. Orang kata cukup 40 orang yang mendoakan kita, InsyaAllah dimakbulkan doa tersebut.

Dan macam aku jugak, sentiasa mencari-cari ilmu bagi golongan ber TTC ni. Jadi bila tak dapat info yang dikehendaki agak frustrated jugakla. Jadi harapan aku, dapatlah sedikit sebanyak memberi bantuan kepada kawan-kawan yang senasib aku ni.

owh yee aku adalah penghidap senggugut yang teruk. Setiap kali period aku akan senggugut yang terpaksa membongkok (tak boleh jalan menegak), lenguh-lenguh badan, loya, sakit kepala..dan mengalaminya dari 3-4 sebelum period berlarutan hingga 3-4 selepas period.
So secara kronologinya apa yang aku ingat sepanjang 5 tahun aku berttc ni bermula awal perkahwinan lagi... Akan aku ringkaskan kat sini. Aku dah ingat-ingat lupa..


2009

  • Berurut sebanyak 2 kali. 
    • Urutan pertama sengkak rahim. Rahim aku kebawah. Kemudian banyak urat yang berselirat. Memang sakit dia urut. Tapi lepastu bahagian badan yang selalu sakit dah ok.
    • Urutan kedua, Alhamdulillah tempat-tempat yang selalu sakit tu bila diurut rasa sangat selesa. Tapi dia kata aku mungkin dah pregnant. Sebab dia rasa perut keras. Lepas 2-3 hari aku pun period.
2010
    • Bulan September
  • Disahkan endometriosis stage 3 nak ke 4. Dr kata dah 2-3 tahun usia cysts ni. mungkin betul, sebab flow period dalam tempoh ni macam pelik sket. Cycle tetap cuma sedikit je yang keluar.
  • Operation endometriosis secara laparatomy. Bedah macam orang bersalin.
  • Dermoid cyst sebelah kanan, endometriosis sebelah kiri. Dr kata tiub fallopio kanan mungkin tersumbat.
  • Ujian HSG. Alhamdulillah tiup normal.
  • Ambil suntikan untuk hentikan period selama 3 bulan.
  • Try naturally.
2011-2012
  • Try biodex. Untuk satu kali percubaan je sebab kos hampir RM500. Bertambah frust bila makan Noni Chewetable sekali scan Dr cyst masih aktif.
  • Perubatan syifa. Alhamdulillah cysts hilang. Dr kata maybe folicular cysts.
  • 2-3 bulan selepas tu buat check up cysts ada lagi. Dinasihatkan operate. Berubat Islam sekali lagi Alhamdulillah hilang dan senggugut semakin kurang.
  • Bulan 10 appoinment dengan LPPKN
  • HSG kali kedua. Tiub normal cuma ada pelekatan.
2013
  • IUI kali pertama. Failed. 
  • Try naturally sebab busy dengan keje. 
  • Selepas raya minta next appoinment dengan LPPKN sentiasa ditunda sebab dr cuti, kursus, etc.
  • Akhir sekali decide pergi jumpa Dr.Adilah di Hosptital Pantai Kuala Lumpur. Cost agak fuhhhh, tapi demi zuriat kami setuju bergolok gadai di sini. Sebab utama, penerangan Dr Adilah tidak kami dapat di mana-mana hospital. Hmmm kenapa tidak di Hospital Government?? Sebabnya tak sanggup jika terkena dengan dr lelaki dalam keadaan waras. Mungkin kalau bersalin lain halnye, sebab kita dalam keadaan sakit. Tapi untuk yang ini, aku berkeadaan sedar. Dari segi duit, terus terang kami memang tak mampu. Cuma ada sedikit lebihan wang yang menyatakan kami boleh cuba disini untuk tempoh tertentu sahaja. Jika tidak berjaya, biar Allah lorongkan kami jalan seterusnya.
dan banyak juga produk sampingan yang aku cuba. Tapi rezeki belum sampai.

Full stop. Hmm apa yang menggerakkan aku untuk berkongsi?? Tak ada apa.. cuma bila bercerita dengan rakan-rakan sekolah aku rasa lebih positif sebab sokongan yang diorang tunjukkan. Jadi aku rasa tak salah juga untuk dapatkan sokongan di sini juga. Dan untuk tahun ini, aku rasa tahap positif aku sangat tinggi.  Alhamdulillah. Jadi besarlah harapan aku agar korang semua memberikan aura positif juga. 
Terima kasih :)




Friday, September 20, 2013

kelebihan berdua

1. cukup tidur sampai terlebih2 tido
2. boleh main game puas2
3. boleh jalan2 honeymoon
4. tidur malam sentiasa ada bantal peluk
5. boleh saving
6. boleh romantik2 berdua
7. ada budget untuk diri sendiri
8. boleh bagi mak abah duit poket
9. boleh kumpul aset
10. boleh bermalas malasan
11. boleh tgk rancangan kegemaran
12. kereta sentiasa bersib
13. rumah x bersepah brg anak
14. masa rehat banyak
15. sentiasa dalam mood honeymoon

hehehe yg palong penting no 15.. sebabnye sampai skrg ramai yang masih ingat kami pengantin baru.. yang terbaru bila g open house.. terus husband datin  jemput masuk sambil cakap jemput-jemput pengantin baru.. hehe bila kata pengantin lama dia ckp seri pengantin masi ada.. alhamdulillah..
mungkin sebab kami berdua je, sedih kami, susah kami , kami berkongsi bersama.. dan sebelum bersama pernah pjj jadi  kami  amat menghargai masa bersama..
dan lagi kalau berjauhan sehari dua pun dh rasa rindu berbanding kawan2 yang ada anak... kdg2 tak sempat nk rasa rindu  ngan suami sebab sibuk ngan hal anak2..  setuju tak kawan2 ttc?

tp demi Allah anak jugaklah penyeri rumah tangga... cuma nya kami diberi peluang menikmati bulan madu kami dalam tempoh yg panjang..