Post Terkini

Thursday, October 16, 2014

Berkongsi rasa

Berkisar kepada coretan rakan blogger nuyui di sini, dan sini.. Allahuakbar, kadang-kadang Allah tunjukkan jalan bukan di depan kita.. tapi melalui kisah2 orang lain kan..

sumber : google

Sebelum ni, pernah terbaca di dalam group fb, pasangan suami isteri.. lambat dikurniakan cahaya mata, akhirnya Allah makbulkan doa mereka.. si Isteri mengandung.. tapi sayang Allah ambil pula nyawa suaminya.. dan dikala si isteri menunggu hari bersalin seorang diri, rupa2nya anak yang dikandung telah meninggal dunia..

Seorang sahabat Fb, tak sampai setahun usia perkahwinan.. ketika dalam pantang di kampung, rupa2nya Allah telah mengambil nyawa suaminya di rumah mereka. Mujur ada adik yang tinggal bersama.. Rupa2nya Allah hadiahkan cahaya mata pengganti suaminya

Dan kini, baru sehari dua usia perkahwinan, roh suami telah ditarik.. Kebahagiaan bersama suami yang sementara..

Allahuakbar.. Nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan.. Aku masih punya tulang belakang yang sentiasa menyokong ku, sentiasa memberi bahu ketika ku perlukan, sentiasa menenangkan ketika hati runsing.. Alhamdulillah..Allah masih sayang..

sumber : google
Dan untuk mereka, ye mereka sangat kuat.. Gambaran yang dilihat dari pandangan luar.. Tetapi hati mereka sangat rapuh.. Itu aku tau. Sebab aku pun mengalaminya, walau situasi sangat berbeza.. Tetapi pergolakan dalam hati akan sama.. kenapa dan mengapa?? walau kita tahu jawapannya, hati sedikit sebanyak tetap bertanya..bukan kata mempertikaikan kuasa Allah tetapi itu lumrah manusia,, 

Dan aku, selalu mengambil iktibar kisah-kisah seperti ini untuk terus jadi kuat.. kerana aku masih punya bahu untuk berpaut, masih punya dada untuk meluah rasa.. dan ujian aku tidak sehebat mereka yang terpilih..

sumber : google
Sebab aku tahu, Allah tahu aku mampu hadapinya.. Semoga aku terus redha dalam setiap ujian yang bakal aku hadapi.

p/s: aduiii nangis2 aku tulis ni.. sebab aku tau sangat susah untuk menjadi 'kuat'..
Post a Comment