Post Terkini

Thursday, March 24, 2011

Lagi2 induksi.. alhamdulillah dah selesai

Alhamdulillah.. berjaya juga mengharungi exam induksi ni.. berjaya jugak mengharungi 3 hari kat port dickson.. Alhamdulillah soalan spot keluar.. so InsyaAllah keyakinan utk lulus ada.. tp kalo lulus cemerlang mungkin tidaklah.. so sesapa yang akan pergi selepasa ini kudoakan semoga berjaya.. owh, soalan kali ni berkaitan apa eh?? jap2 nak refresh balik, sbb soalan x blh nak bawa keluar..

ok, utk bahagian 1 soalan nye

1) Sebagai penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memantau penghantaran dan penerimaan dokumen terperingkat, nyatakan dengan jelas Peraturan Penerimaan Dokumen Rasmi Terperingkat Sulit/ Terhad. (15 markah)

2) Encik Hasril telah hadir ke temuduga Pegawai Tadbir. Dia berminat untuk menyertai perkhidmatan awam.
a) Huraikan tangga gaji permulaan bagi pegawai yang mula berkhidmat ? (10 m)
b) Jelaskan elaun yang akan diterima untuk kerja lebih masa (lebih kurang cm ni la soalan dia..x ingatla) (5 markah)

3)Encik Hafiz bertanggungjawab untuk mencatat minit pada setiap Mesyuarat Pengurusan Bulanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kerja Raya. Baru-baru ini, mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7 Julai 2009. Sila bincangkan apakah tindakan selepas mesyuarat yang perlu diambil oleh En Hafiz sebelum mesyuarat pengurusan bulanan seterusnya diadakan. (15 markah)

4)En Hamid Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 4 tahun dan mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini. Bolehkah Encik hamid memohon cuti haji pada tahun ini? Sila nyatakan syarat2 permohonan cuti haji kepada beliau. (15 markah)

so, utk bahagian ini aku jawab soalan 3 & 4.. (soalan tidak mengikut urutan nombor yang sebenar).. soalan no 2 tu macam soalan baru diwujudkan je sebab x penah pun jumpa soalan lebih kurang camtu kat internet.. so korg boleh la study bab ni eh) yang lain2 tu ada dalam senarai list esei..kat tenet pun ada..

BAHAGIAN II

1. a) Jelaskan mengapa Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja boleh dijadikan satu alat pengurusan penting di sesebuah jabatan. (2 markah).
b) Apakah perbezaan antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (8 markah)
c) Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi melalui penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja di sesebuah jabatan. (5 markah)

2. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.
a) Nyatakan Apakah yang dimaksudkan 'Rekod Kerajaan'. (5 markah)
b) Selain mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara, nyatakan 5 usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka. (10 markah)

3.)Jelaskan 5 cabaran dalam menghadapi wawasan 2020. (15 markah)

4)En Hafiz bertugas di ibu pejabat di Putrajaya telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Jb. Dia ingin menggunakan kenderaan sendiri tetapi tidak dibenarkan kerana kenderaan telah disediakan.
a) Nyatakan sebab2 en hafiz tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.
b) sekiranya encik hafiz dibenarkan membawa kenderaan sendiri, nyatakan elaun yang boleh dituntut.

so lebih kurang macam nilah soalan nye utk exam induksi ambilan 4 2011 ni.. soalan2 mengikut apa yang aku ingat.. soalan penuh dan susunan no soalan tak ingat.. so sapa2 yang akan pergi induksi dalam masa terdekat ni bolehla buat rujukan ye.. selamat berjaya utk kami ambilan 4 :)

13 comments:

Anonymous said...

salam..mmg camni ke soalan nye...fuh...puas nk membaca...

aizyan said...

macam tu jela bentuk soalan nye.. xde lain dah.. semua esei.. hmm lagi bagus buat je semua soalan esei yang dia bagi utk asgment individu

cplud miera said...

exam induksi khamis nih. nak kne pulun study la nih. wish me luck ya! ;)

Anonymous said...

soalan akan ulang ke?next badge mungkin soalan lain?

muzai said...

soalan lebih kurang sama je.. mostly yang kuar dalam asignment akan masuk exam..so cuba2 la jawab soalan soalan asgment.. memang tak rugi punya..
good luck ye korang..yakin boleh :)

cplud miera said...

tq aizyan

cplud miera said...

salam. sy baru lepas abes exam induksi td. mmg sebijik ar soklan cm yg aizyan share. tq sesangat! ;)

Anonymous said...

mane saya nak dptkan jawapan bahagian 1 soalan no 4? tolong ler...

muzai said...

alhamdulillah.. rasanya result induksi dah kuar kan..mesti lulus kan..

muzai said...

Anonymous : utk soalan 4 bhgn 1 blh refer pd perintah-perintah am bab c.(no 34 dan 35 ttg cuti haji.. kalau edisi 2004 ada pada m/s 123.

Anonymous said...

tq ek..tp mane sy leh dpt buku tu?da pening mencari ni huhu

cplud miera said...

Alhamdulillah lulus ;) thanx ya

muzai said...

saya hari tu pinjam kawan..tapi kalo member u xde, cuba tanya ofis..diorg ada tak sistem buku tu..biasanya sesetengah sekolah ada