Post Terkini

Wednesday, March 16, 2011

Pasta Bolognese

Selalu orang buat guna spaghetti.. Tp aku yang ni guna ni.. apa ek nama dia.. Fusilisi.. Saje je guna yang ini. nak abiskan stok.. Selalu kalo beli mesti beli Spaghetti ngan Fusilisi ni. kadang2 beli gak yang bentuk cam siput tu.. makaroni pun ada gak.. Pasta ni aku buat Isnin malam haritu.. Lepas k.lang n family balik terasa lapar la plak.. malas nak masak nasi so buat yang ini je.. So caranya mudah je..tapi korang x kan rasa macam yang selalu korang makan kat kedai2 western tu..kat piza ke..memang lain la.. sebab tekak aku tekak orang melayu.. orang nogori plak tu.. so haruslah ada ciri2 kepedasan. Ada member aku dulu dia siap letak sardin lagi.. tp memang sedap la..cuma ciri2 originality tu dah xdela.. So kepada yang nak mencuba boleh la try :

Bahan:

Spaghetti
2 senduk cili kisar
1 tin pes tomato**
1 mangkuk lobak dipotong dadu
Daging kisar (beli siap atau blender sendiri)
2 sudu lada hitam
Bawang besar dipotong dadu
Bahan2 tambah (sayur campur, bebola daging,etc ikut cita rasa korang )

Cara-cara :
Panaskan minya dalam kuali.. Masukkan daging kisar. Kacau supaya x melekat antara satu sama lain.. Goreng jangan sampai garing.. Kemudian masukkan cili kisar.. Kacau sekejap2.. Agak2 dah pecah minyak korang letakla bawang ngan lobak.. masukkan lada hitam.masukkan juga bahan2 tambah korang. kemudian masukkan pes tomato. . Kecilkan api.. agak2 lobak pun dah lembut n kuah dah masak bolehla dihidangkan dengan spaghetti atau apa2 jenis pasta yang bersesuaian..

*** Kalou korang x nak guna pes tomato dalam tin pun xpe.. beli je tomato n buat sendiri.. tp akan cair sedikit.. so nak adjust korang bolehla letak sos tomato.. so kuah akan jadi pekat..Lobak n bawang plak tujuan dia sebenarnya untuk memaniskan sos spaghetti korang.

No comments: