Post Terkini

Wednesday, March 16, 2011

Fish n Chips

Ni entry dah lama.. cerita 2 minggu lepas.. dah snap gambar tapi bermasalah untuk post plak.. hmm tekak ni semenjak dua menjak memang selera omputih.. pagi burger malam makan yang ini la.. fish n chips versi ku..

Bahan-bahan :
3 keping fillet ikan
Biskut tawar (yang segi empat tu)
Sos Lea & Perrins ( kalo xde pun xpe )
Sos tiram
Telur
Garam secukupnya

Cara-cara :

1. Mula2 korang bersihkan ikan dulu.. Lumurkan dengan liman kasturi/lemon/limau nipis untuk kurangkan bau hanyir dia.. hmm tapi masa tu kat rumah xde sebarang stok limau pun.. tp alhamdulillah menjadi gak..
2. Pastu lumurkan dengan sos tiram n garam.. Letakkan juga sedikit sos Lea & Perrins. Perapkan sekejap.
3. Sementara tu silalah hancurkan biskut tawar tadi ye.. Nak senang blender je terus.. xde masalah.. Tapi kalo nak kasar2 kna buat secara manual la.. korang hancurkan sendiri..
4. Dah siap , korang boleh pecahkan telur dan pukul telur tersebut..
5. Panaskan minyak.. Celupkan fillet ngan telur. Kemudian disalutkan dengan serbuk biskut.. akhir sekali korang bolehla masukkan ke dalam kuali.. Sila pastikan api dalam keadaan sederhana supaya fillet korang masak dengan sempurna..

Bahan2 seperti coleslaw n fried fries tengok gambar pu korang boleh tau kan camne nak buat..
k..selamat mencuba
Post a Comment