Post Terkini

Friday, September 8, 2017

Luahan hati

Assalamualaikum....
Hari ni setelah beberapa tahun aku mengajar.. Rasanya inilah kali pertama aku rasa kecewa sangat.. Kali kedua aku menangis disebabkan oleh pelajar tapi sangat terkesan dalam hati... Dalam tempoh setahun ni kekecewaan yang sangat mendalam di sebabkan oleh mereka yang bergelar murid..

Entahlah adakah disebabkan faktor usia aku sendiri atau budaya generasi sekarang. Langsung takde rasa hormat, langsung takde rasa bersalah.. Puas dah aku rasa mengikut cara mereka, memujuk, menyindir, menasihat tapi rasanya ibarat mencurah air ke daun keladi.. Nampak kebanggaan apabila ditegur.. Patutlah guru sekarang lebih rela mengajar semata-mata daripada mendidik. Rupa2nya sakit sungguh perasaan nak mendidik anak murid sendiri.. Allahh...

Aku ni bila dalam kelas memang akan meninggi suara, memang akan marah bila pelajar buat salah tetapi marah sayang takdelah sampai kat luar kelas.. Balik rumah pun hilang dah cerita pasal student yang macam-macam hal.. Sebab aku tahu, kalau aku marah sangat confirm aku nangis, bila nangis tu hmmm paham2lah.. Muzaiyanah Samilan ni pemendam orangnya.. Memaafkan bukan bermaksud melupakan..Walaupun sabar itu tiada batasnya, hmm sapelah aku nak menafikan.. Kesabaran aku  dah mencapai tahap aku x sabar dah... Sedih, kecewa sehingga tak mampu nak memaafkan setakat ini.. Tak mampu dah memujuk hati sendiri..

Takpelah.. buatlah apa korang nak buat lepas ni.. Cikgu dah tak kisah.. Permainkanlah hati guru-guru korang, berlawanlah cakap kalau korang nak. Moga dapat KEBERKATAN yang korang idam-idamkan..