Post Terkini

Thursday, November 28, 2013

duduk orang kaya

hmm tengah2 makan..  tetiba budak tecik ni cakap.. "izzul nak duduk orang kaya la"  huhu mana tah belajar.. comel je.. 


Nuffnang :) Dah boleh cashout

Baru kejap tadi bukak nuffnang. Sekali tengok.. Alhamdulillah akaun nuffnang dah cukup untuk cashout duit.. Haha berapa RM?? Tak payah cakaplah.. setakat blog sendu cam aku ni haruslah ambil tempoh setahun untuk cash out.. Oppss... tengok tengok..kan dah terlepas.. Haa korang dah dapat hint kan bape aku dapat.. X banyak pun.. tapi oklah dari xde kan.. Rezeki bukan senang nak dapat..

Apapun terima kasih nuffnang.. Sayang en nuffnang. Hmm tapi lum tergerak hati lagi nak kuarkan.. Tunggulag dulu ek.. mana tahu hujung tahun depan dah sampai 100 baru kuarkan.. Kalau sampai la kan.. :)

Wednesday, November 27, 2013

SPPBS

sistem oh sistem.. sila berbuat baik ngan aku ye.. 2 3 orang je student nak kena key in.. jangan pedajal aku ye.. sket je lagi nak siap.. pastu dah boleh aman... ohh tapiii.....

picture editing tuk sinar x siap lagi
filing HEM x buat lagi
jaga SPM ada lagi satu paper
manual SMM pun x buat lagi..
banyak lagi ni x siap...

pening ker?? stress ker?? tak aihhh...sebab cuti sekolah xde sape kacau.. kadang2 je sek tepon.. cth petang tadi.. kerani call pasal claim iui hari tu.. nak ic laki aku plak.. padahal submit form bulan mac hari tu..

tapi fobia adala... esok nak g sekolah.. mengupdate file HEM.. nak muntah rasa.. x silap dari bulan 8 punye cite.. hadoiiii... cite orang malas ginila..

edit gambar?? memang dah nak dekat cuti baru my bos bagi gambar2 yang nak diedit.. x silap ni dah round ke 5 mengedit.. sakit pinggang bahu bagai duk ngadap komputer.. hmm kalau duk mengadap photoshop, maknanye pbs cuti.. gitula gamaknye.. tapi berharap dapat la settle 2 3 org tu before 30 nov ni.. x mau la tunggu tahun depan..

oklah.. badan dah sakit.. mau isyak n tdo.. daaa

Monday, November 25, 2013

10 simptom dosa

Allahu Akbar.. Terlalu leka mengejar duniawi, sampai kadang-kadang kita tak sedar di mana kita letaknye. Tapi mujur Allah sayang kita. sentiasa memberi petunjuk setiap kali hambanya terlupa.

perkongsian untuk sahabat-sahabat dari majalah solusi isu 61 m/s 32

10 simptom dosa

1. Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati

  • ilmu ialah cahaya yang Allah pancarkan ke dalam hati. Maksiat pula akan memadamkannya. Maksiat merosakkan akal dan intelek. Apabila seseorang sudah merasakan enaknya maksiat, mindanya asyik memikirkannya.
2. Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah
  • Imbas sejenak. Adakah solat dirasakan sebagai keperluan atau kewajipan semata-mata? Jika solat, yang wajib-wajib sahaja. Berpuasa pun tunggu Ramadan tahun depan. Ada sahaja kesibukan yang menghalang untuk ke masjid biarpun hanya beberapa langkah dari rumah.
  • Sama ada maksiat dan ketaatan kedua-duanya makanan jiwa. Apabila jiwa sudah kekenyangan dengan makanan buruk maksiat, mustahil ia mampu lagi menyuap makanan berzat ibadat.
3. Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya
  • Maksiat hanya menatijahkan kehinaan, kerana kemuliaan dan penghormatan hak Allah. Firman Allah : "Sesungguhnya yang inginkan izzah, maka kepunyaan Allah sahaja izzah kesemuanya. " (Surah Fatir 35:10)
  • Kita boleh rasa sikap orang disekeliling terhadap kita. Mungkin ada ketikanya kita merasakan kebanyakan orang bersikap kasar atau acuh tidak acuh dengan kita. Seorang ulama salaf berkata: "Apabila terlanjur melakukan suatu maksiat kepada Allah, aku dapat lihat kesannya pada kelakuan haiwan tunggangan dan isteri terhadapku.
4./ Urusan peribadi dirasakan rumit
  • Ada utusan yang sudah biasa kita lakukan. Entah kenapa pada hari itu dirasakan sangat sulit sekali. Tiada tempat letak kereta, kaunter pula satu sahaja dibuka, perlu beratur panjang ditambah pula dua tiga kali orang memotong barisan dan tiba giliran kita petugas kaunter melayan dengan kasar
5. Resah gelisah dan lemah semangat
  • Hari seperti biasa tetapi hati berasa resah gelisah tanpa ketahuan punca. Kita tahu ada kerja menanti tetapi tercari-cari semangat untuk memulakannya.
6. Semakin berani buat maksiat lagi
  • maksiat melahirkan maksiat yang lain. Pertama kali melakukannya hati memang tidak tenteram, namun setelah beberapa kali dilakukan maksiat mula dirasakan biasa-biasa sahaja. Sedangkan semakin maksiat mengecil pada mata hamba, semakin ia membesar di sisi Allah.
7. Bertangguh taubat dan istighfar
  • Kita sedar pada hari ini ada suatu kesalahan yang kita lakukan. sengaja melewatkan solat, meningi suara terhadap suami atau berkasar dengan isteri. Namun istighfar kita macam pada hari-hari biasa sahaja, tidak bertambah.
8. Merasa remeh perkara berkaitan agama.
  • Duit simpanan ada. Orang berbicara tentang Makkah dan Madinah tidak teruja. Sebaliknye hati berbunga-bunga melihat tiket penerbangan murah ke Seoul dan Tokyo.
9. Tidak terfikir tentang masa depan akhirat
  • Sejak muda, kita sangat merancang soal kewangan dan masa depan. Setiap duit yang keluar dari poket dicongak-congak sama ada menjadi pelaburan atau perbelanjaan semata-mata.
10. Tidak malu orang tahu kita bermaksiat
  • Ini simptom yang menunjukkan barah dosa dalam hati sudah peringkat kritikal. Kita sudah tidak segan kalau orang tahu kita tidak solat, keluar makan dengan bukan muhrim, bermain nombor ekor dan sebagainya. Biarlah orang tahu.
Sama-samalah kita scan diri kita. Sama-sama perbaiki diri. InsyaAllah

Saturday, November 23, 2013

Progress rumah

Rumah yang dalam S&P siap  bulan Ogos masih belum siap.. Tapi duit rumah sudah kena potong. Huahuahua.... So sekarang menanggung dua buah rumah. Oleh sebab itu, sekarang ni ibarat belajar bertatih semula. Kewangan seperti mula-mula bekerja. Tak boleh nak berbelanja sakan. Aktiviti ini akan di freeze kan buat seketika.. Setidak-tidaknya sehingga ogos tahun depan bila dapat kenaikan gaji tahunan. hehehe.. Hai la en pemaju, x sabar nak masuk rumah dah ni.

Rumah yang bakal diduduki.. Masa ni x buat jalan pun lagi. Tapi Alhamdulillah last week datang tengok diorang ngan buat jalan. Harapannye tak lama lagi dapatlah kunci rumah


3 gambar kat bawah ni, diorang ngahbuat longkang



Pandangan dari jauh.. 49 unit rumah yang dibina

Ini pulak projek taman sebelah rumah kami. projek semi-D.. huhu sedih jugak, konon-konon nak jugak beli rumah kat sini. tapi last minute developer cancelkan form kitorg sebabnye diorg nak sambar loan gomen je.. huhu makan hati ooo.. padahal kitorg lah first customer yang bayar booking bagai..Sob sob sob

Tapi tapi tapi semuanya ada hikmahnye.. duit downpayment  akan digunakan untuk treatment infertility. Budget untuk iui dan ivf.. Cuma ivf tu tak pastilah ongkos nye cukup ke tak.. Kalau tak,hmmmm x mau cakaplah biar masa menentukan..

Yang penting, harap sangat rumah boleh siap bulan 12 ni.. Dapat kunci segala bagai.. Janganlah lambat sangat.. Tak sabar nak masuk rumah atas tanah.. Bukak kete terus nampak rumah, x perlu nak memanjat bagai..

Friday, November 22, 2013

Top 18 Blog Popular di Malaysia

Jalan-jalan, window shopping  blog orang tersinggah dekat denaihati.com . kat situ dia ada senaraikan 18 blog yang popular di Malaysia untuk tahun 2013. Tapi banyak yang aku x pernah singgah. hehe.. so kat sini aku senaraikan lah blog nye ye

Senarai top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013

Senarai Top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013 (Sumber – Anarm.net)
  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2) 
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
  16. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
  17. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
  18. Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)
Kalau tengok dari 18 blog yang tersenarai, cuma 5 je yang berwarna merah.. Haaa maknanye apa tu?? hehehe maknanye 5 blog tu je yang aku pernah singgah.. Yang lain tak tersinggah lagi.. So senarai dah ada pas ni aku cuba singgah mengikut kerajinan

photoshoot


Alahai.. photoshoot buat passport je hah.. Alkisah passport dah expired kan.. padahal keluar negara pun tidak.. Dulu buat passport semata-mata nak ke bandung bagai.. sekali dapat pindah sek, duit yang dikumpul terpaksala diguna untuk bayar deposit rumah.. Redha je la.. lepas tu mana ada dah pergi jejalan ke mana.. terperap je la passport tu dalam laci kami...

so skrg passport pun dah expired.. renew la yang lain.. kali ni InsyaAllah jadi la hendaknye.. itupun dah susah-susah hati.. sebab terkena plak ngan ngan majlis kawin kamarul anak paklong a.k.a abang en suami.. tapi apa nak buat, tiket dah ditempah hotel pun dah book.. kami akan pergi jugak.. huhu rugi tu kalau cancel.. tp kalau cancel sebab mengandung x rugi..

so skrg ni memang tengah excited.. tapi x dapat nak di luahkan.. sebab nak kena settlekan kerje2 sekolah dulu..  thanks murid2, bagi cikgu bercuti.. kalau korang x cuti, x dapatlah kami nak lepaskan lelah 

My kawan, my cikgu, my ustazah Pn Hanieda

Entry khas untuk pn Hanieda.. biarlah dia x baca pun. Tapi nak cite jugak.. Inilah kawan susah senang. Berkenalan masa mula-mula posting kat SMK Sultan Abdul Samad. Sekarang dah jadi Kolej Vokasional dah pun..Sama-sama mendaftar Sama-sama cari rumah dari tengahari sampaila ke maghrib. Alhamdulillah.. Masa xde kereta, sama-sama jalan kaki lalu taman ke sekolah.. setiap kali kami lalu, anjing menyalak-nyalak.. mula2 la, dah lama-lama dia dah cam dah.. bila dah pindah, masih berhubung tapi tidak berjumpa padahallllllll...... dekat je banting tu kak oiiiii....hehhe... majlis kawin dia pun xdatang sbb ada larian 1m1s. 

Dan akhirnye dua minggu lepas kami berjumpa kembali. Dipertemukan dirumah mertua beliau sempena majlis doa selamat dan akikah.. Alhamdulillah.. Jadi makcik dah nida.. 

Dialah ustazah saya, dialah kaunselor saya.. Selalu beri motivasi dan semangat. Alhamdulillah. Walaupun lebih muda, tetapi lebih matang pemikiran dan sangat komited orangnye.. Dan dia jugalah yang selalu masak untuk kami serumah.. 

sebelum balik.. memulangkan semula buku akta pendidikan awam yang dah lama terperap.. sorry nieda.. akak pinjam lama sangat

me n nieda.. x sangka dapat jugak kite jumpa.. walau plan selalu x jadi. sayang nieda lebih-lebih

kami kongsi cerita yang sama.. semoga kita sama-sama berpeluang menjadi ibu terbaik ye. Amin.

Thursday, November 21, 2013

Marriage

kecik-kecik dulu.. masa zaman sekolah rendah, zaman berhingus katanya.. bila tanya sape nak kawen ?? sume geleng-geleng x mau kawin..  iyelah mana paham makna kawen.. tp bila meningkat remaja alkisah bila ditanya sape nak kawen.. masih ada yang geleng-geleng.. tapi aku geleng-geleng angguk-angguk.. best woo kawin lagi-lagi bila bila dapat bayangan best je dari novel2 jiwang tu...

Dah pandai feeling lebih2 dah.. sape tak nak jadi macam cincin ni kan.. the two become one ..rugi-rugi kalau x kawen sebab pada aku perkahwinan ni adalah satu proses saling melengkapi.. hahah x caya cer try nikah.. tapi jangan plak kalau rasa x best cerai plak.. memang kurang siumanla..

kredit from google

Bila nak kawen ni plak mesti lah ada nasihat dari orang yang makan garam.. yang lebih tahu pahit manis dunia rumahtangga.. macam kata-kata makcik ni. Haa dah dengar , so pikir lah baik buruk nye.. Insya Allah sehinnga ke Jannah.. Aminn

# jom tengok zaman kita kanak-kanak di sini .. yang lahir era 80-an je ye

manggo casablanca


Alhamdulillah berjaya buat manggo casablanca. Nak resepi ?? Sila-silalah terjah ke blog AMIE's LITTLE KITCHEN . InsyaAllah korang x kan menyesal.. Memang sangat sedap.. Lagi2 makan di cuaca yang panas dan dinikmati diwaktu minum petang. Aku dah try.. Korang bila lagi..

Cumanya janganlah simpan lelama ye.. Sebab resepi ni sekali ngan biskut crackers kan.. so kalau dah lama sgt korang boleh agak la biskut tu akan kembang kan.. Tapi untuk aku terpaksa la makan berhari2 sebab encik suami bukanlah penggemar dessert. certain2 je yang dia suka.. so memang pendapat aku kalau hari pertama makan selepas disejukkan memang rasa dia sangat mengancam. Sangat sangat mengancam. terbayang-bayang duk dekat beranda luar rumah walaupun hakikatnye terperangkap dalam banglo 5 tingkat ni.. selamat mencuba ...  :)


#5 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun kelima

Yup tahun inilah... Alhamdulillah, en suami dah abis belajar. Bulan 12 ni report ditempat kerja baru. Alhamdulillah.. Rezeki bertambah. Tahun ni kenaikan gaji 2 kali untuk kakitangan awam.. Alhamdulillah.

Tahun ini juga hampir-hampir kami membeli aset rumah yang ketiga.. Tapi Allah kata bukan rezeki kami. sebab pemaju hanya terima kakitangan awam sahaja walaupun pada asalnye dia memberi jaminan tiada masalah jika guna loan bank, tapi last minit ditolak sebab katanya hanya 2 orang sahaja yang menggunakan loan bank. Kecewa mmg kecewa, tapi diawal2 proses pembelian kami dah positif.. sekiranya pembelian berjaya maknanya kami mampu untuk membeli, tetapi sekiranya tidak Allah ada perancangan yang lebih baik.

Alhamdulillah melihat jatuh bangunnya kami ketika mula-mula berkahwin sehingga kini, merasa betapa nikmatnya dugaan di awal perkahwinan. Dan tahun ini langsung tiada pergaduhan antara kami. Tinggi-tinggi suara tu adalah.. sebab kegemaran en suami yang suka menyakat si isteri ni.. menjerit sebab disakat ye, bukan bergaduh.. Alhamdulillah..

Dan sebenarnye perancangan Allah itu sebaik-baik rancangan. Tidak diizikan kami membeli rumah kerana selepas ini kami akan mengikuti treatment dengan dr adilah dan melibatkan kos yang agak tinggi. Doakan ye kawan-kawan..

Dan dan dan... setelah hampir 5 tahun, tahun ni dapatlah berbulan madu dengan en hubby.. sebelum ni pejam mata je x pergi mana-mana, sebab dirinya yang terikat dengan komitmen sebagai pelajar.. Dan untuk sekian kalinya.... yeeeeaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.. berhoneymoon lah kite.. x sabar nak tunggu.. 6 disember wait for us...

#1 Meniti penghujung fasa pertama
#2 Meniti penghujung fasa pertama
#3 Meniti penghujung fasa pertama
#4 Meniti penghujung fasa pertama

#4 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun keempat

Untuk tahun ni, Alhamdulillah Allah permudahkan jalan membeli rumah kedua. Sebenarnya booking tahun lepasnya, tp sebab prosesnya bermula tahun ni so kita anggap tahun ni la ye. Niat dihati, rumah di shah alam ni nak beli bawah 200k saje.. Agak tak logik di situ, tapi itulah hakikatnye. X sanggup nak bayar rumah mahal-mahal untuk keluasan sekangkang kera. Dan sekali lagi Allah permudahkan. Jalan-jalan di uptown shah alam terus terjumpa projek perumahan. Developer company kecik je. Risau jugak takut rumah x siap. tapi ketakutan rumah yang semakin meninggi. En suami pun x bersetuju pada mulanya.. tapi macam biasalah kuasa memujuk mesti ada. berikan alasan-alasan yang bernas :)

Dan kami berjaya membeli rumah teres setingkat. Pun ada juga bercakap. Kenapa tak beli rumah besar terus, kenapa x beli 2 tingkat etc.. menyampah pulak dengar, bila kata x sanggup nak bayar mahal2, mereka kata mula2 je mahal lama2 dah x rasa sbb setiap tahun ada kenaikan kan. last2 cakap malas nak naik turun tangga.. yup ini sebab utama, puas dah duk rumah flat.. naik tangga bagai, g sekolah pun naik tangga gak.. hahaha last2 diorg pun mengakui nye..hahaha penat. kata diorg kalau dah naik memang x turun dah.. hehehe.. pemikiran aku betul juga akhirnya.. dan alhamdulillah pembayaran yuran guaman dan sebagainye hasil dari simpanan sendiri.

Dan mungkin ada yang kata. xde anak bolehlah.. kalau dulu aku setuju dgn kata-kata ni.. sebab mmg kami pun  kata begitu, sementara xde anak. tp bila melihat kawanku yang sorang ni pada fikiran ku bilangan anak bukanlah penghalang. Anak dia pun nak masuk tiga dah. Yang penting corak perbelanjaan kite. Ada yang setuju ?

Dari segi hubungan, semakin baik.. tiada lagi salah paham, xde lagi gaduh2.. dan bagi yang baru saje mengenali kami, sering kata kami ibarat pengantin baru.. Alhamdulillah :)

#1 Meniti penghujung fasa pertama
#2 Meniti penghujung fasa pertama
#3 Meniti penghujung fasa pertama

#3 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun ketiga

Menyewa dekat shah Alam di sangat menyakitkan. rumah flat dua bilik je pun harga dah RM600.. memang tak boleh blak.. nak sewa rumah atas tanah sah-sah la memang tak mampu. setiap bulan keluar duit mulut tak henti mengomel. iyelah dulu sewa kat puchong flat 3 bilik  rm 360 je.. berbaloi-baloi.. Besar pun besar gak.. tapi kat s.alam?? hmm tak mau cakaplah..sebab aku pun akan menjadi antara pemberi sewa gak nanti.. InsyaAllah.

So setiap hari bising ngan en suami.. Iyela, duit tiap bulan on time nak, tapi bila ada problem kat rumah langsung x nak tengok. Dah dekat hari due bayar sewa barulah terhegeh-hegeh nak tanya problem rumah bagai. Ini x boleh jadi, sejak tu setiap hari duk nengok mudah.my. Kot-kot ada nak jual rumah. tapi masa tu market price tak boleh blah. semua dalam 70-75 k.

Tapi kalau dah rezeki, nak buat macam mana. Kebetulan ada iklan nak jual rumah rm 69k. terus laju-laju paksa en suami call. Alhamdulillah kami orang pertama yang call. Rezeki kami bermula di sini. Owhh mesti ada yang tertanya mana dapat duit downpayment kan?? balance dari duit kete haritu, mampu lah kami beli rumah yang ini. Setidak-tidaknye cost bayar rumah sewa akan berkurang.

Alhamdulillah ini boleh dikatakan tahun bermulanya pencapaian kami. Ansuran motor pun dah habis bayar.tips kami, setiap kenaikan gaji dimasukkan terus ke simpanan. Cukuplah kekalkan perbelanjaan sedia ada.  Dan tahun ini jugaklah aku dapat pengesahan jawatan.  Dan selepas itu, proses menjejaki rumah sendiri plak. rumah atas tanah :)


#1 Meniti penghujung fasa pertama
#2 Meniti penghujung fasa pertama

#2 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun kedua

Cerita masih sama, masih berstatus PJJ. Percintaan jarak jauh.. oppss silap plak. perkahwinan jarak jauh. Permohonan tukar masa tu x diluluskan. Tetapi dengan khidmat motor baru, pelaburan pada maintenance kereta dah berkurang. Alhamdulillah.

En suami plak masih lagi dengan rutinnya. Sabtu Ahad study di UTMSpace. Dan masa tu sekolah lama merancang percutian ke Bandung. Dan saya salah seorang yang nak menyertai bersama en hubby.. Passport sume dah siap buat. Tapi itulah , Allah sebaik-baik merancang. Permohonan tukar ke Shah Alam diluluskan. Dan secara x langsung kami akan berpindah ke Shah Alam. Mudah untuk isteri, mudah untuk suami ke tempat kerja.

Alhamdulillah, masa tu pun dah ada lesen. Cuma keberanian nak bawa kereta tu x ada. So ajak adik lelaki tinggal sekali, Dengan harapan boleh hantar dan ambil ke sekolah. Sebelum tu dah try bawa kete en suami,. Tapi mmg x pandai. Balik rumah nangis-nangis suh belikan kereta lain. Dan tahu en suami susah hati disebabkan kewangan yang x berapa nak ada.  Dalam ketidak relaan buat personal loan beli kancil secondhand. Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik walau ada mulut-mulut yang bising kenapa tak beli kereta yang lebih besar. Tapi kami tahu kemampuan kami. Berbelanjalah seadanya.

Dan dalam proses pembelian kereta, rupanya kami diuji lagi. Yup, aku diuji dengan endometriosis menyebabkan kesukaran untuk pregnant. Allahu Akbar. Duit lagi. Mujur ada prudential bsn. Masa inilah berasa bersyukur nye ada insuran.  Pelaburan yang menyenangkan. Operation di KPJ dalam 10k.  Nenek ku duk kata banyak duit tapi sebenarnya hasil dari melabur dalam insurans. Alhamdulillah.  Dan di penghujung tahun 2010 dapatlah bawa kereta kancil kesayangan ku ke sekolah.

Masa ni, dari segi kewangan lebih baik dari sebelumnya, tapi kami dah boleh saving dan cukup makan pakai.

Owhh tapi tak cerita kan hubungan suami isteri. Yang ni x boleh cerita , sebab cerita dalam kain kan. Tapi masa ni masih dalam proses kenal mengenal walaupun konon-kononnye dah kenal 12 tahun kan.. huhu.. tapi lepas kawin masing-masing tunjuk true color.. gaduh-gaduh tu memang biasa.. kejap-kejap nangis. pujuk. gaduh balik.. tapi semua tu sebab perkara remeh-temeh.. hahhaha kalau korang tau pun mesti kata hek eleh... tapi ialah baru nak sesuaikan diri kan. dah kata duduk pun sebumbung, tidur sekatil.. nak capai keserasian la kata. Tapi Alhamdulillah Allah jaga ikatan kami ini.

next entry....

#1 Meniti penghujung fasa pertama

#1 Meniti penghujung fasa pertama

Pejam celik pejam celik.. owhh cepatnye masa berlalu.. Bila dikira2, ohhh tidakkkkkkkk... my angka pun dah bertambah.. InsyaAllah bulan 12 ni akan tamatlah fasa pertama dalam kehidupan berumah tangga.

Fasa pertama (1 -5 tahun perkahwinan)

Tahun pertama 

Masa ni pasangan sentiasa akan diuji dengan kewangan, emosi dan macam-macam dugaan lagilah..

Untukku, seawal perkahwinan mmg menerima ujian ni. Masa kahwin memang tengah tunggu result posting.. Risau jugak dapat kat mana. Seminggu lepas kawin, result keluar. Dapat kat negeri dan daerah kelahiran abah. Kuala Langat, Selangor.  Tapi perasaan xdelah sedih mana pun. sebab dekat ngan kampung. Owh ye, masa tu kitorg menyewa kat Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara. Memandangkan pn isteri yang memang x pandai drive, so haruslah PJJ kan. Walau x sampai 2 jam perjalanan pun azabnya Allah saje yang tahu. Encik suami pulak masa tu baru sem 2 degree.. so bila masa berjumpa tu sangatlah sekejap. Iyelah jumaat malam dia amik, Hari sabtu pukul 12 tgh smpi malam kelas. Ahad plak 7.30 pagi sampai 4 petang kelas, So malam tu hantar plak pn isteri ni balik Banting.

Dan dalam pada tu, biasala kerje gomen kan, 3 bulan pertama x dapat gaji lagi. So setiap minggu dia bekalkan RM 50 kalau x silap. Kalau salah ingat pun mungkin Rm 100.. yang pasti x lebih dari tu. So makan pun beringat je. Pernah sekali x beringat, dia pesan elok-elok suh berjimat.. Huhu sedih plak. Dan bila pergi shopping n di offer beli something, mesti kata x perlu, Sebabnye sian kat dia, susah-susah cari duit kite plak yang perabih.. So tahan je la nafsu ni.. :)

Lepas bini dah dapat gaji pulak, lain pulak cerita.. Motor en hubby dah x boleh start langsung.. Orang kata boleh jadi besi buruk je. Iyelah motor dah bertahun lama kan. Dari kakak dia ke dia plak..Masa tu nak beli motor baru pun xde duit. So pakailah kete g keje.

Bila pakai kereta plak, maintenance tinggi plak.. Asal cukup bulan je, mesti en suami message kereta buat hal. Alhamdulillah masa tu dah gaji. So duit gaji cover untuk keretala. Paling sadis ,sekali tu nak dekat sebulan kereta dia sangkut kat proton. Sebab major service ke atau rosak apa tah.. mujur masa tu  masih dalam warranty lagi. Dan dia plak terpaksa la tidur rumah kawan. menumpang ke tempat keje. n tidak berjumpalah kami sepanjang tempoh tu..   Haishhh panjang plak citer..

Mujurlah penghujung tahun 2010, tunggakan dah dapat. Campur ngan bonus en Hubby yang x seberapa, dapatlah kami beli modenas kami.. Alhamdulillah sampai sekarang masih melaksanakan khidmatnye.Dan dengan duit inilah dapat buat lesen kereta :)

Alhamdulillah


Di saat hampir rebah, Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah. Peristiwa pagi tadi menyedarkan diri. Kerana terlupa untuk membaca doa.. Bukanlah doa khas naik kenderaan tetapi hanyalah sekadar doa diselamatkan perjalanan pergi dan balik. Tapi, pagi tadi terlupa untuk membaca doa.

Natijahnye, kelinciku dicium wira. Cuak, risau pun ada jugak. Sebabnya terus terfikir handphone yang tidak ditambah kredit. Lagi-lagi setelah ada whatsup.  Tetapi Alhamdulillah keluar kereta tengok belakang xde apa-apa kerosakan. Pemilik kereta berkenaan pun dah minta maaf. Kereta dia pun xde apa-apa masalah.  So, terus gerak ke sekolah.

Kesannya, di dalam kereta.. Allahhu Akbar. Hari ni lupa baca doa. Dan dari segi positif, Allah tunjuk jalan. Ya, kekuatan doa. Selama ini, rupanya doaku masih belum cukup. Hanya banyak merintih, menangis kepadanya.. tetapi doa untuk memiliki  mungkin lebih sedikit dari merintih.

Be positif. Allah sentiasa tunjukkan jalan. Di saat hampir tersungkur, dia tunjukkan cara. Di saat hampir rebah, dia tunjukkan jalan. Dan sesungguhnya di mana kita, apapun kita miliki itu adalah anugerah, itu juga adalah dugaan. Bergantung cara mana kita tafsirkan nya.

Alhamdulillah, anugerah itu mmg pasti manisnye, Dugaan itu, akan tetap manis bila mana kejayaan telah dicapai, dan kita mengenang dugaan yang ditempuhi.

Terima kasih ALLAH.

Sunday, November 17, 2013

Finally

After 3 years studied in diploma of pharmacy, she received her scroll on 22/9/2013. The biggest congrats to my dear sis, Haswani. Tahniah tahniah tahniah. Majlis berlangsung di PICC Putrajaya. Sekarang dah kerja pun di KPJ Damansara. Alhamdulillah. Tahun depan nak jadi bini orang plak. Tak sabar ler tuuuuuu...

En hubby interframe.. Sejambak bunga untuk penerima anugerah

Buat apa tu en Azwan oiii...

Tadaaa... Inilah bakal adik ipar kami.. Handsome tak???

Our family. En Azwan belum leh gambar sama,. Lum jadi famiy lagi..Hehe 
Mak Abah bersama yang diraikan

Bakal pengantin

My sis with her friends

Inilah cerita kami di convocation UniKL. Cerita tak banyak sebab curi-curi masa meng key in PBS yang macam siput..Hehehe

Kursus pembangunan profesionalisme berterusan (CPD)

Tempat : Port Dickson Golf & Country Club
Tarikh : 8-12 Oktober 2013

Alhamdulillah setelah hampir sebulan kursus berlangsung dapat juga menulis entry ni. Yup, aku antara salah seorang PPPS DG 41 yang wajib menghadiri kursus ini.  Kalau buat ujian pra sebelum datang sini, mmg hati ni membebel2 kata kursus ni membazir masa aku.. Iyelah dah akhir tahun, dengan nak settle PBS budak terpaksa plak g kursus. Bukan sehari tapi hampir seminggu.. Jauh plak tu.. Hmmm....

Tapi.......
Semuanya berubah setelah berkursus di sini
Kawan2 terbaik.. pengisian hebat , makanan super duper mmg 100% my taste dan paling penting fasilitator hebat2.. mmg best.. tahniah untuk semua pensyarah dari IPG Ipoh.. Anda semua telah membuka hati kami. Dari muka stress masa sampai, balik senyum lebar.. Dari handphone cikai masa datang kursus, balik terus beli handphone baru semata-mata nak wassup ngan kengkawan CPD (my team -ibnu sina).. Hahaha bayangkanlah betapa hebatnye penangan CPD. sampaikan kengkawan sekolah kata, muzai sorang je yang suka g kursus.. hehehe.. nak buat macam mana, mmg kursus ni yang terbaik.. pengisian masa yang hebat.. selalu kursus  x sabar nak habis slot, tapi kali ni kami yang tak nak slot abis..
discussion.. k.baiti n k.as

Kump 4 : Ibnu Sina
bersama pn hamidah dan dr choong


Kumpulan kami dengan hasil kerja pembentangan .
Berdiri dari kiri : Fadzlin, Kak Long, Kak As, Kak liza, K.Pijot
Duduk dari kiri :  k.baiti, me, k.nuru, k.ib n kak nani

presentation kami yang paling menonjol

me dengan hasil kerja ibnu sina

malam persembahan.. kita makan dulu

gambar blur.. celebrate birthday kak long.. sayang kak long

anugerah pelakon paling sporting kak as yang pegang
dan kami adalah kumpulan cacar marba.. krisis identiti tetapi akhirnye menjadi sangat rapat.. Alhamdulillah :)
panjang umur jumpa lagi ye :)