Post Terkini

Wednesday, December 31, 2014

Summary of 2014

Tinggal beberapa jam lagi 2014 akan meninggalkan kita .. Alhamdulillah banyak suka duka tahun ni yang mematangkan perjalanan hidup kami. Dan diucapkan selamat tinggal 2014.



So berkisar juga pada apa yang telah aku post di entry kami pada 2014 kesimpulan yang aku dapat buat dari azam ku ialah 

  1. Khatam Al-Quran 2 kali - berjaya
  2. Consistent dalam treatment - separuh jalan.. aku ambil keputusan untuk sihat secara alami.. 
  3. Hantar mak dan abah g umrah. Alhamdulillah aku pun dapat menjejak kaki bersama mereka ke sana.
  4. Tabung 2014.. Hehe yang ini kurang berjaya. Tp hasil tabung syiling yang lain kami berjaya kumpul almost 1k++.. Selamat dah masuk tabung haji
Pencapaian 2014
  1. Berjaya memiliki kenderaan kurang idaman..Hehe
  2. Kami adik beradik dapat belikan abah sebuah kereta
  3. Dah dapat kunci rumah.. Yeaahaaaa
  4. En hubby dapat title engineer... Haha.. i likee... combination yg ku suka sejak zaman sekolah..cikgu + engineer /cikgu + doktor..
Suka duka 2014
  1. Endometriosis ku disahkan stage 4. 
  2. Bercuti dengan family di Air Papan, Mersing. First time kami dapat bercuti bersama..Selalu ada je kekangan.
  3. Perkahwinan my sis wani bulan Februari
  4. Pertunangan my sis Fidah Oktober 2014
  5. Terpaksa cancel trip honeymoon
  6. Ditipu ditipu ditipu oleh orang yang berjanji untuk berikan baby kepada kami sebagai anak angkat. I HATE HER.. Moga Allah sahaja yang membalasnya..
  7. Kelinci kesayanganku telah selamat beralih tuan last week.. 

Dan hello hello 2015..


So targetku untuk tahun ni ialah
  1. Khatam Quran 2 kali dengan maksud.
  2. Renovate rumah baru tanpa pinjaman
  3. Bercuti di Langkawi
  4. Bercuti di Sabah
  5. Tukar sekolah
  6. Menang anugerah BRM dan Register terbaik.. Hehe..
  7. Buat kajian tindakan
  8. Bebas dari endometriosis dengan pemakanan sunnah
Semoga semuanya dipermudahkan dan dizinkan oleh Allah..

p/s : Banyak lagi entry 2014 yang tertangguh.. 

Saturday, December 13, 2014

Peace of mind



mencari ketenangan.. kalau diri ini ada sayap mahu ku terbang jauh-jauh

Wednesday, December 3, 2014

I'm sad

sumber : google
Ye.. sekarang aku ngah bersedih..Sedang dalam proses mengubat luka.. Sampai hatinya dia.. Aku xkan sesekali maafkan dia dunia akhirat. Betul, orang selalu kata redha..tp aku tak boleh redha apa yang dia buat kat aku.. Aku harap satu hari dia nanti dia rasa apa aku rasa.. Aku tak kan doakan kebahagiaan dia..Sesekali tidak.. Selagi hati aku ni tak terubat selagi tula xde kemaafan dari aku. Tak kan halal sedikit pun apa yang aku dah buat demi dia.. 

Hati jahat aku sedap bercakap.. biar dia susah, biar dia alami saat2 yang menyakitkan dia.. biar dia x bahagia.. Bunyi kejam kan.. Yeayy memang kejam sebab dia dah permainkan perasaan aku. Aku memang harap yang x baik-baik je pada dia.. Aku tak redha.. 

Thursday, November 27, 2014

Penting ke result UPSR??

Wahhh... Semalam dah keluar result UPSR.  Mesti ramai mak bapak yang happy kalau anak dapat 5A kan.. Tahniah pada semua yang mendapat keputusan. Apa yang anda dapat itu memang selayaknya.
Ada yang menangis? Ada yang malu?? Mehh sini cikgu nak habaq mai.. Zaman sekarang ni agaknya konsep ibu bapa memang nak anak kejar A je kot ye.. Huhu.. jangan..... please la jangan mak pak sekalian. Sian anak tu abang kakak oiii.. Cikgu ni masa mula2 posting tahun 2009 terkejut gila bila anak yang baru tadika dihantar tuisyen. Lepastu dengar pulak ditanya-tanya result tadika anak. Whatttt???? Budak tu baru 6 tahun hidup ok...Giloss x gilosss.. Hahaha bahasa cikgu diluar sekolah..Jangan pertikai ye. Kecik-kecik dah kena hadap benda tu.. Hahaha patut budak kecik sekarang dah pandai sebut stress.. Cikgu dulu x pandai dek oiii..

Bapak-bapak, ibu-ibu sekalian.... Andai kata selalu anak dapat full A's, tapi semalam bila result keluar x dapat, jangan dimarah pulak ye.. Ucapankan lah tahniah. Andai kata, tak pernah nak dapat A, tiba semalam terselit A ucapkanlah tahniah. Andai kata anak memang selalu A penuh, dan semalam mengekalkan bilangan A, ucapkanlah tahniah. Jangan dikondem..Jangan dimarah.. Itu semua adalah sesi pembelajaran mereka menjadi yang lebih baik.. Mak pak pun janganlah stress takut dengan pertanyaan kawan-kawan ye.. UPSR bukanlah penentu segala.


Sedih tau dari pendengaran seorang cikgu, bila ada anak murid yang bercerita " Saya tak pandai, adik beradik saya pandai" atau " Saya selalu kena marah sebab tak pandai belajar".. 

Oklah katakan UPSR tu penentu masuk SBP or MRSM. Dan juga kedudukan dalam kelas utk tingkatan 1.Haaa itu jelah tujuannya.. PMR/PT3 kalau melingkup kena buang juga.. See anak kau terpaksa hadap untuk next 3 years lagi tau.. Sekolah biasa plak.. aku tengok streaming kelas, ramai juga bebudak yang result biasa-biasa naik kelas. Yang result gempak tu turun kelas. So nampak kan potensi dia macam mana..

Pendapat aku, UPSR tu penting, tapi janganlah disogokkan dengan mesti/wajib 5A, PMR/PT3 tu penting tapi jangan ditekan anak untuk ambil aliran yang tak mampu dibawa atau diminat anak bila dapat result untuk naik form 4. Dua-dua ni bukanlah penentu segalanya. Parents kena sentiasa tiupkan semangat anak-anak boleh buat..Anak mereka boleh. Even tak dapat slip yang cantik, yakinlah anak-anak tu ada potensi dia sendiri. Cari dan galilah. Andai kata akademik tak bagus, mungkin ada sesuatu talent/bakat yang tersembunyi. Ingat ini semua adalah sesi pembelajaran mereka. Jangan jadikan anak anda ulat buku sampai terlupa cara nak berkomunikasi. Jangan jadikan anak anda ulat buku sampai lupa cara nak beradab. Jangan jadikan anak anda ulat buku sampai hanya bergantung dengan teori tanpa tahu praktikalnya.
Sekian..

Tuesday, November 25, 2014

rehat sebentar

sumber : google

Alhamdulillah..dapat rehat sekejap.. baru siap mengedit gambar.So esok akan ke sekolah hantar file. Pastu buat filing n kemas meja.. Perspek tak tempah lagi ni.. aduiiii.. memang patah kaki kalau xde yang membawa.. Aku ni drive pergi balik sekolah je.. Tempat lain?? memang x berani kau..  Ok, boleh tdo.. ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....



Friday, November 21, 2014

Alhamdulillah.. menang cash




Berkisah pada entry di sini.. Pagi tadi buka dashboard tengok blogger suriana drop comment bagitau aku menang..So apa lagi terus g terjah blog emasputih..Thanks banyak-banyak sebab inform coz aku memang dah terlupa langsung.. Alhamdulillah aku menang cash RM50. Giveaway contest lazada by emas putih. Ada yang menang voucher lazada tapi aku terpilih untuk cash.. Rezeki rezeki.. Alhamdulillah sape nak bagi free RM 50 kan.. Sebabnya aku pun jarang sangat-sangat join giveaway ni.. Kalau rajin je.. Bak kata belalang dalam cite nujum pak belalang lakonan bad latiff ngan Allahyarham P.Ramlee.. Jarang-jarang..Memang sangat jarang la kan..

Banyak sebab aku jarang join contest.. pertama hadiah.. Bukan memilih, tapi kena tengok gak la apa yang ditawarkan.. Sebab sesetengah tu tawarkan hadiah yang aku tak perlukan dan tidak diperlukan. Sebagai contoh, kalau baju.. Kang tetiba menang, dapat baju belum tentu boleh pakai.. Sebab kat rumah ni ada QA aka Quality Analysis yang tentukan baju tu sesuai atau tak ngan aku..Hehe kang tersimpan je nanti dalam almari tu.. So better bagi peluang pada orang lain yang lebih perlu dan sesuai untuk join. Pastu kalau banyak sangat sponsor yang dia suruh like dan follow.. fb, twitter, instagram, memang aku x join dah.. Sebab aku tak berdaya weh nak like n follow banyak sangat. So aku cuma tengok jela walaupun kadang-kadang hadiahnya mengiurkan mata yang melihat.

Tapi contest emasputih syaratnya sangat mudah. So aku join n alhamdulillah rezeki memihak pada aku.. Thanks uzu empunya blog emasputih. InsyaAllah kalau ada lagi contest yg mudah syaratnye akak join ye. :)

siapa kawan

irfan khairi

Thursday, November 20, 2014

2.07 pagi..

Aduiiii.. baru siap sorting nama bebudak untuk kelas form 2 tahun depan.. Start lambat, tdo pun lambat la.. Tersengguk2 aku depan pc.. Huarghhhhhh... Sebelum tu mengedit gambar-gambar untuk SINAR 2014. Dari 4 folder, ada lagi 3 folder belum siap.. Nak bawak kat sekolah esok, busy plak nak menyiapkan fail budak2 untuk open day.. Haishhhh, prospek pun belum order lagi..Huhh.. x rasa macam nak cuti pun.. Tangan ku ada 2 je.. Alamak minit mesyuarat panitia geografi pun x siap lagi..Huhu.. 

Ahhhh... itu kita pikirkan pagi nanti.. Eh skrg pun dah pagi.  Sekarang masa untuk tdo.. Zzzzzzzz


Wednesday, November 19, 2014

JJCM : Williams Corner

Ke williams corner lagi kami.. Kali ni bukan berdua ye.. Big no kalau berdua.. Kali ni datang ngan my twins.. Sebab dia teringin nak try.. Kitorang pun nak repeat gak sebab laki aku duk kata yang mix grill dia sedap.. So last 2 week after tgk progress rumah, pas maghrib kami gerak ke Plaza Mayang.. Mujur datang awal, orang pun x ramai lagi..

So orderlah mix grill. Dia ada dua versi ye, kami ambil yang baru mengikut suggestion yang diorang bagi.. Air pulak kami order strawberry avacado, coklat avocado, kedondong asam boi  ngan manggo juice (dalam jus mangga ada buah tembikai n laici)


williams corner
air aku je  x sampai lagi.. yang lain sume dah sampai..
Mix grill  RM88
Si Yuzai nak order nasi goreng ketam.. Tapi aku ngan en hubby tahan dulu. Kitorang suruh abiskan yang ini dulu tgk kenyang ke tidak.. Kalau tak bolehlah kalau nak order pun. So mix grill ni ada ayam, lamb ngan beef.. Lamb ngan beef dia memang terbaik.. Sos nye pun sedapp Tapi aku makan lamb sikit je, x boleh masuk sbb rasa kambing kuat sangat. Ada fries ngan brocolli.. Ayam dia je yang kureng sikit sebab kering sangat. Yang lain semua tip top..  

So lepas makan, tanya si Yuzai nak order lagi ke tidak ..geleng kepala dia..hehehe.. Tapi tapi tapi.... kitorang nampak sesuatu kat meja orang lain. Kitorang nampak ada air pelik. So panggil budak pelayan tu tanya air apa.. Then dia kata air sampah.. Campuran serai, lemon, asam boi, air soda, laici ngan daun pudina. Macam pelik plak kan. So orderlah satu kelas.. Sekali rasa, aduiii sedap giler... Haruslah kena repeat balik ke william corners ni. Sedap kot.. Yang penting bukan datang berdua..

So total untuk 5 gelas air dan mix grill ialah RM128.. Reasonable price pada aku.. Air segelas RM 8 ye. Air dia pun semua sedap-sedap..  Conclusion?? Akan pergi lagi ke william s corner ni. Hehehe tapi kena tunggu gaji le.

Tuesday, November 18, 2014

Puding roti karamel

Alhamdulillah.. berjaya gak buang puding roti berkat kegigihan aku. Lama gila kot tak buat. Rasa-rasanya last buat tahun 2005 kot. Pastu memang tak pernah buat.. kalau setakat tolong sikit-sikit adik beradik adala..

Hari tu ntah kenapa mengidam sangat nak makan benda manis-manis.. Dan tetiba plak teringan kan puding karamel..Sebab dah lama buat kan, so sukatan tu tak berapa nak ingat. So google dapat resepi puding roti karamel plak. Semua yang aku google bahan nya sama je. So firasat aku confirm sedap.. Suruh en suami beli roti, ngan susu cair. Sudahnye tak buat juga.

Sudahnya aku bawa balik nogori dan buat kat sana.

puding roti karamel
Tak sempat nak snap gambar penuh.. Mak dah rasmikan dulu
puding roti karamel
Dari sisi tepi plak 
puding roti karamel
Siap untuk dingap
Resepi Puding Roti Karamel
resepi asal : rosaliza@embunkasih

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur gred A @ 4 biji gred B -dipukul manja dan ditapis
2 cawan air suam @ ( 1 cawan susu cair + 1 cawan air suam)
1 cawan susu pekat --> aku guna 1/2 cawan je
Esen vanila (1 sudu teh)

Cara-cara :
  1. Untuk gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang. Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. (Cara aku : Campurkan sekali 1 sude besar air ngan gula, tak perlu tunggu gula cair)
  2. Panaskan pengukus. Carik2an roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati
  4. Tuang adunan ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak (40 min - 1 jam)
Tips : Nak tau dah masak ke belum cucuk la ngan lidi ke atau garfu.. Kalau tak melekat tu, dah masakla tu..

Mak kata puding roti karamel ni sedap..Laki aku pun suka..  Aku pun kata sedap tapi bagi aku kurang manis la.. So lepasni kena ikut sukatan 1 cawan susu pekat. Untuk gula hangus plak, rasa nye kena buat 5-6 sudu besar gula la.. biar air gula tu banyak sket..Baru syiokkk..

Monday, November 17, 2014

JJCM : Burger Bite

Akhirnya, last week dapat gak menjejakkan kaki ke Burger Bite di Bandar Saujana Putra. Penangan dari my sister yang post gambar kat burger bite. Sangat mengiurkan..  Haishh tetiba lapar plak tengah2 malam-malam ni.. Ini adalah schedule entry ye. Kebetulan plak  my twin pun request nak makan kat situ gak.. So dari Shah Alam  bergerak ke Saujana Putra. Dari Nilai pun gerak ke Saujana Putra. Elokla sangatla tu kan. Kat tengah-tengah..

So bertemu la kami  adik beradik.. Untung gak kan bila adik-beradik duk dekat-dekat ni.. Hehe kakak ipar aku gak la yang jeless tak dapat join..Hehe..

Bacon cheese burger
Beef  Bacon with Cheese  RM 14.80
Beef Bacon pilihan en hubby. Aku tak rasa pun. Di datangkan sekali ngan fries.. Hubby kata biasa-biasa je.. 

naked burger
Naked Burger RM 19.80
Naked burger plak pilihan aku.. Jenuh gak nak perabih..Mujur licin. Sos dia sedap.. Naked burger ni takde roti burger.. Sangat okla sebab ada dua keping burger yang nak kena perabih. Ada fries, brokoli ngan bunga kobis. Sedapp.

Bersedia untuk di makan. Yang dalam bakul rotan tu chili fries.. Dia letak gak daging cincang atas tu.. RM7.80 kot. Tak berapa nak ingat plak.

Menu suami dah hampir habis
Me, twin, and my sis wani
Azwan n my hubby.. Ise masa ni takde..cuci berak anak..huhu.. Izzul duk leka ngan game ninja dia tu..
Habis makan kitorang singgah rumah wani. Cadangnye memanglah nak singgah, tapi apabila hantu game bertemu akhirnya ketiduran gak lah kat rumah diorang. Pagi-pagi balik S.Alam pastu siap-siap kemas rumah balik nogori.

So kalau nak ber santai-santai, lepak-lepak ngan family Burger Bite kat sini memang sesuai la sbb xdelah ramai sangat orang. Relax je.. Untung adik aku, rumah dekat ngan tempat makan best-best. Eh tapi aku pun untung gak apa.. Rumah dekat dengan serba-serbi.. Buat masa sekarang la.. Pindah nanti dah jauh la.. huhu. So agenda lepas ni, nak bawa my adik n azwan plak ke William corners. Huhu ngidam soda herbs dia.. sedap giloss


Thursday, November 13, 2014

Alhamdulillah..Rumah ku dah dapat kunci

Alhamdulillah,. Kunci rumah dah dapat.. Tapi malangnya  CF aka Sijil Kelulusan Duduk belum dapat lagi sebab air tak masuk lagi. Mencuka jugak la muka, tapi developer bagi option nak ambil atau tak terpulang.. So bincang-bincang dengan hubby  last-last kitorang decide ambil gak kunci rumah sebab  malas dah nak ambil cuti datang semula even baca dari blogger ramai yang kata jangan ambil kunci.

Perkara kedua, berkaitan denda lewat bagi kunci pada pemilik. Yang tu pun kami dah tanya developer. Dia bagi option sama ada nak ambil tunai ataupun dia sediakan kontraktor sekiranya kita nak buat renovation. Dan upah renovation dipotong dari denda yang perlu dibayar. So tengah berfikir-fikir la ni mana nak pilih. Kalau cash lambat sikit la dalam 3-6 bulan. 

Pandangan sisi
rumah baru
Pandangan depan
Ruang tamu
Master bedroom
Dapur
Taman permainan
Taman permainan
Keluasan 20x70.. 4 bilik dan 2 bilik air.. So keluasan memang agak kecil la.. Itu jelah kemampuan. Rasa cam tak sanggup pulak beli rumah besar tp bulan2 kena bayar riban.. Kebebasan kewangan katanya.. Keadaan rumah kotor sebab belum dibersihkan. Air kan takde lagi Lepas air masuk baru diorang janji akan bersihkan.

Projek sebelah. Bakal rumah izzul
Projek atas ni pulak rumah my twin. Kalau tidak kitorang pun beli gak. Dah bayar duit booking pun. Tapi lepas tu diorg reject sebab nak guna loan goverment je. Loan gomen plak aku dah guna untuk yang atas. Hmm takde rezeki tapi berbulan2 gak la makan hati.. Hahaha sebab niat dihati nak bercucuk tanam kan. Tapi takpelah ada la hikmahnya tu. 

Berbalik pasal rumah, aku memang takde idea pun konsep rumah aku camne.. Lagilah air pun tak settle lagi. Plus ongkos nya pun ngak ada. Tapi aku rasa nak buat konsep minimalis.Tak mau banyak sangat barang. Sebab rumah pun kecil je kan.

So tahun depan, kalau permohonan aku tuk letak jawatan tak diluluskan bolehla apply pindah dekat sekolah berdekatan. Hahaha.. Baik punya plan.. Dan masuk rumah ngan baby baru.. Hehehe

Tuesday, November 11, 2014

Salam kerinduan

Kerinduan la sangat kan.. Banyak dah entry yang tertangguh aku nak buat. Disebabkan oleh ke'busy'an di akhir2 tahun ni..  Sekarang ni cikgu-cikgi tengah sibuk nak menyiapkan result pelajar. Guess what??? Tahun ni saja setiap pelajar tingkatan 1 dan 2 akan terima 18 slip keputusan peperiksaan dan PBS.. Hahaha.. amik kau.. Gila kentang sungguh.. Dan aku tak berapa gigih nak print kat sekolah disebabkan malas nak berebut-rebut ambil queue plus kengkadang ink printer yang cepat sangat abis tu.. 

So print kat rumah lagi senang walau terpaksa membazir harta sendiri.. Kata pengetua pun duit elaun bukan duit kami tapi untuk sekolah kan. Lega kerja hampir selesai tapi tertangguh plak dua kelas sebab A4 paper dah abis..  Pas abis print kerjanya mengecop plak hampir 250++ helaian kertas.. Memang terbaik la.. Hahaha..Gelak ikhlas tau.

Lepas tu bersiap sedia untuk open day next week hari jumaat.. Dan ditambah lagi dengan deadline mengedit wajah2 guru untuk Majalah Sinar 2014.. Haaa amik kauu... Dalam cuti kena plak datang sekolah untuk pengesahan murid tingkatan 1 2015 dan filing HEM tak siap lagi.... vavavaaa...

So kat bawah ni entry yang aku nk buat tapi tertunda disebabkan tanggungjawab besar yang lebih penting..
burger
Makan-makan di Burger BIte
Tentang resepi puding roti karamel sedap dari mr google
dapat kunci rumah
Yeayyy kunci rumah dah dapat tapi...
i think
Virtual class  I-Think
Anak-anak ikan keli abah
So kalau berkesempatan aku update la ye..

Saturday, November 8, 2014

2 Harmoni



Anak-anak 2 Harmoni..
Yang perempuan semuanye sopan santun
Yang lelaki.. nakal yang amat tapi tetap menghiburkan hati..

Pokoknya, yang nakal mesti banyak yang nak ditegur
Yang baik jarang ditegur tapi menyenangkan hati juga..


Tuesday, November 4, 2014

Resepi Tom Yam Putih

Ok dah janji kan nak share resepi tomyam putih. Memang dah lama teringin nak masak tomyam ni. Tanya resepi kat member uni, Mc Ha tapi tak buat juga. Tanya gak resepi kat BIL, Ise tapi tak terbuat juga. Akhirnya, last week berjaya gak aku buat. Komen aku?? Tomyam putih ni lagi sedap kot plus lebih sihat berbanding tomyam merah yang kena guna pes tu.

tom yam putih


Bahan-bahan : (2-3 orang)
  • isi ayam
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 ulas bawang putih -didadu
  • 2 biji bawang besar
  • 10 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 2 biji tomato - belah 4
  • garam
  • secubit gula
  • sedikit susu cair/ santan  ** aku tak letak
  • sayur-sayur hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih. Masukkan ayam. Kacau hingga ayam separuh masak.
  2. Masukkan dan didihkan air dalam periuk. Masukkan lengkuas, serai, halia,bawang besar. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan pula daun limau purut dan jus limau. Masukkan juga garam dan sedikit gula.
  4. Masukkan susu cair, tomato dan sayur-sayur hiasan.
  5. Biarkan sekejap. Sedia untuk dihidang.
Pendapat aku, sangatla mudah buat menu ni. Ibarat kau merebus je..dan kalau diberi pilihan haruslah aku buat tomyam putih ni berbanding tomyam biasa..Sebabnya?? Lebih sihat tanpa pengawet. :)

Monday, November 3, 2014

Pilihan percutian

#update

Hujung-hujung tahun ni.. memang mood bercuti membuak-buak..  Jalan-jalan berblogwalking tersinggah ke www.faizalfredley.com . Tuan blog ada listkan tempat yang menarik. So mungkin aku boleh ambil sedikit sebagai tips untuk aku buat senarai semak mana yang dah pergi mana yang belum. Kredits to faizalfredley atas perkongsian entry yang ini .


Kuala Lumpur

  • KLCC
  • KL Tower
  • Aquaria KLCC
  • KG Kelip-kelip
  • Sunway lagoon
  • Mine wonderland
  • Wet world
  • Sungai Gabai,Hulu Langat
  • Golden Palm Tree Resort
Selangor
  • Pulau Ketam
  • Sunway Lagoon Water Park
  • Batu Caves
  • Paya Indah Wetlands
  • Zoo Negara
  • Litar Antarabangsa Sepang
  • Wet world, Shah Alam
  • Taman Botani Negara Shah Alam
  • Bukit Jugra
  • Pantai Morib, Banting
  • Sepang Gold Coast
  • Gold Coast Morib Resort
  • Pantai Bagan Lalang
  • I City Shah Alam
  • Bukit Melawati
  • Kelip-kelip Kampung Kuantan
  • KidZania KL
  • Sg Chilling Kg Kuala Kubu Baru (Fish Sanctuary)
Sarawak
  • Kuching
  • Kampung Budaya Sarawak
  • Sri Aman-Pesta Benak
  • Gua Niah, Miri
  • Taman Negara Bako
  • Jong Crocodile Farm
  • Gua Mulu
  • Taman Awam Miri
  • Miri Luak Esplaned
  • The Grand Old Lady
Sabah
  • Poring Hot Spring
  • Pedas Rafting
  • Tanjung Simpang Mengayau
  • Gunung Kinabalu
  • Pulau Sipadan
  • Taman Bukit Tawau
  • Persisiran Trausland
  • Bukit Payong
  • Kinabalu National Park
  • Kolam Air Panas Ranau
  • Pulau Mabul
  • Desa Cattle
  • Sepilok
  • Lok Kawi
  • Tagaluanti
  • Sabah Tea
  • Rumah Terbalik
  • Pantai Tanjung Rhu
  • Pasar Filipine
  • Pasar Kampung Air
Johor
  • Puteri Harbour
  • Legoland
  • Danga Bay
  • Johor Premium Outlet
  • Zoo Johor
  • Gunung Ledang
  • Desaru
  • Air Terjun Kota Tinggi
  • Bazae Karaat
  • Hutan Bandar
  • Air Papan,Mersing
  • Pulau Sibu
Melaka
  • Kota A Famosa
  • A Famosa Wonderland
  • Melaka Wonderland
  • Menara Taming Sari
  • A Famosa Waterfall
  • Bandar Hilir
  • Ikan Bakar Umbai
  • Makam Pahlawan Melaka
  • Perigi Hang Li Po
  • Perkuburan Belanda
  • Taman Budaya Melaka
  • Zoo Melaka
  • Jonker Walks
  • Taman Mini Malaysia
  • Dataran Pahlawan
  • Taman Burung
  • Bustel Pantai Klebang
Negeri Sembilan
  • Port Dickson
  • Ulu Bendul
  • Pantai Blue Dragon
  • Pd Mini Zoo
  • Jeram Toi
  • Water World Air Panas Pedas
  • The Dusun, Pantai
  • Jelita Ostrich Farm,Pantai
Kelantan
  • Tok Bali
  • Air Terjun Gunung Stong
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Nasi Ulam Cikgu
  • Bebas Cukai Rantau Panjang
  • Bebas Cukai Pengkalan Kubor
  • Jeram Linang
  • Jeram Pasu
  • Taman Tengku Anis
  • Pantai Sri Tujuh
  • Masjid Beijing
  • Pasar Siti Khatijah
  • Wakaf Che Yeh
  • Terminal Makan Negara
Terengganu
  • Pasar Payang
  • Muzium Terengganu
  • Pantai Batu Burok
  • Air Terjun Sekayu
  • Lata Tembakah
  • La Hot Spring
  • Tasik Kenyir
  • Pulau Kapas
  • Pulau Duyung
  • Pulau Perhentian
  • Pulau Redang
  • Mercu Tanda Baru Pulau Warisan
  • Kedai Keropok Lekor
  • Masjid Terapung
  • Pulau Tioman
Perlis
  • Padang Besar
  • Tasik Melati
  • Gua Kelam
  • Bukit Air
  • Tasik Timah Tasoh
  • Kuala Perlis
  • Bukit Cenderawasih
  • Ladang Nipah KIPLI
  • Ladang Harum Manis
Pahang
  • Cameron Highlands
  • Genting Highlands
  • Bukit Tinggi Colmar Tropicale
  • Fraser Hill
  • Bukit Gambang Waterpark
  • Teluk Cempedak
  • Cherating
  • Taman Negara Endau Rompin
  • Tasik Bera
  • Gunung Tahan
  • Air Terjun Sg Pandan
  • Air Terjun Chemong
  • Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan
Perak
  • Sg Klah Hot Spring
  • Pulau Pangkor
  • Taman Rekreasi Gunung Lang
  • Zoo Taiping Night Safari
  • Pulau Orang Utan
  • Bukit Merah Lake Town Resort
  • Gua Tempurung
  • Gua Larut
  • Menara Condong
  • Padang Polo
  • Eco Park
  • Lost World of Tambun
  • Air Terjun Ulu Kenas
  • Istana Kenangan
  • Teluk Batik
  • Galeri Sultan Azlan Shah
  • Kuala Sepetang
Pulau Pinang
  • Bukit Bendera
  • Taman Rama-rama
  • Menara Komtar/Perangin Mall
  • Batu Feringgi
  • Taman Negara
  • Taman Botanu
  • Taman Belia
  • Tokong Ular
  • Rumah Kelahiran P.Ramlee
  • Padang Kota Lama
  • Pasar Rope Walk
  • Pantai Seagate
  • Queensbay Mall
  • Nasi Kandar Beratur
  • Nasi Kandar Immigratio
  • Fort Cornwallis

** Adui tak abis tulis.. dah ter publish plak. Tak pelah untuk rujukan aku. Mula2 kena settlekan tempat yang dekat2 dulu. Baru boleh pergi yang lagi jauh. Dah settle area lembah klang , habiskan plak satu Malaysia..#Update: Baru teringat nak kemas kini.. Tp baru perasan Kedah x masuk lagi.. Nanti2la ye

Sunday, November 2, 2014

Dinner pengawas SMKS9

Kejadian dah lama berlaku. Malam Jumaat sebelum bermulanya cuti penggal kedua. Dinner pengawas SMK Seksyen 9 telahpun selesai diadakan di Kelab Golf Shah Alam.. So layankan lah gambar-gamabr guru pengawas n disiplin beraksi ye.






Bergambar bersama tonggak utama yang menjayakan dinner ni. Good job!
We are proud to be niners

Saturday, November 1, 2014

Wajah baru

Yeayyy blog ku berwajah baru.. Orang lain sibuk pasal bola JDT vs Pahang .. aku sibuk try  and error renovate rumah sendiri. Hasilnye,.. claps for  myself. 

Thanks to blogger gadis kampung sebab sudi share tutorial ye, Very appreciate it. Ok nak sambung study lagi.. tata..

my header

background blog

** aku sokong JDT walau bukan orang Johor.. Kalah menang belakang kira.**

Biadap

kurang ajar
sumber : google
Kau datang tempat aku
Tanpa bagi salam
Kau masuk tempat aku
Tanpa minta izin
Kau duduk tempat aku
Tanpa kebenaran aku

Akhirnye,
Aku yang kena minta izin untuk keluar..
Dan jawapan kau, "ok kak"..
Agak kurang ajar disitu, 
Ohh bukan kurang ajar
Tapi terlebih ajar.

Walaupun  aku ni so simple
Boleh bergurau senda bergelak tawa
Tapi tak semua kau boleh buat ikut kepala kau je
Dan aku sangat berjauh hati
Dan memang tak delah ucapan good luck outside there
Sebab aku tak harap kau berjaya dengan aksi lagak kau yang ini.
Fullstop.

Adik fauziah ghous


Namanya yusof.. Mula2 nakal tapi sekarang dah nampak sikit kredibiliti dia.. Rasanya kalau awal-awal dia berubah boleh jadi tokoh mithali ni..Xpela, budak baru nak kenal dunia kan.. Hahaha kenapa adik fauziah?? sebab nama belakang tu sama..tapi bukan sedara sedaging..