Alhamdulillah.. berjaya gak buang puding roti berkat kegigihan aku. Lama gila kot tak buat. Rasa-rasanya last buat tahun 2005 kot. Pastu memang tak pernah buat.. kalau setakat tolong sikit-sikit adik beradik adala..
Hari tu ntah kenapa mengidam sangat nak makan benda manis-manis.. Dan tetiba plak teringan kan puding karamel..Sebab dah lama buat kan, so sukatan tu tak berapa nak ingat. So google dapat resepi puding roti karamel plak. Semua yang aku google bahan nya sama je. So firasat aku confirm sedap.. Suruh en suami beli roti, ngan susu cair. Sudahnye tak buat juga.
Sudahnya aku bawa balik nogori dan buat kat sana.
Tak sempat nak snap gambar penuh.. Mak dah rasmikan dulu |
Dari sisi tepi plak |
Siap untuk dingap |
resepi asal : rosaliza@embunkasih
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur gred A @ 4 biji gred B -dipukul manja dan ditapis
2 cawan air suam @ ( 1 cawan susu cair + 1 cawan air suam)
1 cawan susu pekat --> aku guna 1/2 cawan je
Esen vanila (1 sudu teh)
Cara-cara :
- Untuk gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang. Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. (Cara aku : Campurkan sekali 1 sude besar air ngan gula, tak perlu tunggu gula cair)
- Panaskan pengukus. Carik2an roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
- Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati
- Tuang adunan ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak (40 min - 1 jam)
Tips : Nak tau dah masak ke belum cucuk la ngan lidi ke atau garfu.. Kalau tak melekat tu, dah masakla tu..
Mak kata puding roti karamel ni sedap..Laki aku pun suka.. Aku pun kata sedap tapi bagi aku kurang manis la.. So lepasni kena ikut sukatan 1 cawan susu pekat. Untuk gula hangus plak, rasa nye kena buat 5-6 sudu besar gula la.. biar air gula tu banyak sket..Baru syiokkk..
2 comments:
ko ni ngidam2 ni ade apa2 ke?
huhu aku kalau stress mmg ngidam macam 2 anne..
Post a Comment