Post Terkini

Friday, May 31, 2013

Ayam masak lemak cili api

Dah lama tak masak gulai ayam.. lagi-lagi versi negeri sembilan..  pernah sekali bercerita dengan member pasal buat gulai.. last-last kena gelakkan.. adehla.. sebabnya kami masak tak letak bawang, confirm x sedap.. sabo jela.. belum cuba belum tahu.. itulah kepakaran orang negeri sembilan tau..
ok nak share resepi masak lemak cili api versi orang nogori.. cuti-cuti sekolah ni bolehla main masak-masak.. kalau tidak, masak kat kedai la jawabnye.. hehehe


BAHAN-BAHAN :

1 kotak (200 ml ) santan 
5-6 ketul ayam
2-3 biji kentang
5-10 bii cili api - ditumbuk (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
1 1/2 inci kunyit hidup -ditumbuk
3 batang serai -diketuk
Air secukupnya 
Garam secukupnya
1 keping Asam keping

CARA-CARA :
  1. Masukkan air, cili api, kunyit hidup, serai dan kentang ke dalam periuk.. Masukkan juga sedikit santan. Biarkan seketika sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan ayam,garam asam keping dan juga lebihan santan. Kacau sentiasa bagi mengelakkan pecah minyak. 
  3. Setelah ayam dan kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi putih dan sawi goreng :)


Thursday, May 30, 2013

Sambal petai dengan sup sayur

menu lunch merangkap dinner isnin hari tu..  lama tak makan petai.. sekali dapat memang terangkat.. perghhh... mmg sedap..

punya x sabar nk mencekik, terus snap gambar dalam kuali.. sedappnye.. alahai teringat2 plak.. 
yang ni plak sup sayur.. produk dari cameron highland
setelah dipindahkan ke mangkuk untuk dihirup.. slurppp  

Nak resepi tak?? x nak sudah.. tapi tetap nak share, mengisi kelapangan cuti sekolah walau keje sekolah melambak2 yang dibuat x nampak

SAMBAL PETAI IKAN BILIS
Bahan-bahan :
3 biji bawang besar , dihiris
1 ulas bawang putih, didadu
2 senduk cili kisar
2 - 3 genggan ikan bilis
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Gula (optional)
2 cawan air

Cara membuat  :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.. Agak-agak kekuningan masukkan pula cili kisar.. kacau hingga pecah minyak
  2. Masukkan pula  air secukupnya dan asam jawa.. kacau sekejap dan masukkan ikan bilis
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ikan bilis betul-betul lembut, jika air kering bolehla ditambah lagi. masukkan sekali garam. boleh juga ditambah gula untuk mengimbangi rasa pedas dan masin
  4. Akhir  sekali bolehla dimakan bersama sup sayur dan nasi putih :)
SUP SAYUR
Bahan-bahan :
1 ulas bawang putih -didadu
1/2 ikat daun lobak
3 biji baby carrot
2 peket kecil cendawan
1/4 kiub ayam knorr
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara membuat:
  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan air dan  kiub ayam setelah bawang putih kekuningan.
  2. Setelah agak-agak mendidih, masukkan baby carrot hingga hampir empuk.
  3. Akhir sekali masukkan  cendawan dan daun lobak.. jangan lupa letak garam. bolehlah diangkat jika cendawan benar-benar lembut.

Tuesday, May 28, 2013

versi 4 : cameron highland


2009 -Honeymoon

2010-  ngan bang man sekeluarga
2012 - busu, acik dan bang man
2013??? kami, pak tam dan pak long sekeluarga.. percutian yang lebih relax dan santai.. dan percutian yang x berapa nak best  sbb aku kna gastrik.... sadisss

cam biasa sampai2 mesti nak berhenti kat cameron valley dulu kan.. melepaskan lelah..

yang ni kat ladang boh sg palas.. diorg ngah duk ngutip daun teh la tu..

kami sekeluarga

afiq si bam bam ngah tengok apa tu??

happy family

pak long aka busu 20 tahun akan dtg, paktam aka busu 10 tahun akan datang, busu sekarang..hehehe.. dah nampak dah wajah tua suami i

rumah di kaki bukit ladang teh.. nice

shopping time

gerai org asli.. singgah beli petai je pun.. mahal gile rm11.. hahaha first time beli petai ingatkan dah okla harga dia.. sekali mak tam kata selalu dalam rm3-4 je.. xpela sedekah je..

pokok ayam mas.. fungsi??merawat luka

ok.. trip kali ni x banyak nak ulas.. sebab dah 4 kali dtg kan.. so lebih pada nak bawa kaum kerabat je dtg sini sambil menikmati suasana nyaman.. skrg semua kawasan construction semua dah dibuka.. kedai2 org asli otw nak ke cameron pun dah terbina cantik.. pastu ada 2-3 buah kawasan baru sebelum sampai ke cameron valley.. cakap ngan en suami, lepas ni kalau datang sini nak dtg saje je.. sewa semalam dua, lepak2 masak2.. berhibernasi dalam rumah..mmg best.. owh kat sana sejuk giler masa kitorg dtg, maybe sebab hujan kot.. tp pak tam kata x sejuk sgt.. org lain berstokin sweater bagai dia boleh pakai singlet ngan kain pelekat je.. hebat sungguhla..
so trip seterusnya?? untuk uda ngan uteh plak cadangnye.. tp kite tempat lain nak tak?? tp kalau nak kat sini juga kami suami isteri on saje.. tetiba terniat nak jadikan cameron highland ni kg halaman leh tak.. beli apartment sebiji kat puncak arabella.. survey2 harga dalam 230k.. so sedara mara nak dtg leh la lepak kat sini..hahaha tp angan2 je dulu.. angan2 kan pencetus langkah seterusnya..amin.. k, tata.. next trip.. bukit fraser on julai... jalan2 la tahun ni

Monday, May 27, 2013

happy convocation

tahniah en suami..dah hampir sebulan bergelar graduan.. semoga terus cemerlang dalam kerjaya  plak ye.. so entry en suami.. tepek pic en suami ngan kengkawan la ye

TARIKH: 7 MEI 2013
HARI : SELASA
TEMPAT: UTM SKUDAI







** mak nampak rendah sgt sebab duduk.. en suami, bila kita nk smbg master plak??**

Wednesday, May 22, 2013

Budget: Cukupkah simpanan saya

membelek laman AKPK untuk mengetahui tahap kewangan keluarga..  nak jugaak tengok tahap kesihatan kewangan kite supaya x terjerumus.. sebabnya sekarang ni otak asyik nak shopping ngan becuti je.. so merajinkan diri jengah AKPK supaya tak terus terjerumus.. jom kita semak.. Cukupkah simpanan saya ???
1) adakah saya selalu menabung dan menabung secara tetap?? Ya, Alhamdulillah sejak awal perkahwinan dah mula menabung.. dari syiling 10, 20, 50, rm 1 (setiap satu ada tabung).. tabung haji, asb, dan bsn (bsn ni kononnya untuk bekalan anak2, tapi rezeki tak sampai lagi).. walau tak banyak, tp alhamdulillah setiap tahun meningkat juga angkanya

2)Adakah saya menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan saya?? Setakat ini ya, akan datang tidak pasti sebab dah ada komitmen untuk rumah plak

3)Sudahkah saya menyimpan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan hidup di dalam sebuah dana kecemasan yang senang digunakan sekiranya perlu? Tiada.. ye saya tiada dana kecemasan.. harus difikirkan akan datang..

4)Adakah saya menabung secukupnya untuk matlamat jangka panjang saya seperti sebuah rumah atau pendidikan anak-anak? Ya, duit tabungan telah berjaya digunakan ketika proses pembelian rumah kedua kami. Alhamdulillah.. untuk anak2 sedang giat dilaksanakan sehinggalah rezeki kami ini hadir.

5)Bila membeli barangan mahal menggunakan kredit, cukupkah simpanan saya untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak yang mampu? selalunya kami akan membayar lebih banyak daripada bayaran minima. dan pembelian barang menggunakan kad kredit selalu hampir2 dengan bonus en suami.. cuma, ya seperti soalan 3 dana kecemasan kami ialah kredit kad iaitu apabila melibatkan kerosakan kereta secara tak disangka

6)Cukupkah simpanan saya untuk waktu persaraan? umur baru 29 tahun.. jadi simpanan untuk persaran masih dalam progress,,  tapi kalau ada insuran sekali saving  agak2 cukup tak?? hmmm


Sekiranya anda menjawab ya kepada semua soalan di atas, tahniah, anda berada di jalan yang betul dalam mencapai kebebasan kewangan

** keputusan?? sedang tercari-cari  jalan yang betul.. InsyaAllah berjaya

Thursday, May 16, 2013

tanda-tanda dah meningkat usia

umur dah nak jejak 29.. kalau ikutkan tahun depan dah 30-series..peras
an muda ke tua? hakikatnya aku rasa makin tua dah atas sebab dan faktor dibawah

1) suka makan manis-manis..
hasil perbincangan ngan kengkawan, mungkin ni adalah faktor peningkatan usia.. sebabnya dulu su4a sgt makan yang masin2, tp skrg ni kalau x dapat yang manis2 mcm tak syok je.. lepas makan nasi mesti terbayang kek, banana split ker atau pavlova.. perghh memang terbaik la.. kalau jajan dah x bape nak layan..tp en suami layan plak, patut org cakap umur dia baru sweet 21.. jeles i tau

2) cepat penat
dulu naik tangga turun tangga bukan main laju lagi..skrg ni termengah-mengah tersemput -semput..alahai.. masuk kelas mesti amik nafas dulu.. apakah??

3) penampilan
kalu sebelum ni pergi sekolah walaupun x bergaya tudung tu tetap nak  kemas.. pakai brooch kiri kanan..tp masuk 2013 nan hado.. lantak pi la apa nak jadi.. tp kalau kuar ngan en suami masih seperti dulu cuma kadang 2 terselekeh la juga..hihi

4) kurang makan..
sebelum ni amik nasi bukan main banyak lagi. dah kenyang pun boleh tambah.. tp skrg harus kurangkan pengambilan ye.. kalau tak jadi ular sawa la jawabnya..tp yang pelik, berat bertambah plak.. ohhhh tidakkkkkkkk...

hmm tu je la kot..simptom2 masih sket.. tp xboleh leka.. kena tambah banyak bekalan lagi untuk hari tua.. lagipun ajal maut kita tak tau kan.. Ya Allah bersihkan hati kami, jauhkan kami dari alpa, hindarkan kami dari takbur sesungguhnya Engkau lebih mengetahui.. Amin

selamat hari guru

SELAMAT HARI GURU
Semoga Allah merberkati guru-guru saya yang telah mendidik saya menjadi seperti hari ini.. guru-guru di taska. SK Bukit Changgang, SK Bukit Rokan Utara, SK Palong 4, SK Palong Timur , SMK Tinggi Segamat, Uitm Dungun, Uitm Shah Alam, USM terima kasih di atas jasa kalian semua..  Tanpa ilmu dan tunjuk ajar siapalah saya..

Dan sekarang saya telah mengikut jejak langkah kalian semua.. terima kasih cikgu..
Buat rakan2 seperjuangan selamat hari guru.. semoga tabah dan sentiasa ikhlas dalam mendidik anak murid.. ingatlah,kita adalah guru-guru zaman millenium.. walau tugas kita dipermudahkan masyarakat luar, kita tahu di mana kita berada.. walau tugas kita diperlekeh tapi tetap ada yang masih memandang tinggi ..

buat anak2 murid,fadilah, emran, izzani, syabil, aareena, diana amiera, ainin sofiya, batrisya, intan, farah, rabiah, danish, irfan, mastura, monish, aiman, syamil, dzarif, haikal, amierul, nadia, zana dan lain2.. terima kasih di atas hadiah yang diberikan.. juga ucapan 'selamat hari guru' di bibir kalian..terima kasih, terima kasih , terima kasihhhh

dengan jiran sebelah meja, k.hanim

hadiah cabutan bertuah untuk sesi petang..tp malangnya saya tidak bertuah hari ini :)

aktiviti tukar-tukar hadiah kami di sesi petang
sebahagian hadiah yang diterima..  yang lain tinggal kat sekolah atau sudah di ngap.. ramai yang bagi cupcake buat cikgu tergugat.. sebabnya mereka sendiri yang buat.. terima kasih semua.. yang hadiah dengan doa pun terima kasih.. itu yang paling penting.. bila ada student tanya " cikgu nak hadiah apa?" yang mampu dijawab cumalah doakan saya dapat baby" ye, itu hadiah yang terbaik.. terima kasih semua.. owhh tahun ni dua org pelajar hadiah whiteboard marker.. sentimental value tu ..thanks ye, tiada dalam gambar sebab cikgu dah letak siap2 kat pensil case.. :)  
Akhir kata, selamat hari guru dan terima kasih pada kaum keluarga, sahabat handai, dan pelajar-pelajar tersayang atas ucapan yang diberikan..

Friday, May 10, 2013

selamat pengantin baru simaa dan aizuddin

sabtu lepas sehari sebelum pru13 majlis kawen adik ipar kak lang.. mujurlah tak jauh di seksyen 18 je.. dapatlah menghadirkan diri memandangkan hari ahad baru akan bertolak ke kampung di bukit changgang untuk menunaikan tanggungjawab.. yezzaaaa saya pergi mengundi..  tetamu mmg sgt2 ramai sebab kenduri ni untuk kedua2 bela pihak lelaki perempuan.. sebabnya family lelaki ada di sarawak tetapi memandangkan sedara mara pihak lelaki ramai di semenanjung so dilangsungkan sekali la.. selamat pengantin baru buat simaa dan pasangan.. semoga dilimpahkan kebahagiaan dan kasih sayang.. moga mendapat zuriat yang comel2 soleh dan solehah.. amin :)


ini  kami adik beradik.. kak lang, along  dan aku..

Wednesday, May 1, 2013

matluthfi90

ini dia vlogger yang paling sempoi dan terhebat abad ini.. pada akula.. video2 sgt simple tp memberi momentum yang sgt hebat. buat minda kita x dapat nak menyangkal apa yang dia sampaikan.. terima kasih la matluthfi sebab anda mungkin telah membuka minda pelbagai lapisan masyarkat.. sambil ber vlog sambil beramal..teruskan video2 anda yang sgt hebat.. jgn henti berkarya.. :)