Post Terkini

Thursday, March 28, 2013

Monday, March 25, 2013

happy holiday

bersiaran dari shah alam.. sabtu ahad haritu g kluang... kenduri kawen anak buah..  hari ni plak sekolah dh stat cuti.. weehuuuuuuu... sgt seronok.. setelah 2 minggu berpenat lelah menguruskan karnival ko akademik.. mmg penat.. lebih2 bila ada MMI a.k.a melindungi masa instruksional.. so segala aktiviti diluar kelas mesti dilaksanakan pada waktu pnp.. so cikgu cikgi perlu la berkorban masa datang sekolah awal atau balik lambat.. tp berbaloi bila kite tgk anak murid yg semangat menjayakan aktiviti ini.. tahniah kepada semua yg menang..

tp dalam pada tu ada cikgu2 yg lepas tangan..haa yang tu memang kategori x boleh pakai punya org.. fullstop.. thanks pada KPM sbb bagi cuti pada budak2 sekolah.. sekaligus kami para cikgu boleh tumpang sekaki..  tp kejap lagi nak gerak g sekolah.. menyiapkan segala kerja tertunggak.. tanda buku budak.. tanda PBS pelajar.. siapkan filing HEM.. hias kelas.. ok..itu dlm perancangan la..

hari khamis n jumaat maybe en suami shutdown.. so balik kg mengecat rumah.. sabtu ahad??? THE DUSUN lah kami.. x sabarrrrrr...

Sunday, March 17, 2013

Bukit Tinggi, Pahang

entry kali ni ialah entry penuh gambar ye.. percutian yang pertama untuk sesi 2013 tahun ni.. walau bukan dengan en suami tapi tetap teruja sebab keinginan untuk ke sini dari 2011 lagi.. pernah ajak en suami pergi, tp dibawanya kita ke bukit tinggi klang.. aptb.. kali ni mengikut rombongan sekolah di bawah persatuan jepun ke bukit tinggi.. malam sebelum bertolak, sekali lagi en suami salah tafsir.. diingatkan lawatan ke bukit tinggi klang..  hmmm suami suami.. apakejadah lawatan ke situ bang oiii... mmg tak munasabah langsung.. so sebab baru tahu lokasi sebenar mulutnya tak henti mengomel je..hihihi lawak lawak..
Destinasi pertama kami.. taman tea jepun.. kami naik shuttle bus ke sini.. nak dijadikan cerita sepatutnya first destinasi ialah taman arnab dan dijadualkan akan bekfes di situ.. tp driver suggest kami ke sini dulu.. so dia berhentikan la kami ke colmar.. agih2kan bekfes pada pelajar, sekali sorang wakil management dtg kata kami tak boleh makan kat situ.. mmg tak blh negotiate langsung.. katanya kawasan private, tempat berbayar so ada peraturan2 yang perlu diikut.. huhu.. tak boleh blah.. tp kitorang makan gak..lantak pi la..sian kat bebudak.. cikgu tak perla kan kalau tak makan..
my frens.. happy je walaupun hati panas dengan kejadian tadi

depan pintu masuk ke taman tea
sebahagian pelajarku yang dah bertukar menjadi gadis jepun yang comel.. ahli rombongan lelaki cuma 6 kumbang sahaja :)
Dan lagi
Me.. tidak menukar uniform.. mahal kot kimono nye.. rm20..  berbaloi..dahla design cantik.. dulu berangan nak pakai kimono kat sini even ada terbaca pasal kualiti dia.. tp bila dah sampai tak rasa rugi pun tak sewa kimono ni
Pandangan dari bawah..
so lepas dah bagi bebudak ni feeling jadi orang jepun, kitorang turun semula ke bawah.. pergi plak ke taman bunga diorang.. bersebelahan ngan taman tea.. ada kiosk kecil jual makanan jepun sebelah taman ni.. try beli takoyaki rm4.50 3 ketul.. tp tak sedap.. masin n rasa macam makanan melayu je..heheh ada hak group fotografer yang amik gambar burung..

Destinasi kedua kami.. colmar tropicale.. untuk bergambar cantikla..
Pandangan dari menara
di bawah clock tower.. tak perasan plak jam tu hidup ke tidak.. tp waktu sampai  cam lebih kurang je


RM 19.50 hokehhh.. sib sedap.. paling murah ni


Menara.. kami naik lift tak guna pun tangga.. penat kot.. kat sini semuanya memerlukan kaki.. kitorg naik lift student kitorg lumba naik tangga.. and u know what?? diorg sampai dulu..huhu..stamina diorg sgt baguss


Taman arnab.. takdela best sgt pun.. arnab pun tak nak makan makanan yg bebudak ni bagi..dah terlampau kenyang agaknye pungunjung lain bagi..tapi bebudak bandar kan..jarang jumpa ngan binatang.. abis diorg main kejar2 ngan rusa bagai.. padahal umur masing2 dah 13 14 tahun dahh.. layankan aje

lama dah  tak main buai
kegemaran ku.. membeli tshirt untuk kami suami isteri :)
dan juga FM.. RM 6.. mahal gak pada aku..



Sekiann.. Conclusion nya pas ni kalau tak de apa2 mmg tak kan lah nak dtg sini.. cukuplah sekali.. tak berapa mengujakan berbanding keinginanku.. tambahan serba serbi mahal kat sini.. cuma kalau ada kengkawan tanya dah pernah pergi ke, bolehla jawab dahhh... hehehe

selamat pengantin baru "che shikin & muhammad"

tahniah kepada my bestie, dan penghuni bersama masa menuntut kat uitm dulu.. alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan pilihan hatinya..minggu lepas 9 mac 2013 menyaksikan hari bersejarah che shikin dengan pilihan hati di cystal crown klang.. berjanji dengan member lama, norina yang dah hampir 13 tahun tak berjumpa.. sedang elok azan zohor kami sampai.. pengantin sgt gorgeous dengan persalinan beliau.. bergemerlapan batu2 di baju beliau disinari cahaya biru di pentas pelamin
dapat bergambar pun ngan pengantin..

sesi memotong kek
seriously, sang puteri sangat-sangat cantik.. sesuai dengan ketampanan putera hati.. tahniah che shikin.. sgt gembira melihat keceriaan anda.. semoga bahagia sentiasa dan dikurniakan cahaya mata secomel kamu berdua :)

Friday, March 8, 2013

isu pencerobohan lahad datu

skrg mmg isu pencerobohan lahad datu yang paling panas.. setiap kali dgr berita wira2 negara yang terkorban mmg sedih sgt.. lagi2 bila tgk anak2 kecil yang kehilangan ayah mereka.. kesian.. kecik2 dah hilang kasih sayang seorang ayah.. yang melancarkan perang org islam, yang terkorban juga org islam :(

tp dari sudut positif, seorang yang buta sejarah mungkin akan lebih mengenali sejarah.. Sultan sulu sebagai contoh, bukannya seorang tetapi ramai..semuanya mengangkat diri sendiri sebagai sultan.. tetapi rakyat sulu mengangkat sultan tausuq sebagai sultan. itu baru salah satu yang baru difahami.. 

kenapa mereka berkeinginan terhadap sabah?? semuanya akan buka mata org yang buta sejarah.. contohnya aku.. dan bila isu ini timbul mmg keinginan untuk mengkaji sejarah tinggi.. secara x langsung semangat malysia juga meningkat..

semoga wira2 kita berjaya mempertahankan sabah dan penduduk di sabah.. InsyaAllah.

Thursday, March 7, 2013

sebelum cuti

minggu ni mmg sgt2 memenatkan..  keluar rumah kul 7 balik kul 7.. lebih kurang 12 jam berada di luar.. utk yang bukan warga pendidik mungkin isu ni remeh.. tp utk kami para guru mmg agak pressure.. sebabnya.. kami bukan hanya tertumpu di depan komputer atau meja semata2 tetapi lebih memerlukan pergerakan yang maksimum..  minggu depan start karnival ko-akademik.. so cikgu2 bertukar karier untuk sementara waktu.. ada yang jadi jurulatih koir, nasyid, coral speaking dan sebagainya.. kalau latih 2 kumpulan nasyid lelaki dan perempuan terpaksa berkejar-kejaran plak.. kejap2 tgk tang laki, kejap2 pegi plak belah perempuan.. habis latihan dlm kul 9.30.. aktiviti perssatuan plak smpi kul 11.00.. itupun kdg2 terlajak.. rehat kat kantin, pastu dalam 1130 g kelas ICTL smpila kul 1230.. habis kelas terus attend assembly .. perghhh memang  bernafas la..  lagi2 kalau dapat hari yang padat ngan waktu mengajar..

tapi tapi tapi... bila tgk pelajar bersemangat buat latihan, bila tgk student happy join aktiviti mmg berbaloi2 rasanya.. bila masuk kelas semua kerja siap hilang rasa penat.. bila tgk wajah kiut miut ngan hensem cantik pelajar terus rasa happy walau terpaksa berlakon jd singa..   rasa satu kepuasan  jadi cikgu..

tapi bila sampai rumah.................. hmm pengsan sepengsan pengsannya.. penat sepenat penatnya.. sebab nak muka en suami... hehehe.. boleh la bermanja2 minta urut sana sini.. minta pengecualian cuti memasak..  hehehe.. mekasih buah hatiku pengarang jantung...

eh apa kaitan ngan tajuk ye.. sebabnya pas penat2 disekolah alhamdulillah kpm bagi cuti seminggu pada pelajar.. so sbg cikgu dapatlah menumpang sekali cuti pelajar..

***teringat bila ada kawan cerita dia menangis bila sang suami suruh masak jugak , tak mau beli kedai.. walau dia tau itu gurauan tetap nak nangis jugak sebab terlalu penat..hehehe***

Sunday, March 3, 2013

detik 12 malam

baru je selesai menonton detik 12 mlm.. guess what??? my brother is one of the production team.. tumpang bangga sekejap.. hehehe..  sound effect dia mmg agak scary.. tp xdela seram mana pun.. menyebarkan pengalaman golongan2 yang berkerja sendirian jam 12 mlm dan ke atas..mmg berani la golongan2 ni..

untuk isyad, tahniah.. well done.. good job.. teruska usaha anda.. chaiyo' chaiyo'

Saturday, March 2, 2013

Friday, March 1, 2013

Suara hati rakyat PRU 13

korang2 sume dah layak mengundi ker?? dah pernah mengundi?? pada sape2 kelahiran 80-an dan kebawah of coz mmg dah layak kan.. termasuklah aku.. huhu pernah ter miss untuk mengundi tahun 2008 dulu.. almaklum masa tu duk penang.. cuti sehari esok ada kelas.. mmh x berbaloi la utk balik.. huhu.. tp excited tetap ada.. puas kitorg duk depan tv nak tau result mengundi..

so tahun ni Insya Allah musim mengundi bakal tiba.. tapi kan... aku x tau nak undi mana.. kerajaan or pembangkang.. ada kata keje gov haruslah menyokong gov.. kerajaan yg bagi gaji.. tp aku ni bukan ada kepentingan pun.. huhu.. nak x berminat pada politik.. bak kata abg ipar aku, politik tu tak kotor yang kotor ahli yang terlibat dalam politik, means yg x berapa nak bagusla.. berdasarkan konsep itula, aku suka untuk mengundi pasa sesapa yg dah buat kebaikan pada masyarakat.. bukan atas tiket org tu parti apa..

so mesti ada yang kata , kalau stail aku mcm ni ibarat lalang.. tul tak?? hehehe lantak korang la.. aiman x kisah.. yg penting tahun ni x pasti dapat mengundi atau tak sbb haruslah menemani en suami utk mengundi di kg halaman beliau kan..  nanti2 pas tukar alamat kt s.alam ni baru dapt mengundi la gamaknye.. so kalau kat sini i taula nak menyokong mana..hehe sebab dapat melihat penglibatan wakil2 rakyat yg kononnya dicalonkan oleh rakyat.. padahal rakyat cuma diberi pilihan untuk mengundi, parti yang mencalonkan siapa yg boleh bertanding.. hehehe..

ini adalah pandangan peribadi aku ye.. xde berat sebelah mana2 pihak... so jgn nak emo terlebih..

ok..  nak info lebih lanjut..leh tgk suara hati rakyat atau klik sini