Post Terkini

Tuesday, June 25, 2013

jerebu oh jerebu

jerebu kali ni mengingatkan aku masa study uitm 2005 dulu.. almaklumlah ftmsk atas bukit. lagi2 masa tu aku ngan beberapa org kawan jln kaki je kalau nk g kuliah.. almaklumlah delima ngan ftmsk xdelah jauh mana.. Dipisahkan oleh kolam renang dan tangga yang sgt tinggi.. Tp kalau dah biasa, 5 minit pun sampai.. Cuma berpeluh sket la smpai kelas.. Huhu.. Ingat lagi masa tu kalau naik tangga tengok pemandangan rasa macam "Ya Allah, selamatkanlah Malaysia".. Mmg x nampak apa langsung.. Hari2 cakap kat kawan dh macam darurat je.. Kulit aku yang halus mulus ni pun dah gatal2.. Jerawat naik mmg banyaklah.. Terasa la muka ni mmg x bersih.. Mmg hari2 la perbincangan bila la uitm nak bagi cuti.. Iyelah, kalau tangga paling bawah tgk tangga paling atas nk ke ftmsk tu pun x nampak, mmg teruklah masa tu kan.. Cuma masa tu xdela tau apakebenda ipu tu.. Yang tau jerebu teruk.. Smpailah satu saat, time kitorg ngah tutorial, sekaliada announcement mengatakan cuti serta merta.. Apalagi, bukan setakat kitorg je, lecturer pun terus angkat beg balik.. Mmg x tahan la masa tu.. Bau asap punyala kuat.. Tp aku x baliklah rumah mak abah..sebab diorg duk kelantan masa tu.. Duk bercuti rumah akak aku seksyen 20.. Azabnya Allah je yang tau.. Mmg dalam rumah pun kabur.. Aku ngan akak aku siap buh air dalam besen letak kat ruang tamu lagi.. Biar asap tu kurang sket.. Tp jerebu kali ni aku rasa x teruk sgt cam dulu.. Mungkin sebab rumah tinggi atau memang rumah ni bertutup je x nak bagi udara masuk.. X sangguplah nak bukak tingkap, tapi udara pun x segar.. Baiklah berkurung je kan.. Sek kat s.alam pun cuti emergency sebab ipu meningkat berbanding semalam.. Itupun nyaris2 dah g sekolah..sib baiklah ada member tepon kata cuti.. Alhamdulillah.. So kepada yang bekerja tu jaga kesihatan anda ye.. Kami para cikgu ni bercuti sebab pelajar2 je.. Dah nama pun cuti berganti.. Kalau pelajar je yang cuti, cikgu tak, sapa plak nak ngajar diorg hari sabtu nanti kan

Thursday, June 13, 2013

my name is david hammer

ok, mulai saat ni nama manja aku adalah david hammer.. hahaha... terbaik la...
fb ni hebat kan.. mcm2 dia boleh dr pelbagai no.. kali ni nick name plak.. 
cara nye sng je, korg bukak fb korang, yang xde akaun tu sila2 la buat ye..

muzaiyanah samilan = david hammer

caranya : ambil hari lahirmu dan bulan lahir
contoh : hari 22 bulan 7
buat macam nie

@+[227:]

Buang Tanda " + "
tekan enter.. pastu akan tertera la nama manja korang


selamat mencuba


Monday, June 10, 2013

Setengah tahun dah berlalu

tahun 2013 dah pun sampai dipertengahan. hari ni bersamaan 10 jun 2013 sesi persekolah penggal 2 dah bermula.. sekejap je rasanya.. pejam celik pejam celik nanti sampai plak ke hujung tahun.. semoga makin tabah meniti hari2 mendatang.. moga2 pelajar2 ku semakin matang.. tak terlalu leka terhadap mudahnya PBS.. takut2 nanti memakan diri sendiri. lagi2 tahun depan yang tingkatan dua dah nak PMR.. kalau terlalu leka takut tak terkejar plak subjek yang dipelajari. almaklumlah masih kabur2 dengan cara penilaian tingkatan tiga sebelum diorg menjejak kaki ke tingkatan empat..

untuk pelajar-pelajar ku.. chaiyo' chaiyo.. topik yanh dipelajari akan makin mencabar,, band yang perlu dicapai akan semakin sukar.. selamat berusaha semua.. jgn bikin cikgu pening kepala lagi ye.. selamat belajar kembali :)

Friday, June 7, 2013

maggie magic meals : untuk wanita bekerja

maggi magic meals ?? dari mana aku tau?? tak pernah tau sehinggalah terbaca my fren punya blog.. paper-pink.blogspot.com .. nampak macam sedap.. terasa nak beli tp bila teringat pernah beli maggi spaghetti  yan tak berapa berkenan kat tekak, terus cancel nak try yang ini,, iyelah, lain orang lain tekak dia kan..

tapi semuanya berubah bila pergi rumah my sis.. mmg banyak stok magic meals ayam kicap berempah ni.. yang spaghetti punya pun ada..  supplier bagi katanye..  so soal selidik ttg magic meals ni, testimoni sama mcm my fren kat blog dia.. so apa lagi, haruslah rembat 2 paket.. alah, kalau x sedap pun xrugi apa kan.. bende free.. hehehe
so inilah packaging dia.. kat belakang dia ada cara masak.. plastik, pengikat semua siap... cara yang sgt senang..2 in 1 je..
Cara-cara : 
1. Sediakan ayam untuk 3-4 orang makan. seeloknya dipotong kecil untuk memudahkannya cepat empuk. masukkan ke dalam plastik yang disediakan.
2. kemudian, masukkan bawang besar(dipotong bulat)dan 1/5 cawan air,
3.gaul bahan2 supaya sebati dengan rencah maggi. ikat plastik dengan tali yang disediakan.
4. letakkan plastik atas beras yang nak dimasak. pastikan tempoh masak dalam 45 minit ye.. kalau nasi dah masak dulu pun xpe..
5. dah cukup 45 minit bolehlah dikeluarkan dan dihidang dengan nasi yang korang tanak tadi.. sgt mudah kan..

Tips: walau dalam cara penyediaan yang diorg sediakan, xde suruh letak garam tp korang kena letak gak secukup rasa.. kalau tidak, dia akan jadi tawar je..

inilah hasilnye

kasi zoom sket.. mmg sgt empuk melainkan kuahnye yang tawar.. 



blog informasi dari blogger kacak

blog informasi dari blogger kacak ... pssstttt.. bukan main suka ye bila aku tulis blogger kacak.. sapa tu blogger kacak?? suamiku kah??? hmm my hubby mmg kacak tp dia bukan blogger. so sape sebenarnye?? jalan-jalan melihat blog, terjumpa dengan blog yang penuh dengan informasi .  senang kata selalu orang panggil blog informasi.  kenapa aku kata blog informasi ? mana taknye , apa yang korang nak tau, apa yang korang nak belajar semua ada.. lagi-lagi untuk menjana pendapatan melalui internet. tak caye?? kalau x percaya cuba korang pergi click sini .
.......................
dah terjah belum blog blogger kacak ni.. menyesal tak?? confirm korang tak menyesal kan..  untuk blogger picisan macam aku ni, blog informasi dari blogger kacak memang sangat2 membantu.. almaklumlah nak berniaga tak berani, so nak jana pendapatan lebih blogger kacak banyak beri input dan tips berguna dari penulisannya dalam blog informasi http://hafizrahim.com/ .

dan masa duk berjalan-jalan kat rumah blogger kacak ni terjumpa plak entry panduan menjahit baju kurung . mmg sangat2 berguna la untuk orang yang x pandai menjahit.. iyela, aim aku dah indah rumah baru nanti nk beli mesin jahit.. konon2 belajar menjahit.. at least lepaslah nak buat baju kurung.. almaklumlah keje cikgu ni sepanjang minggu duk pakai baju kurung sampai naik bosan pakai baju yang sama. atleast entry dari blogger kacak ni dapatlah membantu serba sedikit. x gitu?

uishh panjang plak berceloteh... so pada semua yang menyinggah di blog aku ni jomlah kita terjah blog informasi dari blogger kacak.  x banyak, sedikit ilmu pasti korang akan dapat dari blogger kacak.. selamat menyinggah ye kengkawan..

blogger kacak alamatnye di sini http://hafizrahim.com/

Thursday, June 6, 2013

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah, 31 Mei yang lepas my BIL and his wife selamat berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah.. Tahniah bang man dan  k.nor kerana menjadi insan terpilih untuk ke rumah Allah. Busu dan Zai doakan yang baik2 sahaja.. moga selamat sampai dan kembali ye..kami suami isteri tak pesan apa2 buah tangan pun.. sekadar doa agar dipercepatkan rezeki kami untuk mendapat zuriat.. juga dipercepatkan agar kami juga dapat menjejakkan kaki ke sana.. Iye.. hati sdg meronta2 untuk ke sana.. cemburu melihat rakan2 dan saudara mara sampai ke sana..
bang man sekeluarga.. 5 orang jejaka anak2 bang man
Turut menghantar bang man.. anak buah k.nor, pak tam, mak k.nor , kakak dan kami
mendengar taklimat terakhir sebelum berangkat
budak comel.. rasanya sedara mara dengan jemaah lain..so cute.. waaaa nak jugakkk
pak tam, bang man, busu
menyemak tiket masing2.. kak nor sangat manis berjubah hitam.. nampak ceria sgt.. gembira dapat ke sana kan
kami hantar sampai di sini je.. perasaan masa ni?? sgt sebak.. sebab mencemburui  peluang mereka di sana..  tapi  tumpuan dialihkan kepada yang lain supaya air mata tak berjurai.. ye saya dah pandai mengawal emosi.( tp kalau tgk cerita atau novel tetap kantoi.hehe)
ngan mak tam.. cam gaduh je kan.. tp hakikatnye.. kami baik2 saje
dengan k.zal.. my anak buah..hehe.. tua setahun dari me..
doa kami.. moga bang man dan k.nor dapat mengerjakan umrah dengan baik.. doa kami jugak, agar kami dapat menjejakkan kaki ke sana.. InsyaAllah.. mungkin 2-3 tahun akan datang..Amin

Saturday, June 1, 2013

Sambal ketam dengan telur

Lama rasanya x makan ketam.. masa beli barung-barang basah kat Checkers ternampak plak ketam besar-besar.. tekak plak terus gulppp.. x boleh jadi ni.. harus beli.. mula2 nak buat ketam rebus je, dipandankan dengan sambal telur ngan sayur campur. tapi bila tanya my brother nak ketam rebus ke atau sambal ketam, terus dia request menu ni.. biasalah, orang nogori.. x sah kalau x pedas.. So inilah hasilnya..


kasi close up sket
dihidang dengan sayur campur
BAHAN-BAHAN :

3 ekor ketam -dibersihkan
3 biji telur
2 biji bawang besar -dimayang
1 ulas bawang putih-didadu
2 senduk kecil cili kisar (brand PUTERI)
garam secukup rasa

CARA-CARA :

  1. Tumis bawang putih, bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air dan garam. Biarkan seketika hingga mendidih..kemudian masukkan ketam.. kacau dan balik2kan sehingga masak.. (tips : tutup supaya ketam masak sekata)
  3. pecahkan telur. balik-balikan ketam tadi  supaya telur masak sekata.
  4. bila dah masak bolehlah diangkat dan dihidang..