Post Terkini

Saturday, June 1, 2013

Sambal ketam dengan telur

Lama rasanya x makan ketam.. masa beli barung-barang basah kat Checkers ternampak plak ketam besar-besar.. tekak plak terus gulppp.. x boleh jadi ni.. harus beli.. mula2 nak buat ketam rebus je, dipandankan dengan sambal telur ngan sayur campur. tapi bila tanya my brother nak ketam rebus ke atau sambal ketam, terus dia request menu ni.. biasalah, orang nogori.. x sah kalau x pedas.. So inilah hasilnya..


kasi close up sket
dihidang dengan sayur campur
BAHAN-BAHAN :

3 ekor ketam -dibersihkan
3 biji telur
2 biji bawang besar -dimayang
1 ulas bawang putih-didadu
2 senduk kecil cili kisar (brand PUTERI)
garam secukup rasa

CARA-CARA :

  1. Tumis bawang putih, bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air dan garam. Biarkan seketika hingga mendidih..kemudian masukkan ketam.. kacau dan balik2kan sehingga masak.. (tips : tutup supaya ketam masak sekata)
  3. pecahkan telur. balik-balikan ketam tadi  supaya telur masak sekata.
  4. bila dah masak bolehlah diangkat dan dihidang..



Post a Comment