Post Terkini

Sunday, January 25, 2015

Progress rumah : Tempah grill

Alhamdulillah.. settle lagi satu benda. Grill.. Lega rasanya.. Aduiii... aku bila bab rumah ni selalu la juga bertekak ngan somi.. Sampai majuk-majuk kau... Bukan apa..dia tu cool sangat..Buat rilex dia je.. Aku ni pikir nak settle cepat, senang nak pergi step seterusnya.. Inipun pasal grill, mau makan hati gak mula2.. Suruh call kontraktor yang duk bagi flyers n gantung banner tu dia buat tak tau je.. Paneh hati den ni haa di buatnya..

So last-last dah pening-pening.. kitorang call pak cik sedara, tanya dia kalau ada kawan-kawan yang buat grill. Malang nya takdepun. Tapi dia suggest pergi tengok kat econsave Alam Impian. Sebab dia kata kat situ antara yang termurah dan cara kerja pun kemas..  So kitorang pun apa lagi, sap sap soi terus menuju ke Econsave.

Singgah Econsave, lunch dulu baru g masuk kat dalam pasaraya dia n pergi bahagian kaunter. . Terus masuk kat situ n survey harga. Untuk pintu utama sahaja wrought iron rm350 n mild steel rm250.. Wahh aku ok jee... Kalau boleh nak mild steel sebab design dia cantik.. Nampak moden gitu... Tapi rupa2nya en somi nak guna wrought iron.. Dia kata lebih selamat.. Wrought iron ni ada dua.. satu solid, satu lagi hollow.. Huhu sebab ada baca kat blog, ada yg inform kalau setakat hollow kualiti lebih kurang sama dengan mild steel so pada aku better ambil mild steel kan.. Moden pun moden gak..

So bincang-bincang kat situ, akhirnya aku agree jugalah ngan pendapat en suami.. Plus dia ada bagitahu dari segi ketahanan kan. So minta dia datang umah ukur la panjang pendek tingkap kitorang tu nanti. Aduii panjang plak mukadimah aku ye...

Ok jom kita tengok...
Pekerja dia tengah catat panjang tingkap.. Rumah tengah aku ni tinggi, diorang plak tak bawa tangga.. So pakai jela pita keras tu untuk mengukur..
Tingkap master bedroom
Tingkap bilik air belakang..
So total semua dia kira ialah RM2300 untuk satu rumah..  Yang tingkap macam master bed roon tu ada 7 pintu.. Bilik air belakang  cam gambar kat atas tu 2 pintu.. Pastu tingkat bilik air utama ngan bilik air tengah 7.. Yang di agak panjang gak la bukaan dia x macam bilik air belakang..  Aku suruh dia buat quotation untuk mild steel rm1900.. So fikir-fikir beza dalam RM400.. so kami decide ambil ni je la walaupun budget aku bawaj 2k.. Hahaha sebab apa aku pilih?? Sebab rupa-rupanya wrought iron dia pun ada gak yang aku berkenan.. Paling penting laki aku pun berkenan..


wrought iron
Haa inilah dia.. Kenapa aku berkenan?? Yang pertama sebab warna putih.. Yang kedua simple. Dan yang ketiga sebab ruang dia tu rapat-rapat.. Agak selamat di situ pada aku sebab kalau orang nak potong pun payah sikit.. Paling best, suami pun berkenan design ini.. Cantikk sangatttt la tu bila dah sepakat.

Lepastu aku request grill tu kasi telinga luar dan dalam..Susah sikit kalau orang nak kopak.. Kalau acid tu emm lain cite la kan.. Dia pun kata boleh,  kira ok la tu kan.. Dan dia kata nak kasi free end lock??? Huhu aku pun tak tau end lock tu apa.. Tapi worker dia kata end lock tu cantik kalau letak.. Haha aku iyekan je sebab tak dapat nak imagine kan..

Haa kan tingkap belakang bilik air yang aku tunjuk tadi tu, korang nampak tak dia dah hitam-hitam..Kesan air hujan la tu.. So itupun kitorang nak tambah awning.. Kedai ni bagi RM7.50 psf.. Kira-kira 6kaki x 20 kaki RM990..

So dah settle semua, dia janji  dalam tempoh 2 minggu siap.. Dia pun kata nak buat cepat-cepat.. Leh nanti jiran-jiran sebelah tengok dan order pada dia. Hehe.. Tak sabar plak nak tengok hasilnye..

So total RM3300..Sepatutnya RM2290 kan?? Haha apsal ada lebihan RM 10 plak.. Salah aku ngan laki aku la tu.. tak alert.. Balik rumah tengok resit, barulah eh apasal?? Haha.. padan muka..

Hmm pada korang murah ke mahal?? Pada aku okla.. Sebab walaupun rumah setingkat, tapi tingkap ruang tengah kami agak besar dan banyak.. Dekat bahagian syiling yang tinggi.. Survey-survey harga pun dalam 3k gak.. Tapi ngan dia dapat 2 lebih tu okla.. Bab awning plak, memang pada aku murah la.. Sebab ada aku survey rm13 sekaki.. Ok settle pasal grill..

Next progress.. Tinted cermin.. Kena pasang tinted dulu before grill rumah. Laki aku yang nak sangat tinted ni.. So layankan aja lah.. Pastu wiring plak..

p/s Duit-duit dimana kau duit..

** update.. since ramai yang request nak contact no untuk grill ni ni aku bagi link ye.. ada aku bagitau address n contact no kt sini progress rumah - Grill : Done

Post a Comment