Post Terkini

Monday, January 5, 2015

Spaghetti olio in the house..

Yeayyy.. Entry pertama di tahun baru.. Entry masak memasak.. Spaghetti olio mudah dan sedap . Nah tayang gambar dulu.
spaghetti olio sedap
Spaghetti olio
First time wehh aku buat spaghetti olio ni.. duk google sana goole sini..ceduk resepi sana ceduk resepi sini.. Ubah-ubah ikut kesesuaian bahan dan skill memasak aku..Ahaks.. akhirnya terhasillah sesedap tekak aku..

So jom share resepi..

Bahan-bahan:
  • Spaghetti
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 8 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 8 ekor udang - buang kulit, tinggalkan bahagian ekor (kulit jangan dibuang)
  • 3 ekor sotong sederhana besar - buang kulit n potong bulat
  • 1 potong dada ayam - dicincang
  • stok rebusan udang
  • chili flakes - ikut kesukaan tahap kepedasan
  • sedikit parsley kering
  • brokoli - dicelur
  • tomato ceri
  • lobak merah-dipotong bulat
  • parmesan cheese
  • garam secukupnya
  • olive oil

Cara-cara memasak :
  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan spaghetti .Letakkan setitik dua olive oil ke dalam rebusan. Rebus sehingga sedang elok utk dimakan dan tos kan minyak..
  2. Untuk buat stok rebusan udang, didihkan semangkuk kecil air, kemudian masukkan kulit udang tadi dan biar sekejap. Kemudian ambil saje air rebusan udang.
  3. Udang, sotong, brokoli semuanya dicelur sekejap.
  4. Panaskan olive oil di dalam kuali secukupnya untuk menumis.  Masukkan bawang yang telah dicincang. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air rebusan dan lobak.
  5. Agak-agak lobak tu dah hampir lembut, masukkan pula ayam cincang.. Kacau hingga ayam masak.Kemudia masukkan sotong, udang, cili flakes, parsley , tomato ceri dan garam secukupnya. Kacau sekejap.
  6. Akhir sekali masukkan spaghetti dan siap untuk dihidangkan. Korang bolehlah taburkan parsley ngan keju parmesan sekali..
spaghetti olio
kasi dekat sikit gambar
Komen aku?? Memang terbaikk.. sedap kot..hahaha naik bakul angkat sendiri. Cuma maybe chili flakes tu aku terletak banyak sket, so kepedasan tu agak terasa plus aku ada ulser kan..  Tapi yang penting tok laki makan bertambah compare kalau buat spaghetti bolognese tu.. aku bagi 4 dari 5 bintang spaghetti olio hasil tangan aku.. Haha.. nasibla nak kata perasan sedap..yang penting kat tekak aku lulus cemerlang rasa dia..Ahaks..
Post a Comment