Post Terkini

Friday, January 9, 2015

Restoran Mohd Chan Shah Alam

Sekali sekala tekak ni teringin nak makan masakan cina. Selalunya keinginan selari dengan en suami. So antara tempat yang kami suka nak pergi haruslah di sini, Restoran Mohd Chan. Laki aku yang perkenalkan tempat ni. Aku macam biasalah hidup aku setakat pergi balik sekolah, mana ada nak explore tempat2 makan yang best. Plus, pilihan laki aku selalu memang terbaik..

cover menu pun islamik

favourite aku n somi kalau kat sini ialah jus kedondong asam boi suam.. Serius yang suam lagi sedap dari sejuk
Memilih menu
Daging black pepper
Nasi putih + daging black pepper
mee wantan
Menu favourite kami.. Mee wantan ngan ayam bbq. Terbaikk
Dan menu lagi satu.. Haruslah Dim Sum dari Mohd Chan Restoran.. Haha ini dia 3 menu yang kami suka. Kalau teringin nak minum air kedondong, kitorg datang sini. Kalau mengidam Mee wantan ke sinilah kami, kalau nak Dim Sum memang sini tempat wajib.  Sesapa yang suka masakan cina, memang aku suggest la kat Mohd Chan Restoran ni plus owner dia yang mmg sangat bagus dan Islamik. Kagum aku cara dia layan customer.. Lembut je suara uncle tu. K, try la terjah kat Seksyen 15 ye.. Kalau pasang waze ke, GPS ke confirm jumpa sebab kedai dia ni pada aku memang dah dikenali.. Selalu je penuh.
Post a Comment