Post Terkini

Thursday, January 8, 2015

Percutian singkat ke Pulau Pinang..

Selepas makan-makan di kedai Mee Udang Mak Jah, ada aku ceritakan di sini, kitorang terus bergerak ke Penang melalui jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. 

Ada cerita sebelum sampai ke jambatan ni. Sebenarnya aku yang request nak lalu jambatan ni dan dipersetujui bersama oleh yang lain-lain. Tapi malangnya, hampir sejam lebih kitorang tak sampai-sampai lagi jambatan ni. Sampailah kitorang jumpa jalan mati iaitu jeti tempat nelayan kumpul ikan.. Adoiiiii..rupa2nya abang Bilal tak pernah lagi lalu jalan ni.. Awatla dia x bagitau awal2, kalau tak boleh je lalu jambatan biasa tu.. Hmmm aku rasa maybe sebab dia x nak hampakan kitorang kot. Iyelah, datang sini pun sekali sekala je.. Sian dia, puaslah kitorang merungut dalam kete.. Haha..Mana taknye,lama gila kot nak sampai.. Rupa-rupanya jambatan kedua ni kalau dari utara memang dekat la nak ke Penang.. Tapi kalau dari selatan Jambatan Pulau Pinang la paling sesuai..

Dan akhirnya sampailah kami ke hentian sebelah sebelum ke melalui jambatan kedua. Berhenti sekejap kat hentian ni untuk melepaskan lelah dan hajat..  Pada aku hentian ni....wowwww cantik giler kauu.. Senibina dia memang ekslusif. Menarik tertarik kau memang debommm.. Tak caya?? Mehh aku share sekeping dua..

jambatan kedua Pulau Pinang
Cantik kan seni dia..
reduce, reuse, recycle
Reduce, Reuse, Recycle.. 
 Haaa tu jela gambarnye.. Tong2 recycle tu pun siap ada rumah dia..cantik plak tu..

Cinta hati melepaskan lelah seketika
Bapak dan anak
Bapak dan anak lagi
Ok sesi bermanja
sekali kena wrestling daaa
dan lagi...
Ok, masing-masing dah meregang otot, perjalanan pun diteruskan. Masuk je jambatan hilang segala penat duduk dalam kereta.. Drebar apatah lagi kan..Hehe..

jambatan kedua pulau pinang
Pulau Pinang di kejauhan
Yeayyy dah dekat
lagi dekat
Akhirnya, terjejaklah tayar kereta kami ke Pulau Pinang.. Mula-mula perjalanan agak lancar. Tapi lepas tu jemmm daaaa.. Ingatkan apa, rupa2nya ada kereta terbakar. Cuak gila masa ni, takut kereta meletup je tiba-tiba.. Mujur ada polis yang kawal lalu lintas. Thanks pakcik polis..

Kereta terbakar.. Bomba pun tak sampai lagi..
Destinasi kami di Penang, terus ke area Padang Kota Lama.. Cadangan aktiviti, makan makan dan makan.. First sekali, cari Pasembor. So kitorang terus ke medan selera..

Berehat sebentar sebelum ambil order
Kami..
aduii.. nampak double chin aku.. laki aku juga yg ensem,,haha
Ok lepas tu, terus beli pasembor.. Aku mula-mula tu cam tak nak makan pasembor..Iyelah, aku dulu duk USM pun tak pernah order pasembor.. Cam rojak biasa je.. Ntah apa yang glamour sangat aku pun x tau..
Tapi dah laki aku nak, ikutkan je lah..

pasembor


Sekali bila dah makan.. Sedappp kau... Memang sedaplah.. Tak terkata.. Sampai sekarang aku teringat-ingat.. Abah aku pun suka.. Laki aku pun suka..sebab dia bukan macam rojak biasa..Kuah dia tu special.Tapi harga dia pun special gak..Hahaha... satu pinggan kitorang ni RM17..Mahal kot, tapi sebab sedap berbaloi lah kan.. Tapi kawan2 laki aku yang duk sini bgtau, kat sini memang cekik darah. Orang Penang tak makan kat sini.. Selalu orang luar je makan.. Haha mana nak tau.. Dah makan baru gtau, memang rezeki peniaga sini la kan. Yang penting tak mengecewakan,..

Sape yang datang kat sini, bolehla cuba kedai kat sini ye..InsyaAllah tak mengecewakan.
Abang aku duk mengorder lagi tu.. Abah nak lagi katanya..
 Dah siap makan, aku ngan hubby nak g jalan-jalan kat Padang Kota Lama ngan Fort Cornwallis.. Ajak diorang, diorang tak mau.. Sudahnya kami berdua je yang pergi.. Iyelah, rasa tak lengkap percutian, kalau takde kenangan-kenangan yang berharga kan.. So dah dekat sekangkang kera, haruslah pergi..

padang kota lama
Ooo baru ku tau, padang kota lama ni rupa-rupanya taman rekreasi je. Ada juga khidmat beca disediakan di sekitar kawasan ini. Sejarahnya aku tak tau la, tapi mungkin berkait dengan Fort Cornwallis kot.
Fort Cornwallis
Nantikan entry khas kami di sini ye
padang kota lama
Selesai ke Fort Cornwallis.. Kami jalan-jalan di sekitar kawasan ini. Bersebelahan ngan pantai tapi tak boleh nak main pantai la sebab dah dibina tembok penghalang. Memang tinggi kalau nak turun ke bawah
Kaum keluarga bersantai di sini
Playground untuk anak-anak pun ada
Lepas pergi ke sini, cadangnya nak berjalan-jalan lagi..rupa2nya diorang nak terus naik Feri.. Nak cari rojak Pak Li.. Alahai aku ingat nak berjalan sampai ke malam kat sini, tapi perut abah meragam la plak..Abah memang, kalau perut meragam mana dah dia nak berjalan-jalan ni. Nak makan ikan bakar pun tertunda.. Huhu.. Memang xde rezeki nak berjalan puas-puas.. Tapi setidaknya, niat laki aku nak datang sini tercapai gak la.. 

Kitorang sume keluar kete.. Abah je duk dalam kete tak kuar-kuar.
Rezeki aku dapat tengok pelangi.. Dah lama gila tak nampak pelangi..
Nak bergambar dengan pelangi.. Tapi gambar gelap la plak..
Bila dah sampai seberang.. Kami pun terus ke destinasi.. Mencari Jeruk Pak Ali.. Laki aku memang gila jeruk Pak Ali ni.. Aku plak, sekarang dah kurang berminat ngan jeruk..Tapi layankan aje... Sebab aku still makan walaupun dah tak melantak cam dulu.. Banyak juga kedai yang jual jeruk Pak Ali.. Tinggal pilih je nak yang mana. Aku tak bernafsu sangat nak pilih, sebab masa tu laparrr nasi daa...Dalam kepala aku ni nampak nasi je..
Jeruk Pak Ali
Jeruk pak Li yang ada logo kat balang tu

Dah siap beli, terus gerak balik..Huhu ingatkan nak singgah makan. Rupa-rupanya tak. Gigil-gigil perut aku tahan lapar. Sudahnya sampai rumah tunggu along balik  beli nasi lemak terus aku melantak.. Lapar weh..Tak sempat nak dihidang lauk pauk.. Sorilah along ngan k.su, aku memang dah tak tahan gila.. Tak boleh tunggu..Hehe.. Dannnn nasi lemak dia memang sedap sangat-sangat.. Sedap gilalah.. Bukan sebab aku lapar tau.. Tapi memang sedap. Along cakap, memang kalau lambat sikit selalunya dah habis dah. Cuma kali ni rezeki kitorang dapat makan nasi lemak sedap ni.. So dah makan, lepak-lepak, mandi-mandi dan tidur.. 

Aktiviti esoknya, aku x kemana pun..Melepak kat rumah along je sebab petang tu nak gerak balik Shah Alam dah.. Cuma angahla, bawa mak ngan abah g shopping kat Jusco.. Haha akupun pelik diorg ni, kalau g Ipoh tu mesti nak singgah Jusco..Siap shopping lagi. Kata along, sana lebih murah dari KL.. Mungkin sebab tu la kot ye diorang suka shopping.. Haha abah kalau bab shopping memang sihat sokmo.. So berakhirlah percutian kami di Penang dan Perak..
Post a Comment