Post Terkini

Saturday, August 27, 2016

Mini library untuk si kecil

Abi... abi buat apa tu??? Abi nak buat tangga ker??
Xdelah.. abi buat library untuk Mira.. Moga-moga diterangkan hati mira untuk terima pelajaran ye..



Taraaa... Mini library untuk mira dah siap.. 
Pelaburan untuk sikecil.. Almaklumlah setakat ni dia sorang je permata hati pengarang jantung.. Nak beradik cam jauh untuk dicapai kecuali bila Yang Maha Esa tetapkan Kun Fa Ya Kun.. Harapan ummi ngan abi moga Mira boleh terima pelajaran dengan mudah ye.. Aaminn

Majlis makan malam penghayatan kemerdekaan

Alhamdulillah selesai sudah majlis makan malam penghayatan kemerdekaan.. Settle satu perkara.. Seawal jam 6.30ptg dah bersedia di meja pendaftaran andai kata ada yang nak mendaftar awal walaupun masa pendaftaran bermula 7.45 malam. Almaklumlah kami yang menurut perintah.. Majlis makan malam ni bertujuan untuk mengutip dana bagi mempersiapkan kelas-kelas SPA 21 untuk fasa 2. Alhamdulillah penjualan tiket sangat menggalakkan..Full house orang kata.


Barisan AJK pendaftaran
Tak ramai lagi yang datang.. bolehla bergambar
Lebih kurang 2 jam di meja pendaftaran akhirnya dapat juga masuk ke dewan.. Berpeluh duduk kat meja ni disebabkan aircond dalam dewan tak sampai ke luar.. Patutnya sediakan la kipas kat luar ni kan.

Amik gambar lepas makan.. 
Dan lagi..
Ni kat luar dewan plak..
Aku dapat join sampai kul 10pm je.. Sempatla dgr Hafiz Hamidun mengalunkan zikir.. Hafiz ni kat luar biasa2 je tp kalau tgk kat gambar n tv ensem plak..Hehehe..  Slot ustaz haslin aku x dapat join.. Tak berani la hai nak balik lewat2 sangat.. Dah la drive sorang2.. umah jauh plak tu.. Smpai umah pun tadi jam 10.45pm.. Kalau balik kul 11.00 lagi sereemmmmm.. Smpi tadi pun en suami n mira dah tdo.. Sedihh... sob sob.. sebab xde sapa nak jemput depan pintu.. Mira pun demam plak hari ni.. En suami plak baru kebah demam.. Sian diorg..

Apapun thanks kepada kengkawan, penyumbang2 dan pembeli kerusi & meja atas sumbangan korang menjayakan makan malam amal ni.. Moga Allah memberkati. Aminnn

Wednesday, August 10, 2016

Campak belakang: Jalan raya belah segamat

Assalam.. Tak acila kan cerita raya belah aku je.. belah somi takde plak. So hari nak update plak entry yang satu ni.. Tapi itulah.. selalu raya pertama je  yang syok bergambar.. Raya kedua x dan dah nak amik gambar..

Hari raya kedua bergerak pergi ke segamat.. Perjalanan kami untuk raya ke segamat ni agak penat gak.  Balik kampung dan tido sehari kat rumah arwah apak n mak di Jementah. Esoknya singgah segamat baru rumah acik.. Kemudian terus ke Felda Kahang di Kluang rumah uda.. Habis di Kluang patah balik ke rumah acik.. Kitorang tdo semalam kat rumah acik.. Esoknya plak patah balik ke Jementah menyinggah rumah Pak Long.. Sementara tu singgah rumah kawan bang man n makan kenduri kat kampung.. Akhir sekali ke Nyalas, Melaka rumah kakak plak..
Huhu memang penat tapi sangat berbaloi.. Iyelah raya kan sekali.

Rumah uda tu raya ni baru kali ke dua sampai.. 5 kali raya tak menyinggah.. Hahaha sampaikan encik somi berkali2 kena sindir ngan laki uda kata dia bukan adik uda.. Hehehe.. apa nak buat..senyum ajela. Tapi yang penting babat uda sedapp..  Suka aku makan..

So layankan jelah gambar yang x seberapa dan x semenggah ni ye..

Suka la mira dapat join abang2 main bola

budak excited dpt naik kete roda

Kat rumah uda

Makcik & anak buah bergandingan

Acik (tudung pink) & en somi.. Yang lain2 anak buah en suami

si comeii mata sepet ummi
Melantak di rumah acik..
Yeehaaa.. akhirnya siaplah entry asal boleh aku ni.. buat kenang2an kemudia hari.. baru boleh terkenang suasana raya..

Sunday, August 7, 2016

Campak belakang : Beraya rumah sahabat lama

Raya dah habis oiii.. terpaksalah buat entry campak belakang.. Alkisah keinginan suami nak jumpa bff terlaksana juga.. Hari tu g umah abg ipar di Melaka singgah terus ke rumah anje & yana.. Anje ni senior aku masa kat aps.. Yana plak kawan somi masa kat teknik.. Kiranya aku cuma kenal laki aku nga anje.. Yana plak cuma kenal laki dia ngan laki aku.. Aku plak kenal yana masa majlis nikah aku.. Salute abis kat diorang berdua.. Majlis belah aku dia datang, majlis belah somi pun dia datang.. Yana pun memang baik orangnya.. Mesti student sayang kat dia.. Heheh.. Kalau aku, menyinga aje kejenya..

Mommy anak tiga dengan aku yan baru belajar jadi mommy
Si kecik dua orang ni sebaya je..

Nak dijadikan cerita baru 3 kali kitorang bertandang raya umah diorang.. Dan setiap kali tu yana mesti baru dapat baby.. dan setiap kali datang bersungguh2 yana & anje menghidang kitorang.. Thanks Yana & Anje.. semoga murah rezeki selalu...