Post Terkini

Tuesday, December 19, 2017

Salam Holiday..

Cuti sekolah dah nak sampai penghujung dah.. Tapi iols masih belum bercuti...Keje tak siap lagi weh... Hahaha..

Minggu pertama datang sekolah, semak register kengkawan yang belum sempat hantar lagi, sambil2 siapkan dokumentasi sukan yang dah berbulan bertangguh.. Maaf bukan bertangguh sebab tak siap tapi dok bertangguh nak print...

Minggu kedua plak sibuk pergi bengkel PHP & HTML untuk form 5 tahun depan. Lepas tu menghantar bebudak plak ke Cyberjaya

Minggu 3 rombongan meminang ke Serendah. Lepas tu bawa family jenjalan kat GM Klang... Berkampung la family somi 1 malam kat rumah.. Then mak abah datang... Sabtu lepas balik hari ke Johor..Lawat kak ipar.. Alhamdulillah tak pikir keje.. Eh pikir juga tapi masa dengan family lagi penting..

Minggu ni Alhamdulillah editing tuk majalah sekolah dah selesai. Esok nak ke sekolah hantar soft copy. Lepastu nak siapkan file untuk guru kelas tahun depan plak...Hahaha gila kentang tahun ni.. 
Tapi takpe weekend ni nak g jenjalan langkawi ngan mak abah n twin... Setelah 8 tahun tak menjejak ke sana.. 
Minggu depan plak ???? Meeting dah start weiii....Padankan muka diri sendiri... 

Tahun depan????
Awal tahun interview pengawas.. So kat sekolah 8-7.. No overtime.. Hoyehhhh
Asal cuti sekolah update file HEM
Mengajar & pengurusan kelas semestinya
Hujung tahun edit gambar tuk majalah.. 
Nasib tak baik jaga SPM
Sediakan file guru kelas utk tahun seterusnya....

Nampak tak nampak tak.... Hahaha aku pun dah agak rutin hakiki aku setiap tahun.. Selagi bakti diperlukan beginilah aku... Merungut ker???? Taklah...saje nak bagi tau happy buat keje ni... Wakaka wakiki wakuku... Nak gak merasa cuti betul2 cuti... Tapi apa nak buat ... Darah Wak Sam sentiasa mengalir dalam tubuh ni... Terima je bila orang bagi tanggungjawab .. So kena tunaikan amanah... Positif muzai... Positif... U can do it!!!  Chaiyo Chaiyo

Tuesday, November 28, 2017

Aku yang dulu...

Tetiba rasa nak sharing plak... Tadi post kat FB pasal Mira sejak pakai EO pastu terjebak plak dengan aku sejak guna EO...

Hmmm aku operation endo kali ke dua tahun 2014... Sebelum tu tahun 2010.. Tapi aku ada senggugut sejak pertama kali period datang..

Makin teruk sejak degree....Lagi teruk masa ambil DPLI. Dan seterusnya bila dah kawen..
Bila ingat2 balik, dalam sebulan aku cuma sihat sepenuhnya seminggu je.. Yg lain boleh lah dipanggil period pain pra menstrual, menstrual & post menstrual.. Memang azab. Lagi-lagi bila ko dah masuk dunia kerjaya.. Kau nak MC terbayangkan anak2 murid ko..

Huhu tapi itulah, aku berterima kasih sgt pada anak2 murid aku yang memahami..

Hmm macam mana aku sebelum kenal Essential Oil???

Aku dah lalui macam2 fasa sepanjang bergelar endofighter...

Dulu2 seawal 5 tahun berkahwin, itu ialah fasa desperate nak anak. Cari suppliment untuk dapat anak.. Sihat tu tak pernah dipikirkan.. Hampir semua produk aku try.. Kalau kata utk endo pun, asbab nye pun nak dapat anak cepat.. Jadi aku kurang mengkaji.. Yang aku kaji petua2 untuk dapatkan zuriat je.. Tips2 untuk sihat memang tak ada...

Sampailah aku operate kali ke 2.. Kali ni laparascopy ke.. Tapi kesan pada badan aku jadi teruk sangat.. Badan aku banyak angin.. Kau salah makan sikit memang mendapatla.. Lagi2 bila kau salah makan bila dah nak dekat2 period..

So kesannya, bila period datang.. Hari pertama kedua ok.. Lepastu menghadap la kau...Seminggu, dua minggu.. Masa ni, kalau sakit aku datang masa kat sekolah,, Allah hanya Dia saje yang tahu.. Ingat senangker nak berlakon sihat padahal kau tengah menahan azab.. Seksa wehh.. Berpeluh2 lah aku menahan.

Dan pernah lah juga beberapa kali aku terbabas.. Minta ihsan kawan2, bagi kerja kat pelajar dan cepat2 lari ke surau.. Berguling-guling, menangis menahan sakit.. Malu???? Sungguh aku malu, takut2 diorang kata aku menagih simpati..
Dan beberapa kali juga cakap ngan en suami nak buang rahim... Sebab apa?? Sebab setiap kali period perut aku ni rasa dipulas2, disiat2, dihiris2 dengan jarum. Puas berguling, menonggeng segala bentuk position untuk kurangkan sakit.. Sampai aku fobia nak period

So ada cikgu sekolah bawa aku g akupuntur.. Alhamdulillah dah nampak perubahan dia..Angin kurang, period pain masih ada tapi dalam kawalan.. Hmm dah setahun dah tempoh..Sambil2 tu aku try EO Lemon.. Itupun minum bila nak period je.. Sekali sekala terlepas mendapat la senggugut  tu..

Ntah macam mana tetiba rasa nak jadi ahli.. Beli set BPSK..Selalu diffuse lavender n lemon... Dan lama2 baru aku perasaan, period pain aku semakin kurang.. Maybe sebab aku selalu diffuse EO.. Lavender pun kan salah satunya untuk calming.. Lepastu aku try beli Geranium Aku try pakai Alhamdulillah period pain sangat banyak improve..
Syukur yang Allah.. Apa yang aku faham & rasai sejak pakai Essential Oil ni ialah nikmat sihat.. Allahuakbar.. Aku yang dulu selalu nervous & fobia bila period nak datang sekarang sampai terkira2 bila nak period.. Orang yang x dapat ujian macam aku, mungkin tak berapa kisah... Tapi bagi aku.... Ya Allah betapa nikmatnya merasai period yang lancar.. Dan aku percaya bila pakai Essential Oil ni , kadar stress aku pun kurang.. Serius, kalau kau stress dan ko tengah period selalu period pain ko akan bertambah sakit.. Sebaliknya kalau ko dapat kawal stress..

Oklah... stop sini eh.. Cerita macam tergantung plak.. Tapi aku rasa lebih happy skrg dan yang penting lebih sihat dengan Essential Oil.. Thanks Zarith sebab tunjuk jalan..


Wednesday, November 22, 2017

Mengenali Essential Oil

Assalamualaikum...

Young Living 

Hari ni kita nak cerita tentang Essential Oil (EO)
Apa sebenarnya essential oil ni?? EO ni untuk apa sebenarnya??

Pernah terfikir soalan ni???

So hari ni saya nak memahamkan pada semua apa itu EO atau essential oil..

APA ITU ESSENTIAL OIL???

Essential oil merupakan minyak aromatik semulajadi yang datangnya hanya dari sumber tumbuhan-tumbuhan seperti bunga, biji benih, daun,batang dan resin tumbuhan.  Kemudiannya ianya akan melalui  proses penyulingan wap, penyulingan hidro dan pengekstrakan sejuk (cold-pressed).

Kalau dilihat daripada gambar di bawah, pada akhir gambar pertama, yang bewarna kuning itulah essential oil. Proses penyulingan ini menyebabkan kita mendapat pati minyak dari ekstrak tumbuhan itu sendiri.



KOMPONEN ESSENTIAL OIL

  • Terletak pada komponen dan interaksi antara setiap komponennya.
  • Setiap EO terdiri daripada 200 -500 komponen yang berbeza.
  • Ini menyebabkan setiap satu jenis EO itu mampu memberikan kesan berbeza pada pengguna atau tubuh manusia secara fizikal atau emosi.
  • Setiap EO tidak sama antara satu sama lain
  • Contohnya LAVENDER mempunyai lebih kurang 200 komponen seperti linalyl, acetate, linalool, cis-beta-ocamene  menyebabkan ia digunakan untuk pelbagai masalah seperti melecur, gigitan serangga, sakit kepala, PMS, insomnia, stress, hair growth dan luka kecil.

KELEBIHAN ESSENTIAL OIL
  • Mempunyai keupayaan untuk menembusi sel-sel membran dan bergerak ke seluruh salur darah dan tisu
  • Struktur unik lipis-soluble  dan molekul EO yang kecil  meningkatkan keupayaan EO ini untuk menembusi sel-sel di dalam badan manusia.
  • Apabila disapu secara topikal pada tapak kaki atau soft tissue, EO ini akan bergerak ke dala seluruh badan dalam masa beberapa minit sahaja.


Antara kegunaan EO dalam PREMIUM STARTER KIT (PSK) untuk sistem badan manusia



Antara cadangan EO 


Cadangan EO pada titik-titik di tapak kaki.


Ok dah faham??

Jadi sekiranya nak mencuba sesuatu Essential Oil,, anda kena ubah soalan.
Sebagai contoh, soalan yang biasa di tanya EO Lemon ni untuk apa ye??
Tukarkan lah kepada soalan seperti

Boleh cadangkan EO yang sesuai untuk masalah batuk?? atau
Ada tak EO yang boleh bantu menaikkan nafsu?? atau
EO apa yang sesuai untuk fokus belajar / kerja?? atau
Boleh bantu EO untuk masalah kurang tumpuan?? atau
Saya ada masalah rambut gugur, nak pakai EO apa ye???

Barulah saya boleh guide dan suggest Essential Oil yang bersesuai. If tanya soalan umum , saya nak menjawab pun tak reti... Heheh..

www.wasap.my/60192846907
www.wasap.my/60192846907
www.wasap.my/60192846907


atau daftar sini 

Thursday, November 9, 2017

Stress stress go away

Update laju-laju...
Sekarang ni musim gawat..
Cikgu-cikgu tengah pulun kerja..
Saat-saat ni kerjasama sangat perlu.
Kena tolong-menolong, jangan pentingkan diri je..

Masa ni juga pengorbanan wang dan tenaga sangat perlu..
Kena print report yang melambak2.
Nak cepat printla kat rumah..
Abaikan tentang RM. 
Yang penting kerja siap.


So cikgu cikgu tak mau stress stress.
Relax-relax sudah..
Alhamdulillah ..
Marking paper settle..
Key in SAPS settle..
Print PBS F1 settle..

PAJSK on the way
PBS F2 belum berjaya menembusi komputer nan sebuah
Grafik editing bakal menyusul
Filing HEM bakal menyusul
Pelan strategik bakal menyusul
Apa lagi ye???

Cuti sekolah??? Yeayyyyy. Hip hip hooray...

Owhh lupa nak promote.. StressAway.. Sesuai sangat untuk yang selalu stress baru nak belajar mencintai Essential Oil..

Retail price : RM186
Special price??  Please contact me 0192846907

Alhamdulillah ... me is happy2 je.. Sebab dah selalu sangat bau-bau EO yang best ni.. Cuma yang tak best bila ada sikap yang pentingkan diri sendiri.

Nahh lagu untuk para cikgu semua.


Stress stress go away
come again another
Teachers want to work
stress stress go away

Thursday, November 2, 2017

Premium Starter Kit Young Living

Premium Starter Kit
Assalamualaikum semua.. Aku tengah menahan ngantuk ni.Hehe tapi kena melunaskan juga niat dihati.. Hehehe saje je nak promote dengan korang pasal PREMIUM STARTER KIT by YOUNG LIVING ni.. RM 756 .. Hmm mahal kan??? Rasa macam krik krik je nak beli.. Hehehe takpe paham..
Aku dulu pun krik-krik juga..

Dan aku faham juga, kita perlu ada faktor pendorong untuk terbuka hati membazirkan duit  untuk benda-benda mahal ni. 

Oklah ini adalah Premium Starter Kit. Korang tau tak apa untungnya kalau beli Premium Starter Kit ni??? Aku dah buat kira-kira dah.. Tapi cuma pada 11 oils sahaja.. Jumlah oils dalam ni yang ada ialah 13 tau..

Meh sini nak cita, bila beli Premium Starter Kit ni kita akan dapat 10 essential oils macam yang melekat dalam kotak kat picture tu.. Ada panaway, copaiba, RC, Digize, Purification, Peppermint, Thieves, Frankinsence, Lavender dan Lemon. Dan bila beli PSK ni dia akan beri juga Stressaway essential oil.. Semuanya dalam kuantiti 5ml sahaja..

Kalau korang tak nak beli set PSK ni xdehal.. Tp nak beli satu-satu azablah sikit sebab mostly jual pada kuantiti 15 ml. Panaway contohnya, 15 ml dah RM492 kalau non member. Mampu tak?? Haha aku pun tercungap kalau nak beli.

So saja aku buat kira-kira untuk 11 eo kat atas tu. Total semua ialah RM753. Then aku tambahkan plak harga diffuser. Kalau beli diffuser automatik kita akan dapat Lemon ngan Lavender. Harga sebenar RM396. Dah berapa?? Lebih kurang RM1100 kan. Tu belum kalau aku kira dengan NingXia Red n lain2 tu... Mau lagi mahal tu...

Lagi best bila korang beli PSK korang akan dapat

  • Keahlian percuma
  • Beli dengan harga ahli. Boleh jimat sampai 24%
  • Dapat join group support telegram
  • Kalau ada yang nak beli ngan korang bolehlah kalau nak jual harga non-member
  • Attend kelas-kelas percuma Young Living
  • Macam-macam lagi yang tak terjangkau dek akal
Apa best dengan set PSK???
  • Set Essential Oil yang paling basic perlu ada dirumah..
  • Percaya tidak untuk rawatan batuk/selsema atau demam korang boleh guna hampir semua EO kat atas tu.
  • Kalau ada anak kecik lagi best kalau korang nak buat eksperimen tau. Bila tengok hasilnya mesti korang ckp. wowww... cepatnya, bestnya. Hahaha itu akulahh..
  • InsyaAllah dapat jimat duit pergi klinik kalau demam.. Sekali datang pun dah 40-70 bilnya..
Aku ni pun dah lama tak pergi klinik kalau setakat Mira demam selsema ke apa... Sebab bila pakai EO ni sekurang-kurangnya cepatlah dia elok.. Kalau pergi pun mmg bukan sebab tu la... Tapi bukan aku kata x amik ubat doktor eh... No no no... Cuma nak bagitau bila bagi mira EO ni immune dia kuat.. Aku pun try remedi ni juga.. Alhamdulillah ..

Kenapa diffuser mahal???

Haaa... ni best nak cite... Rumah aku ada air purifier.... Kalau nak lebih sejuk letak air.. Dah kering baru tambah air. Sekali tu ada la dalam seminggu tak on kan  cooler. Sekali mak kau... Busuk gila bau nya.. Berkali basuh pun x hilang..

Yang kedua, aku perasan diffuser yang ada kat kebanyakan rumah konsepnya air kering baru tambah then ada yang kita set bape jam nak guna..

TAPI...

Dew drop diffuser ni berbeza.. Dia guna kaedah pendidihan. Diffuser ni akan beroperasi selama 4 jam atau sehingga air habis. So nak tak nak memang akan tambah la bila nak diffuse kan.

Nahh.. untuk ningXia Red plak meh tonton video kat link ni https://www.youtube.com/watch?v=xxSWyTJwzRA
Dan korang akan tahu jawapan kenapalah produk Young Living ni mahal bebenar.. Belum lagi kalau tengok video penghasilan EO Young Living.. Bertambahlah wowwwww factor korang.. heheh...

So ada yang nak mencuba?? Jangan risau akan ku ajarin habis-habisan.. Kalau aku tak dapat jawab kan ku tanya sifu-sifu yang dah bertahun amalkan EO ni.

Owhh tapiiiii..... Kalau tujuan ko semata-mata nak aromaterapi je, aku tak galakkan beli ni. Rugi ooo..

Oklah meh la wasup aku.. 


atau kalau nak terus jadi ahi boleh register




Monday, October 30, 2017

RC (RESPIRATORY CONGESTION)

R.C (Respiratory Congestion)

Ingredients :Eucalyptus globulus leaf oil, Myrtleoil, Marjoraml oil, Pine, Eucalyptus radiata leaf oil, Eucalyptus citriodora oil, Lavender Oil, Cypress oil, Black spruceoil, Peppermint oil

100% pure, therapeutic-grade essential oil



Fungsi :

-Melegakan selsema
-Hidung tersumbat
-Batuk
-Bronchitis
-Sorethroats
-Sinus
-Masalah berkaitan dengan paru-paru

Retail price : 143.42 (15 ml)

PM for the best price

www.wasap.my/60192846907
www.wasap.my/60192846907
www.wasap.my/60192846907

Wednesday, October 25, 2017

Nuffnang.. Ada masalah ker???

Koranggg!!!! Nak tanya ni, website nuffnang ada problem ker?? Asal tiap kali buka je keluar ini macam???

Bad Request

Your browser sent a request that this server could not understand.
Size of a request header field exceeds server limit.

Haishhhh.... Walaupun aku blogger suam-suam kuku, tapi iklan ada lagi tau... Duit dalam tu ada je lagi walaupun dah lama x nampak bergerak... Haishhhh....

Nuffnang yang problem atau aku yg problem ni??? Poning makkk...


Pssttt... Young Living ada buat sale tau.. Meh la terjah instagram mak.. YoungLiving_NatureOil.

Berbaloi sangat kalau beli.. EO ni bukan murah... Tp kali ni kaw2 penjimatan.. Nak kena cepat2 ye..Sebab slot nye untuk dijual sikit sangat.

Ok daa.. bye... 

Opps lupa plak..
Jangan lupa pm aku. 0192846907
Member id : 11000130


Friday, October 20, 2017

GERANIUM : Antara keinginan atau tuntutan

Cewahhh... Tajuk tak beragak.. Hehehe saje nak menaip kat blog ni.. Dekat FB atau Instagram tak puas.. Blog juga medium paling best walaupun dah jarang update.. Korang!!! Kenal tak Geranium tu apa?? Haaa aku pun sebelum ni tak kenal.. Tapi sekarang ni kenal dah..

Meh sini nak tunjuk sikit..

Haa.. inilah bunga nye. (credit to google)

Untuk info Essential Oil Geranium diekstrak melalui penyulingan stim batang dan daun nya ni telah digunakan selama berabad-abad oleh orang Mesir untuk proses penyembuhan seperti jerawat,, keradangan dan ketidakseimbangan hormon. Geranium juga  digunakan dalam aromaterapi untuk kesan pada kesihatan dan sebagai rawatan untuk meningkatkan kesihatan fizikal, mental dan emosi anda. 

Kesan kepada wangian Geranium ini juga dikatakan dapat melupakan kenangan yang  negatif  meredakan ketegangan saraf, memberikan  semangat dan memupuk rasa aman dan gembira.

Hehehe skema kan ayat.. Oklah itu ayat penjual.. Sekarang aku nak tulis ayat dari kapasiti aku sebagai seorang pengguna Geranium..

Korang tau kan medical history aku.. Endometriosis stage 4 with frozen pelvis. So harapan aku tidaklah untuk sembuh tetapi lebih kepada untuk menyeimbangkan hormon. Secara umumnya, sapa2 yang ada endo ni, hormon progesteron dia sangat kurang tapi estrogen terlebih banyak la pulak.. Cara nak mengimbangi mudah je.. Elakkan gluten, daging merah, ayam yang disuntik, makanan bergoreng...See.. Kalau disenaraikan memang banyak. Kengkadang kita ambil yang dicadangkan tapi penghasilan makanan tu pulak yang tak sesuai... Hahaha.. Dua tahun lebih kot aku berpantang.. Berpantang cara orang beranak pun ada.. Hahaha.. Ais mmg tak sentuh.. Caffein jauh sekali. Lauk ikan itupun tengoklah jenis ikan.. Masak jenis sup-sup je..



Kesannya, aku rasa lagi tak sihat wehh . Badan jadi penat je, tak de energy.. Pastu penat nak cakap pada kengkawan kita ni berpantang..Last-last sikit2 aku langgar pantang.. Period pun makin sakitttt.. Seksa sampai aku buat akuapuntur.

Start dari situ aku kenal Essential Oil tapi sebelum ni aku fokus kan EO untuk Mira. La ni EO dia pun dah hampir complete aku nak fokus pada aku plak. Mengumpul koleksi untuk keseimbangan hormon.
So first step aku ialah Geranium. Sebab dari pembacaan dan info kengkawan endo yang amalkan EO, Geranium is the best for endometriosis. Geranium ni boleh menggalakkan pengeluaran progesteron untuk imbangkan hormon estrogen. So?? Why not kita cuba dulu kan..

Alhamdulillah..Kesannya  aku dah rasa...
No period pain..Kalau ada pun setakat cramp sikit2 je.. Tak mengganggu tugas aku kat sekolah. So confirm la aku happy kan..

Yang kedua.. sebab Geranium ni pun fungsinya untuk kecantikan.. So Yess!!  aku dapat kesannya.. Korang tau, tahun ni aku ajar Pendidikan Jasmani yang maksudnya  kena duduk tunggu diorang main bola.. Itu kalau lelaki, kalau perempuan aku kena join sama untuk galakkan diorang main sekali, kalau tidak ramailah puteri lilin bersidai kat tepi2 padang tu yang menyakitkan pandangan mata aku ni haa.. Dan aku adalah sejenis tak rajin nak pakai apa2 kat muka kecuali penuci, krim n bedak je.. So muka jadi kusam..sangat kusam, dah kena tegur dah ngan cikgu sekolah.. Kusam tu sampaikan kalau pakai bedak pun macam susah nak lekat.. Dok tengok muka sendiri kat depan cermin pun tak perasan cantik dah.. Haha berminyak je sentiasa..

Tapi sekarang, Alhamdulillah.. Pakai bedak senang je.. Kalau bedak powder tu lagi la senang.. Kalau dulu, bila pakai bedak powder mesti pastu sapu balik kat towel sbb comot je nengoknya.. Owhh ye, pandangan orang lain aku tak tau.. Ini pandangan aku sebab aku tuan punya muka.. Sekarang tengok muka kat cermin dah perasan cantik semula... Wakaka.. Sila muntah..Hahaha..

Yang ketiga, menaikkan libido.. Haaa?? Libido tu apa??? Malas cakap tapi yang confirm it is amazing..  Sapa-sapa yang ada masalah dari segi libido sangatlah aku sarankan GERANIUM.. Nanti kau akan manjang je hauummm dengan cik abang.. Hehehe.



psstt :
Geranium ni bau sirap rose.. Bestt sangat.. Sampai student cakap.. "Cikgu saya bau air sirap, tetiba haus . Nak minum air.. " Hehe

Ok tu je testimoni aku, sapa yang berminat boleh wassup di 0192846907.

Geranium : RM 259

Ok babai.. Selamat mencuba.. eh selamat membeli..

Tuesday, October 17, 2017

Weekend gateaway part 2 : Japanese Village

Hari kedua.. Lepas bekfes terus bersiap-siap gerak ke Japanese Village. Tapi iron x sampai lagi jadinya pakai je la tudung semalam.. Apa kesah..bukan busuk pun... Hahaha..

Kitorang pegi Japanese Village naik kete je. Malas nak menunggu naik bas. Gerak dalam kul 8 pagi memang sah-sahlah x ramai orang lagi kan. Yeehaaa.. Masa kitorang sampai cuma ada satu je group perempuan myanmar ke filipine. Tak ingat dah.. So lepak sana sampailah si anak dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Almaklumlah budak  biasa bangun lambat... Hehehe. Oklah moh la kita layan gambar ye.

Ummi n Mira.. Bukti kami dah sampai.. Hahaha gigih tau ummi dukung Mira sampai tangga atas. Tapi ummi suka..Dapat exercise..
Yeayyy dah sampai.. Tapi kena mendaki lagi nak ke kampung Jepun..
Kemain exited tunjuk flower.. Belum lagi tengok air, fish, batu semuaa tu...
Dok asyik tengok air la tu. Punyalah payah nak amik gambar
Main batu pulak.. Masa ni Mira dah start mengelamun.. Maksudnya dah ngantuk la tu.
Nampak je fish ngan air, segar sekejap dia..
Pemandangan di kejauhan.. Ada plak si comel berkimono
Lama gak lepak2 kat atas...Iyelah dengan adegan kejar-mengejar, pujuk memujuk. lepaskan lelah lagi.. Bila dah start ramai orang, barulah kitorang turun.. Untung pegi awal2, x perlulah bersesak-sesak. Nak turun tu pun banyak gak pit stop.. Budak kecik tu nak explore kan.. Layankan ajelah..
Ambik gambar sat..
Yeayyy.. Kami dah selesai... First time mira makan ice cream tak kotor.. Hahaha sebab ice cream x cair.. Datang pepagi suhu kat sini masih nyaman lagi..

Bila kitorang turun, parking dah penuh ngan kete dah.. Ada yang parking kat tepi2 jalan lagi.. Huhu mujur sangat datang awal.. En somi tanya ada nak pergi tempat lain tak.. Hmm tapi aku cakap tak payahlah.. Cam Taman Arnab tu, cam tak best je..Hahahha.. Sebab nya tempatnya kecik je..Hehehe.. So terus masuk balik kat Colmar.

Masuk bilik lepak-lepak sat, pastu kemas barang.. Hantar beg kat kete, then jalan-jalan kejap area situ.

Comelnya dia.. Tengah usha something tu..
So inilah yang diusha.. Dah bawa ke meja, lari balik ke booth mainan.. Sudahnya terpaksa belikan juga
Gambar kenang-kenangan.. 
Tak mau lama-lama kat situ, terus gerak balik.. Mira pun dah ngantuk ..Tu yang macam-macam ragamnya.. Masuk kete, tak sampai 10 minit perjalanan, selamat dah dibuai mimpi...
So macam mana cuti kali ni??? Hahaha oklah kalau nak santai2.. Lepak2.. Hilangkan stress kejap.. Nak pergi lagi??? Hmmmmmmmm...... 4-5 tahun lagi kot kalau terpaksa.. Hehehehe..

Sunday, October 1, 2017

Weekend gateaway Part 1 : Bukit Tinggi, Pahang

Throwback cuti-cuti Malaysia bulan Ogos lepas.. Wuhuuu... x sangka aku datang balik kat sini.. Kalau tengok pada entry yang aku post kat sini dulu, bunyi nye macam tak nak datang kan.. Tapi perancangan Allah lebih baik. Hehehe terpaksa wehh.. sbb aku mmg nak sangat bercuti.. Nak release tension lepas melepasi tahap kritikal pentaksiran SPM..  Wahh kau muzai, orang lain pun ajar SPM gak tapi takdelah meroyan kan. Huhu.. apa nak buat wehh.. 8 tahun keja, tahun pertama je ajar SPM.. Pindah sekolah terus ajar petang.. Lari opsyen plak tu.tetiba tahun ni, terus pegang SPM. Otak aku memang terkejut.. Emosi aku?? Alhamdulillah ada Essential Oil... Bila stress diffuse je..Huhu

Kursus pun memanjang je tahun ni.. bukan sehari tapi amik kau seminggu terus sekali kursus.. Terpaksalah demi ilmu untuk ajar bebudak silibus baru tahun ni...  Oklah melalut plak aku...

So bila hari kejadian??? 26-27 Ogos 2017.. Saje aku book hotel kat sana sebab nak bersantai-santai.. 2 hari 1 malam oklah kan... Hahaha x ok sebenarnya... Wakaka..sebab apa?? nanti korang bacalah sendiri..

So sebelum gerak, kitorang lunch dulu kat Shah Alam siap-siap.. Sebab tau kat sana mahal, tapau juga Nasi Ayam siap2.. Pastu belilah apa2 untuk dikunyah malam kang.. Alhamdulillah dalam kul 3 lebih2 sampai dah ke destinasi.. Terus check in and lepak2 dalam bilik.. Lewat2 petang baru kitorang kuar bilik jalan-jalan tengok kawasan.

Tak sesak sangat macam masa first time aku datang...
Bergambar ngan abi
Gambar ngan clock tower ni wajib..
Ummi ngan Mira
Berlatar belakang kampung Portugal, Bukit Tinggi
Yayyy... ada yang volunteer tangkap gambar kami.. Thanks sis
Pandangan dari atas
Kalau dulu aku naik menara guna lift, tapi kali ni naik tangga je.. Haha en suami memula tak mau naik, tp sebab ummi volunteer dukung Mira dia on je.. Kih kih.. Mujur la lift under maintanance.. Kalau tak delah rezeki aku nak exercise.. Lepas  dah puas ronda2, kitorang tengok plak show dance diorang..Tak lama pun nengoknya, pastu terus masuk bilik..Lepak2..Bilik kitorang sebelah je ngan stage. So mmg dengarlah muziknya.. Lepak kat bilik lelama smpi kematu pastu en somi ajak jalan2 kat luar, bila aku kata xde apa kat luar dia tak caya.. Haha last2 dia kuar juga kat luar dah gelap gelita..Masuk bilik balik..Sunyi weh memalam..Kitorang layan tv je la kat bilik.. En somi kata mujur 1 malam je.. Haha haruslah 1 malam.. Mem dah penah datang kan.. So memang tak berbaloilah kalau 2 malam..Heheh



Continue...
.

Friday, September 8, 2017

Luahan hati

Assalamualaikum....
Hari ni setelah beberapa tahun aku mengajar.. Rasanya inilah kali pertama aku rasa kecewa sangat.. Kali kedua aku menangis disebabkan oleh pelajar tapi sangat terkesan dalam hati... Dalam tempoh setahun ni kekecewaan yang sangat mendalam di sebabkan oleh mereka yang bergelar murid..

Entahlah adakah disebabkan faktor usia aku sendiri atau budaya generasi sekarang. Langsung takde rasa hormat, langsung takde rasa bersalah.. Puas dah aku rasa mengikut cara mereka, memujuk, menyindir, menasihat tapi rasanya ibarat mencurah air ke daun keladi.. Nampak kebanggaan apabila ditegur.. Patutlah guru sekarang lebih rela mengajar semata-mata daripada mendidik. Rupa2nya sakit sungguh perasaan nak mendidik anak murid sendiri.. Allahh...

Aku ni bila dalam kelas memang akan meninggi suara, memang akan marah bila pelajar buat salah tetapi marah sayang takdelah sampai kat luar kelas.. Balik rumah pun hilang dah cerita pasal student yang macam-macam hal.. Sebab aku tahu, kalau aku marah sangat confirm aku nangis, bila nangis tu hmmm paham2lah.. Muzaiyanah Samilan ni pemendam orangnya.. Memaafkan bukan bermaksud melupakan..Walaupun sabar itu tiada batasnya, hmm sapelah aku nak menafikan.. Kesabaran aku  dah mencapai tahap aku x sabar dah... Sedih, kecewa sehingga tak mampu nak memaafkan setakat ini.. Tak mampu dah memujuk hati sendiri..

Takpelah.. buatlah apa korang nak buat lepas ni.. Cikgu dah tak kisah.. Permainkanlah hati guru-guru korang, berlawanlah cakap kalau korang nak. Moga dapat KEBERKATAN yang korang idam-idamkan..

Friday, June 2, 2017

Hebatnya Lemon!!!

Assalamualaikum..Salam tengah hari.. 

Rasanya ramai dah tau benefit Lemon kan. Lagi2 untuk mereka yang amalkan detox..  Tak sah kalau xde lemon.. Aku pun macam tu gak.. Sebelum ni guna lemon untuk detox badan. Nak mengurangkan sakit senggugut katanya.. Memula minum adoiii x tahan sebab masam bebenau tapi lama2 sedap dah rasanya.. Oh ye minu lemon ni aku x suka letak madu.. Tak feel orang kata.. Tapi kalau g kedai order pasrah je lah..

Jom tengok khasiat Lemon dari Organic Facts.



Banyak kan khasiat dia.. Tapi macam biasa as a user ,info yang kita ada tu limited.. Macam aku la dulu .. Dari senarai kat atas aku guna Lemon ni cuma untuk reduce weight.. Dah ada anak guna plak untuk demam dia..Hehehe..


Macam mana plak setelah aku guna Lemon Essential Oil???



Bila dah guna Lemon Oil by Young Living ni cuma 3 perkara je aku x guna lagi..Untuk asma, insomnia ngan dandruff.. Alhamdulillah sebab xde masalah tu.. Tp bila dah berjinak2 dengan EO ni memang penggunaan semaksima mungkin la.

picture kredit from http://www.livingthenourishedlife.com

Macam mana aku gunakan EO Lemon???


  • Minum :  Gantikan dengan buah Lemon.. Aku dropkan 1-2 titik ke dalam cawan.  Cer teka?? Masam ke tak?? Huhu x masam langsung... Mula2 minum macam pelik.. Rupa-rupanya Lemon ni extract dari kulit Lemon.. So sekarang memang aku guna EO ni jela.. Sejak tu buah lemon pun jarang beli walaupun si kecik suka sangat Lemon sampai boleh dimakan begitu saje..
  • Demam : Masa mira baby haritu kalau demam basahkan stokin, pastu titiskan ngan EO ni.. kalau demam tak kebah juga baru mandikan ngan EO.. Dropkan la 1-2 titik je dalam air mandian dia.. Nampak sikit kan.. Tapi jangan risau sebab EO ni pati.. 15 ml Lemon EO ni pun dah bersamaan dengan 75 biji Lemon (lebih kurang 300 titik ).. Macam sekarang ni, semalam dia start selsema so terus aku blendkan EO lemon, lavender ,peppermint ngan carrier oil.. Setiap 30 minit duk sapukan kat spine, tapak kaki ngan dada.. Duk menggoogle ada plak yang suggest kat punggung so sapu je la.. Pastu malam tadi nampak dah start panas badan terus layerkan blend EO ngan Lemon.. Alhadulillah hari ni panas dia macam dah xde.. Berpeluh2 keluar.. Cuma selsema je la nak kena pantau lagi. Bagi jugala air lemon kat dia untuk detox.
  • Diffuse :Sekali sekala nak rasa kesegaran Lemon ni aku diffuse gak la memalam sebelum tdo.. Rasa bilik tu penuh dengan beribu-ribu lemon je.. Cewahhh..
  • Pembersih dapur : Haa yang ni baru2 je aku try.. Iyelah dah ada dapur baru kan.. Lepas dah lap table top tu, drop 1 titik je kat table top ..Pastu lap ngan kain kering. Serius berkilat.. Bila kering tu tak nampak pun kesan sapuan.. Berbeza kalau lap sesaje je ngan kain kering... Bila kering nampak berbalam2 kesan sapuan kain kat table top aku tu.
Setakat ni inilah je kaedah yang aku guna untuk maksimumkan penggunaan EO.. Dalam buku recipe ada gak tips untuk hilangkan kesan minyak. Tapi aku tak try lagi.. Belum2 ada kepentingan lagi. Hahaha.. Kau tengok ngan EO pun ada buku recipe.. Hehe harus ye ada.. Sbb macam2 EO macam2 lah fungsinya.. Ok next entry..Daaa..

Whatsapp 0192846907

Thursday, June 1, 2017

Young Living - Independent Distributor

Young Living

Assalamualaikum.
Lama dah kan tak bersiaran..  Dan bila bersiaran ada sesuatu yang nak dikhabarkan. And yess seperti dalam gambar dia atas.. Aku sekarang dah jadi Independent Distributor untuk Young Living.. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku mengikut jejak adik beradik berbisnes.

Bukan apa, niat berbisnes tu memang dah lama... Tapi  bila berniaga ni kena fikir baik buruk nye. Paling penting kepuasan diri sendiri.. Nak bisnes baju dok terpikir kalau jual baju ketat2 sikit kang kita juga yang menyumbang dosa. Nak jual produk kecantikan / suppliment kita pun macam chipsmore.. Kejap guna banyak tak guna.. Heee akhirnya expired...

So akhir sekali terjatuh cinta dengan Young Living ni. Sebab penggunaan untuk essential oil (EO) Young Living ni digunakan secara maksima.. Boleh terjah my Instagram / Ig di youngliving_natureoil ...  

Memula memang pakai untuk diri sendiri je.. Lepas tu apply sikit pada anak.. Pastu untuk family kecik aku plak... Dan akhirnya.. Tingg. Terdetik untuk disebar luaskan kepada semua.. 

Essential oil lemon
Essential Oil Lemon ni yang pertama sekali aku guna. Tujuan??? As detox.. Sebelum ni aku detox dengan Lemon je.. Tapi kan.. sangatla malas.. Sebab nak kena hiris dulu, perah lagi.. So lepas diperkenalkan dengan member aku try dulu yang ni.. Kebetulan harga nye pun paling murah dalam Essential Oil.. So bermula lah kisah dengan EO.. Pergi sekolah pun senang. Bawa je botol ni. Minta air suam. Titiskan je 1-2 drop.. Sangat mudahh.. 

Lepas tu Mira plak demam.. Apalagi Lemon pun xde stok. Aku bantai pakaikan stokin basah letak setitik dua kat stokin dia..  Huhu membazir ker?? Xdelah.. Aku beli bulan 7 tahun lepas kalau  silap.. Sekarang masih berbaki 3/4 botol.. Sekarang pun minum lemon ni time period je.. Bila rasa perut x selesa..
disfuser young living

Lepas tu, dah rasa best ngan EO ni. Bulan 1 terus sambar plak Basic Plus starter kits.. Haha tengokla, lama gila kan kesedaran nak datang.. Biasalah tu Muzaiyanah. Dapatlah Lavender, Stress Away ngan Lemon 5ml free.. RC ngan Cedarwood beli lain.


Apalagi, bila dah dapat je perkara pertama aku buat pas balik sekolah ialah buatkan susu Mira .. Hehe pas Maghrib lelaju disfuse Lavender kitorang pun baring dalam bilik.. Perasaan??? Walawehhh... Tak reti nak cakapla..Memang ku dah jatuh cinta...

Lepastu keajaiban RC plak.. RC ni panas sikit tau.. Jadi aku tak berani nak sapu terus kat Mira.. So nak dijadikan cerita dia kena demam selsema.. Malam memang merengek je la.. Ada je yang x kena.. Susah dia nak tdo. Umminya cuma kesian je..Tapi tak tau nak buat apa. Last2 buka telegram, tengok kat support group. Settle.. Terus disfuse RC .. Dann ting.. si kecik pun tdo lena. Pastu berjangkit plak ngan ummi dia. Heavy flu lagi. sampai melecet gak la hidung ni duk membuang hingus.. Nak tdo pun susah..So apalagi disfuse RC.. Sikit2 macam rongga hidung ni terbuka.. Dan akhirnya dapat bernafas macam biasa..Pastu tdo.. Tapi aku advance sikit dari Mira.. Sapu gak kat hidung..dengan hidung melecet, memang perit la. Nak sihat punya pasal kan.. Dann RC ni habis dulu dari Lemon.. Hehehe.. terpaksa topup lain.. Pada aku RC ni sangat  penting di saat2 genting..


Essential oil young living

Dan akhirnya.. penambahan botol essential oils yang lain.. Tak sangka sekejap je koleksi bertambah.. 

So begitulah ceritanya.. Kalau x cuba memang x rasa... memang x kan jatuh cinta..  Dan sebab aku merasai nikmatnya guna EO ni..sebab tu juga lah berani menyebar luas kepada kengkawan.. Nak penjimatan lebih, boleh jadi member..

Sape berminat nak tau lebih, leh whatsapp aku kat 0192846907.. Pm kat fb muzaiyanah.samilan  atau insta natureoil pun boleh.

Haa tengok first time Muzaiyanah share no tepon dia...FB ngan insta lagi.Hehe.. Selamat melompat ke alam Essential Oil kawan2.. Hehehe..

Sunday, May 14, 2017

Kursus kepimpinan pengawas di Glory Beach Resort

31 March yang lepas.. Perghh cerita dua bulan lepas baru nak up..Hehehe.. Alhamdulillah selesai sudah kursus kepimpinan pengawas 2017 selama 3 hari 2 malam di Glory Beach Resort.. Konsep kali ni berbeza sedikit.. Kursus lebih kepada kepimpinan profesionalisme. Nak latih budak supaya lebih confident dan berani dalam komunikasi dan manage sesebuah organisasi..

So tempatnya pun haruslah santai-santai kan.. takdelah dalam hutan bagai.. Tahun ni pun cikgu cikgi disiplin dilibatkan sama.. So haruslah meriah.. Sebab sebelum ni kami-kami guru pengawas je yang g jaga bebudak.. Hahaha amik kesempatan beb.. Bila aku tgk slot bersama bebudak waktu senam pagi je, so apa lagi terus decide nak bawa si comel kesayangan.  So sambil menyelam minum air.. Puas la Mira mandi pantai n kolam... Masuk bas masa nak balik terus lena tak sedar apa..Hahaha...
Sebelum bergerak, kena pastikan dulu semua pengawas dah sampai.. Kang kalau ada yang tinggal sia-sia je.. Dah la bayar mahal..

Bacaan doa sebelum berangkat
Glory Beach Resort
Aktiviti senaman pagi.. Sepatutnya slot aku masa ni. Tapi salah masa daaa.. Diorang start kul 7, aku beriya ingat kul 8.. So memang aku  x jaga langsung la hari tu.. Semata bercuti..Huhu tapi ada la juga menjengah masa slot orang lain.
Antara barisan guru yang hadir 
Serius cakap, kitorang jumpa masa makan je.. Heheheh..

Malam terakhir, bebudak buat event untuk cikgu2.. Hebat diorang dalam masa x sampai 5 jam semua dah tersedia.. Dari pengacara majlis, persembahan, ucapan sampailah hidang-menghidang.. Niners memang terbaik.. Aku plak, mujurla tukar tshirt ke blouse. itupun pakai jeans.. Kalau tak malu je. Yang lain semua pakai baju yang sepatutnya ke majlis formal.. Haha muzaiyanah mmg blur plus vengong sikit..


Akhirnya bergambar kenangan di pantai PD.. Sian diorg, nak balik baru dapat jejak pasir.. Kikiki... Cikgu gelak jahat.. Wakaka..

Okey itu sahaja ceritanya.. Nak cerita panjang2, x banyak gambar.. Gambar Mira kat PD pun ntah mana letak..Hihi.. OK bye..