Post Terkini

Wednesday, December 31, 2014

Summary of 2014

Tinggal beberapa jam lagi 2014 akan meninggalkan kita .. Alhamdulillah banyak suka duka tahun ni yang mematangkan perjalanan hidup kami. Dan diucapkan selamat tinggal 2014.



So berkisar juga pada apa yang telah aku post di entry kami pada 2014 kesimpulan yang aku dapat buat dari azam ku ialah 

  1. Khatam Al-Quran 2 kali - berjaya
  2. Consistent dalam treatment - separuh jalan.. aku ambil keputusan untuk sihat secara alami.. 
  3. Hantar mak dan abah g umrah. Alhamdulillah aku pun dapat menjejak kaki bersama mereka ke sana.
  4. Tabung 2014.. Hehe yang ini kurang berjaya. Tp hasil tabung syiling yang lain kami berjaya kumpul almost 1k++.. Selamat dah masuk tabung haji
Pencapaian 2014
  1. Berjaya memiliki kenderaan kurang idaman..Hehe
  2. Kami adik beradik dapat belikan abah sebuah kereta
  3. Dah dapat kunci rumah.. Yeaahaaaa
  4. En hubby dapat title engineer... Haha.. i likee... combination yg ku suka sejak zaman sekolah..cikgu + engineer /cikgu + doktor..
Suka duka 2014
  1. Endometriosis ku disahkan stage 4. 
  2. Bercuti dengan family di Air Papan, Mersing. First time kami dapat bercuti bersama..Selalu ada je kekangan.
  3. Perkahwinan my sis wani bulan Februari
  4. Pertunangan my sis Fidah Oktober 2014
  5. Terpaksa cancel trip honeymoon
  6. Ditipu ditipu ditipu oleh orang yang berjanji untuk berikan baby kepada kami sebagai anak angkat. I HATE HER.. Moga Allah sahaja yang membalasnya..
  7. Kelinci kesayanganku telah selamat beralih tuan last week.. 

Dan hello hello 2015..


So targetku untuk tahun ni ialah
  1. Khatam Quran 2 kali dengan maksud.
  2. Renovate rumah baru tanpa pinjaman
  3. Bercuti di Langkawi
  4. Bercuti di Sabah
  5. Tukar sekolah
  6. Menang anugerah BRM dan Register terbaik.. Hehe..
  7. Buat kajian tindakan
  8. Bebas dari endometriosis dengan pemakanan sunnah
Semoga semuanya dipermudahkan dan dizinkan oleh Allah..

p/s : Banyak lagi entry 2014 yang tertangguh.. 
Post a Comment