So berkisar juga pada apa yang telah aku post di entry kami pada 2014 kesimpulan yang aku dapat buat dari azam ku ialah
- Khatam Al-Quran 2 kali - berjaya
- Consistent dalam treatment - separuh jalan.. aku ambil keputusan untuk sihat secara alami..
- Hantar mak dan abah g umrah. Alhamdulillah aku pun dapat menjejak kaki bersama mereka ke sana.
- Tabung 2014.. Hehe yang ini kurang berjaya. Tp hasil tabung syiling yang lain kami berjaya kumpul almost 1k++.. Selamat dah masuk tabung haji
Pencapaian 2014
- Berjaya memiliki kenderaan kurang idaman..Hehe
- Kami adik beradik dapat belikan abah sebuah kereta
- Dah dapat kunci rumah.. Yeaahaaaa
- En hubby dapat title engineer... Haha.. i likee... combination yg ku suka sejak zaman sekolah..cikgu + engineer /cikgu + doktor..
Suka duka 2014
- Endometriosis ku disahkan stage 4.
- Bercuti dengan family di Air Papan, Mersing. First time kami dapat bercuti bersama..Selalu ada je kekangan.
- Perkahwinan my sis wani bulan Februari
- Pertunangan my sis Fidah Oktober 2014
- Terpaksa cancel trip honeymoon
- Ditipu ditipu ditipu oleh orang yang berjanji untuk berikan baby kepada kami sebagai anak angkat. I HATE HER.. Moga Allah sahaja yang membalasnya..
- Kelinci kesayanganku telah selamat beralih tuan last week..
Dan hello hello 2015..
So targetku untuk tahun ni ialah
- Khatam Quran 2 kali dengan maksud.
- Renovate rumah baru tanpa pinjaman
- Bercuti di Langkawi
- Bercuti di Sabah
- Tukar sekolah
- Menang anugerah BRM dan Register terbaik.. Hehe..
- Buat kajian tindakan
- Bebas dari endometriosis dengan pemakanan sunnah
Semoga semuanya dipermudahkan dan dizinkan oleh Allah..
p/s : Banyak lagi entry 2014 yang tertangguh..
2 comments:
muzai. apa citer endo ko tu? igtkn dah ok dah..
ntah la anne.. x tau dah ok ke belum.. malas nak g check..huhu
Post a Comment