Post Terkini

Wednesday, January 1, 2014

Kami pada 2014

Hari ni 2014. Duk ingat masih 2013. Terkebelakang sudah aku. Tapi takpe belum terlambat. Seingat aku tak pernah aku post pasal azam aku tahun baru. Sebabnya aku tak tahu apa nak azam. Untuk tahun 2013, suami aku je yang buat azam. Dia siap gantung dekat bilik. Dan Alhamdulillah 4 dari 6 yang diimpikan telah tercapai. 

Untuk tahun ni pulak, akan diteruskan azam yang belum tercapai tu dan ditambah baik dengan azam yang lain. Dan istimewanya azam ni akan kami laksanakan bersama-sama. Insya Allah. Dengan keizinan Allah.

Azam 2014

1. Khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
2. Consistent dalam treatment infertility kami. (InsyaAllah rezeki kami tahun ni .Doakan ye :) )
3. Hantar mak dan abah pergi umrah
4. Tabung 2014 (berkonsepkan minggu pertama RM1, minggu ke dua RM 2 dan pertambahan RM1 untuk setiap minggu yang seterusnya) (aku jumpa teknik ni dari satu blog omputih , x ingat dah blok apa)
5.
6.
7.
.
.
.

Setakat ini, itulah azam kami, dan secara personal nya aku cuba untuk menjadi yang lebih baik sebab aku sedar sekarang ni banyak sangat kekurangan diri aku yag perlu ditambah baik dari segi rohaniah dan jasmani.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah segala urusan ku dan janganlah engkau sukarkannya. Dan permudahkanlah agar aku dapat bersama-sama zuriatku pergi ke rumahMu. Amin.

No comments: