Hari ni buat aku semangat nak menulis. Bukan sebab apa pun.. Tapi cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga... Alahaiiii dunia.. apa nak jadi dunia sekarang ni.. Sorang boleh dipanggil ayah, sorang lagi boleh panggil anak.. Yang lagi teruk nye.. berstatus cikgu ok.. Sorang cikgu besar, sorang cikgu kecik.. Haishhh maluuu.. malu aku...
Di saat orang lain sering memperlekehkan golongan guru, ada pula segelintir orang yang macam ni mengukuhkan andaian-andaian luar.. Ye betul, bukan semua.. atau kita kata kes-kes terpencil.. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Malu-malu.. kita ni adalah golongan mendidik, kita ajar pelajar bukan setakat silibus dalam buku.. tapi kita ajar pelajar cara menghormati, pengamalan kehidupan Islam.. tapi bila jadi macam ni??? rosak-rosak.. Apa nanti murid-murid akan membalas?? Cikgu tu boleh buat?? cikgu ni boleh buat?? Nauzubillah...
Seorang guru tu segala tingkah laku nye diperhatikan. Segala apa yang dipakai juga dilihat. Owhh hari ni cikgu pakai baju baru.. Cikgu pakai kasut baru hari niii.. hari ni cikgu pakai bedak putih sangat la... Nahhh.. benda yang sekecil-kecil ni pun diperhati.. Sebab tu kadang-kadang ada yang bagi gelaran pada cikgu-cikgu mereka.. Cikgu najwa latif, cikgu vogue, even gelaran yang tak berapa elok pun ada..Sebab apa? sebab pembawakan cikgu lah kan..
Tapi bila kes yang macam ni??? kalau ada yang berbicara? kalau ada yang bertanya? Ye memang.. Jawapan kita seharusnya memberi jawapan yang haruslah positif.. Tapi di dalam hati pelajar-pelajar?? adakah mereka ini akan setuju dengan jawapan kita?? pastinya akan terdetik juga dalam hati paling tidak satu persoalan.. Aku tahu, sebab aku dulu pun bergelar murid sekolah jugak.. Kadang-kadang ada jawapan cikgu yang tak memuaskan hati.
Aku dulupun memandang tinggi pada seorang yang bergelar guru.. Cikgu math aku, bila tuisyen kami jarang jawab soalan upsr.. tp dia ajar level budak-budak menengah..teacher Maria.. cara dia mengajar buat aku score English. Cikgu Khalid smpi skrg aku ingat cara tanam pokok hidroponik. Cara masak cucur udang pun dia ajar masa darjah enam. Cikgu shikin.. terima kasih cikgu sebab selalu panggil saya cikgu.. Akhirnye kata-kata cikgu jadi kenyataan. Cikgu Norzana, yang menarik minat aku mencintai dunia sastera. Haishh kalau sebut semua cikgu, hampir semua cikgu2 aku suka..
Tapiiii.. bila aku masuk dunia pendidikan ni.. Ramai pulak aku tengok yang melanggar etika pendidikan. Di luar norma-norma budaya dan agama.. Please lah golongan cikgu sekalian. Jangan kita calarkan profession kita. Jangan kita hapuskan kepercayaan segelintir masyarakat pada kita. Kita ni ikutan, kita ni role model.. Elok kita, eloklah anak didik kita. Tanamkan semangat lagu guru Malaysia tu dalam diri..
Ada 4 martabat guru dalam Islam :
1- Mudarris : guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim : guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
Janganlah kita hanya menjadi mudarris sahaja. Sebab apa?? Sebab takut2 nanti kita tergelincir.. Meletakkan nafsu mengatasi akal, meletakkan nafsu mengatasi agama. Takut-takut jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Buat kawan-kawan, adik-adik seperjuangan.. tak kisahlah anda dari DPLI atau Ijazah.. yang penting bukan berapa lama anda menuntut sekeping sijil untu menjadi guru, tetapi semangat kita nak mendidik anak-anak murid, yang tidak berapa bijak kita dorong dia mencari kelebihan diri bukan hanya setakat menyampaikan sahaja. Ingat tuuuu.. Sebab kita golongan guru-guru muda sangat jauh lagi perjalanan kita. Makin banyak cabaran menghadapi generasi murid seterusnya.
Haishhh dahla banyak plak aku tulis.. Geramm sebenarnya.. geram sangat-sangat.. Kalau ikutkan memang banyak aku tulis.. Stop sini..
No comments:
Post a Comment