Post Terkini

Saturday, January 11, 2014

Infertility Treatment : 1st Appoinment

1st visit dengan Dr Adilah.. Setelah mencari-cari doktor terbaik dan hasil perbincangan kami suami isteri akhirnya kami ke sini. Rasa nervous nak bertemu dengan Dr blogger.. Ya Allah.. cantik amat Dr ni. Tinggi lampai. Lembut je orangnya. Muka pun iras-iras Dr Halina wife Dr Sheikh Muzaffar.. memang cantik.. 

Kali ni kami sepakat, duit belakang kira.. Mendapatkan zuriat keturunan yang paling penting. Buat penyumbang doa di alam barzakh. 

So tahun lepas 22.10.2013 menjadi titik sejarah kami ke sini.

Hasilnye...

gigih aku melukis tuk gambaran korang.. Aku lukis mengikut apa yang dr lakarkan pada aku.
Keadaan tiub fallopio kanan aku.Tiub aku dah ke atas sedikit 
Tiub yang nomal sebatutnya berkeadaan sebegini.

Sebelah kiti, ovari yang beralih. Masa scan dr tak nampak pun keadaan ovari kiri
Hasil scan, dr rumuskan ada perlekatan antara rahim kanan dengan tiub fallopio aku. Manakala ovari kiri berada di atas sedikit dari tiub fallopio. Dan dr cadangkan supaya tiub fallopio kanan aku diikat untuk mengelakkan tumpahan darah kotor ke dalam rahim. Part ni aku tak ingat sbb apa. Mungkin sebab tisu fimbria dah rosak..atau sebab tiub kanan aku dijangkiti kuman.. Huhu sorry tak ingat dah..


Gambaran lebih jelas keadaan dalam rahim kalau nak paham. Aku kurang sket bakat melukis ni

Ko bayangkanla masa dr bagitau tiub fallopio kena ikat, hati ni menahan-nahan dari menangis. Nak tunjuk kuat pada Dr tak mau nangis.Malu kan nangis depan orang. Tapi masa tu hati aku rapuh gila.. Soalan kenapa kenapa berlegar-legar dalam kepala. Kenapa aku yang kena uji..kenapa bukan orang lain. Kenapa kenapa kenapa.. Memang orang kata kecewa tu 100% dalam diri aku. Apa yang nampak diluar sangat2 la fake.


Iyelah ko bayangkan dr kata untuk kes aku ni, dr assume peluang aku hanya dengan IVF je.. mau tak meroyan ko. Walaupun masa jumpa dr kengkonon dah sedia kalau kena IVF tapi sebenarnya aku mengharapkan sesuatu keajaiban. Tapi nampaknye aku masih terpilih untuk ujian ini. Jadi  dr kata untuk kepastian kena buat ujian HSG. So untuk kali ketiga aku set appoinment HSG. 

Lepas tu ambil antibiotik siap2. Kna makan sebelum dan selepas HSG. Lepas tu balik..
Tapi dalam kete aku x nangis lagi. Sebab nak kena pergi sekolah kan. Jiwa kena kental. Biar orang nampak kite senyum walau hakikatnya berbeza..

Total cost untuk 1st visit :

Admin fee : rm 4.00
Blood test : rm604.00
Ubat-ubatan : rm11.40
Consultation: rm270.00
Procedur TVS : rm90.00

Jumlah besar : Rm979.40
perghhhh masa nak bayar tu..fuhhhhh gigil tangan ni.. mahal kot.. tapi bagi kami pelaburan yang berbaloi.. Sebab..

1) Kami dapat maklumat yang dr lain tak pernah tahu
2) Dr nampak imej scan yang dr lain tak pernah pun nampak. If ada, kami tak diberitahu pun
3) Sama untuk semua dr, beliau sangat-sangat positif dan lembut.
4) Dr adalah wanita.

dan no 1 dan 2 itu adalah bonus dengan dr Adilah...

So lepas ni aku akan cite tentang HSG n 2nd visit ngan dr plak. 3rd visit baru nak jumpa next week..

***mood : excited nak dapat kembar 4 macam student kat sekolah aku ni.. ini motivasi terbesar aku :)***