Tapi untuk hari ni, aku rasa aku yakin untuk berkongsi rasa. Yupp walaupun aku tau ramai kalangan kawan-kawan blogger (yang baca blog aku ni) yang terdiri dari kawan-kawan yang dah pun punyai anak tapi manalah tahu setiap kali diorang ni baca, termasuklah yg sedang membaca ni terdetik hati untuk mendoakan aku. Owhh bukan bukan.. aku tak minta simpati sesiapa pun sebab kehidupan aku gembira setakat ni. Cumanya menagih doa dari seorang teman untuk mendoakan aku. Orang kata cukup 40 orang yang mendoakan kita, InsyaAllah dimakbulkan doa tersebut.
Dan macam aku jugak, sentiasa mencari-cari ilmu bagi golongan ber TTC ni. Jadi bila tak dapat info yang dikehendaki agak frustrated jugakla. Jadi harapan aku, dapatlah sedikit sebanyak memberi bantuan kepada kawan-kawan yang senasib aku ni.
owh yee aku adalah penghidap senggugut yang teruk. Setiap kali period aku akan senggugut yang terpaksa membongkok (tak boleh jalan menegak), lenguh-lenguh badan, loya, sakit kepala..dan mengalaminya dari 3-4 sebelum period berlarutan hingga 3-4 selepas period.
So secara kronologinya apa yang aku ingat sepanjang 5 tahun aku berttc ni bermula awal perkahwinan lagi... Akan aku ringkaskan kat sini. Aku dah ingat-ingat lupa..
2009
- Berurut sebanyak 2 kali.
- Urutan pertama sengkak rahim. Rahim aku kebawah. Kemudian banyak urat yang berselirat. Memang sakit dia urut. Tapi lepastu bahagian badan yang selalu sakit dah ok.
- Urutan kedua, Alhamdulillah tempat-tempat yang selalu sakit tu bila diurut rasa sangat selesa. Tapi dia kata aku mungkin dah pregnant. Sebab dia rasa perut keras. Lepas 2-3 hari aku pun period.
2010
- Bulan September
- Disahkan endometriosis stage 3 nak ke 4. Dr kata dah 2-3 tahun usia cysts ni. mungkin betul, sebab flow period dalam tempoh ni macam pelik sket. Cycle tetap cuma sedikit je yang keluar.
- Operation endometriosis secara laparatomy. Bedah macam orang bersalin.
- Dermoid cyst sebelah kanan, endometriosis sebelah kiri. Dr kata tiub fallopio kanan mungkin tersumbat.
- Ujian HSG. Alhamdulillah tiup normal.
- Ambil suntikan untuk hentikan period selama 3 bulan.
- Try naturally.
2011-2012
- Try biodex. Untuk satu kali percubaan je sebab kos hampir RM500. Bertambah frust bila makan Noni Chewetable sekali scan Dr cyst masih aktif.
- Perubatan syifa. Alhamdulillah cysts hilang. Dr kata maybe folicular cysts.
- 2-3 bulan selepas tu buat check up cysts ada lagi. Dinasihatkan operate. Berubat Islam sekali lagi Alhamdulillah hilang dan senggugut semakin kurang.
- Bulan 10 appoinment dengan LPPKN
- HSG kali kedua. Tiub normal cuma ada pelekatan.
2013
- IUI kali pertama. Failed.
- Try naturally sebab busy dengan keje.
- Selepas raya minta next appoinment dengan LPPKN sentiasa ditunda sebab dr cuti, kursus, etc.
- Akhir sekali decide pergi jumpa Dr.Adilah di Hosptital Pantai Kuala Lumpur. Cost agak fuhhhh, tapi demi zuriat kami setuju bergolok gadai di sini. Sebab utama, penerangan Dr Adilah tidak kami dapat di mana-mana hospital. Hmmm kenapa tidak di Hospital Government?? Sebabnya tak sanggup jika terkena dengan dr lelaki dalam keadaan waras. Mungkin kalau bersalin lain halnye, sebab kita dalam keadaan sakit. Tapi untuk yang ini, aku berkeadaan sedar. Dari segi duit, terus terang kami memang tak mampu. Cuma ada sedikit lebihan wang yang menyatakan kami boleh cuba disini untuk tempoh tertentu sahaja. Jika tidak berjaya, biar Allah lorongkan kami jalan seterusnya.
dan banyak juga produk sampingan yang aku cuba. Tapi rezeki belum sampai.
Full stop. Hmm apa yang menggerakkan aku untuk berkongsi?? Tak ada apa.. cuma bila bercerita dengan rakan-rakan sekolah aku rasa lebih positif sebab sokongan yang diorang tunjukkan. Jadi aku rasa tak salah juga untuk dapatkan sokongan di sini juga. Dan untuk tahun ini, aku rasa tahap positif aku sangat tinggi. Alhamdulillah. Jadi besarlah harapan aku agar korang semua memberikan aura positif juga.
Terima kasih :)
6 comments:
salam. abe kie berdoa agar puan cpt2 mendapat baby agar meru=iah sikit kat umah tu. In Sha Allah. done follow here.
Moga doa adik utk mendapatkan zuriat dimakbulkan Allah. InshaAllah, usaha dan berdoa.
sentiasa positif muzai..kita sama.. mmg x nafikan jauh disudut hati ni sedih..rs kekurangan diri..tp kalau kita sentiasa positif insyaallah..ketentuan Allah itu indah..setiap perancanganNya mesti bersebab...sama2 kita usaha n berdoa..insyaallah!
Thanks ABe Kie n K.Liza Yati. Dua-dua cikgu ye. Senior saya dalam dunia pendidikan. :)
Muzai, i stumble upon ur blog when i read ur comment kat blog anna. Anyway, Just wanna wish u all the best dalam usaha u in TTC. Allah beri ujian hanya pada yang mampu, dan memanandangkan ujian ni datang dari Nya, maka jalan keluar dari ujian ini juga ada pada Nya. Jgn risau tentang rezeki, InshaAllah, kita pohon pada Nya, Dia akan beri... Sebab kasih sayang Allah pada kita sangat meluas, tak terjangkau dek akal kita...
Smg Allah berikan ketabahan dan ketenangan buat kalian berdua... Amin :-)
salam..
nk cari pasal fleet soda tiba2 terjumpa blog ni.. history kita lebih kurang sama~~
saya disahkan endometriosis stage 4 thn 2012, lepas operation kena 6 bulan lucrin.. then try 2kali natural & 4 kali IUI tp hasilnya masih gagal..
june 14 jumpa pakar infertility utk dptkan pendapat lain and Prof. tu decide end of august, kena operate sekali lagi untuk buang cyst yg wujud kembali & nak bentuk semula rahim yg dh berubah bentuk..
semua pasangan ingin memiliki zuriat.. tp perancangan ALLAH adalah yg terbaik.. kita cuma mampu berusaha dengan harapan rezeki zuriat itu untuk kita juga.. InsyaALLAH
Post a Comment