Post Terkini

Thursday, January 2, 2014

Sesi persekolahan bermula : Bukan pelajar je berbelanja

Hari ni hari pertama persekolahan. For sure, budak-budak memang la datang sekolah dengan serba baru. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa ni pun segala perkakas sekolah lengkap serba serbi. Buku-buku suci murni bersih dari noda. Takde kelepet sana sini macam belacan bila dah sampai hujung tahun. 

Yuppp.. untuk aku pun sebagai cikgu wajib juga beli perkakasan baru. Baru semangat nak mengajar. Biasalah cikgu kan, memang cukup setahun harus beli baru. Kadang-kadang tu tak sampai setengah tahun pun dah habis.

Alatan sekolah 
Tengoklah gambar kat atas tu., meriah tak?? tahun ni semangat aku berkobar2. Ada penambahan dalam pembelian stationary aku iaitu colorful permanet and whiteboard marker. Hajat di hati nak buat la cantik-cantik nota kat whiteboard tu. Kalau ada presentation plak, bolehlah student aku buat hasil kerja yang warna-warni gitu. Baru ceria kan :)

Tapi untuk cikgu-cikgu, ko tahu apa yang paling penting??? Meh sini aku nak tunjuk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pen, pen merah
Harta karun seorang guru
Taraaaa....itu dia.. pen merah.. Kalaau takde pen merah ni memang melilau la cari ke sana sini nak meminjam. Pen ni nyawa seorang guru tau. Kalau takde dia memang semangat bekerja terus merundum tau. Iyelah dah semangat nak menanda buku, PBS budak sekali cari pen tak de. Memang kacau la kan. Selalu jadi kat aku. Tahun ni pun beli stok bebanyak aku pun tak tau sampai bila boleh bertahan. Huhu. sebabnya bila beli banyak2 ni, seolah-seolah pen ni berkaki je. Sekejap je hilang depan mata. 
Nyawa kedua, pen juga. Tapi pen hitam. Sebab nye nak kena menanda register budak. Ni pun satu, kalau xde susah hati gak. Tapi aku beli pen hitam empat batang je. huhu. Yang merah je sampai 25 batang. Harap-harap bertahan la sampai tahun ni.

Azam aku sebagai seorang guru? Aku nak memberikan ilmu dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar. Dan melakukan kajian tindakan untuk peningkatan pengajaran aku. Dan tahun ni nak cuba memperkemaskan sistem fail aku. 

Sekian.

*** schedule post***

No comments: