Post Terkini

Wednesday, January 8, 2014

Travel : Percutian di Krabi (Part 5)

Haishhh... gigih aku nak mengupdate cuti-cuti kat Krabi ni. Kengkonon nak mengikut jejak travelog blogger lain tapi nampaknye lepas ni xlah. Setakat satu dua entry je.. Ni ha amik kau.. sampai part 5 pun tak habis-habis lagi.. Tapi kalau rasa-rasa nak tambahkan entry jadi banyak terpaksa la aku gigihkan diri juga mengupdate blog. Huhu. 

Oklah entry ni mungkin lebih fokus kepada Thai Massage. Aku kata mungkin je ye. Manalah tau masa tengah menulis teringat cerita-cerita lain ke kan. So cerita bermula selepas berehat-rehat di dalam bilik. Target utama cari makan dulu. Iyelah kang jadi macam malam haritu, xmakan sebab kedai dah tutup.. Nangissss...


Kami makan di gerai tepi jalan macam ni. Satu lauk/masakan 50THB. Standard kat Malaysia la. Aku ambil nasi goreng ketam, laki aku nasi goreng nenas, tempura udang, air plak kami ambil sprite ngan jus tembikai. 20THB setiap satu. Alhamdulillah.kenyang sampai x cukup perut. Niat dihati nak makan tomyam ngan seafood tapi ketakutan kebarangkalian pembaziran berlaku yang menebal bat kami menuju kesini. Syukur Allah lorongkan ke kedai yang betul. :)
Udang kesukaan my laki. Sambil tunggu nasi kami hadap ini dulu. Gambar nasi tak sempat ambil sebab terlupa. Tengah-tengah makan baru teringat. So memang tak lah nak snap bagai.


Lepas tu jalan-jalan lagi. Tujuan utama nak cari kayu macam kat atas ni. Kayu urut. Dah pun selamat digunakan ke atas kaki aku. En suami memang terbaik bab-bab urut ni. Sangat best kayu ni. Lepas tu jalan-jalan dapat sambar sehelai lagi baju "I love Krabi" untuk my twin. Sian plak kat dia kalau xde. Dia dah request kan kat wassup.
Penat-penat jalan kami terjumpa kedai ni.Kedai bersenang-senang. Tak silap dengan ngan masjid n Mc D. Dekat juga denga Ao Nang  Smile hotel. Tapi kami tak makan pun. Perut kenyang kan. So minta kerang rebus. Cuma sayangnye kerang dia ada yang busuk. Iyelah mana nak tau kan. Aku pun kadang-kadang masak pun gitu jugak. Ada yang busuk. Tapi sos dia sedap la. macam kita makan kat malaysia tu. So aku tak bolehlah nak review lebih-lebih kan. Tapi setakat yang aku jumpa ramai yang kata kat sini sedap. Harga serius tak ingat. Tak take note pun. Huhu macam manalah nak jadi penulis blog travel.. huhu.. 
Yang menariknye, kitorang jumpa orang kampung. hehe bukanlah orang kampung.. Dia asal pattani. Tapi lama duk Malaysia. Yang kat Malaysia tu dekat simpang pertang je pun. Kampung aku tu.. Berbual-bual lah kitorang. Lama juga dia duk simpang dekat 14 tahun. Kat Krabi ni baru 3 bulan je pun. Ehh patutnya gambar hubby tu haruslah gambar akak tu kan.. Motippp?? Saje nak tunjuk kopi panas kat dalam cawan kertas 
Walking street. Tempah minah-minah celup dekat sini la. Sekilas ikan dilaut sudah ku tahu jantan betina. Hahaha iyela, kalau perempuan tulen takde nyelah nak bermekup tebal berbulu ayam bagai. Betul tak.. Tapi serius diorang ni cantik. Siap aset diorang tu nampak cam tulen gitu. Apa orang kata 36-24-36.. Hahah tapi janganlah dibandingkan ngan aku. Memang sah-sah kalah. Yang menangnya, saya wanita tulen. Hehe.
 I WAS THERE @ WALKING STREET AONANG
Haa part yang ni paling best. Punyalah nak cerita pasal massage kan. Last-last entry hujung juga. Aku awal-awal lagi memang dah set dalam kepala nak buat Thai Massage kt Andaman. Sebabnye murah kot 250THB. Sama harga dengan foot massage. So bila urut badan ni, aku ingat macam kat Malaysia la kan. Kalau urut dengan makcik-makcik.. Haruslah tanggal baju salin kain batik kan. Nak-nak tengok dia dah sedia tuala bagai. Lagi-lagi bila dia bagi seluar besar. So aku pun buka la tudung. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga kena bukak baju ke.

Dan mujurlah bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Agaknye kalau aku, malu bertanya, malu semalu-malunya.. Huhu so bila dah tanya tu rupanya tak perlu pun bukak baju. Aku pun pelik gak sebab kalau tak buka baju macam mana nak sapu minyak kan. So biarkan je lah.

Dan rupa-rupanya diorang tak pakai minyak pun. Memang hanya bersandarkan kepada tangan dan kaki. Tapi kesan dia terbaik beb. Korang bayangkanlah kalau laki aku pun cakap tukang urut aku tu besar. So tengok jelah gambar tu. Tu baru sikit tau. Ada yang lutut dia atas badan kita lagi.  Tapi kesan dia memang terbaik. Kalau tengok caranya macam ganas je, tapi aku suka. Sebab effect dia datang serta merta. Bayangkanlah bawah tulang belikat yang sakit sebab terhentak bot, terus hilang sakitnye lepas urut. Dengan ditegakkan kaki aku 90 darjah. Satu perkara yang aku tak boleh buat langsung. Dengan dia , senang je kot dia buat. Sampai mengerang-ngerang gak le. Tapi memang awesome.

Ibu jari kanan aku yang dah lama sakit ni pun terus elok. Dia pun perasan masa dia sentuh antara jari kanan dan jari telunjuk aku ni aku menjerit. Lepas tu apa ntah yang dipicit-picit di tekan-tekan kat situ sampai x lama lepas tu aku rasa ok. Kiranye hebatla dia cari point saraf dalam badan kite ni. Dan oleh sebab kehebatan diorang ni, teringin juga nak tanya mana diorang belajar. Iyelah kalau kat Malaysia ni kebanyakannya turun menurun.  Tp kalau kat sana diorang rupanya ada kelas. Belajar dalam tempoh setahun atau dua tahun. Macam ambil diploma gitu. Patutlah melambak-lambak kedai massage sebab diorang memang sediakan kepakaran tu.

Sambil-sambil dia urut tu, aku dukla tengok jam. Dalam hati kata, janganlah masa cepat sangat.. Tapi masa memang sentiasa berjalan kan. So bila dah siap tu..alahaiiiii rasa nak lagi je. Mat Saleh kat sebelah tu duk la cakap very good very good.. tu jelah yang dia duk ulang-ulang. Kitorang pun sebelum balik tu usha-usha gak la massage oil n cream yang diorang jual. Tapi sayang sume saiz besar. Kalau tak boleh bawak balik Malaysia.   Mujur jumpa gak kat Malaysia ni.. tp dari Indon le. Bau sama, kesan sama kira okla kan. 
Keluar dr Andaman terus ke gerai siang tadi.  Kedai pun hampir nak tutup. Nampak lagi orang jual Pancake. Tapi sayang seribu kali sayang tetap tak menepati cita rasa macam dekat night market. Lepas tu nampak plak gerai sebelah. Jual pancake juga. Tengok nama kedai Yaminlaa kalau tak silap. Terus teringat ramai blogger sugget kat sini. Pergi situ sekali dia kata dah tutup. Sedihhh :(.  Xde rezeki kami  nak rasa. Esok dah nak balik. Lepas tu jalan-jalan sekejap kat kedai-kedai berdekatan sebelum balik hotel. En suami beli satu baju. Dapat 150THB. Aku mana boleh macam tu, dia beli senyap-senyap je. Kalau bab baju ni haruslah beli sepasang.  So pergi tengok kedai lain dapatla 100THB sehelai. Lagi murah, Cuma yang membezakan dia xde cop kat belakang. Aku apa de hal. Yang penting sedondon gitu.

So total untuk hari ni .

Makan-makan : 330 THB (anggaran sebab ada yang aku lupa)
Massage : 500THB
Baju : 380THB
Kayu urut : 100THB         

Jumlah besar : 1310THB     







Travel : Harga tiket ke krabi..                 



Post a Comment