Haishhh... gigih aku nak mengupdate cuti-cuti kat Krabi ni. Kengkonon nak mengikut jejak travelog blogger lain tapi nampaknye lepas ni xlah. Setakat satu dua entry je.. Ni ha amik kau.. sampai part 5 pun tak habis-habis lagi.. Tapi kalau rasa-rasa nak tambahkan entry jadi banyak terpaksa la aku gigihkan diri juga mengupdate blog. Huhu.
Oklah entry ni mungkin lebih fokus kepada Thai Massage. Aku kata mungkin je ye. Manalah tau masa tengah menulis teringat cerita-cerita lain ke kan. So cerita bermula selepas berehat-rehat di dalam bilik. Target utama cari makan dulu. Iyelah kang jadi macam malam haritu, xmakan sebab kedai dah tutup.. Nangissss...
Yang menariknye, kitorang jumpa orang kampung. hehe bukanlah orang kampung.. Dia asal pattani. Tapi lama duk Malaysia. Yang kat Malaysia tu dekat simpang pertang je pun. Kampung aku tu.. Berbual-bual lah kitorang. Lama juga dia duk simpang dekat 14 tahun. Kat Krabi ni baru 3 bulan je pun. Ehh patutnya gambar hubby tu haruslah gambar akak tu kan.. Motippp?? Saje nak tunjuk kopi panas kat dalam cawan kertas |
I WAS THERE @ WALKING STREET AONANG |
Haa part yang ni paling best. Punyalah nak cerita pasal massage kan. Last-last entry hujung juga. Aku awal-awal lagi memang dah set dalam kepala nak buat Thai Massage kt Andaman. Sebabnye murah kot 250THB. Sama harga dengan foot massage. So bila urut badan ni, aku ingat macam kat Malaysia la kan. Kalau urut dengan makcik-makcik.. Haruslah tanggal baju salin kain batik kan. Nak-nak tengok dia dah sedia tuala bagai. Lagi-lagi bila dia bagi seluar besar. So aku pun buka la tudung. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga kena bukak baju ke. Dan mujurlah bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Agaknye kalau aku, malu bertanya, malu semalu-malunya.. Huhu so bila dah tanya tu rupanya tak perlu pun bukak baju. Aku pun pelik gak sebab kalau tak buka baju macam mana nak sapu minyak kan. So biarkan je lah. Dan rupa-rupanya diorang tak pakai minyak pun. Memang hanya bersandarkan kepada tangan dan kaki. Tapi kesan dia terbaik beb. Korang bayangkanlah kalau laki aku pun cakap tukang urut aku tu besar. So tengok jelah gambar tu. Tu baru sikit tau. Ada yang lutut dia atas badan kita lagi. Tapi kesan dia memang terbaik. Kalau tengok caranya macam ganas je, tapi aku suka. Sebab effect dia datang serta merta. Bayangkanlah bawah tulang belikat yang sakit sebab terhentak bot, terus hilang sakitnye lepas urut. Dengan ditegakkan kaki aku 90 darjah. Satu perkara yang aku tak boleh buat langsung. Dengan dia , senang je kot dia buat. Sampai mengerang-ngerang gak le. Tapi memang awesome. Ibu jari kanan aku yang dah lama sakit ni pun terus elok. Dia pun perasan masa dia sentuh antara jari kanan dan jari telunjuk aku ni aku menjerit. Lepas tu apa ntah yang dipicit-picit di tekan-tekan kat situ sampai x lama lepas tu aku rasa ok. Kiranye hebatla dia cari point saraf dalam badan kite ni. Dan oleh sebab kehebatan diorang ni, teringin juga nak tanya mana diorang belajar. Iyelah kalau kat Malaysia ni kebanyakannya turun menurun. Tp kalau kat sana diorang rupanya ada kelas. Belajar dalam tempoh setahun atau dua tahun. Macam ambil diploma gitu. Patutlah melambak-lambak kedai massage sebab diorang memang sediakan kepakaran tu. Sambil-sambil dia urut tu, aku dukla tengok jam. Dalam hati kata, janganlah masa cepat sangat.. Tapi masa memang sentiasa berjalan kan. So bila dah siap tu..alahaiiiii rasa nak lagi je. Mat Saleh kat sebelah tu duk la cakap very good very good.. tu jelah yang dia duk ulang-ulang. Kitorang pun sebelum balik tu usha-usha gak la massage oil n cream yang diorang jual. Tapi sayang sume saiz besar. Kalau tak boleh bawak balik Malaysia. Mujur jumpa gak kat Malaysia ni.. tp dari Indon le. Bau sama, kesan sama kira okla kan. |
4 comments:
wah! best tu dpt jln2 kan? sy cuma gi ke Takbai aje..
Suka makanan Thailand. Kreatif dan sedap. :)
Abe kie : Alhamdulillah rezeki sampai juga ke sana
Other side : Yup, maknan thailand sedap..saya pun suka
Wah..bestnyer g Krabi. Kiteorang baru nak g bulan 10 nih. Tak sabar nyer ..hehehe
Post a Comment