Post Terkini

Friday, December 13, 2013

Travel : Percutian di Krabi (Part 1)

Alhamdulillah. Dapat jugak mengupdate cerita percutian di Krabi. Walaupun cuti sekolah, tetapi disebabkan penyakit rajin MALAS yang bermaharaja lela menyebabkan entry ni asyik tertangguh. Percutian selama 4 hari 3 malam yang sangat menyeronokkan. :) So flight kami dalam pukul 1.30 lebih kurang waktu Malaysia. Sampai di Krabi pun lebih kurang pukul 1 jugak. Owhh ye, waktu Malaysia cepat satu jam ye dari waktu di Thailand.

nasi ayam, nasi ayam air asia, nasi ayam uncle chin
Nasi ayam Uncle Chin
Seperti gambar di atas, aku ambil makan. Menu nasi ayam.Sama gak ngan hubby. Rasa dia so so je. Tapi oklah daripada tak sedap langsung. Dan rasional nye aku amik makan sebab masa ni memang waktu lunch kan. Perut pun dah berkeroncong. Dalam flight tak sabar sabar nak tunggu makanan sampai. Alhamdulillah kenyang sampai ke Krabi. .Dekat je punnnnn


borang maklumat keluar masuk thailand
En hubby duk isi borang
Lepas makan,hubby plak  duk mengisi borang maklumat diri. Dekat borang ni kita kena isi sekali nama hotel yang kita duduk pergi dan balik. No flight, passport dan segala maklumat yang berkaitan. Dengan tak disediakan pen nye lagi. Sib baik member sebelah baik hati nak bagi pinjam.

Tiket bus krabi ke aonang
Tiket
Ok sampai-sampai terus pergi imigresen. Airport Krabi ni kecil je so memang takdela macam rusa masuk kampung. Turun turun eskulator terus nampak kaunter bus. Sebab dah baca cerita-cerita blogger sebelum ni, so beranilah nak naik bas. Pergi kat kaunter terus minta beli 2 tiket. Seperti yang dimaklumi harga tiket bas ialah 150 THB. Kalu nak naik taxi plak 600 THB satu taxi. Tapi taxi diorg bukan macam taxi kat Malaysia ni ye.. Taxi diorg ala-ala macam mpv, gaya Alphard pun ada. Memang sangat tak berbaloi lah kalau kitorang yang kerdil ni nak naik bas. Kitorang antara orang yang pertama sampai kat dalam bas. Punyalah lama nak menunggu.. Kalau naik taxi cepat la sket jalannye.

Tapi nak jadikan cerita, benda pertama yang kitorg puji ialah mereka sangat membantu. Iyelah kita kat tempat orang kan, tak tahu mana nak pergi. Driver pun tak tahu Bussaba Thai Hostel tu kat mana. So dia minta no phone pihak sana, siap tolong call kan lagi. Memang berterima kasih la. Owwh ye, kami sampai sedang elok ujan turun di Krabi. Memang bersyukur ambil flight tengah hari kalau tak cam rugi je hujan-hujan tak dapat ke mana.


Ok, kalau ada sesapa yang nak naik bas dari Aiport ke Aonang risau nak turun ke mana, korang tak payahla risau. Sebabnye, memang diorang ni akan turunkan kan kite betul-betul dekat depan hotel. Aku tak pastilah sama ada kebetulan atau sebaliknya, tapi mungkin kebanyakan hotel-hotel ni dibina di tepi jalan. Macam kitorang ni, jalan masuk ke hotel tu bukanlah laluan utama pun, tapi diorang tetap hantar juga. Mungkin  diorg pun tahu kita pun tak biasa kat situ kan.


Bila dah sampai hotel haruslah tengok dulu keadaan bilik. Alhamdulillah puas hati. Cuma ada peristiwa yang buatkan my hubby tak nak pergi situ lagi. Tapi aku ok je, sebab tak memudaratkan pun. Lagipun benda tak dijangka.  Yang penting kerjasama mereka sangat baik. yang tu nantilah kita cerita ye. Yang ni nak cerita pasal hari pertama dulu..

Hotel krabi
Penginapan kami

Oleh sebab menunggu penumpang bas penuh dan perjalanan pun mengambil masa lebih kurang 45 minit ditambah lagi dengan keadaan hujan yang lebat, kami sampai lebih kurang jam 4.00 petang.. Rehat-rehat sekejap, guling-guling sekejap pastu terus keluar. Target kami hari ni  nak cari pakej tour ke Phi Phi Island and 4 Island seperti yang digembar-gemburkan blogger yang pernah ke sini.


Ok kebetulan masa kitorg datang, kat sini adalah hari keputeraan raja diorg. Kawan kitorang Smacha yang cakap. Dia kata waktu-waktu macam ni memang orang Thailand akan turun ke Krabi dan Phuket. Jadi ada harapan lah untuk aktiviti-aktiviti pantai ni penuh dengan umat manusia kan. Dan ada harapan juga untuk tiket-tiket habis. So nak senang cara , cari online booking je masa kat Malaysia. Sebab ramai gak yang kata Barracudas perkhidmatan bagus. Tapi malangnye, email yang dihantar tak direspond pun. Mujurlah tak bayar masa tu kan. Jadinye kami book dekat Aonang ni je.


Ni kot gambar raja diorang.. Mana-mana pergi nampak gambar dia je

So untuk pakej Phi Phi Island dan 4 island ni agen tu ikut je apa yang ada dalam booking form kitorg. Siap tolong tanyakan pihak Barracudas lagi n pihak sana pun mengaku diorang tak bukak langsung pun email.  So untuk Phi Phi Island kos nye 1200THB (by speed boat) dan 4 Island 500THB (by long tail boat). So murah ke mahal?? Aku rasa harga dia agak okla. Standard price memandangkan kitorang pergi high season. Tengok harga yang ditawar pun agak mahal berbanding apa yang kami dapat. Lagipun masa kitorang pergi ni adalah high season. Kata mereka peak season start 4 Januari hingga 18 Januari gitu.. Masa ni harga adalah lebih mahal ye.

Settle satu perkara.


beg kalis air , waterproof bag, bag murah
Next mission. Cari waterproof bag. Gambar adalah seperti di atas. Standard price dekat sana yang mereka boleh bagi murah paling tidak pun ialah RM35 bersamaan 350THB 10liter.  Sampailah satu kedai ni, en hubby dapat 300THB je. Memang hebatlah dia bab tawar menawar ni. Kalau bini dia.... haremmmmm x dapat. So kami senyum panjang la menuju destinasi.

krabi resort, thailang, krabi resort di aonang
Bergambar depan Krabi Resort sebelum pergi destinasi seterusnya. Macam budak sekolah pun ada.

Next station.. Night Market Krabi.

Ini pun satu kisah juga. Kami naik tuk tuk versi motorsikal yea.. kami tak naik versi van tu. Tapi untuk kedua-dua jenis tuk-tuk harga sama. 200THB seorang. Itupun en suami nak bargain lagi.. Haha dia kata mahal. Ok terserah.. So last-last kami dapat 350THB pergi dan balik seorang.. Syabas niceuncle. You are so talented in bargain.. Kagum kagum..  Nak tau tak macam mana dia pujuk... Hahaha aku pun tak reti nak cite, tapi kalau akulah  memang termakan dengan pujukan dia.. Hehehe..


naik tuk-tuk, night market krabi
So inilah wajah orang yang dapat diskaun tu.. Muka control macho beb. Padahal puas menyengih tu. Rasanya dia yang sangat excited dapat ke sini. Bini dia cool je sebab lebih excited nak pergi pantai.. ngeh ngeh ngeh...

Naik motor berlima, naik motor berhujan
On the way nak ke night market hujan turun dengan lebat.. Huhu bayangkanlah kitorang naik motor.. Mujur tuk-tuk tu ada bidai.. Bila dah gerimis tu, si Ya tu turunkan bidai plastik..Elok je turunkan bidai terus hujan turun mencurah-curah. Nasiblah si Ya bertindak pantas, so dapatlah ngelak dari basah kuyup.. Basah sikit-sikit tu adalah.. Opps lupa lak, yang bawa kami nama dia Ya. Muslim juga. tapi si Ya ni pemalu sikit. Tak macam kebanyakan warga Thailand yang peramah. Tapi dia memang baik hati.. senyum je memanjang

Haa nampak tak gambar kat atas tu.. bebudak ni naik motor berlima kauuuuu.. Masing-masing duk tergelak-gelak malu-malu sebab kitorang snap gambar diorg. masa di pun diorg tengah memecut, hujan lebat kan. Gambar adalah x clear sebab dihalangi bidai lutsinar yang melindungi kitorang dari lencun.


Banana chocolate pancake, night market krabi, hujan
Sampai-sampai sana.... Tempat pertama harus dituju ialahhhhhhh kedai banana pancake..Yang ni pun hasil kajian di blog gak.. So nak rasalah apalah yang sedap sangat tu kan.... Conclusionnyaaaa..... memang sangat sedappp.. Lagi-lagi makan time hujan... marbelesss... so mula-mula beli satu je dulu.. lepas tu.. eh eh  x cukup x cukup... tu abang punya, yang ni ayang punya.. so last-last one more please.. Harganya 30THB sahaja satu.Balik tu tapau lagi 2..

inilah rupa tuan punya kedai ye.. memang meletopp dia punya pancake


video



banana pancake, night market krabi
Yang ni plak sesi kedua pembelian.. tengoklah tudung aku tu, basah kuyup... Datang-datang terus cari payung tp x jumpa.. so ada baju hujan rembat je la.. tu pun 50THB.. Mahal gilakkkk.. pada akula.. huhu.. beli 2 melayang 100...dah le aku punya tu sebenarnye budak punya size.. patut kecik semacam je...huhhh...ishh tak baik merungut.. 

Tengah-tengah jalan perut tetiba pedih.. nak cari makan kat pasar, banyak kedai tak bukak.. hujan kan.. puaslah memusing.. sekali nampaklah kedai makan Abdullah halal food.. terbentang banner besar kat situ.. En hubby kata kat situ mungkin murah.. sekali amik ko.. Nasi goreng, nasi putih, tomyam, pau ayam ngan 2 cawan teh o kena 250THB.. Perghhh.. Malaysia lagi murah kot. tapi takde pilihan kan sebab hujan dan kedai tu je yang jumpa. Takpelah dah masuk perut pun..Rezeki mereka. Yang penting HALAL .

flower soap murah, flower soup, night market krabi
Yang ni plak flower soap.. Cantik-cantik bunga dia. Yang dalam bakul tu semua untuk adik beradik hubby. Bunga dari sabun diukir. Bekasnye plak daru tempurung kelapa. Sangat unik.. Satu 100THB. minta-minta kurang pun tak dapat. Sekali redha je.. Alih-aling bila bayar 1000THB dapat balance 400THB. Means what?? Maknanya auntie tu bagi kitorang percuma satu.. Kap kun ka auntie :)

Dekat night market ni banyak juga yang kitorang beli.  Semuanya souvenier..ada gak la barang tuk aku mcm topi ngan seluar gebos.. seluar yang macam kain tu...tak taulah apa namanye.. Dah penat-penat berjalan, masa untuk balik.. Masa ni ingat dah lewat malam dah.. Sekali waktu diorang ni baru kul 9.00 malam lebih kurang.. Jalan-jalan lagi pusing-pusing lagi sebab janji ngan Ya kul 10.30 kan.. tapi dah tak larat. so pergi je la tempat dia turunkan kitorg. Rupa-rupanya dai dah tunggu situ. Siap melambai-lambai lagi..  So balik hotel, sembayang, tdo... Ready tuk esok.. Phi Phi Island Tour..


So total untuk hari ni..


Shuttle bus 150 x2 = 300THB

Island Tour (Phi Phi and 4 Island) 170x 2 =3400THB
Waterproof bag =300THB
Tuk-tuk( pergi balik) 350x2= 700THB
Banana pancake 4x30= 120THB
Fridge Magnet (35pieces + 1 free) = 500THB
Flower Soap (6+1 free) =600THB
Pharmacy=118THB
Tshirt budak (6 helai) =500THB
Tshirt kami (2 helai)=200THB
Seluar gobos =300 THB
Makan malam =250THB
Topi = 100THB
Selipar =78THB

Total : 7466 THB (RM 765.27)


RATE DUIT MALAYSIA BERGANTUNG DENGAN HARGA MASA KITE BELI YE..


Travel: Harga tiket ke Krabi



Post a Comment