Tarikh : 28 Disember 2013
Tempat : Dewan SMK Telok Datok
Acara : Majlis persandingan Aishah & Faris
Masa : 11 am-5 ptg
Janji dengan nida kul 12.30 di Dewan SMK Telok Datok. Tapi kami sampai awal sikit. Nida pula belum sampai lagi. Baru on the way katanya. Kebetulan berjumpa dengan Kak Nor kerani di SMK SAS dulu. Duduk semeja dengan dia sambil borak-borak.
Sebelum tu, si Aishah ni dulu guru praktikal masa dekat SAS. Ingat lagi masa tengah-tengah praktikal mak dia sakit dan lepas tu meninggal. Dalam tempoh 3 bulan tu badan si Ecah ni susut mendadak. Tersentuh denga ketabahan dia masa tu. Dalam berhempas pulas untuk lulus cemerlang dalam praktikal mampu untuk menjaga arwah yang terlantar. Alhamdulillah hari bahagia dia dah sampai.
SMK Telok Datuk ni pulak tempat dia menimba ilmu zaman sekolah dulu. Dan sekarang tempat dia mencurahkan ilmu pulak. Dan jadi istimewa apabila tempat ni juga menyaksikan hari bahagia dia. Alhamdulillah. Boleh cerita pada anak-anak nanti :)
Sahabat suka duka. Kami berborak sambil tunggu pengantin. Tapi tak sampai-sampai terpaksalah berangkat pulang. Kesian pulak kat tetamu lain tak de tempat duduk. |
Masa nak balik, terserempak pulak dengan Amalina. Dia baru sampai masa ni. |
Bergambar kenangan la kami. Sekarang SAS pun dah dalam kenangan. Satu-satunya sekolah yang dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional. Dan Nida sahaja yang masih kekal di situ |
Semoga berbahagia hingga ke syurga.Amin. |
No comments:
Post a Comment